CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muhamad_fairuz

Sabarlah Wahai Hati (Tamat~:)

[Copy link]
Post time 13-3-2013 04:18 PM | Show all posts
xde sambungan lg??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 03:19 PM | Show all posts
maaf saya agak sibuk dalam dua tiga bulan ni. dok siapkan tesis. insyaAllah bersambung dalam 3 4 hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2013 07:06 AM | Show all posts
Musim Bertukar Lara

Kring...kring….
       
Telefon bimbit kepunyaan Zulkarnain berbunyi memainkan muzik seperti telefon zaman lama. Sengaja dipilih muzik itu kerana berasa tidak selesa dengan muzik zaman moden yang pelbagai. Baginya telefon bimbit hanya alat komunikasi pelbagai cara, bukannya alat hiburan. tidak perlu dihiasi dengan bunyi-bunyi yang boleh mengganggu pemiliknya.

Zulkarnain memegang pinggang. Mencapai telefon bimbit yang digantung di situ. Matanya liar memandang sekeliling. Mencari tempat untuk menjawab. suasana di tempat itu hingar-bingar. Bunyi bola berlaga dan sorakan menghiasi Pusat Boling di tingkat teratas Kuantan Parade.

Zulkarnain melangkah tiga langkah ke belakang sambil tangannya diangkat memberi isyarat dia mahu menjawab panggilan sebentar. Wafi mengangguk kecil. Dia meneka mungkinkah itu panggilan dari isteri bosnya itu.

Nama Nur Adawiyah tertera di skrin. Nama itu berkelip-kelip sehinggalah dia menekan butang hijau untuk dijawab. Zulkarnain berasa sedikit kaget. Dia tahu isterinya menanti di rumah. Dia juga sedar isterinya pasti masih belum menjamah sebarang makanan kerana setia menunggunya pulang. Namun dia masih menghabiskan masa di luar dengan bersenang-senang.

“Assalamualaikum…” Zulkarnain menjawab panggilan dengan salam. Cepat menenangkan diri. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Waalaikumsalam. Abang di mana? Kenapa masih belum pulang?” suara Nur Adawiyah jelas di hujung talian.

“Abang keluar dengan Wafi. Sebentar lagi abang pulang. Kenapa?” Zulkarnain mula menampakkan keegoannya. Rasa bersalahnya disembunyikan.

“Saya ada perkara yang hendak disampaikan.” Perlahan Nur Adawiyah membalas. Sedikit nada kerisauan mula menghilang mendengarkan suara sang suami.

“Apa dia? Cakap dalam telefon pun boleh.” Soal Zulkarnain sedikit acuh tak acuh. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Tak apa. Saya akan beritahu abang di rumah nanti.” Nur Adawiyah tetap dengan pendiriannya.

“Zul, giliran awak.” Terdengar suara perempuan memanggil. Zulkarnain serba salah. Mesra suara itu memanggil.  

“Abang di mana sebenarnya?” Nur Adawiyah mula curiga.

“Abang sebenarnya main bowling dengan kawan-kawan sepejabat.”

“Habis tu suara siapa tadi?”

“Suziana. Kawan abang.”

“Suziana?”

“Kawan satu pejabat abang.” Zulkarnain menjawab. dia sedar suara itu didengari oleh isterinya. Dia juga sedar Nur Adawiyah pasti memikirkan sesuatu.

“Kita juga berkawan pada mulanya.” Pantas Nur Adawiyah menjawab. mengingatkan suaminya mengenai permulaan hubungan mereka berdua.

“Jangan fikir bukan-bukan. Bukan dia seorang sahaja. Wafi juga ada di sini.”

“Kenapa tidak dengar suara Wafi?” Zulkarnain berpaling. Sepasang matanya liar mencari kelibat Wafi. Nyata Wafi dan Suziana hanya memandang ke arahnya. Mereka menanti  giliran Zulkarnain untuk meneruskan perlawanan yang tertangguh. Tangannya dihalakan ke arah Wafi. Memanggil-manggil lelaki berusia hampir 30-an itu.

Zulkarnain menghulurkan telefon bimbitnya. Wafi hanya tergamam. Pelbagai andaian ligat bermain di fikirannya. Mungkinkah ada sesuatu antara mereka berdua ini? Mungkinkah Nur Adawiyah benar-benar mahu memastikan suaminya berteman dengannya bukan sekadar berdua-duaan?

“Kak ada, kami tengah bermain bowling. Sebentar lagi akan tamat.” Wafi menjawab. matanya mula mencari Zulkarnain. Dari jauh dia melihat sahabat dan bosnya itu mula tidak senang duduk. Seakan-akan penghawa dingin yang dipasang di setiap barisan permainan tidak mampu menyejukkan hatinya yang dilanda gelisah.

Wafi menamatkan perbualan. Butang berwarna merah ditekan di papan kekunci seraya diserahkan kepada pemiliknya, Zulkarnain.

“Terima kasih.”

“Saya buat ini bukan untuk kau. Tapi untuk dia. Hatinya pasti terluka.” Wafi tidak menghiraukan ucapan terima kasih itu sebaliknya menyatakan pendiriannya.

Zulkarnain hanya melepaskan keluhan. Dia melepaskan pandangan pada orang-orang yang berjalan melintasinya. Duduk seorang diri di tengah-tengah pusat boling itu benar-benar membuatkan dia berasa bosan. Selama beberapa kali dia pergi bermain boling di situ inilah pertama kali dia berasa tidak gembira.

