CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: awekshahriel

camne nak wat tuntutan nafkah

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2013 06:05 PM | Show all posts
hafiz_1312 posted on 29-3-2013 10:03 AM
so skrg ni u kena buka kes saman penghutang penghakiman dan perlaksanaan perintah mahkamah..ataupu ...

thx en hafiz....
apa2 nanti leh tanya lagi kat u kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 11:11 PM | Show all posts
awekshahriel posted on 29-3-2013 06:05 PM
thx en hafiz....
apa2 nanti leh tanya lagi kat u kan....

boleh..xde masalh..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 nak tanyala....
Misal kata skrg X kene byr nafkah 500, tp bile sy wat tuntutan ...bolehkah X minta nafkah yg 500 tu dikurgkan kpd 300?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hafiz_1312 posted on 29-3-2013 11:11 PM
boleh..xde masalh..hehe

oh... TQ encik
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 12:08 AM | Show all posts
awekshahriel posted on 29-3-2013 11:48 PM
Alang2 nak tanyala....
Misal kata skrg X kene byr nafkah 500, tp bile sy wat tuntutan ...bolehkah X ...

boleh..dia akn masukkn tuntutan balas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hafiz_1312 posted on 31-3-2013 12:08 AM
boleh..dia akn masukkn tuntutan balas

wah!!! kalu dah mcm tu... serupa xyah buat tuntutan la... mmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2013 04:30 PM | Show all posts
awekshahriel posted on 31-3-2013 03:58 PM
wah!!! kalu dah mcm tu... serupa xyah buat tuntutan la... mmmm

brgntung sape punya merit lg kuat lh..klu u lg kuat dia xkn dpt tuntutan dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 04:30 PM | Show all posts
ni lh nama keadilan..hakim kena dgr dua2 pihak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 06:57 PM | Show all posts
hujung bulan 10 tahun lepas dh pg buat tuntutan nafkah utk anak..first time pg baru bukak file..kerani kata ..puan isi borang..nnt kita akan kol sbb nak proses bukak file...sampai la ni...dh nak masuk bulan 4 2013 takde apa2 berita pun dr mahkamah..hmm patutla ramai bapak2 yg tak guna senang lenang kat luar sana kalau camni caranye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
whiteputih posted on 31-3-2013 06:57 PM
hujung bulan 10 tahun lepas dh pg buat tuntutan nafkah utk anak..first time pg baru bukak file..kera ...

patut je la ramai je yg malas nk wat tuntutan....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 08:23 AM | Show all posts
awekshahriel posted on 1-4-2013 12:19 AM
patut je la ramai je yg malas nk wat tuntutan....

Tuntutan sepatutnya dipermudahkan..... tapi yg betulnya disusahkan...... baca je la thread ainnazimah tu.... ko tau la camner mahkamah syariah 'adil' bila ko berloyer.... sessi kaunseling pulak skop tak meluas.... harap kita nk ty kerani/org kt kaunter tu, dorg pun bkn byk masa nk bg advice kt mak2 yg tak brp tahu hal urusan mahkamah ni..... nak suruh google internet, nk suruh tanya kt porum..... brp ramai mak yg sibuk kerja nk suap anak makan ni yg tau pakai internet or mampu nak ada line internet atau beli komputer utk berinternet??? Alasannya cari info utk cepatkan kes pd aku tak sepatutnya ada... patutnya mahkamah/hakim yg mudahkan mak2 yg teraniaya ni... kalu bapak semua bertanggungjawab, xde la mak sibuk nk buat tuntutan.....

Oh ya, psl tuntutan ni..... patutnya dh ada standard la brp nafkah anak yg patut di bagi ikut kawasan.... sama je mcm kerajan tentukan brp gaji isi rumah utk dapatkan bantuan BR1M tu..... byk study/research org dh buat psl sara hidup di sst kawasan.... ikut la kajian semasa tu..... standard misal satu anak RM200 utk daerah A negeri B.... kalau mak nak lebih baru la file kat mahkamah dan 'susahkan' mak yg tamak tu.... ni sudah la sesen pun xde nafkah anak dari bapak, mak pulak nak kena study, nak kena cari info, nak kena bayo loyer, nk jdk PI cari alamat bapak...... abis bapak yg x bertanggungjawab tu????? Bior je goyang telur??  
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 08:29 AM | Show all posts
whiteputih posted on 31-3-2013 06:57 PM
hujung bulan 10 tahun lepas dh pg buat tuntutan nafkah utk anak..first time pg baru bukak file..kera ...

