sambungan.......
Nadrisa merenung gadis yang tinggi lampai yang sedang berbual dengan Ilham di tepi pantai Cherating. Seperti biasa, kamera pemberian puan Maimun digunakan sepenuhnya. Bukti-bukti kisah percintaan Ilham perlulah dikumpul dan ditunjukkan kepada ibunya sendiri.
Dahi Nadrisa berkerut.Ligat otaknya berfikir seketika. Cik Atirah bercinta dengan encik Ilham ke? Kalau diorang bercinta, Maslina tu nak letak kat mana pulak. Memang dasar kaki perempuan betul lah Ilham nih.
“you ni kan, kalau i tak ajak keluar mesti you tak akan ajak i keluarkan...” bebel Atirah sambil menepuk lembut bahu Ilham. Bibirnya yang mungil dicebikkan.
“i bukan tak nak keluar dengan you, tapi sekarang motel tu busy sikit. Nak-nak bila nak bukak cawangan baru kat Terengganu.”
“alasankan...dengan girlfriend ada je masa... dengan i bukan main lagi susahkan. Tu la you. Dah ada girlfriend terus lupa kawan.”
Rajuk Atirah. Badannya dipusingkan sedikit tanda protes dengan teman baiknya. Dia dan Ilham membesar bersama-sama malah menyambung pelajaran pun ditempat yang sama. Alasan papanya supaya ada orang tolong tengok-tengokkan puteri kesayangannya ini apabila dia berada di kejauhan. Lagipun, familinya dan family Ilham memang rapat malah ibu-ibu mereka siap merancang untuk menjodohkan mereka lagi.
“aik jeles ke... jangan macam ni.. merajuk-merajuk ni tak sesuai dengan watak you la Tyra...”
“habis tu i tak boleh nak merajuk la... apa yang i boleh kalau macam tu...” balas Atirah geram. Kadang-kadang Ilham langsung tidak pandai menjaga hatinya. Dia pon perempuan.. kenapa Ilham tidak pernah melayannya se istemewa perempuan lain..
kenapa Ilham tidak pernah pandang dia yang sememangnya sayang pada Ilham. Apa yang dia kurang sehingga Ilham tidak pernah meletakkannya dalam senarai calon bakal isteri. Dia sayangkan Ilham... dari kecil lagi hati dan perasaannya buat Ilham. Tidak pernah berubah walaupun sedikit. Tapi Ilham sikit pon tidak kisah tentang perasaannya.
“yang sesuai dengan you hanyalah senyuman... you akan jadi lebih cantik dengan senyuman manis. Bukannya masam mencuka macam ni...” pujuk Ilham lembut. Dia menyedut air kelapa yang dibeli digerai berdekatan pantai Cherating sebentar tadi.
“ooo...kiranya kalau i masam mencuka macam ni, i tak cantiklah... tak cantik macam girlfriend you kan...” tambah Atirah pula. Ilham mula rimas. Mengada-ngada betul la Atirah ni. Nasib baik kau tu kawan baik aku, kalau tak memang dah lama aku tinggal kau sorang-sorang kat pantai ni.
“apa yang you merepek ni Tyra... berhenti buat perangai macam budak-budak boleh...patutlah sampai sekarang tak ada orang masuk meminang... perangai you ni memang tak matang.” Tingkah Ilham geram. Berubah air muka Atirah apabila diherdik Ilham.
“tak payah nak mengutuk i sangat lah Ilham... you pon apa kurangnya. Dari dulu sampai sekarang kehulu ke hilir bawak anak dara orang... tapi sampai ke sudah tak kawin jugakkan... sekurang-kurangnya i ni tak ada lah ke hulur ke hilir ikut jantan.” Bidas Atirah. Dia kemudiannya bingkas bangun lalu menuju kearah jalan raya. Mahu mengambil teksi dan menghilangkan diri dari pandangan Ilham. Ilham mengejar Atirah yang kelihatan cukup marah dengan mulutnya yang tiada insurans.Terasa bersalah pula berkata begitu.
“Tyra...Tyra... stop please. I tak bermaksud nak hina you.. jangan la marah.. sorry..sorry.” Minta Ilham. Pantang dalam hidupnya membuat mana-mana perempuan bersedih. Terutamanya Atirah yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
“tak perlu Ilham... i tahu you cakap apa yang ada kat hati you... memang tu yang you fikir tentang i kan... i perempuan yang tak matang, kebudak-budakkan... manja dan mengada-ngadakan..” balas Atirah. Air matanya mengalir sederas air terjun. Tak sanggup menerima kata-kata begitu dari lelaki yang paling dia sayang. Kenapa Ilham tidak pernah mengerti perasaannya. Hanya kerana dia tidak pernah meluahkan perasaan... takkan lelaki itu tidak tahu perasaannya melalui bahasa tubuh yang digunakan selama ini.
“jangan macam ni Tyra... i tak bermaksud okey.. i’m sorry. Jangan la sensitive sangat.Takkan benda kecil macam tu pon you nak marahkan i... period ke ape you ni?”pujuk Ilham lagi bersama usikan. Atirah mencerun mendengar kata-kata akhir Ilham... “i boleh maafkan you tapi dengan syarat you tak akan mengelak dari i lagi.. you akan sedia meluangkan masa emas you tu untuk i.” Minta Atirah. Dia merenung wajah kacak milik Ilham yang merenung wajahnya. Terdengar keluhan kecil dilepaskan dari mulut Ilham.
“okey...kalau you tak nak tak pe.. i pon bukan orang penting dalam hidup you kan... i’m sorry kalau i ada wat salah sepanjang persahabatan kita. Sampai sini je lah persahabatan kita.” Atirah bergerak pantas meninggalkan Ilham yang tidak mahu mampu memberi jawapan kepadanya.
“you ni dah kenapa Tyra... you nak kita korbankan persahabatan kita yang hampir 15 tahun tu hanya kerana pergaduhan yang kecil macam ni... nonsense laa... okey i minta maaf dengan you pasal cakap macam tu kat you tadi... tapi i tak bolehlah janji untuk spend all my time just for you. I akan cuba yang terbaik untuk luangkan masa bersama you. Tapi bukan semua masa i sebab i ada kehidupan i sendiri.”
“you janji you akan luangkan masa untuk i... you takkan lupakan i hanya kerana you dah ada girlfriend... you janji kan...”
“i janji... dalam semua kawan perempuan yang i ada, you adalah yang terpenting pada i. So don’t worry k..” luah Ilham.
Memang benar kenyataan itu. Tidak sedikit pon dia menipu. Malah dia pasti dia lebih mengutamakan Atirah berbanding Maslina yang hanya dianggap tempat menghilangkan rasa bosan.
“ye la tu...” balas Atirah dengan senyuman yang mula mekar dibibir. Gembira mendengar pengakuan dari Ilham yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak.Tetapi, pengakuan itu cukup buat hatinya dilamun angan indah lalu melupakan rasa perit pergaduhan mereka sebentar tadi.
Last edited by misssakura on 26-9-2012 08:29 PM
|