CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pompankabaret

Did the Quran come down as a complete Book?

[Copy link]
Post time 13-4-2013 09:43 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys posted on 13-4-2013 09:17 PM
meh aku tolong citer......

fasa diturunkankan Al-quran mengandungi tiga fasa

ya2...


      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 05:30 PM | Show all posts
Did a girl was born as a dancer?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 05:40 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 13-4-2013 09:12 PM
boleh juga. ada hujah fakta hujahlah dengan dia org... jenis2 cmni ada jenis dh tahu? ...

k0 citer panjang berjela-jela pun xde guna kalau diorang xpaham...ko simplify ikut soalan yang dia tanya je.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 05:43 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 9-4-2013 03:56 PM
by AdamBillionaire

meh aku tolong jawab lagi.......

jawapannya,YA

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 05:56 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys posted on 14-4-2013 05:43 PM
meh aku tolong jawab lagi.......

jawapannya,YA

Kamu adalah seorang penipu.

Al Quran kamu tidak datang secara complete book. Ini adalah fakta :

1. Muhammad ambil masa 15 TAHUN utk menbawa kesemua kandungan Al Quran itu (dr umur 40 thn sehingga dia mati pada usia 65 thn).

2. Al Quran hanya dijilidkan SELEPAS kematian Muhammad, dan ianya dilakukan oleh Abu Bakar serta kawan2nya. Dlm erti kata lain, Al Quran kamu dicipta oleh kawan2 Muhammad SELEPAS kematiannya. Oleh itu, ianya bukannya buku yg diturunkan terus kpd manusia spt apa yg Muslims katakan.

3. Muhammad TIDAK pernah menbaca ataupun mengiktif Al Quran yg dijilidkan itu sbg apa yg dibawanya, kerana ianya selesai SELEPAS dia mati (lebih kurang 5 thn kemudian).

Oleh itu, Al Quran kamu BUKAN kitab suci spt apa yg kamu katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 05:57 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 5-4-2013 05:11 PM
Yakah? Habis itu, kenapa kitab2 sebelumnya turun secara serentak? Musa naik ke atas Bukit Sinai ut ...
Yakah? Habis itu, kenapa kitab2 sebelumnya turun secara serentak? Musa naik ke atas Bukit Sinai utk mendapatkan Hukum dari Yahweh secara langsung dan ianya tidak menbebankan rakyatnya pun. Sama dgn Isa yg turun bersama ilmu yg disampaikan kpd rakyatnya secara langsung.

Kenapa Muhammad seorang je kena ambil masa 20 tahun plus utk mengeluarkan satu jilid buku? Adakah kerana bangsa Arab begitu bodoh ataupun Muhammad pandai kelentong?

kat sini ada 2 jawapan

jawapan pertama memang tidak membebankan kepada bani israel bukannya yahudi....lagipun hanya 10 hukum yang diturunkan waktu itu kepada bani israel berbanding kepada Nabi Muhammad di mana kitab Al-Quran mengandungi segala hukum-hakam yang lebih banyak berbanding 10 commandment yang diberi kepada Nabi Musa A.S.

Tambahan pula syariat Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.S hanyalah untuk dilaksanakan dikalangan Bani Isarel sahaja.berbeza dengan syariat Nabi Muhammad SAW yang lebih universal,iaitu untuk sekalian manusia dan bukan terhad dikalangan bangsa arab sahaja.maka proses penurunan Al-Quran lebih panjang dan teratur dari Allah SWT.

