CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 22-11-2012 07:31 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 21-11-2012 11:06 PM
tak pe...kat sini semua bebas berimaginasi...tak de halangan untuk semua...citer ni agak 18sx siki ...

Err....18sx....?.....

Agak2 tg. denis nak anu kan lisa ke?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2012 07:59 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 02:33 AM
lewat tido...

alahhhhh...salah lah spekulasinya...tak pe2..sabau yeeee...

oh salah tembak yea
nasib baik salah klu betul akan mengingatkan satu Novel yg ana pernah baca pulak, citer yg mcm ana speku tue
alhamdulillah lain pulak
tp yg pasti diaorg akan berjumpa kan sbb lisa dgn TD kan hero dan heroin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:02 AM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 07:31 AM
Err....18sx....?.....

Agak2 tg. denis nak anu kan lisa ke?....

haha...lawak betol spekulasi sellie..takpo2...sabau na...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:03 AM | Show all posts
fatehana posted on 22-11-2012 07:59 AM
oh salah tembak yea
nasib baik salah klu betul akan mengingatkan satu Novel yg ana pernah baca ...

ha, yang last sekali betol...dah kata hero n heroin...kalau tak bukan hero n heroin lah namanya...muahaha  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 10:13 AM | Show all posts
kenapa watak maria tu tu aku bayangkan izreen azmida....ke watak maria tu tempelan je...ade watak perempuan gedik lagi ke...setiap pompuan gedik aku bayangkan si izreen ni....



nah maria takpun watak gedik yang lain...heroin inesen takleh nak bayang sapa










Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 10:16 AM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 07:31 AM
Err....18sx....?.....

Agak2 tg. denis nak anu kan lisa ke?....

haip3 jgn lelebih nnt yg teringat2 lak dahlah mlm nie mlm penuh barakah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2012 10:18 AM | Show all posts
BAB 7
       
BMW X6 milik Tengku Dennis yang dipandu salah seorang pengawal peribadinya berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah. Tengku Dennis yang berada di tempat duduk belakang hanya diam sambil membaca surat khabar apabila iPhonenya berbunyi lantang tanda ada panggilan masuk. Tengku Dennis hanya mendengus, malas mahu menjawab panggilan telefon daripada setiausahanya itu. Tak menyempat! Tahulah aku pukul berapa nak masuk office. Marah Tengku Dennis dalam hati.
       
          Tengku Dennis teringat, ada satu dokumen yang perlu disemak sebelum mesyuarat dimulakan sebentar lagi. Dia menyuruh Adam, pengawal peribadinya yang kedua untuk turun mengambil dokumen berkenaan di boot belakang kereta memandangkan traffic light masih merah. Adam hanya menurut tanpa banyak bicara. Saat Adam kembali semula ke kereta, seorang gadis menerpa ke arah pintu belakang kereta dan dengan tergesa-gesa terus menerobos masuk sambil menghempas pintu dengan kuat.
       
           Semua yang berada di dalam kereta itu terpinga-pinga apatah lagi Tengku Dennis kerana gadis itu tergopoh-gopoh menghenyakkan punggung disebelahnya. Bunyi hon yang bertalu-talu dari kereta belakang menyebabkan Bob, driver merangkap pengawal peribadi Tengku Dennis yang pertama terpaksa meneruskan pemanduan tanpa sempat menghalau gadis itu turun.
       
          Satu keluhan panjang dilepaskan gadis itu.
       
          “Selamat aku…” ucapnya pendek tanpa menyedari 2 orang lelaki sedang memandangnya pelik. Bob hanya menjeling sekilas melalui cermin pandang belakang.
       
           Tengku Dennis berdeham. Rasa terkejutnya masih belum hilang apatah lagi dengan perangai gadis itu yang langsung tidak berpaling menghadapnya dan menerangkan apa yang berlaku.
       
            Lisa yang berasa pelik segera membuang pandang ke arah kirinya. Terkejutnya bukan kepalang. Sepasang mata sedang tajam memandangnya. Lisa hanya tersengih kelat.
       
          “Sorry encik…saya kena kejar perompak tadi. Tak perasan pulak termasuk kereta encik,” terang Lisa sambil tersenyum malu. Malu kerana selamba sangat masuk kereta orang yang dia tidak kenal.
       
           Tengku Dennis hanya tersenyum sinis. Dia masih kenal dan ingat dengan seraut wajah yang sudah berpeluh itu walaupun aircond terpasang dengan kuat. Orang gila!
       
