|
PICCA LIFE OF PIII LAA vs LIFE OF PI
hampir sama tapi tk seroper,..sebab tucen x nganga pOwn!
|
|
|
|
|
|
|
|
Besok dh start...cete khayalan yg nmpk best..ala2 mcm avatar lak |
|
|
|
|
|
|
|
Live of Pi sehebat Avatar?
sos tiram:Harian Metro: Live of Pi sehebat Avatar?SESUDAH Avatar arahan James Cameron mencetuskan fenomena luar biasa di layar sinema khususnya bagi filem bercorak 3D, kita ternanti-nanti apakah akan tiba sebuah filem lain yang boleh menyaingi atau sekurang-kurangnya menyamai keajaiban Avatar.
Mungkin terlalu awal untuk memperkatakan keunggulannya namun yang pasti, filem terbaru arahan Ang Lee, Life of Pi, sudahpun mendapat pujian dan komen yang begitu positif apabila dipertontonkan kepada pengkritik antarabangsa, baru-baru ini. Antaranya daripada majalah Time yang menyebut kesan visual Life of Pi sangat spektakular dan inilah ‘the next Avatar’.
Komen memberangsangkan itulah juga menjadi senjata promosi bagi filem hebat ini yang mengangkat sebuah kisah pengembaraan penuh magika daripada novel terkenal tulisan Yann Martel.
Bagi dunia perfileman Barat dan Timur sendiri, nama pe­ngarah Ang Lee, 58, memang gah dan tersohor. Bermula dari Taiwan sehingga ke Hollywood, filem arahannya sudah lama diterima dan menjadi buah mulut peminat . Sekadar beberapa contoh, antara karya beliau adalah Eat Drink Man Woman (1994), Sense and Sensibility (1995), Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000), Hulk (2003) dan Brokeback Mountain (2005).
Ang Lee sudah dua kali merangkul Oscar iaitu melalui Crouching Tiger, Hidden Dragon lakonan Datuk Seri Michelle Yeoh (Filem Bahasa Asing Terbaik) diikuti filem cinta songsang, Brokeback Mountain (Pengarah Terbaik).
Kalau sebelum ini dia lebih condong dengan karya dari China dan Barat, namun kali ini melalui Life of Pi, Ang Lee nampaknya cuba mengangkat pula kisah dari Benua India yang penuh dengan rahsia dan kejutan.
Menariknya, Life of Pi adalah novel pengembaraan fantasi karya Martel yang ditulis pada 2001. Peranan protagonis dalam kisah ini adalah Piscine Molitor ‘Pi’ Patel, seorang kanak-kanak India dari Pondicherry yang menempuh pelbagai peristiwa bercorak spiritual, sekali gus menguji keberaniannya sejak kecil lagi.
Ketika mencecah remaja, Pi yang juga anak kepada se­orang penjaga zoo menempuh satu pengembaraan menakjub­kan apabila keluarganya mahu berhijrah ke Winnipeg, Kanada. Turut dibawa belayar bersama mereka, beberapa haiwan. Namun tanpa disang­ka-sangka, di tengah-tengah Lautan Pasifik, kapal mereka karam dipukul ribut taufan.
Dengan sebuah bot yang kecil, Pi bagaimanapun terselamat dan apa yang tinggal bersamanya hanyalah seekor kuda belang, orang utan, hyena dan harimau Bengal bernama ‘Richard Parker’. Di sinilah Pi berdepan satu lagi ujian terbesar kerana terpaksa meneruskan ‘survival’ di tengah-tengah lautan selama 227 hari. Akibat kebuluran, satu demi satu haiwan bersamanya mati kecuali harimau yang ganas itu.
Kini Pi perlu berusaha menyelamatkan diri­nya daripada dibaham Richard Parker yang kelaparan. Lalu dengan bijak dan berhati-hati, dia memberanikan diri mengajar harimau itu menukar dietnya dengan meratah ikan. Inilah antara plot yang menarik dalam novel dan filem ini kerana ia akhirnya mewujudkan perasaan kasih sayang antara manusia dan haiwan.
Melalui kesan visual yang menakjubkan, penonton akan dapat melihat Pi dan harimaunya itu menempuh pel­bagai peristiwa luar biasa yang tidak pernah disaksikannya di tengah-tengah lautan, tidak kira siang ataupun malam. Inilah tarikan istimewa Life of Pi yang mahu Ang Lee tampilkan kepada dunia.