jawapan kedua membebankan.Dalilnya adalah pada peristiwa Isra' dan mikraj iaitu peristiwa Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit bagi menerima perintah untuk mendirikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.Semasa perintah ini diturunkan,Nabi Muhammad SAW tidak membantah.tetapi setelah dinasihati oleh Nabi Musa A.S atas alasan bahawa umat nabi musa sendiri tidak akan mampu melaksanakan perintah tersebut.Nabi Muhammad mengadap Allah sebanyak 9 kali sehinggalah waktu solat dikurangkan hanya 5 waktu sahaja sehari semalam.walaupun mendapat keizinan Allah SWT untuk melaksanakan solat 5 waktu sahaja sehari semalam,Nabi Musa AS masih lagi menasihati Nabi Muhammad SAW untuk mengadap Allah SWT minta dikurangkan lagi waktu solat 5 waktu itu.ini menggambarkan bahawa sekiranya syariat Nabi Muhammad dilaksanakan ke atas Bani Israel,nescaya mereka tidak akan mampu melaksanakannya.

Last edited by cmf_BeachBoys on 14-4-2013 05:58 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2013 06:05 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 05:56 PM
Kamu adalah seorang penipu.

Al Quran kamu tidak datang secara complete book. Ini adalah fakta : ...

sila bawakan satu ayat yang dicipta oleh Saidina Abu Bakar dan para sahabat yang lain untuk membuktikan tuduhan itu....

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 06:17 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 9-4-2013 02:18 PM
Kitab Taurat dan Injil mengatakan sedemikian.

Kaum Yahudi tidak menpunyai sebarang Hukum yg ter ...
Kitab Taurat dan Injil mengatakan sedemikian.

(1)Kaum Yahudi tidak menpunyai sebarang Hukum yg tertulis sehinggalah mereka sampai ke Gunung Sinai dan Musa mendakinya utk berhadepan dgn Yahweh.

Kaum Nasrani juga tidak menpunyai sebarang Hukum tertulis (2)tetapi Nabi mereka datang dgn Hukum yg lengkap diberikan kpdnya.

Hanya Muslims shj kena tunggu 15 tahun (dr usia Muhammad 40 tahun sehingga Muhammad meninggal dunia pada umur 65 tahun) utk melengkapkan Al Quran mereka.
(1) ya,hanya 10 hukum yang diturunkan kepada bani Israel

(2) Hukum yang lengkap yang bagaimana?sedangkan sebab diutuskan Nabi Isa AS datang kepada bani Israel hanyalah untuk melengkapkan syariat Nabi Musa AS dan bukannya Nabi Isa AS datang membawa syariat baru.Selain itu kedatangan baginda adalah untuk memberi khabar gembira tentang kedatangan Nabi akhir zaman,Muhammad SAW.

Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada menyatakan kaedah pembahagian harta pusaka sepertimana didalam Al-Quran?
Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada menyatakan apakah hak seorang isteri,hak seorang suami sepertimana di dalam Al-Quran?
Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada menyatakan perintah untuk mendirikan solat sepertimana didalam Al-Quran?
Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada menceritakan proses kejadian manusia sepertimana didalam Al-Quran?
Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada menceritakan proses kejadian langit dan bumi sepertimana didalam Al-Quran?
Sekiranya lengkap,adakah di dalam kitab injil ada meneceritakan proses kejadian haiwan sepertimana didalam Al-Quran?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 06:19 PM | Show all posts
by cmf_BeachBoys

jawapan pertama memang tidak membebankan kepada bani israel bukannya yahudi....lagipun hanya 10 hukum yang diturunkan waktu itu kepada bani israel berbanding kepada Nabi Muhammad di mana kitab Al-Quran mengandungi segala hukum-hakam yang lebih banyak berbanding 10 commandment yang diberi kepada Nabi Musa A.S.


10 Commandments yg dibawa oleh Nabi Musa bukannya hukum yg tetap. Ianya adalah "Constitution" kpd Agama Judaism. Dlm erti kata lain, 10 Commandment dijadikan batu asas utk hukum2 lain yg dibawa oleh Nabi2 lain di kemudian hari. Dlm erti kata lain, dlm agama Judaism, asas diberikan yg tidak boleh diubah oleh kaum Yahudi dan ajaran Judaism diasaskan beratus2 tahun kemudiannya.

