okay hari ak nak preview pelem re5indet evil :retribution (alice...Rain & Carlos are back, we have Leon…)
We have all been effected by the Umbrella corporation and now,
Alice is taking it back!
Cerita dimulakan dengan adegan backflash di kapal kontena dimana manusia di atas kapal itu telah diserang oleh askar2
Umbrella Corps yang diketuai oleh "Red Queen" dan "Jill Valentine" ( dipasangkan loklike pepijat/virus pada badannya oleh Red Queen, mengawal minda supaya Alice dapat ditangkap dan dibunuh ).
Red Queen
Dengan adegan backflashh ini, mreka2 yang belum penah menyaksikan peilem Resident Evil sebelum ini dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai kisah yang terjadi pada Alice, apa itu Umbrella Corps serta sebab mengapa Alice dan Umbrella Corps bertempur. Ini merupakan pelem Resident Evil yang diadaptasi dari permainan bideo dan mungkin jalan plotnya agak sama seperti franchais pelem Resident Evil sebelum ini.
Jalan ceritanya agak kurang difahami pada awal tayangan pielm dimana, kita akan dihidangkan dengan babak klon Alice di kawasan perumahan suburban di dewan eksperimen Umbrella Corp dan mungkin menganggap Alice sudah mati semasa berlakunya pergelutan klon Alice dengan zombie. Tetapi rupenya kawasan suburban dan bandar-bandar seperti Tokyo, Moscow, New York dan bunker submarine itu adalah bandar buatan/khayalan oleh Umbrella Corp untuk menguji virus yang bakal dijual pada soperpawerr dunia. Cerita ini mungkin/atau tidak...bakal diminati oleh para gamers dan peminat pelem actions kerana dari awal sampai akhir pelemm ini sarat dengan aksi lawan Alice, Ada Wong, team misi menyelamat Alice dengan Umbrella Corp. Jadi kamu tidak boleh mengharapkan cerita yang akan‘logik akal’ kerana pelem ini boleh ditonton secara santai, tak perlu banyak fikir kecuali pada awal-awal cerita. Jalan ceritanya pada akhir pelem pun agak mendatar dan kita boleh meneka...sapa yang tinggal dan sapa yangkiok nanti. Dan yang pasti pelem ini ada sambungan lagik....Virus berbahaya syarikat Umbrella Corporation yang diketuai oleh Albert Wesker terus merebak dan mengubah manusia normal menjadi zombi. Alice ( lakonan Milla Jovovich ) merupakan satu-satunya harapan manusia untuk memusnahkan virus Umbrella Corporation. Plot dimulakan dengan adegan flashback pertempuran askar Umbrella Corps yang diketuai oleh Jill Valentine ( lakonan Sienna Guillory ) yang menyerang kapal kontena yang sarat membawa manusia yang terselamat.
Jill adalah seorang bekas pegawai polis Raccoon City dan sekutu Alice yang telah ditangkap dan telah dipasangkan dengan alat pepijat untuk mengawal minda Jill supaya Alice dapat ditangkap. Pada mulanya Alice dan manusia yang lain menyangka yang pertempuran mereka dengan Umbrella Corps sudah berakhir, tetapi tidak. Selepas pertempuran itu dan Alice terjatuh di dalam laut, dia ditangkap oleh askar Umbrella Corps dan semasa Alice sedarkan diri, dia mendapati dia berada di dalam kurungan di lokasi rahsia yang menempatkan pusat operasi rahsia Umbrella Corporation.
Terdapat 5 buah bandar ‘buatan manusia’ di markas operasi itu iaitu New York, Moscow, Tokyo, bunker kapal selam dan kawasan suburban di Amerika Syarikat. Bandar-bandar itu dibuat untuk menguji virus dan menjual virus kepada kuasa besar dunia untuk tujuan perperangan. Artificial intelligent yang dinamakan Red Queen mengawal Umbrella Corporation dan mengarahkan semua manusia dihapuskan. Barry Burton lakonan Kevin Durand menggodam sistem komputer Umbrella Corporation untuk melumpuhkan sistem pertahanan operasi Umbrella buat sementara waktu untuk membantu Alice keluar dari bilik tahanannya. Alice perlu keluar dari pusat tahanan Umbrella yang terletak di kawasan berais tetapi perlu melalui 5 bandar buatan di pusat operasi Umbrella Corp. Pusat operasi Umbrella Corps itu dihuni oleh klon-klon ciptaan Umbrella untuk dijadikan bahan eksperimen dan digunakan semasa simulasi di bandar buatan, dan cara mereka yang diklonkan adalah dengan memasukkan memori manusia biasa di dalam otak mereka supaya mereka mempunyai emosi seperti manusia normal. Misi menyelamatkan Alice dibantu oleh Ada Wong lakonan Li BingBing, seorang manusia yang terselamat dari cengkaman Umbrella Corps, dan juga sekumpulan lelaki di dalam misi menyelamatkan Alice. Pasukan itu diketuai oleh Leon S. Kennedy lakonan Johann Urb.Alice diserang oleh sekumpulan zombi di bandar Tokyo. Kemudian pasukan penyelamat Alice telah mati seorang demi seorang untuk menyelamatkan Alice. Ada Wong telah dijadikan tawanan oleh Umbrella Corp untuk dijadikan umpan menangkap Alice. Pada akhir filem, Alice telah memusnahkan pepijat di badan Jill Valentine dan Jill kembali menyertai pasukan Alice. Mereka berjaya melepaskan diri dan Alice dibawa ke markas manusia yang terselamat di Washington D.C dimana mereka harus berlawan dengan tentera jahat Umbrella Corp untuk mempertahankan populasi manusia yang semakin pupus
|