Nur Adawiyah. Nama itu kembali meniti di bibirnya. “Agaknya apa yang akan difikirkannya selepas mendengar suara Suziana? Adakah dia akan memahami keadaanku ini?” Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Jawapannya pula sudah berada di rumahnya.  

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2013 07:07 AM | Show all posts
Langit yang cerah tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa hari akan hujan. Bintang berkelipan cantik di angkasa. Ia membentuk beberapa gambar sekiranya dihubungkan dengan garisan. Gambar itu dalam istilah sains dipanggil buruj. Gambar itu jugalah yang menjadi petunjuk arah dan digunakan pada zaman dahulu sebelum wujudnya kompas.

Nur Adawiyah sedang duduk di pintu rumahnya menebarkan pandang ke arah langit. Serasa ingin menggapai bintang-bintang yang nun jauh melangit di angkasa. Tiba-tiba bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis. Hati terguris mendengarkan perbualan telefon sebentar tadi. Rasa menyesal pula dia menghubungi Zulkarnain. Bukan kerana tidak mempercayai suaminya itu sebaliknya menimbulkan rasa sakit hati dan syak yang sudah mula bersemi.

Kata-kata wanita di dalam panggilan tadi begitu jelas dan terang kedengaran di gegendang telinganya ini. Biarpun ditekup dengan bantal atau ditutup kedua-dua cuping telinga dengan tangan, namun kata-kata dan suara itu tetap juga bermain-main kuat dan menyakitkan.

Dari jauh kedengaran bunyi kereta di malam sunyi. Bunyi itu menjadi semakin jelas setelah ia melalui jalan utama perumahan Indera Sempurna dan memasuki simpang menuju ke rumahnya. Itulah kereta yang dinantikan oleh Nur Adawiyah. Penantiannya pada malam itu berakhir dengan satu kepulangan. Sama seperti malam-malam sebelumnya. Hanya malam ini kepulangan itu sangat lambat.

Zulkarnain melangkah menghampiri Nur Adawiyah. tidak ada apa-apa yang diutarakan olehnya. Mungkin kepenatan. Mungkin juga mahu mengelak dari sebarang bentuk salah faham. Namun, diam bukanlah jalan terbaik. Diam itu sebentar sahaja. Sekadar melengah-lengahkan waktu untuk kedua-dua pihak. Namun ada sesuatu yang membuatkan hati Zulkarnain kurang senang. Mata Nur Adawiyah mula berkaca. Merah.

“Awak menangis?” Zulkarnain menyoal. Nur Adawiyah diam seketika. Diperhatikan wajah suaminya dengan ekor mata. Nampak sedikit berubah dari masa dia mula-mula keluar dari pintu kereta.

“Tak ada apa-apa.” Nur Adawiyah mengangkat muka. Wajahnya sedikit kemerahan. Mungkin terasa dengan kata-kata

“Awak menangis sebab tidak ada apa-apa?” Zulkarnain kembali menyoal seolah-olah diam isterinya itu satu misteri yang merunsingkan hati. Nur Adawiyah hanya membisu. Dalam keadaan begini, kedamaian rumah tangga lebih penting dari segala-galanya. Dia cuba bertahan dari banyak menyoal. Dia sedar dia kini diuji dan dirasuki minda supaya mencurigai suaminya.

“Apa yang awak cakap tadi?” Sepi sebentar suasana. Nur Adawiyah menarik nafas panjang. Bersedia untuk memberitahu suaminya.

“Abang bakal jadi ayah.” Nur Adawiyah langsung tidak mengupas senyum walaupun berita gembira yang meniti di bibirnya..

“Sebab itu awak menangis?” mendengarkan kata-kata itu terus saja Nur Adawiyah terdiam tidak menjawab apa-apa. Nada sinis yang keluar dari mulut Zulkarnain membuatkan lidahnya terus saja terkelu. Yang kelihatan hanyalah riak terkejut di wajahnya. Nampak sedikit pucat lalu dia menundukkan muka.

“Sebab lain.” Nur Adawiyah menjawab setelah mengumpul nafas.

“Sebab apa? Abang pergi main bowling pada masa ini?” soal Zulkarnain dengan wajah yang seakan-akan keliru dengan segala jawapan dari Nur Adawiyah sebentar tadi.

“Tak salah kalau abang pergi tapi dengan siapa?” Nur Adawiyah mula curiga. Mula bertanya untuk kepastian.

“Kan abang dah beritahu dengan kawan-kawan abang?”

“Habis saya ini siapa?”

“Saya isteri abang. Sepatutnya saya lagi penting dari mereka.”

“Abang tahu.”

“Tapi kenapa abang selalu dengan mereka?” Nur Adawiyah terus menyoal selagi jawapan yang dicari belum terbit. Dia sendiri tidak tahu jawapan apakah yang dicari. Bertanya dan terus bertanya tanpa henti.

“Abang keluar sehingga lewat malam dan kadangkala langsung tidak pulang. Sebagai isteri apa perasaan saya?” Zulkarnain terdiam lagi. Mungkin terpaksa mengakui kesalahan yang dilakukannya. Namun, dia hanya melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik utama. Nur Adawiyah hanya tercegat berpeluk tubuh. Seolah-olah dia bercakap dengan dinding. Bertanya dan tiada jawapan.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2013 07:09 AM | Show all posts
sebarang kritikan n teguran saya amat alu-alukan utk penambahbaikan karya n muhasabah diri. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 04:35 PM | Show all posts
Hhhmmm menarik...keep writing yo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2013 05:59 AM | Show all posts
Sambungan...



*****                *****                *****                *****                *****

Empat bulan kemudian...