Agama Muhammad TAK ADA asas sedemikian. Buktinya - Muhammad menyarankan keamanan serta kesabaran semasa di Mekah tetapi ajarannya berubah 100% bila tiba di Madinah dimana Muhammad mula menyerang kaum2 yg tinggal sekeliling Madinah dan akhirnya Mecca itu sendiri.

jawapan kedua membebankan.Dalilnya adalah pada peristiwa Isra' dan mikraj iaitu peristiwa Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit bagi menerima perintah untuk mendirikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.Semasa perintah ini diturunkan,Nabi Muhammad SAW tidak membantah.tetapi setelah dinasihati oleh Nabi Musa A.S atas alasan bahawa umat nabi musa sendiri tidak akan mampu melaksanakan perintah tersebut.


Dalam erti kata lain, Allah kamu tidak tahu atau menerima bahawa orang Arab pada masa itu tak mampu sembahyang 50 kali sehari. Adakah sebuah makluk yg "tidak tahu" sesuatu fakta itu masih bleh dikatakan sbg "Tuhan"???

Lagi satu, isteri Muhammad sendiri (Khadijah) mengatakan bahawa Muhammad tidak pernah meninggalkan rumah semasa peristiwa itu dikatakan berlaku, oleh itu, boleh dikatakan semuanya adalah mimpi Muhammad shj.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 06:29 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:19 PM
by cmf_BeachBoys
Dalam erti kata lain, Allah kamu tidak tahu atau menerima bahawa orang Arab pada masa itu tak mampu sembahyang 50 kali sehari. Adakah sebuah makluk yg "tidak tahu" sesuatu fakta itu masih bleh dikatakan sbg "Tuhan"???
bukannya tidak tahu...setiap apa yang diperintahkan oleh Allah SWT ada hikmahnya,terutamanya bagi menepis tuduhan yang dilemparkan kepada Allah SWT oleh orang-orang yahudi dan Nasrani.contohnya,Bani Israel menuduh Uzair itu anak Allah.dan orang nasrani mengatakan Allah itu 3 dallam 1.

antara hikmah dari peristiwa isra' dan mi'raj adalah untuk menunjukkan bahawa bani israel tidak mampu memikul amnah Allah di atas muka bumi ini.

Lagi satu, isteri Muhammad sendiri (Khadijah) mengatakan bahawa Muhammad tidak pernah meninggalkan rumah semasa peristiwa itu dikatakan berlaku, oleh itu, boleh dikatakan semuanya adalah mimpi Muhammad shj.

sila tunjukkan bukti anda dan dari mana sumber itu diperolehi

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 06:34 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:19 PM
by cmf_BeachBoys
10 Commandments yg dibawa oleh Nabi Musa bukannya hukum yg tetap. Ianya adalah "Constitution" kpd Agama Judaism. Dlm erti kata lain, 10 Commandment dijadikan batu asas utk hukum2 lain yg dibawa oleh Nabi2 lain di kemudian hari. Dlm erti kata lain, dlm agama Judaism, asas diberikan yg tidak boleh diubah oleh kaum Yahudi dan ajaran Judaism diasaskan beratus2 tahun kemudiannya.
10 commandments itu menunjukkan bahawa syariat Nabi Musa AS belum lagi lengkap dan sepertimana yang saya sebutkan kedatangan nabi Isa AS adalah untuk melengkap syariat Nabi Musa AS dan selain itu membawa berita gembita tentang kedatangan Nabi akhir zaman.

Agama Muhammad TAK ADA asas sedemikian. Buktinya - Muhammad menyarankan keamanan serta kesabaran semasa di Mekah tetapi ajarannya berubah 100% bila tiba di Madinah dimana Muhammad mula menyerang kaum2 yg tinggal sekeliling Madinah dan akhirnya Mecca itu sendiri.