          “Orang gila, biasalah…mana nak fikir dulu sebelum buat apa-apa. Main redah je,” getus Tengku Dennis. Adam dan Bob sudah pelik. Bos kenal ke perempuan cantik ni.
       
           Lisa yang sedang membetulkan rambut yang menggerbang tersentak. Dia segera menoleh. Orang gila. Dia tahu gelaran itu. Hanya ada satu makhluk saja kat muka bumi ini yang memanggilnya dengan gelaran orang gila. Lisa ketap bibir, ini mesti mat rempit hari tu.
       
         Matanya disepetkan dan wajah lelaki disebelahnya direnung tajam.
       
        “Sedapnya bahasa pondan Lorong Haji Taib ni…sesuka hati dia je panggil orang gila,” balas Lisa sambil menggigit bibir bawahnya. Geram sangat dengan senyuman sinis lelaki itu. Bob dan Adam yang mendengar menahan tawa.
       
         “Mulut jaga sikit wahai orang gila, ingat sikit kau sekarang kat mana. Nanti tak pasal-pasal aku campak kau keluar dari kereta aku nanti,” ugut Tengku Dennis.
       
         “Tak padan dengan menumpang kereta orang, ada hati nak kurang ajar,” sambung Tengku Dennis lagi. Dijeling perempuan yang tidak diketahui namanya dengan ekor mata. Baju kurung gadis itu kelihatan koyak dibahu kirinya mendedahkan sebahagian bahunya yang putih melepak.
       
         Lisa yang perasan akan pandangan Tengku Dennis, panas hati.
       
        “Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke?!” sembur Lisa geram. Gatal! Getusnya dalam hati.
       
         “Bob berhenti kat tepi jalan depan tu,” arah Tengku Dennis pada driver nya. Lisa cuak, kenapa pula nak berhenti bagai ni. Ketakutannya tadi masih belum hilang, dikejar sekumpulan lelaki yang mahu merompaknya. Lisa berlari laju tanpa melihat ke kiri dan kanan dan akhirnya dia tersadai dalam kereta lelaki sombong ini.
       
           Lelaki itu kelihatan membuka pintu kereta dan keluar. Lisa hanya memandang pelik. Ke manalah lelaki ni nak pergi. Dah lah jalan ni sunyi, mana nak ada teksi atau bas. Kereta pun jarang-jarang yang melalui jalan ini dan Lisa bertambah pelik apabila lelaki itu menghampiri pintu kereta tempat duduknya pula.
       
         Pintu kereta dibuka kasar. Lisa tergamam, muka lelaki itu kelihatan tegang. Tengku Dennis memegang lengan Lisa kemudian ingin mengheret gadis itu keluar. Lisa takut, dia lebih rasa selamat berada di sisi lelaki itu walaupun dia tidak mengenali lelaki sombong itu. Lisa enggan keluar, tangan kirinya kejap memegang tempat duduk pemandu dihadapannya. Namun sekuat manalah kudrat seorang perempuan, akibat tidak dapat mengimbangi badannya, Lisa terjelepuk jatuh dari kereta.

            Kedudukan kereta jenis BMW X6 agak tinggi, jadi agak sengal badan Lisa apabila terjatuh dari situ. Lelaki disebelahnya pula bukan nak menolong malah digelakkannya pula. Lisa sedih, sudahlah dia tiada sesiapa di Kuala Lumpur ini. Dilayan pula sebegini rupa. Perlahan-lahan Lisa bangun dan berdiri tegak dihadapan lelaki yang masih tergelak itu. Tajam pandangan mata Lisa menembusi anak mata Tengku Dennis. Tengku Dennis tergamam, mata yang bersinar garang itu bertukar menjadi sayu, perlahan tubir mata bulat itu digenangi air.

          Tengku Dennis terkaku, sikit sebanyak perasaan bersalah menyucuk tangkai hatinya. Bimbang tindakannya tadi terlalu melampau. Air mata yang bergenang tadi mula luruh satu persatu kemudian diiringi esakan yang makin lama makin kuat. Tengku Dennis bertambah cuak. Bob dan Adam yang sedari tadi menjadi pemerhati juga turut cuak. Siapa tidak cuak kalau perempuan menangis. Air mata perempuan tukan senjata mereka yang paling kuat.