Malam menjelma untuk kesekian kalinya. Gelap dan muram. Perumahan itu jauh daripada kesibukan kota. Dengan berjarak enam belas kilometer dari bandaraya Kuantan sepatutnya mampu untuk memberi kedamaian kepada penghuni-penghuninya. Namun, tidak semua manusia yang mampu memiliki kedamaian itu. Ia tidak mampu menenangkan hati Nur Adawiyah dari dilanda gelisah.

Di langit awan mendung kelihatan sarat muatan. Bila-bila masa sahaja hujan renyai-renyai itu akan bertukar lebat.
Mata Nur Adawiyah terkebil memandang siling, mengisar badan mengalih ke kanan sambil melihat gambar-gambar bersama yang tersusun pada rak dan tergantung di dinding. Banyak gambar yang bergantung. Ada tiga kesemuanya namun itu bukanlah gambarnya. Dia tidak berminat untuk menyimpan sebarang gambar apatah lagi menggantungkannya. Kesemua itu gambar milik suaminya.

Matanya tertumpu pada muka jam di dinding. Sudah melewati pukul 12 tengah malam. Zulkarnain masih belum pulang.
Teringat pula kata-kata ibunya

“Orang laki zaman sekarang ini apabila panjang langkah dia, panjanglah akal dia.” Seraya matanya mula berkaca. Mungkinkah suaminya masih belum berubah. Pada saat ini dia memerlukan nasihat dan belaian dari ibunya. Namun dia tahu baik dan buruknya jika keadaannya diketahui ibu. Lebih-lebih lagi jika perkara ini tiba kepada pengetahuan abang sulungnya, Khairul Afhan. Sudah tentu kecoh.

Nur Adawiyah teringat kepada Amri, jejaka di kampung mereka, ketika Amri cuba mengganggunya sewaktu dia pulang ke rumah melalui batas-batas sawah berakhir dengan satu talaan parang ke muka jejaka itu. Siapa lagi yang berani berbuat demikian kalau bukan abangnya. Terus Amri membuka langkah seribu.

Adik-adik lelakinya pula dua kali lima dengan abang Khairul. Jika di jalanan Ammar dan Umaiyah umpama konco-konco kepada satu kumpulan gangster kampung. Mujurlah sikap baran mereka itu masih boleh dikawal dengan kelembutan Nur Adawiyah. Ada sahaja perkara yang tidak senang terus dinasihati oleh Nur Adawiyah. Jika tiga beradik itu tidak mendengar nasihat atau melanggar larangan Nur Adawiyah, alamat tidak ada hidanganlah pada malam harinya.  

Nur Adawiyah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan televisyen yang tertutup. Beberapa ketika dia hanya memerhatikan saja bilik tamu itu. Bilik yang tidak sebesar mana. Namun kelihatan amat menarik dengan latar warna dinding yang cerah, dihiasi beberapa gambar dan juga cermin besar yang menyerlahkan hiasan dalaman.

Jika di pagi-pagi hari mahu bercermin di ruang tamu pun boleh. tidak perlu bersusah payah untuk kembali ke bilik tidur. Bagi para usahawan, ini dipanggil strategi untuk menjimatkan masa, dan bagi mereka masa itu adalah duit.

Tiba-tiba telefon bimbit Nur Adawiyah berdering. Telefon berwarna hitam putih jenis MyIman D818 memainkan lagi tanpa suara. Di rumah itu tiada telefon rumah kerana Nur Adawiyah dan Zulkarnain masing-masing sudah memiliki telefon bimbit. Bahkan Zulkarnain mempunyai lebih dari satu. untuk tujuan kerja.

Dengan malas,Nur Adawiyah mencapai telefon bimbit di atas meja sisi katil. Dilihat di skrin. Tertera nombor yang tidak dikenalinya. Bermula dengan kod 09 sudah tentu bukan dari telefon bimbit. Apatah lagi sudah malam-malam begini masakan ada orang yang mahu menghubunginya melainkan suaminya.  

“Hello? Assalamualaikum..” dengan sedikit mengantuk, dia menjawab juga. Dia mendengar ada satu suara menjawab. Suara itu memperkenalkan diri dan memberi sedikit penerangan. Nur Adawiyah mendengar dengan teliti.

“Astaghfirullah  Al-Azim.. Nur Adawiyah beristighfar. Berulang-ulang kali dengan degupan jantung seratus kali berdegup lebih kuat. Serta-merta dia diselubungi dengan rasa takut. Menggigil-gigil tangannya memegang telefon itu. Dipejamkan mata lalu menarik nafas sedalam-dalamnya.

Serta-merta nama Rashidah terpacul di mulutnya. Hanya rakannya itu yang boleh membantu. Berita dari panggilan tadi amat mengejutkan. Zulkarnain berada di hospital. Kemalangan. Dia perlu segera ke sana. Tanpa kenderaan, dia segera meminta bantuan.
tidak  lama kemudian Rashidah muncul bersama Wafi untuk membantu dan membawa Nur Adawiyah ke Hospital Besar Kuantan.

Rashidah hanya mampu menenangkan rakannya itu sewaktu perjalanan ke sana. Dengan memakan masa dalam dua puluh minit dengan jarak enam belas kilometer, mereka akhirnya tiba. Kereta diberhentikan seketika di bahagian kecemasan. Nur Adawiyah turun bersama Rashidah sementara Wafi mencari parkir.

*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 11:19 PM | Show all posts
sambungan....