Nabi Muhammad SAW menyerang mereka yang mengeluarkan ancaman kepada kerajaan Islam Madinah oleh gabungan Kafir Musyrikin Mekah yang bergabung dengan orang yahudi di dalam perang ahzab.tindakan ini adalah tindakan mempertahankan diri yang biasa diamalkan sehingga sekarang seperti mana pada zaman Nabi Daud AS.

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 06:59 PM | Show all posts
by cmf_BeachBoys

bukannya tidak tahu...setiap apa yang diperintahkan oleh Allah SWT ada hikmahnya,terutamanya bagi menepis tuduhan yang dilemparkan kepada Allah SWT oleh orang-orang yahudi dan Nasrani.contohnya,Bani Israel menuduh Uzair itu anak Allah.dan orang nasrani mengatakan Allah itu 3 dallam 1.


Maaf, tidak terima. Tak payahlah kamu mengunakan kaum lain sbg alasan kekurangan dlm agama kamu. Allah kamu - samada tak tahu ataupun tidak menerima - bahawa kaum Arab boleh sembahyang 50 kali sehari.

Kalau Muhammad menerimanya, adakah kaum Arab ataupun manusia sekali mampu menunaikannya? MUSTAHIL sama sekali. Sehari adalah 24 jam dan hukum sembahyang 50 kali sehari bermakna manusia harus menunaikan sembahyang sekali sekurang2nya setengah jam. Bila nak makan? Minum? tidur? Ataupun berkerja? Ini bermakna Allah kau tak tahu konsep masa dan kemampuan manusia itu sendiri. Jadi adalah makluk sedemikian layak di gelar Tuhan?

antara hikmah dari peristiwa isra' dan mi'raj adalah untuk menunjukkan bahawa bani israel tidak mampu memikul amnah Allah di atas muka bumi ini.


Tak, ianya hanya bermakna Muhammad memimpikan seluruh kejadian itu (dgn isterinya sbg saksi) dan kamu menerimanya secara buta tuli. Itu je maknanya.

10 commandments itu menunjukkan bahawa syariat Nabi Musa AS belum lagi lengkap dan sepertimana yang saya sebutkan kedatangan nabi Isa AS adalah untuk melengkap syariat Nabi Musa AS dan selain itu membawa berita gembita tentang kedatangan Nabi akhir zaman.


Salah. 10 Commandments adalah rukun kaum Yahudi dan kesemua hukum agama mereka termaktub dlm 10 Command asal itu. Muhammad kamu tidak diperlukan sama sekali.

.tindakan ini adalah tindakan mempertahankan diri yang biasa diamalkan sehingga sekarang seperti mana pada zaman Nabi Daud AS.


Nabi Daud hantar surat mengarahkan kaum lain menerima Islam sbg agama mereka dan Muhammad sbg ketua mereka (tanpa sebarang provokasi) dan mengugut mereka dgn peperangan kalau tidak menerimanya kah??? Saya rasa TIDAK.

Itu semua adalah alasan. Muhammad mahukan kuasa dan orang lain merimanya sbg ketua, dan dia mengunakan Islam sbg alasan, kononnya dia sedang menyebarkan ajaran tuhan (palsunya) dan kaum lain sedang merancang menyerangnya. Semuanya adalah penipuan Muhammad, sama spt apa yg dilakukan oleh kaum extremists Muslims sehingga sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 07:34 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:59 PM
by cmf_BeachBoys

patut la lambat reply...panjang hujahnya..takpe,tunggu aku jawab ye...stakat orang macam ko ni aku anjing2kan aje...1400 taun soalan same je kuar dari orang kristian.xde soalan lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 08:06 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 05:56 PM
Kamu adalah seorang penipu.