Aku dulu buat cara kasar..... x dpt dr bapak tu sendiri, aku sms kt bapak dia, kat adik lelaki dia.... aku kt nafkah anak tu wajib, bapak x nak bg,  warisnya kena la bertanggungjawab sama.... hahahahaha..... dan2 ex bapak mertua aku bank in duit on behalf anak dia .... lepas2 tu agaknya dia kena sound dgn bapak dia, baru la dia sedar diri nafkah anak tu wajib dia bayar.....

Ko mesti x sampai ati buat mcm tu kan??? Aku peduli apa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 08:32 AM | Show all posts
whiteputih posted on 31-3-2013 06:57 PM
hujung bulan 10 tahun lepas dh pg buat tuntutan nafkah utk anak..first time pg baru bukak file..kera ...

Sila engage loyer syariah..... urusan puan akan jdk 'mudah'....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:11 AM | Show all posts
kalau dh mahkamah xnk mudahkan, apa salahnya kita yg mudahkan diri sendiri...cari maklumat x semestinya kena buka internet, boleh rujuk mana2 pejabat peguam ke, klu xnk buka file pun insyallah ada yg sudi bg nasihat..xpun nk sng lg pergi mahkamah tnya kt kaunter tu apa perlu buat step by sptep..klu hakim nk cmni apa perlu buat..kt kaunter mahkamah tu kn ada bahagian pertanyaan..mmg tu tempat bertanya pun..so boleh tnya situ...

klu mahkamah pun xde inisiatif nk cepatkan, pastu kita lak xnk usaha just bsg ckp mahkamah lmbt apa suma, tu yg jd kes x selesai2..saya just bg pandangan brdasarkan realiti hari ni...sape rasa nk terima tu terima, klu xnk terima pun xpe..teruskan lah mnyalahkan mahkamah tanpa kita sndiri yg buat pape..bak kata perpatah, yg dikejar x dpt, yg dikendong berciciran..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:14 AM | Show all posts
ataupun pergi tnya biro2 yg disediakan untuk ibu2 tunggal ni..diorang pun ada panel sndiri..sbgai contoh kt Melaka ada biro yg ditubuhkan oleh BN khas untuk masalah perundangan syariah..kt sana rmai panel2 yg boleh bantu..ataupun kt lembah klang boleh pergi ke pejabar Sukaguam, kt sana pun ada bg nasihat percuma..rasa x susah klu kita x susahkan diri sndiri kn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:16 AM | Show all posts
Sukaguam tawar khidmat guaman percuma

Kebimbangan banyak pihak terhadap sistem baru mahkamah yang menyaksikan kenaikan kos yuran guaman sehingga 400 peratus menemui kelegaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sukarelawan Peguam (Sukaguam).

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Sukaguam yang baru ditubuhkan ini akan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan undang-undang sivil dan syariah secara percuma kepada semua peringkat masyarakat.

Kata beliau, perkhidmatan tersebut merangkumi isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil, hak-hak ketika ditahan polis dan banyak lagi.

"Perkhidmatan tersebut ditawarkan bagi tempoh tiga bulan menerusi tujuh kaunter khidmat iaitu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari pukul 3 hingga 6 petang bermula Jumaat ini.

"Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Jumaat ini dan bagi yang ingin menghubungi Sukaguam boleh menghantar e-mel ke [email protected]," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairul berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama antara Khairul Group, Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. dan tujuh peguam sukarelawan.

Katanya, khidmat nasihat yang akan diberikan berunsur panduan secara tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak atau menyelesaikan masalah mereka.

"Khidmat yang kami berikan ini boleh membantu orang ramai mengurangkan kos sekitar RM2,000 hingga RM3,000 yang kebiasaannya dikenakan oleh firma guaman bagi khidmat 'buka fail' dan kaunseling, namun kami tidak mengenakan apa-apa bayaran pun, semuanya percuma.

"Kami akan membantu menyelesaikan masalah orang ramai menerusi kaunseling, namun jika mendapati kes yang dihadapi memerlukan khidmat peguam, kami akan mendapatkan firma guaman yang boleh mengenakan kos berpatutan," ujarnya.

Kata beliau, Sukaguam bercadang mewujudkan sekretariat tetap selepas tempoh percubaan selama tiga bulan dan seterusnya memperluaskan perkhidmatan itu kepada masyarakat di luar bandar secara percuma.

Beliau berkata, lebih menarik pada sesi perkhidmatan tiga bulan itu, Restoran Ali Maju akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan Sukaguam.