Zulkarnain bingkas bangun. Matanya terkulat-kulat memandang sekeliling. Bilik ni… bilik ini sangat-sangat dia kenal. Bagaimana pula dia boleh berada di sini? Zulkarnain mula menolak selimut tebal yang menyelimuti tubuhnya. Terasa sakit badannya apabila digerak-gerakkan. Tangannya terus spontan memegang jantung. Berdegup kencang. Bagai hendak meletup. Terus dia mencuba untuk bangun melompat turun dari katil.

“Kenapa pula boleh terlantar dekat sini?” fikirannya berserabut. Pernafasan juga rasa seperti sudah tidak teratur. Cuba untuk mengingati apa sebenarnya yang dah berlaku. Rasa-rasanya malam tadi hujan lebat. Dia masih berada di pejabat. Selepas itu dia terus pulang ke rumah. Namun, sesuatu yang tidak diduganya telah terjadi.

“Abang jangan banyak bergerak. Abang masih belum sembuh.”

“Apa yang berlaku?”

“Abang tidak ingat?”

“Abang kemalangan.”

“Tak mengapa. Menurut doktor, abang tiada kecederaan serius. tidak perlu ditahan di wad. Saya akan menjaga abang.”

“”Zulkarnain mengangguk perlahan. Walaupun luka-lukanya kelihatan seperti tidak seberapa, masih terasa lagi bisa-bisa dan lenguh di seluruh anggota. Kepala pun masih terasa berat. Mungkin disebabkan hentakan yang kuat ketika dilanggar.

Dia masih lagi rasa terkejut dengan kejadian yang baru saja menimpa. Nasib baik kemalangan itu tidak seberapa. Mujur dia masih lagi bernyawa. Nampaknya kali ini dia terselamat daripada malang tidak berbau. Rashidah dan Wafi hanya tersenyum lega melihat keadaan majikannya yang tidak parah.

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 09:59 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Nak tanya...dah ada ura2 nak terbit buku ke?...kalu ada...saya igt nk terus beli...

TQ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 11:22 AM | Show all posts
waalaikumsalam, saya masih cuba untuk terbitkan tapi belum ada rezeki. kerap ditolak n masih terus cuba n tambah baik.  mohon doakan.atau tuan ada cadangan lain? tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:07 PM | Show all posts
muhamad_fairuz posted on 5-4-2013 11:22 AM
waalaikumsalam, saya masih cuba untuk terbitkan tapi belum ada rezeki. kerap ditolak n masih terus c ...

Cuba htr ke karyaseni. Karyaseni sedang cuba membykkan novel2 berbentuk islami. Tp lady lebih suka menggunakan istilah suntikan rohani sbb novel islami terlalu tinggi martabatnya utk karya2 lady.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 12:18 PM | Show all posts
insyaAllah, terima kasih atas cadangan, akan diusahakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 08:13 AM | Show all posts
Sambungan..........



*****                *****                *****                *****                *****

        “Sudah beberapa hari saya lihat abang asyik duduk berehat sahaja. Abang tidak cuba untuk bangun dan aktifkan diri?” Soal Nur Adawiyah sedikit cemas apabila melihat suaminya asyik terlantar di atas katil sahaja.

        “Biarkan sahaja abang begini. Kenapa? Adawiyah sudah tidak sanggup menjaga abang?” Zulkarnain menduga dengan dugaan yang nyata menyakitkan hati sang isteri yang mendengarnya.

        “Bukan begitu maksud saya. Jika abang tidak berusaha untuk bangun, abang akan lambat pulih.”

        “Doktor juga berkata begitu. Abang hanya ada lima puluh peratus untuk pulih. Jadi, tunggu sahajalah begini.”

        “Jika abang melobi sesuatu tender dan dikatakan peluang abang hanya lima puluh peratus, adakah abang akan mencuba?” Nur Adawiyah cuba memberi perumpamaan yang lebih dekat dengan suaminya.

        “Sudah tentu.” Ringkas Zulkarnain menjawab. Dia sangat mengerti maksud tersirat isterinya itu.

        “Begitu juga dengan peluang ini. Lima puluh peratus itu adalah di atas kertas. Peluang abang sebenarnya bergantung kepada kemampuan abang sendiri.”

        “Bukan abang tidak mahu bangun tapi abang rasa sakit tiap kali berbuat demikian.”

        “Sabarlah, abang. Tahan sakit dan terus mencuba.”

        “Kenapa perlu cakap perkara berkaitan sabar tiap-tiap hari? tidak jemukah?” Zulkarnain mula naik berang.

        “Berapa kali abang bersabar? Berapa banyak yang saya cakap mengenai sabar itu nombor dua, yang penting berapa kali abang beramal. Allah yang beri peluang untuk kita hidup dan kita tidak berhak memusnahkan hidup kita. Ini adalah ujian dan kita mesti berjuang mengatasinya.” Panjang Nur Adawiyah memberi nasihat.

        “Berjuang tanpa kaki?”

        “Kita tidak perlu kaki untuk berjuang, cukup sekadar percaya dalam hati dan yakin dengan kuasa dan takdirNya.”

        “Kalau hendak ceramah tunggulah abang sihat dulu.” Lantas Zulkarnain memotong kata-kata Nur Adawiyah seraya badannya dipalingkan ke bahagian bertentangan dengan isterinya itu. Nur Adawiyah hanya mendiamkan diri. Dia kehilangan kata-kata.

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:27 PM | Show all posts
Terharu baca citer nih...teruskn sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 06:05 PM | Show all posts
Sambungan.....



Pagi itu langit cerah. Mentari meninggi dengan kedudukan segalah menampakkan diri menandakan waktu dhuha. Waktu yang cukup baik untuk memulakan segala pekerjaan. Nur Adawiyah awal-awal lagi sudah menyiapkan sarapan sambil menunggu suaminya bangun dari lena.