Al Quran kamu tidak datang secara complete book. Ini adalah fakta : ...

saya jawab persoalan kamu

1) muhammad s.a.w. tidak membawa semua kandungan al quran.. harap awak ni faham bahasa melayu?
    muhammad s.a.w.  menerima wahyu daripada ALLAH melalui berbagai perantara antaranye mimpi, melalui jibrail dan lain2 lg..
    berbeza membawa dan menerima selama 15 tahun.. jadi jangan salah faham . Membawa bermaksud al quran ada pada tangan
    muhammad s.a.w. dan dia bawa selama 15 tahun.. itu maksud yang salah.. alquran bukan ada pada tangan muhammad
    mahupun di rumah muhammad s.a.w.  Al quran tu  perintah ALLAH.. adakah dalam alquran membahaskan dirinye sebagai
    muhammad s.a.w.   atau membahaskan firman perintah ALLAH? jadi kena faham dan bezakan ..

2) kamu tahu kan muhammad s.a.w. seorang buta huruf.. saya nak tanya kamu? adakah seorang buta huruf boleh mereka reka
    al quran? boleh mencatat al quran? menjilidkan al quran? sudah tentu tidak mampu..

    bagaimanakah muhammad s.a.w. mampu menyebarkan firman perintah ALLAH?  sedangkan tiada jilid naskah alquran di buat?
    jawapannye dengan daya ingatan, dan hafalan melalui para sahabat baginda.. melalui tulisan yang ditulis oleh para sahabat pada
    kulit unta dan kulit kambing..

   Jadi selepas nabi muhammad s.a.w. wafat? bagi mengelakkan alquran disalah fahami? atau di salah hafal? maka di panggil seluruh
   hafiz iaitu orang yang hafal alquran. yang daya ingatan dia super power. di panggil seluruh sahabat yang ada pada masa nabi
   muhammad s.a.w. hidup..


Jadi melalui  pengumpulan orang hafal al quran dan para sahabat, maka dapat lah di jilidkan alquran dalam bentuk naskah.. melalui peredaran zaman, maka segala sebutan? bunyian?cara bacaan yang betul? dapat diperbaiki agar orang bukan bangsa arab dapat membaca alquran dengan cara yang betul..

Mana mungkin orang melayu? atau eropah dapat membaca alquran sekiranye tiada tanda dan panduan dalam alquran? sebab orang melayu tidak tahu berbahasa arab? orang eropah pandai bercakap english? jadi melalui jilid naskah alquran ? maka firman dan perintah ALLAH dapat di hayati para hambanye ..

3) nabi muhammad s.a.w. tidak membaca.. dia menghafal..  daya ingat baginda sangat kuat.. kitab al quran selesai sebelum nabi
   wafat.. jd tiada istilah ajaran islam tidak lengkap..  tiada istilah alquran tidak lengkap...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 02:28 AM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:19 PM
by cmf_BeachBoys

by Sephiroth

10 Commandments yg dibawa oleh Nabi Musa bukannya hukum yg tetap. Ianya adalah "Constitution" kpd Agama Judaism. Dlm erti kata lain, 10 Commandment dijadikan batu asas utk hukum2 lain yg dibawa oleh Nabi2 lain di kemudian hari. Dlm erti kata lain, dlm agama Judaism, asas diberikan yg tidak boleh diubah oleh kaum Yahudi dan ajaran Judaism diasaskan beratus2 tahun kemudiannya.

Agama Muhammad TAK ADA asas sedemikian. Buktinya - Muhammad menyarankan keamanan serta kesabaran semasa di Mekah tetapi ajarannya berubah 100% bila tiba di Madinah dimana Muhammad mula menyerang kaum2 yg tinggal sekeliling Madinah dan akhirnya Mecca itu sendiri.

10 Commandments utk para Yahudi dan 12-puaknya (x termasuk yg ke-13)
Piagam Madinah utk semua kabilah di semenanjung Arab (termasuk kabilah² Yahudi) sblm 'dikhianati'
Magna Charta utk Liga Bangsa² Bersatu (NWO)
Charter of UN utk semua negara anggota Pertubuhan Bangsa² Bersatu
Perlembagaan Persekutuan utk negeri² bersekutu dan x bersekutu termasuk negeri² Selat, Sabah dan Sarawak serta Wilayah² Persekutuan...