           Esakan Lisa semakin menjadi-jadi. Sayu hatinya, kesedihan atas kehilangan neneknya pun masih belum hilang, ditambah pula dengan layanan lelaki dihadapannya. Entah kenapa begitu murah air mata Lisa dihadapan lelaki yang dia tidak kenali saat ini. Tengku Dennis teragak-agak sama ada mahu memujuk atau membiarkan gadis itu menangis di tepi jalan. Sungguh! Dia tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Kalau adik-adiknya menangis pun dia akan buat tak tahu. Bukan perangai dia untuk memujuk orang.
Kereta peronda polis yang kebetulan melalui jalan itu memberhentikan keretanya di bahu jalan berdekatan dengan kereta Tengku Dennis. Bob dan Adam yang melihat makin cuak, berpeluh ketiak masing-masing. Tengku Dennis kelihatan selamba, padahal dalam hati bagai nak melompat keluar jantungnya dirasakan. Gadis dihadapannya masih menangis teresak-esak.

          Salah seorang anggota polis yang beruniform menghampiri Tengku Dennis dan Lisa yang masih tercegat berdiri ditepi kereta Tengku Dennis dengan pintu kereta penumpang disebelah kanan yang masih terbuka luas. Bob dan Adam sudah tidak senang duduk, rasa nak terkucil pun ada. Habislah mereka, tidur dalam lokaplah jawabnya.

            Anggota polis yang menghampiri Tengku Dennis menghulurkan salam. Tengku Dennis menyahut perlahan sambil berjabat tangan dengan anggota polis tersebut.

          “Kenapa ni encik? Ada apa-apa masalah ke?” Tanya anggota polis tersebut. Tengku Dennis garu dahi sambil tersenyum memikirkan alasan yang munasabah.

          “Tak ada apalah tuan, masalah rumahtangga sikit. Wife saya ni merajuk dengan saya. Dikatanya saya ni ada skandal, padahal saya ni setia orangnya,” ucap Tengku Dennis sambil tergelak kecil.
Lisa yang sudah reda tangisannya dijeling tajam tanda amaran supaya tidak membocorkan rahsia. Lisa yang memahami hanya menundukkan kepala, takut akan renungan tajam lelaki itu.

           Anggota polis tersebut hanya mengangguk. Dikerling gadis yang masih tersedu-sedan disebelah kirinya. Lama pandangan anggota polis itu tertancap pada Lisa. Tengku Dennis tidak senang hati.

          “Kalau tak ada apa-apa lagi kami pergi dulu ya tuan,” tutur Tengku Dennis sopan. Dicapai jemari Lisa yang sejuk dan digenggam erat. Lisa cuba melepaskan genggaman itu namun makin kuat pula.
Anggota polis itu menahan. Dia curiga, baju pada bahu kiri gadis itu terkoyak luas sehinggakan menampakkan bahunya yang putih gebu. Rambut gadis itu juga agak serabai dan seperti kusut. Macam baru lepas bergomol.

           “Kenapa baju puan koyak? Betul ke puan ni isteri encik ni. Kalau bukan puan boleh bagitau saya. Puan jangan takut,” ujar anggota polis tesebut pada Lisa.
Lisa hanya diam, tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Genggaman tangan Tengku Dennis mula menyakitkan jemarinya. Mahu atau tidak lisa hanya menganggukkan kepala. Tidak berani menceritakan hal yang sebenar, takut perkara yang lebih buruk terjadi padanya. Dia membetulkan bajunya yang terkoyak.

              Anggota polis berkenaan hanya diam. Mula mempercayai pasangan dihadapannya.

             “Okaylah tuan, kami beransur dululah ya. Cuaca panas sangat ni, rentung pulak kita kat sini,” Tengku Dennis berlawak. Anggota polis tersebut turut tergelak.
Setelah kereta peronda polis tersebut berlalu, Tengku Dennis menolak Lisa masuk ke dalam kereta sambil membebel.

            “Menyusahkan orang betul! Macamanalah dalam banyak-banyak manusia, kau jugak yang selalu aku jumpa. Rimas betul!” Tengku Dennis mendengus kasar. Gadis disebelahnya hanya dijeling sepintas lalu.

             “Siapa nama kau?” Tanya Tengku Dennis. Gadis itu tetap diam tidak berkutik. Tengku Dennis geram. Boleh pulak dia buat bodoh bila aku tanya.

             “Hei pekak! Aku tanya nama kau apa!” tengking Tengku Dennis sambil menarik lengan Lisa supaya menghadapnya. Tanpa diduga, kepala Lisa terlentuk ke bahunya. Tengku Dennis terkedu. Tidur rupanya. Bunyi nafas gadis itu ibarat irama yang mendamaikan hati Tengku Dennis.