Hari itu Zulkarnain tidak bekerja. Masih belum pulih sepenuhnya. Sijil cuti sakit yang tertera sebanyak tiga puluh hari sudah cukup membuatkannya berasa bosan berada di rumah. Bagi pekerja lain, jumlah itu sudah cukup menggembirakan mereka namun sebagai pengarah, Zulkarnain berasa tidak tenteram. Sentiasa sahaja dia menghubungi pejabat untuk mengetahui keadaan semasa syarikat.

Nur Adawiyah melangkah kaki menuju ke tingkat atas menjemput suaminya makan. Pintu dibuka. Zulkarnain tidak kelihatan. Spontan dia terdengar suara perbualan dari luar. Langkah kakinya diatur menuju ke tingkap dan seraya dia menjenguk ke bawah. Kelihatan suaminya sedang berbual dengan seorang lelaki. Segera dia menuruni anak tangga untuk menuju ke arah dua orang itu.  

“Aku dengar kau kemalangan.” Syahadan memulakan bicara. Zulkarnain hanya tersenyum sinis.

Nur Adawiyah di sisi suaminya juga diam tidak membalas. Hanya menundukkan wajah dan bermain-main dengan hujung selendang yang kemas berlilit di bahu. Abdul Wafi dan isterinya Rashidah yang turut datang melawat baru melangkah masuk. Membiarkan sahaja daun pintu terbuka. Berjalan beberapa tapak lalu duduk di kerusi luar mengadap Zulkarnain.

“Bukannya kemalangan. Ada orang yang cuba bunuh aku.” Zulkarnain menjawab.

“Yakah? Siapa?” Syahadan kembali menyoal.

“Seorang yang bodoh dan telah gagal pada kali ini.”

“Mungkin lain kali dia akan berjaya.”

“tidak ada lain kali. Dia akan ditangkap sebelum sempat berbuat apa-apa.”

“Kau tahu siapa yang lakukan?” Syahadan cuba mencungkil rahsia.

“tidak . Langsung tiada petunjuk. Polis sedang menyiasat.”

“Hati-hati, Zul. Musuh itu datangnya dari diri kau sendiri. Kau yang banyak mencipta musuh. Sebab itulah kau menjadi sasaran mereka.” Syahadan memberi peringatan.

“Musuh aku adalah siapa yang serang dari depan. Serang hendap bukannya musuh tetapi bacul.” Syahadan hanya diam. Kata-kata Zulkarnain itu bagaikan masuk ke telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Sudahlah. Aku cuma mengingatkan saja. Aku minta diri dulu.” Lantas langkah kakinya diatur menuju ke Proton Wira berwarna biru gelap di luar pagar rumah itu. Sempat dia menjeling ke arah Zulkarnain sebelum menutup pintu keretanya.  

“Orang yang melanggar itu tidak akan berasa gembira apabila mengetahui Zulkarnain tidak parah.”

“Mungkin orang yang melanggar itu mahu memberi pengajaran sahaja.” Rashidah mencelah apabila sepi menyelubungi mereka.

“Saya tidak fikir begitu.” Wafi pula menafikan sebaliknya.

“Abang janganlah buat orang risau.” Rashidah membalas. Wafi diam sahaja. Serta-merta baris senyuman yang ada tadi menghilang. Pandangannya pula beralih kepada Nur Adawiyah yang menghampiri mereka dengan dulang yang berisi.

“Abang, masa untuk sarapan dan selepas itu makan ubat.” Nur Adawiyah mencelah sambil menghulurkan dulang berisi nasi goreng dan secawan air. Pandangannya pula berpaling ke arah dua orang sahabatnya yang baru tiba. Serta-merta dia membariskan senyuman lalu mendepakan tangan tanda menyambut kedatangan Rashidah dan Wafi yang tidak disangka-sangka itu. Jarang sangat rakannya buat lawatan mengejut seperti ini.

“Ni air apa? Nescafe ?” Zulkarnain bertanya.

“Kopi Radix. Baik untuk kesihatan terutama melibatkan sakit sendi dan pinggang.

“Mana awak tahu semua ini?”

“Sudah tentu Adawiyah tahu. Dia ahli Herba Penawar al-Wahida semasa di UPM lagi.” Rashidah mencelah lagi.

“Jadi, apa kaitan kopi dengan sakit pinggang?” Zulkarnain tidak henti bertanya.

“Kopi ini ada empat unsur dalam badan sempena mengambil teori Ibnu Sina. Herba-herba dalam kopi ini akan seimbangkan keempat-empat unsur itu.” Nur Adawiyah memberi penerangan panjang lebar.

“Bukankah Ibnu Sina hanya berpengaruh di Eropah? Lagipun sudah hampir 1000 tahun dia meninggalkan kita, adakah teori ini masih boleh digunapakai?

“Abang minum sahaja. Sebentar nanti abang akan tahu teori ini boleh digunapakai atau  tidak .”

“Abang tidak mahu minum. Kopi ini pahit. Lagipun abang dah sembuh.”

“Ikutkan saja, abang. Sayakan mengandung.” Habis saja ayat tersebut, terus Nur Adawiyah melangkah kaki menuju ke dapur meninggalkan tetamunya itu bersama suaminya. Dua orang tetamunya itu masih belum dihidangkan minuman.

Adawiyah juga bergerak ke dapur. Rashidah memandang sambil tersenyum. Suasana hening seketika. Jika seketika tadi hangat dengan perdebatan di antara Zulkarnain dan Syahadan kini lelaki itu seakan-akan kehilangan suara untuk berkata-kata.