- Asas yg mana satu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 07:27 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:59 PM
by cmf_BeachBoys
Maaf, tidak terima. Tak payahlah kamu mengunakan kaum lain sbg alasan kekurangan dlm agama kamu. Allah kamu - (1)samada tak tahu ataupun tidak menerima - bahawa kaum Arab boleh sembahyang 50 kali sehari.

Kalau Muhammad menerimanya, adakah kaum Arab ataupun manusia sekali mampu menunaikannya? MUSTAHIL sama sekali. Sehari adalah 24 jam dan hukum sembahyang 50 kali sehari bermakna manusia harus menunaikan sembahyang sekali sekurang2nya setengah jam. Bila nak makan? Minum? tidur? Ataupun berkerja? (2)Ini bermakna Allah kau tak tahu konsep masa dan kemampuan manusia itu sendiri. (3)Jadi adalah makluk sedemikian layak di gelar Tuhan?

(1) Tiada kekurangan pada agama Islam.Malah tujuan diciptakan oleh Jin dan manusia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT sesuai dengan firmann-Nya di dalam Al-Quran Nul Karim


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )



وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut.” (QS. An – Nahl: 36)

“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (QS. Al – Isra’: 23-24).

(2) Allah SWT tahu mengenai masa kerana Dialah yang meciptakan masa seperti firman-Nya di dalam Al-Quran Nul Karim



  • Demi masa.
  • sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  • kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Surah Al-Asr ayat 1-3


(3)Allah SWT terpelihara dari sifat makhluk

Last edited by cmf_BeachBoys on 15-4-2013 07:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 07:45 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 14-4-2013 06:59 PM
by cmf_BeachBoys
Tak, ianya hanya bermakna Muhammad memimpikan seluruh kejadian itu (dgn isterinya sbg saksi) dan kamu menerimanya secara buta tuli. Itu je maknanya.

apa yang menyebabkan anda begitu taksub berpegang kepada dalil ini?dan seperti yang saya minta,dari mana dalil ini ada perolehi?

Salah. 10 Commandments adalah rukun kaum Yahudi dan kesemua hukum agama mereka termaktub dlm 10 Command asal itu. Muhammad kamu tidak diperlukan sama sekali.

Kaum yahudi?penafsiran anda ini tidak betul.10 commandments diturunkan kepada Bani Israel bukannya kepada orang-orang yahudi.10 commandments ini tidak lengkap dan memerlukan kedatangan para nabi yang diutuskan selepas itu untuk melengkapkan syariat nabi Musa AS dan yang terakhir sekali telah dibawa oleh Nabi Isa AS....kenapa begitu lama masa diperlukan?kerana bani Israel adalah bangsa yang angkuh dan sombong dan sering mendustakan para nabi dan rasul mereka.dan seperti yang saya katakan sebelum ini,sekiranya syariat nabi Muhammad SAW ditakdirkan ke atas Bani Israel,maka mereka tidak mampu memikul dan melaksanakannya.

Nabi Daud hantar surat mengarahkan kaum lain menerima Islam sbg agama mereka dan Muhammad sbg ketua mereka (tanpa sebarang provokasi) dan mengugut mereka dgn peperangan kalau tidak menerimanya kah??? Saya rasa TIDAK.

Itu semua adalah alasan. Muhammad mahukan kuasa dan orang lain merimanya sbg ketua, dan dia mengunakan Islam sbg alasan, kononnya dia sedang menyebarkan ajaran tuhan (palsunya) dan kaum lain sedang merancang menyerangnya. Semuanya adalah penipuan Muhammad, sama spt apa yg dilakukan oleh kaum extremists Muslims sehingga sekarang.