Khairul berkata, pihaknya amat mengalu-alukan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan serta tidak berpengetahuan tentang khidmat perundangan tetapi sangat memerlukan sesi kaunseling daripada peguam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Sdn. Bhd, Datuk Jawahar Ali menyeru pengusaha restoran lain untuk sama-sama membantu menjayakan program tanggungjawab sosial ini.

"Pada Jumaat ini kita akan mengadakan khidmat Sukaguam di restoran kami di Wangsa Maju, tetapi bagi minggu-minggu berikutnya kita akan berpindah ke Restoran Ali Maju di sekitar Lembah Klang pula," katanya.

- UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2013 11:19 AM | Show all posts
Dear all....

Check this... tho the reporting is poor as they didnt mention the advancement is to tied them up for how long i.e. how many months, bla3x...... just share it with all of u.... (i think the syariah court yg patut war2kan pasal ini)... again, cari info sendiri?

Isteri terabai digesa tuntut pendahuluan nafkah


IPOH 21 Mac - Sebahagian besar wanita yang diceraikan suami tidak memohon wang pendahuluan nafkah yang diperuntukkan Perbendaharaan Malaysia kepada Bahagian Sokongan Agama (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, walaupun kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi tujuan itu hanya 5.5 peratus atau RM825,000 dibelanjakan sejak dana tersebut dibayar tahun lalu.
Beliau berkata, dana itu disediakan bagi memberi bayaran pendahuluan kepada wanita yang belum menerima nafkah daripada bekas suami yang berkemampuan walaupun selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Syariah.
"Wang pendahuluan ini akan dibayar semula oleh bekas suami dan duit itu kita akan 'pusing' untuk membantu isteri-isteri terabai lain.
"Namun, kita risau kerana wang tersebut baru dibelanjakan dalam 5.5 peratus sahaja. Ini juga mungkin disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenainya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Seminar Kekeluargaan Islam peringkat negeri bertajuk Isu Nafkah: Beban atau tanggungjawab? yang dirasmikan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin di sini hari ini.
Dalam majlis itu, Mohd. Yusop turut melancarkan secara rasmi Seksyen BSK Perak yang merupakan satu-satunya unit di bawah Jabatan Agama Islam Negeri berbanding negeri-negeri lain di bawah teraju Mahkamah Syariah.
Menurut Ibrahim, BSK yang bertindak sebagai badan penguat kuasa perintah nafkah tidak seharusnya dipandang mudah bekas suami yang berkemampuan kerana mereka boleh dipenjarakan dan harta benda dilelong sekiranya mengingkari perintah mahkamah.
"Isu nafkah ini tidak boleh diambil mudah kerana bukan sahaja dibawa sehingga ke akhirat, tetapi perkara ini melibatkan bebanan ke atas isteri dan pengabaian terhadap anak-anak," ujarnya.
Terdahulu, Ibrahim yang juga Ketua Pengarah JKSM turut menyampaikan replika cek sebanyak RM100,000 kepada Mohd. Yusop sebagai simbolik penyerahan dana wang pendahuluan tersebut bagi membantu isteri-isteri terabai di negeri ini.
Antara negeri-negeri lain yang telah membelanjakan wang pendahuluan tersebut ialah Terengganu (RM69,000 untuk 39 orang), Melaka (RM35,000 untuk 19 orang), Sarawak (RM20,000 untuk 16 orang) dan Selangor (RM20,000 untuk 10 orang).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130322/ma_02/Isteri-terabai-digesa-tuntut-pendahuluan-nafkah#ixzz2PB6df0aE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by BidAnggun21 on 1-4-2013 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 12:17 PM | Show all posts
cuba cek blk apa fungsi BSK dan bila ditubuhkan..bnda ni dh lama..sbb tu kena tnya kt mahkamah..dh rmai pun ibu tunggal yg mggunakan khidmat BSK ni kt malaysia..BSK pun ada sediakan peguam untuk penguatkuasaan perintah nafkah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 12:33 PM | Show all posts
kalau ego ni mmg susah la


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 01:16 PM | Show all posts
BidAnggun21 posted on 1-4-2013 08:29 AM
Aku dulu buat cara kasar..... x dpt dr bapak tu sendiri, aku sms kt bapak dia, kat adik lelaki dia ...

sy dah call mak dia pun ........ mak dia ckp ...sy ni mcm anjing menyalak bukit jer.... pastu dia kata.... xkan dia nak byarkan pulak duit nafkah tu...dia x de kene mengena...siap suruh sy kluar dr rumah yg sy duduk atas nama anak dia..... lum campur perli2 lagi... adehh..pedih... Allah jer yg tau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.260182 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list