“Kenapa?” Zulkarnain bertanya. Musykil dengan senyuman sinis Rashidah.

“Dari tadi dia asyik pandang Encik Zul.”

“Mestilah. Dia melihat perubahan pada diri saya sama ada sudah sembuh atau  tidak .”

“Tak semestinya. Encik Zul ini lemah mengenai perempuan.” Rashidah sedikit membebel.

“Habis? Sebab apa lagi dia pandang saya?”

“Apabila perempuan memandang lelaki, sebenarnya dia mengambil berat terhadap lelaki itu Cuma tidak tahu bagaimana harus luahkan.” Terang Rashidah. Zulkarnain tidak mengangguk. Menggeleng pun  tidak . Bersuara apatah lagi. Dia diam seribu bahasa. Tiada reaksi langsung kepada penjelasan itu.

“Patutlah awak selalu pandang abang.” Usik Wafi kepada isterinya. Rashidah hanya menjeling.

*****                *****                *****                *****                *****

Bersambung....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2013 11:16 AM | Show all posts
Sambungan.......


*****                *****                *****                *****                *****

Pagi yang cerah. Manusia mula berlumba-lumba mengejar cita-cita. Kereta jenis BMW berwarna biru gelap meluncur laju. Semakin lama semakin memecut. Seakan-akan melepaskan geram yang terbuku di hati. Pemilik kereta itu, Zulkarnain tidak memperdulikan larangan had laju serta bahaya bagi mereka yang menaiki roda dua, sebaliknya pantas membunyikan hon tanda amaran.

Kereta Zulkarnain hanya mula bergerak perlahan ketika memasuki perkarangan pejabatnya yang terletak di Taman Guru iaitu lebih kurang sepuluh kilometer dari rumahnya. Fikirannya kembali melayang. Teringat akan perselisihannya dengan Nur Adawiyah sebentar tadi.

“Abang mahu ke pejabat semula?” Nur Adawiyah bertanya.

“Ya.”

“Bukankah saya tengah demam ini?”

“Makanlah ubat.” Ringkas Zulkarnain menjawab sambil langkahnya diatur menuju ke kereta. Nur Adawiyah masih mengekor di belakang suaminya. Matanya asyik menjeling lelaki itu yang kelihatan sudah nekad untuk bekerja sepanjang hari tanpa memperdulikan dirinya. Apa lagi yang dia mampu lakukan untuk menghalang.

Nur Adwawiyah hanya menelan air liur. Hancur hatinya. Namun, dia bukannya orang yang suka meminta-minta. Dia membiarkan sahaja suaminya berlalu.

>>>>

“Apa perkembangan projek kita?” lantas dia bertanya kepada salah seorang kakitangan syarikat, Hafiz.

“Setakat ini tidak ada apa-apa projek terbaru. Biasanya Syahadan yang gigih mencari. Selepas dia tiada kami hanya memberi tawaran namun gagal mendapatkan sebarang projek.” Pantas lelaki itu menjawab.

“Usah disebut lagi nama itu. Kita boleh berjaya tanpa dia. Bukankah kita ada banyak lagi projek?”

“Ya, kita ada satu projek benteng di tebing sungai Pahang tetapi tergendala kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.”

“Apa kaitannya dengan cuaca? Kita ada tempoh masa yang terhad. Kau mahu tengok kita disaman lagikah?”

“Tapi ia akan menjejaskan binaan sekiranya hujan. Sekarang juga musim air pasang.”

“Kalau aku campak kau ke sungai, air pasang akan tolong kau ke  tidak ?” Hafiz tersentak apabila diajukan soalan andaian ketika sedang sibuk meneliti fail sebuah demi sebuah. Seakan dia tahu betul dengan soalan itu walaupun kaitannya dengan perkara yang dibincangkan seolah-olah tidak ada kena-mengena. Zulkarnain sengaja hendak menunjukkan yang dia berkuasa dan Hafiz perlu menurut arahan sahaja.

“ tidak ..” Mata Hafiz berkelip-kelip. Dia cuba menjawab walaupun gagal memahami maksud persoalan. Buntu. Kakinya terpaku di situ. Dia tahu kalau dia menjawab tidak seperti yang diinginkan pasti akan dimarahi.

“Jadi kau patut fikir mengenai aku bukannya air pasang.” Zulkarnain begitu lantang melemparkan ke tidak puasan hatinya terhadap Hafiz. Jurutera muda itu menundukkan pandangan melihatkan bosnya menjegilkan mata. Sudah lama rasanya Zulkarnain tidak bertekak dengan stafnya. Semenjak kemalangan tempoh hari dia tidak ke pejabat.

“Ba..baik. saya pergi uruskannya sekarang.” Segera Hafiz menghilangkan diri dari pandangan Zulkarnain. Khuatir sekiranya dia berlengah-lengah akan dimarahi lagi. Zulkarnain pula menyinga pada hari ini. Mungkin masalah di rumah dengan Nur Adawiyah dan kes saman di mahkamah berkaitan sub tender, kini terbawa-bawa hingga ke pejabat. Alamat pejabat itu menjadi seperti dilanda puting beliung.

“Kau dah lain.” Wafi menegur.

“Aku dah lain?” Zulkarnain kembali bersuara mendatar apabila agak lama dia mendiamkan diri dan hanya memerhatikan mereka semua. Sebaris senyuman kepuasan menghiasi bibir Zulkarnain. Gembira apabila tiada lagi orang yang berani hendak bertegang urat serta mengherdik segala tindakannya.

“Ya, kau suka marah-marah terutama kepada orang yang banyak membantu.” Wafi menggagahkan diri mengutarakan pendapat.