Tahukah kamu bahawa disebabkan tangan Nabi Daud terlalu banyak "berlumuran darah" sehingga kekuasaan alam ini tidak diberikan kepada Baginda tetapi diberikan kepada nabi Sulaiman AS?sekiranya tidak tahu,maka kamu ini bukanlah pengikut syariat Nabi Musa AS yang baik.dan kamu sudah pasti bukan dikalangan keturunan bani israel.

Sekiranya Nabi Muhammad SAW menginginkan kekuasaan,sudah lama baginda menerima pelawaan kaum kafir quraisy untuk mengangkat Baginda sebagai Raja Mekah.tetapi baginda menolaknya.baginda tetap menentang amalan jahiliyyah yang dipegang oleh bangsa arab pada waktu itu.sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran Nul Karim (surah At Taubah ayat 28)



Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
   




Last edited by cmf_BeachBoys on 15-4-2013 07:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:15 AM | Show all posts
by AdamBillionaire

1) muhammad s.a.w. tidak membawa semua kandungan al quran.. harap awak ni faham bahasa melayu?
    muhammad s.a.w.  menerima wahyu daripada ALLAH melalui berbagai perantara antaranye mimpi, melalui jibrail dan lain2 lg..

Dalam erti kata lain, kesemua "wahyu" yg Muhammad dapat adalah secara individual dan tak ada orang boleh menbuktikan bahawa ianya adalah dr Tuhan ataupun dr dirinya sendiri.

2) kamu tahu kan muhammad s.a.w. seorang buta huruf.. saya nak tanya kamu? adakah seorang buta huruf boleh mereka reka
     al quran? boleh mencatat al quran? menjilidkan al quran? sudah tentu tidak mampu..


Kenapa tak mampu? MAMPU kalau menpunyai sekumpulan "kawan" yg sama2 gila kuasa dan perempuan spt Abu Bakar dan rakan2nya. Mereka mampu menjadikan Muhammad sbg ketua mereka, dan sama2 mencipta sebuah buku yg digelar Al Quran, dgn mengunakan isi yg diambil dr masyarakat Arab serta kepercayaan mereka, kepercayaan orang2 Nasrani dan Yahudi.

Jadi selepas nabi muhammad s.a.w. wafat? bagi mengelakkan alquran disalah fahami? atau di salah hafal? maka di panggil seluruh hafiz iaitu orang yang hafal alquran. yang daya ingatan dia super power. di panggil seluruh sahabat yang ada pada masa nabi
muhammad s.a.w. hidup..  


Tetapi adakah kesemua kandungan sahabat2 yg ada masa Nabi kamu hidup itu digunakan dlm Al Quran kamu? TIDAK. Al Quran kamu masih dieditkan oleh Abu Bakar dan sahabat2nya. Oleh itu, Al Quran bukannya buku suci yg diturunkan terus dr Tuhan tetapi buku yg dieditkan dan diluluskan oleh Abu Bakar dan sahabat2nya dan digunakan utk mengawal orang2 islam yg lain.

3) nabi muhammad s.a.w. tidak membaca.. dia menghafal..  daya ingat baginda sangat kuat.. kitab al quran selesai sebelum nabi
    wafat.. jd tiada istilah ajaran islam tidak lengkap..  tiada istilah alquran tidak lengkap...  


Maaf. Muhammad sudah mati semasa Al Quran yg (kononnya) lengkap itu dikeluarkan. kerja menjilidkan Al Quran dilakukan oleh Abu Bakar dan bukannya Muhammad. Muhammad tak pernah menbaca ataupun menluluskan Al Quran yg dijilidkan itu, jadi MUSTAHIL orang Muslim boleh mengatakan bahawa agama Islam yg dibawa oleh Muhammad adalah apa yg dimaktub dlm Al Quran yg menjadi ikutan kamu itu. MUSTAHIL.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:40 AM | Show all posts

10 commandments ini tidak lengkap dan memerlukan kedatangan para nabi yang diutuskan selepas itu untuk melengkapkan syariat nabi Musa AS dan yang terakhir sekali telah dibawa oleh Nabi Isa AS....kenapa begitu lama masa diperlukan?kerana bani Israel adalah bangsa yang angkuh dan sombong dan sering mendustakan para nabi dan rasul mereka.dan seperti yang saya katakan sebelum ini,sekiranya syariat nabi Muhammad SAW ditakdirkan ke atas Bani Israel,maka mereka tidak mampu memikul dan melaksanakannya.  