Watak Pi sendiri dari kecil sehingga dewasa dilakonkan beberapa pelakon seperti Gautam Belur, Ayush Tandon, Suraj Sharma dan Irrfan Khan. Pelakon penting lain termasuklah aktor handalan Perancis Gerard Depardieu, bintang Bollywood handalan Tabu, Adil Hussain, Rafe Spall dan Shravanthi Sainath.
Irrfan, 45, sebelum ini membintangi filem Slumdog Millionaire, The Amazing Spider-Man dan The Namesake. Tabu, 41, pula terkenal melalui filem Hindustan seperti Hum Saath-Saath Hain, Maachis, Thaksyak dan Virasat. Suraj, 19, sebelum ini belum pernah berlakon dalam mana-mana filem yang besar.
Menarik juga dinyatakan, novel asal Life of Pi ini pernah lima kali ditolak syarikat penerbitan di London sehinggalah diterima Knopf Canada yang yakin menerbitkannya pada September 2001. Ia juga berjaya diterjemahkan ke bahasa Peranchis, L’histoire de Pi dan pernah memenangi anugerah di United Kingdom, Afrika Selatan serta Asia-Pasifik.
Kini Life of Pi sudah bersiap sedia untuk ditonton seisi keluarga pada musim cuti sekolah ini. Kita tunggu mulai 29 November ini dan lihat apakah impaknya akan mampu menjadi sehebat Avatar. Di Malaysia, Life of Pi akan turut ditayangkan di pawagam layar tercanggih, Malaysia IMAX Sunway Piramid untuk kesan 3D paling hebat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tetap nak gi nengok gak malamneh.. sebab suker ngan rimau dan hewan... Mmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Okay,I dah tgk cerita ni dan komen saya ialah cerita ni best.. I tgk biasa je bukan 3D..maybe I should watch again in 3D sbb cinematografi cantikkkkkk sangat..yg animal nampak real ar..terutama tiger tu..mmg nampak real betul...thumbs up for that...jalan cerita pun okay,ada moment a bit slow tapi overall okay,enjoyable...lakonan para pelakon semua mmg superb,very convincing....ermm cuma masih tgh fikir apa maksud di sebalik cerita yg disampaikan penulis cerita ni sbb ending dia buat penonton tertanya2...mana satu nak percaya..ending dia mmg open and left to the audiens' interpretation... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh nak tambah lagi..tgk trailer mula2 pun iols rasa mcm cerita bodoh je..cgi tak convincing sgt..tapi tanggapan itu semua salah..cerita ni mmg best~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
ajami posted on 29-11-2012 10:29 PM
my rev @ ROTIKAYA
In-Depth Review: Life Of Pi by AJAMI HASHIM
wah gud review ni...
mmg trailer nmpak CGI x best kan..
nk tgk nie...haaaaa x tahu bila boleh tgk.....
|
|
|
|
|
|
|
|
i baru blk dr tgk cete ni kt tgv sunway siap imax 3D dr segi grafic mmg terbaekkk...so i suggest korg tgk sekurang2nya 3D la klau biasa mmg x feel sgt la..tp cete ni bg saya klau siar kat tv sure org tgk sekerat jer sbb pjg sgt n agak slow..dr segi plot cerita okla i bg 3.5*. lastly semua pergi tanpa tinggalkan pesan termasuk sang harimau toleh pon tak nak blah camtu jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
jom kawan-kawan kita g tengok ! |
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok gak cerita ni. tgok trailer cam gempak! |
|
|
|
|
|
|
|
wow macam best je review... |
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 30-11-2012 07:43 AM
sudah mmbaca u punya rebiu... bagi ak bagi sesapa yg telah mmbaca novel "life of pi"..munkin sud ...
Malaysian animation comes to life with Pi
KUALA LUMPUR: Local animation artists are set to make the country proud again with their stunning visuals in Ang Lee's upcoming Life of Pi.
Much of the computer-generated imagery (CGI) effects in Life of Pi, scheduled to be released in Malaysia on Nov 29, are done by local film production studio Rhythm and Hues Malaysia.
The film, based on Yann Martel's award-winning book of the same name, has been highly anticipated and is expected to be among the highlights at next year's Oscar awards.