“Mereka bersalah memang sepatutnya dimarahi. Kita tidak boleh manjakan sangat pekerja. Nanti mereka naik muka.” Zulkarnain membantah walaupun kadangkala pernah terlintas jua di benak fikirannya perkara itu ada benarnya.

“Tapi mereka juga manusia. Manusia biasa. Sama seperti kita.” Sekali lagi Wafi membantah.

“ tidak . Mereka adalah pekerja. Dan aku adalah ketua mereka.”

“Sebab itu aku cakap kau dah lain.”

“Mungkin kau tidak kenal aku betul-betul.” Zulkarnain menafikan.

“Aku tidak kenal kau? Aku kenal kau sejak tadika. Kalau aku tidak kenal kau siapa lagi yang kenal?” Wafi mula meninggikan suaranya. Sedikit berang dengan sikap acuh tak acuh rakan dan majikannya itu.

“Ini kali terakhir kau tinggikan suara dengan aku. Baik kau juga buat kerja seperti mereka atau hari esok kau tidak perlu datang kerja lagi.” Zulkarnain memberikan arahan dan sambil-sambil itu seakan-akan memberikan sedikit amaran. Perlahan-lahan mereka berdua mengangguk tanda faham dan memusingkan badan.

*****                *****                *****                *****                *****


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 09:21 AM | Show all posts
muhamad_fairuz posted on 20-4-2013 11:16 AM
Sambungan.......

Sambung lagi sedara....banyk pengajrn citer nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2013 08:22 AM | Show all posts
InsyaAllah ...

Sambungan ;)


Mentari tegak di atas kepala. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.45 tengahari. Syarikat La Tansa Enterprise masih beroperasi seperti biasa walaupun dilanda pelbagai masalah. Orang yang paling sibuk adalah Zulkarnain. Hampir keseluruhan masanya dihabiskan untuk syarikat. Rumahnya hanya sebagai tempat persinggahan untuk lelapkan mata serta kemasan diri.

Abdul Wafi menikmati pancaran mentari dari celah-celah ruang tingkap pejabat itu. Ruang kerja yang sempit itu sudah cukup membahagiakan dan mendamaikan ditambah dengan penghawa dingin yang diselaraskan kepada suhu yang paling rendah membuatkan kepanasan di luar tidak terasa. Biarpun dia tidak berpeluang menatap senyuman isteri kesayangannya Rashidah kerana demam dan mendapat cuti sakit sebanyak dua hari, namun dia tetap bersyukur kerana dapat menikmati erti pengorbanan dan kesetiaan.

Pada dasarnya perkahwinan adalah berteraskan rasa kasih dan sayang, namun apa yang lebih penting adalah tanggungjawab dan patut pada agama. Penghayatan inilah yang membuatkan Wafi amat-amat mensyukuri kerana dianugerahkan seorang isteri yang mempunyai semua nilai ini.

“Masa yang genting sebegini kau sibuk melayari internet?” lamunan Wafi terhenti dengan teguran dari majikannya, Zulkarnain. Dia berpaling sambil tersenyum simpul. Zulkarnain sudah dapat mengagak makna di sebalik senyumannya itu. Seperti selalu senyuman itu tanda Wafi tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi sengaja Zulkarnain berpura-pura tidak mengerti.

“Ya, masa rehat masih belum tamat. Apa salahnya? Lagipun banyak berita yang terkini boleh didapati dari ruangan forum. Ia boleh meluaskan fikiran kita.” Wafi mempertahankan diri.

Zulkarnain menjelling ke arah skrin komputer. Laman Web tertera ‘iluvislam’ di atasnya menjadi bacaan sahabatnya itu. Kemudian tangan kanan Wafi ligat menggerakkan tetikus untuk membuka forum yang terdapat di dalamnya. Forum itu dibahagikan kepada banyak bahagian untuk memudahkan pembaca dan urusan penyelenggaraan. Tema-tema seperti isu semasa, ibadah, masalah-masalah hukum, kiriman karya dan lain-lain lagi menghiasi web yang mempunyai pengikut yang ramai itu.  

“Mungkin kau juga boleh melayari laman web untuk kerja kosong.” Perli Zulkarnain. Di dalam hati dia mengeluh. Mengesat sedikit peluh di dahi sambil mengetap bibir. Segala perasaan yang semakin tidak tenteram kini bercampur-baur di dalam hati. Rasa geram, sedih dan marah semuanya menyelinap masuk.  

“Kenapa?” Wafi bertanya inginkan kepastian.

“Kau tidak sedar yang kita telah disaman atas kesalahan yang pelbagai. Mula-mula kesalahan memberi tender kepada syarikat lain. Selepas itu kita rugi besar dalam kebakaran gudang." Abdul Wafi hanya mendiamkan diri dengan tingkah Zulkarnain itu.

"Pemiliknya pula mahu menuntut ganti rugi kerana kecuaian kita.” Tegas Zulkarnain lagi untuk memberi peringatan.

Wafi sedikit berang namun wajahnya mampu menahan amarahnya itu. “Kau hanya risaukan kedudukan kau di syarikat ini. Kau tidak risaukan pekerja-pekerja. Kalau muflis mereka yang akan merana. Kau tidak berasa apa-apa kerana banyak aset yang lain.”

“Jadi kau tidak risau? Syarikat ini juga aset kau. Kau juga ada saham dalam syarikat ini.” Zulkarnain pula bertanya.

“Buat apa aku hendak risau? Saham itu bukan aku yang punya.”

“Habis tu siapa punya? Rashidah?”