Kalau kamu mengatakan bahawa Nabi2 selepas Musa diutuskan utk melengkapkan 10 Commandments, sila jawab dua persoalan ini :

1. Kenapa pula Nabi terakhir (mengikut tanggapan anda) adalah Muhammad dari Kaum Arab yg tak ada sebarang talian darah dgn Bani Israel ataupun kaum Yahudi? Kalau mengikut logik anda sendiri - yg Nabi diutuskan utk melengkapkan 10 Commandments, Muhammad sepatutnya dilahirkan dlm Bani Israel juga.

2. Kalau Allah kamu menganggap Bani Israel sudah menjadi angguk dan sombong dan "memilih" kaum Arab melalui Muhammad, ianya bermakna Allah kamu tak ada keupayaan mengetahui sesuatu kejadian sebelum ianya berlaku - iaitu ketidakmampuan Bani Israel meneruskan 10 Commandment. Ini bermakna Allah kamu bukannya Tuhan.

Dan memandangkan 10 Commandments tidak dilengkapkan kpd Bani Israel (tak perduli samada orang Arab terima ataupun tidak), ianya bermakna kerja Nabi kamu tidak selesai dan ianya mustahil Muhammad menjadi Nabi terakhir kamu. Ianya seolah2 mengatakan sebuah rumah yg tak ada bumbung dikatakan sudah lengkap. MUSTAHIL sama sekali.

Tahukah kamu bahawa disebabkan tangan Nabi Daud terlalu banyak "berlumuran darah" sehingga kekuasaan alam ini tidak diberikan kepada Baginda tetapi diberikan kepada nabi Sulaiman AS?sekiranya tidak tahu,maka kamu ini bukanlah pengikut syariat Nabi Musa AS yang baik.dan kamu sudah pasti bukan dikalangan keturunan bani israel.


Kalau dah tahu tetapi buat juga, adalah Muhammad kamu layak mengelarkan dirinya Nabi? Kalau dah tahu Allah kau cabut kekuasaan dr Daud dan diberikan kpd Sulaiman keranana Daud banyak menumpahkan darah, APASAL Muhammad kau mengikuti jalan Daud yg sebelumnya tidak disenangi oleh Allah kamu sendiri? Dah tahu Salah, Muhammad kamu buat juga. APASAL?

Sekiranya Nabi Muhammad SAW menginginkan kekuasaan,sudah lama baginda menerima pelawaan kaum kafir quraisy untuk mengangkat Baginda sebagai Raja Mekah.tetapi baginda menolaknya.baginda tetap menentang amalan jahiliyyah yang dipegang oleh bangsa arab pada waktu itu.sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran Nul Karim (surah At Taubah ayat 28)  


Kenapa Muhammad nak menjadi Raja Mekah dan kaum Quraisy shj sedangkan dia boleh menjadi Raja Mekah, Madinah dan SELURUH Kaum Arab di Semanjung Arab? Tawaran itu dibuat kerana Orang Quraisy Mekah sudah takut Muhammad akan serang dan Muhammad tahu dia tak akan menerima2 apa faedah dgn menerima tawaran tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 12:47 PM | Show all posts
by sephiroth
1. Kenapa pula Nabi terakhir (mengikut tanggapan anda) adalah Muhammad dari Kaum Arab yg tak ada sebarang talian darah dgn Bani Israel ataupun kaum Yahudi?


Ketinggalan zaman betullah kau ni,George W. Bush pun tau orang arab dan bani Israil asalnya dari keturunan Nabi Ibrahim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.304706 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list