Studio senior manager Hasnul Hadi Samsudin said about 80 local talents were involved in the making of the CGI effects in the film.
“Most of the background animation done in preparation for the making of the film, as well as post-production work, was done right here in Kuala Lumpur.
“This film is proof that Malaysian talent, particularly in this industry, has developed, evolved and is considered world class,” he said, adding that CGI effects made up a large portion of the movie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel best. Harap2 filem pun best |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah tengok mobie ni tengah hari tadi...
I would rate this mobie 8/10 or 4/5... memang terbaek ... totally my cup of tea ler...
My rebiu:
Pada peringkat awal jalan penceritaan, lebih banyak menceritakan tentang kisah hidup Pi masa kecik. Tentang pergolakan jiwa Pi untuk memahami tentang Tuhan dan kepercayaan... sampai satu peringkat, dia cuba utk mempraktikkan agama hindu.. agama kristian dan agama Islam serentak.. Frankly speaking, part part ni memang kelakar giler. Kami yang menonton (9-10 penonton jer dalam panggung tue ... ) ketawa kaw kaw sebab adengan2 yang dipaparkan memang kelakar sesangat.
Kemudian, jalan penceritaan dikembangkan ttg hubungan Pi dengan family dia (parent dan abang, Ravi). Part ni dipaparkan secara ringkas dan pendek, tetapi cukup berkesan untuk memaparkan bagaimana didikan si ibu dan si ayah terutamanya telah membentuk keperibadian Pi dan karakter dia.
Jalan penceritaan dikembangkan bagaimana mereka terpaksa meninggalkan benua India untuk berhijrah ke Kanada. Mereka mengangkut kesemua binatang yang ada dalam zoo mereka untuk dijual kepada pembeli kat Kanada dan pegembaraan mereka ke Kanada menggunakan kapal laut milik syarikat Jepun.... Semasa kapal tersebut melalui Mariana Trench, kapal tersebut telah karam dek dibadai oleh ombak gadang lautan pasifik... Pi lost his family dan dia berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan perahu penyelamat... *Iols nanges time Pi tenggelam dalam laut dan melihat kapal tersebut tenggelam ke dasar lautan ... satu scene yang amat menyentuh perasaan...
Maka... selepas ni, bermulalah pengembaraan Pi ... dengan perahu penyelamat ... berserta dengan beberapa ekor binatang... dimana akhirnya, yang survive cuma Pi dan Peter Parker... This part telah dilakonkan dengan begitu berkesan... terlampau banyak pergolakan jiwa yang dialami oleh Pi turut dirasai oleh iols ... di antara scene menarik:
~ Ingatkan Pi ngan Zebra sajork yang terselamat.. ghuper2nya ada dubuk sekor pun turut ada dalam perahu tue...
~ Scene Orange Juice (who is she?? ) menyelamatkan diri diatas bekalan pisang yang terapung ... suker jer tgk teletah Orange Juice.. tapi akhirnya mati jugak
~ Part yang paling mengejutkan, ghuper2nya... sang Harimau @ Peter Parker pun ada dalam perahu tu jugak...
~ Toward the end.. cuma Pi dan PP sajer yang selamat... maka Pi terpaksa belajar utk hidup bersama dengan PP di atas perahu yang sempit tue... banyak part part yang kelakar... emosional ... amazed berlaku semasa pengembaraan mereka berdua (which I must say have been delivered very effectively and excellent) ...
~ Scene di atas pulau karnivor memang terbaek....
~ Scene biler mereka terdampar kat Pantai Mexico... (very touching) ... Lagi lagi biler PP moved to the jungle without turning back to say goodbye to Pi...
Overall... citer ni memang best... banyak part part yang melibatkan emosi berjaya dipaparkan dengan sebaik mungkin. ... thinking of watching it for 2nd time .... |
|
|
|
|
|
|
|
Ending memang terbaek...
Selain Pi.. sapakah yang sebenarnya terselamat daripada kapal karam tersebut? Adakah:
1. Pi... Peter Parker... Orange Juice... Dubuk.... & Zebra
2. Pi... Mak heols... The cooker... The sailorman...???
very interesting sebab the 2nd version really make sense ... but the overall movie just telling us on the 1st version Last edited by MissNigga on 30-11-2012 10:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|