“Allah yang punya. Dia yang beri nikmat ini dan Dia jugalah yang tarik balik. Kita sebagai hamba tidak perlu bersedih. Ada hikmah disebaliknya. Bukannya kita tidak berusaha, tetapi mungkin usaha itu tidak mencukupi atau akan diganti dengan nikmat yang lebih besar.” Panjang lebar Wafi bercerita seolah-olah berceramah.

Zulkarnain yang mendengar acuh tak acuh mencebikkan mulutnya. Ada sahaja yang tidak kena apabila dia cuba memberi arahan.

“Sudahlah, Berceramah pula kau ni. Aku mahu kau fikirkan sesuatu, bukannya menambahkan lagi masalah yang sedia ada.” Zulkarnain mula naik berang.

“Biasalah kalau sekali-sekala rugi. Bukankah ini asam garam dalam perniagaan?” Wafi pula acuh tak acuh.

“Aku tahu tapi aku yang rugi besar. Ada baiknya jika kau menyambung kerja sebelum hilang segala-galanya.”

“Baik, bos.” Segera Wafi menjawab arahan Zulkarnain yang kuat menggegarkan gegendang telinganya itu.

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 10:10 AM | Show all posts
Sambungan...

Zulkarnain melangkah masuk ke dalam rumah. Nur Adawiyah masih berada di ruang tamu. Menunggu kepulangannya. Malam itu tidak seperti malam-malam yang biasa. Seakan-akan wajah isterinya itu membisikkan sesuatu. Risau jelas terpancar di wajahnya..

“Abang, saya ada hal yang mahu dibicarakan.” Nur Adawiyah memulakan kata.

“Tunggu sahaja hari esok. Sekarang sudah lewat malam.” Zulkarnain acuh tak acuh. Seolah-olah itu tidak penting baginya.

“Tidak  boleh. Perkara ini berkaitan dengan hari esok.” Kata-kata itu mematikan langkah Zulkarnain. Dadanya berdebar.

“Esok? Ada apa?”

“Abang, saya mahu mintak izin pulang ke kampung esok.”

“Kenapa? Ada masalah dengan tinggal di sini?” Zulkarnain kaget dengan permintaan itu. Baginya ia satu yang benar-benar memeranjatkan. Apatah lagi dalam keadaannya yang ditimpa dengan masalah yang berganda di syarikat. Kini, masalah di rumah turut menghantuinya. Zulkarnain mula kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu apa yang apa yang harus dilakukannya. Sama ada memberi izin atau sebaliknya, kedua-duanya tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kandungan ini sudah semakin besar. Tiada orang yang menjaga saya. Abang juga tiada semasa saya perlukan. Lebih baik pulang ke kampung. Mak boleh jaga saya.” Nur Adawiyah menjelaskan alasan. Begitu kukuh sehingga suaminya tidak mampu membangkang dengan apa juga hujah sekalipun.

“Abang bukan tidak boleh jaga. Abang keluar mencari rezeki.” Sekali lagi alasan bodoh itu bermain di bibirnya. Sudah banyak kali Nur Adawiyah mendengar.

“Walaupun sampai malam? Kalau begitu biarkan saya pergi.” Kali ini Nur Adawiyah sudah bersedia dengan jawapan tambahan.

“Tidak . Biar abang mencari orang gaji. Dia yang akan menjaga Adawiyah.” Zulkarnain memandang tepat ke dalam anak mata isterinya. Jelas terpancar riak kerisauan. Di sebalik kerisauan itu, terselit rasa bersalah Zulkarnain yang tidak mampu menjalankan amanahnya yang satu itu.

“Saya tidak mahu orang gaji. Saya mahu abang menjaga saya.” Pinta Nur Adawiyah. Lantas dia menghela nafas panjang. Wajahnya berubah menjadi muram.

“Habis, abang tidak perlu pergi kerjakah?”

“Abang boleh bekerja pada waktu pejabat. Selepas itu pulanglah ke rumah.”

“Tak boleh begitu. Abang harus berada di beberapa tempat tanpa mengira waktu. Syarikat dalam keadaan teruk sekarang. Banyak yang abang perlu uruskan. Adawiyah jangan risau. Abang lakukan semua ini untuk kita juga.”

“Abang keluar awal pagi dan pulang setelah lewat malam. Abang tidak tahu saya sangat susah hati bila abang tiada.”

“Abang buat begitu sebab abang sayangkan Adawiyah”

“Tak. Orang yang abang paling sayang adalah diri abang sendiri.” Nada suara Nur Adawiyah bertukar perlahan. Seakan-akan menahan air mata dari mula membasahi kelopak mata jernihnya. Sekiranya dia memejamkan matanya, air mata itu pasti akan mengalir.

“Adawiyah kena faham. Projek-projek yang terbengkalai, saman beratus ribu, pekerja tidak cukup, jurutera pula kekurangan. Abang perlu selesaikan.”

“Setidak - tidak nya luangkanlah sedikit masa.” balas Nur Adawiyah sayu. Suaranya agak tersekat-sekat.

“Abang tidak boleh berjanji.”

“Saya tahu. Sebab itu saya harus pergi. Abang izinkan saya.” Nur Adawiyah sekali lagi meminta. Zulkarnain terdiam sejenak. Dia mengalihkan pandangan mata ke cermin besar di ruang tamu itu, berat hatinya untuk membiarkan isterinya pergi. Seketika kemudian dia kembali memandang Nur Adawiyah. Kepalanya dianggukkan sebagai tanda memberi izin.


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 02:50 PM | Show all posts
...TT...awat ciput baru nak feel sedih2...sian adawiyah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.194063 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list