          Tengku Dennis membiarkan kepala gadis itu terlentuk ke bahunya. Bob yang menjeling melalui cermin pandang belakang hanya tersengih. Hanya dia yang memahami makna sengihan tersebut.

         Tengku Dennis membuang pandang ke luar tingkap. Ada rasa asing yang menyusup masuk ke celah hatinya. Masing-masing hanya melayan perasaan sementara menunggu untuk sampai ke destinasi.

P/S : dah start dah, dah start dahhhhh...hahahha..semoga terhibur dan menceriakan hari anda yang sentiasa sura sepertimana komen2 anda yg menceriakan hidup saya...pehhhh!!! dah macam novelis ternama rasanya..kah kah kah*gelak guling-guling*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:37 AM | Show all posts
kikuri posted on 22-11-2012 10:13 AM
kenapa watak maria tu tu aku bayangkan izreen azmida....ke watak maria tu tempelan je...ade watak pe ...

ngam jugak izreen tu jadi maria sebab izreen kan ala2 mulut shilakak sikit kan, lepas tu muka dia pun macam sesuai kerja kilang sebab dia pernah berlakon jadi pekerja kilang kot...
heroin tu, pikirla sorang gadis yg cantik, ala2 innocent n ayu manis je masa kat kampung,tapi bila kat KL dia berubah dari segi pakaian disebabkan keadaan yang memaksa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 10:43 AM | Show all posts





Last edited by farahanafarah on 22-11-2012 10:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 10:50 AM | Show all posts
^ bori laluan...tengku dennis nak poie kojo... selamat merembes..ahakz
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:32 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 10:02 AM
haha...lawak betol spekulasi sellie..takpo2...sabau na...

Kita pon nak gelak gak ler speku sendiri...

Nak tnya ler...tg.dennis nih sosial guy ke? macm lelaki playboy kaki pub ke?....huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 11:34 AM | Show all posts
fatehana posted on 22-11-2012 10:16 AM
haip3 jgn lelebih nnt yg teringat2 lak dahlah mlm nie mlm penuh barakah

Tidaakkkkkkk...bukan sy yg mulakan.... fara yg dah mention awal2 so...bersedialah...ahaks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 01:34 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 11:32 AM
Kita pon nak gelak gak ler speku sendiri...

Nak tnya ler...tg.dennis nih sosial guy ke? macm le ...

TD lagi worst dari yg awak imagine..dia someone yg luar biasa dari tu ( eh mcm over pulak aku explain..hahah...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 01:35 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 11:34 AM
Tidaakkkkkkk...bukan sy yg mulakan.... fara yg dah mention awal2 so...bersedialah...ahaks. ...

kena mention awal2 karang baca terkujat pulak dpn pc...ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 02:29 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 01:34 PM
TD lagi worst dari yg awak imagine..dia someone yg luar biasa dari tu ( eh mcm over pulak aku expl ...

haaa?...luar biasa...ntah2 mcm2 jenis kaki ni...kaki pompuan, kaki botol, kaki kerja, kaki asap, kaki bangku...ahaks....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 02:31 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 01:35 PM
kena mention awal2 karang baca terkujat pulak dpn pc...ahaha

Huhu...betui gak tuh kan...mau ada kena banned tret fara 18 sx...ahaks...kiranya bebudk bwh umo dilarg baca sama sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2012 02:59 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 02:29 PM
haaa?...luar biasa...ntah2 mcm2 jenis kaki ni...kaki pompuan, kaki botol, kaki kerja, kaki ...

wow bape banyak kaki daaa... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 03:00 PM | Show all posts
sellie003 posted on 22-11-2012 02:31 PM
Huhu...betui gak tuh kan...mau ada kena banned tret fara 18 sx...ahaks...kiranya bebudk bwh umo di ...

haha, jangan risau..18sx yg tidak keterlaluan rasanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 03:01 PM | Show all posts
tak pe...teruskan speku..malam ni saya update lagi..nak pegi kelas satttt..kang duk layan ni kena barred exam pulak! kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 03:09 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 22-11-2012 02:59 PM
wow bape banyak kaki daaa... hehe

Hahah...tau xpe...cuma tertinggl kaki ayam jek..sbb tg dennis nih kan kaya ...macm pelik ler kan dia kaki ayam...miahahahah.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065191 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list