CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-7-2012 01:15 PM | Show all posts
“Tapi Bi, macam mana dengan I?” Shark terdengar gadis itu mula teresak-esak.

“Shhh..shh… Sayang. Janganlah nangis. I promise, esok I datang jumpa you. Kita bincang hal ni. Malam ni kasi I rehat dulu.”

“Sayang…Don’t worry, okay? Esok kita jumpa, kita bincang” Shark berkata lagi bila gadis itu masih tidak menyahut. Hanya esak tangisnya yang kedengaran.

“Okaylah. But promise me you datang jumpa I, esok!”

“Okay sayang, I promise”

“Bi, I love you”

“Yeah, me too”

“Bye”

“Bye sayang. Sleep tight” Talian akhirnya di putuskan.

Jahanam! Macam mana boleh silap pulak ni? Shark merengus. Keningnya berkerut.

“Hey, Shark” Shark menoleh. Dia melihat Bella telah berdiri di tepi pintu beranda.

“What’s wrong with you? Toya je muka…” Bella bertanya.

Bella bergerak ke tengah beranda lalu duduk di kerusi. Tanpa meminta izin, sebatang rokok milik Shark di atas meja di ambil. Rokok di nyalakan dan di hisap perlahan.

“Pasal that girl ke?” Bella meneka bila Shah masih mendiamkan diri. Keningnya juga masih berkerut. Sudah beberapa kali Bella melihat Shark dan gadis yang sama di beberapa kelab malam.

“Kalau tak nak jawab, betullah tu. What's wrong with her?” Bella bertanya lagi.

“She’s pregnant” Shark menjawab pendek.

“Anak you?”

“Yalah kot” Bella hanya ketawa mendengar jawapan Shark. Rokoknya di hisap lagi.

“Padan muka. Siapa suruh tak pakai protection?” Shark memandang Bella tajam. Rambutnya yang lurus panjang hingga ke pinggang itu terbuai-buai di tiup angin.

“Tak guna punya jantan!”

“Shut up! If you got nothing good to say” Shark menjawab, tapi dia bergerak menuju ke arah Bella lalu duduk di sebelahnya.  

“What good that I can say about you?” Bella menjawab, masih tersenyum sinis. Shark diam. Rokok di atas meja di ambil lagi sebatang, di nyalakan dan di hisap lagi.

“So, apa you nak buat sekarang?”

“Buat bodoh ajelah” Shark menjawab memandang Bella tanpa perasaan. Bella hanya menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2012 01:19 PM | Show all posts
“Jantan macam you ni, tabur benih je pandai…” Bella menyindir lagi.

“Diamlah!” Kedengaran ketawa kecil dari mulut Bella.

Mereka senyap, menghisap rokok masing-masing. Berlawan-lawan pula asap yang keluar dari mulut mereka.

“Tak nak jual?” Bella bertanya, kali ini serius.

“Budak tu?” Bella mengangguk. Pandangan matanya di tebarkan ke arah langit Kuala Lumpur yang gelap.

“Tak boleh. Dia bukan jenis yang biasa-biasa. Dia anak somebody”

“Serious?” Shark mengangguk.

“Really? Anak siapa?” Shark tetap diam, tidak mahu menjawab.

Bella memandang Shark yang masih mendiamkan diri. Dia sudah lama mengenali Shark. Malah, hubungan mereka sungguh akrab hingga ke ranjang. Tetapi, mereka, bukanlah pasangan kekasih. Hubungan mereka hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata. Mereka memang memilih untuk hidup begini, bertunjangkan dosa semata-mata kerana kemewahan.

“Gila you ni. Kalau father dia cari you, macam mana?” Shark ketawa besar.

“Come on, Bella. You know me. Kalau polis pun tak dapat cari I, no way father dia boleh jumpa I” Shark menjawab dengan angkuh. Bella hanya menggelengkan kepala.

“Hebat taste you kali ni”

“Mestilah. Bukan macam you”

“Hello...taste I teruk? I datang sini temankan you pun dah cukup baik tau. ” Bella menjeling tapi Shark hanya tersenyum memandang Bella dari atas ke bawah.

“Hah.. tu kenapa pandang I macam nak makan pulak?” Shark tersenyum lagi, sambil memandang Bella dengan tajam.

“Honey…where did we stop just now?”

Bella mengangkat kening, juga tersenyum. Dia bangun perlahan-lahan mendekati Shark. Tubuh tinggi lampainya hanya di saluti baju tidur hitam yang jarang, pasti akan menggetarkan nafsu mana-mana lelaki yang melihatnya, termasuk Shark.

“Come…darling” Bella berbisik perlahan di telinga Shark. Tangan Shark di tarik. Shark tersenyum lagi lalu bangun mengikuti langkah Bella masuk ke dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 01:39 PM | Show all posts
Lorr..shah ni ke heronya
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 03:18 PM | Show all posts
Reply 22# Nicki_Meow

bella yang gedik ... hahaha ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 03:27 PM | Show all posts
shark? terbayang shamsul yusof...

bella.. naper terbayang bella super spontan plak ni??
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 03:35 PM | Show all posts
apsal i rasa cam ciput jer..hehe
go..go..go
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2012 03:55 PM | Show all posts
Lorr dah merata kesi shark  tabur benih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-7-2012 16:25
shark? terbayang shamsul yusof...

bella.. naper terbayang bella super spontan plak ni?? :l ...
cmf_conan Post at 3-7-2012 15:27


Cik Conan... ini Shark pujaan hati mu...




Ini Shark pilihan Cheq




Ini Bella... amacam.. cukup gedik tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2012 03:59 PM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow

bella yang gedik ... hahaha ...
hotmum Post at 3-7-2012 15:18


Yess... sebab 'profession' Bella memerlukan dia menjadi gedik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 04:00 PM | Show all posts
Lorr..shah ni ke heronya
sejuk Post at 3-7-2012 13:39


Hehehe.... tak kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 04:03 PM | Show all posts
Lorr dah merata kesi shark  tabur benih?
ladyFinger12 Post at 3-7-2012 15:55


Merata dah...huhuhu. Dengan si Fifi je terlepas benih

Cheq tiru style hang letak gambaq hero / heroin. Jangan marah no....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 04:05 PM | Show all posts
Merata dah...huhuhu. Dengan si Fifi je terlepas benih

Cheq tiru style hang letak gam ...
Nicki_Meow Post at 3-7-2012 16:03


No hal! lady pun belum claim hak paten.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 04:10 PM | Show all posts
Ini Fifi a.ka Sofea Raihana



Cheq nak Izara Aishah tapi Lady dah cop dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 04:17 PM | Show all posts
Ini Fifi a.ka Sofea Raihana



Cheq nak Izara Aishah tapi Lady dah cop dulu
Nicki_Meow Post at 3-7-2012 16:10


Ala! Sian hang. Sorry no! Hat yg hang pilih tu pun ok...
lady pilih izara pasai muka dia bengis dan cenge. Sesuai dgn watak rara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 04:36 PM | Show all posts
apsal i rasa cam ciput jer..hehe
go..go..go
wardah75 Post at 3-7-2012 15:35


Sat no... layan benang lain dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 09:28 PM | Show all posts
Reply  sarizu

Next????  

Arrggghhhh demam demam demam.....











:lo ...
Nicki_Meow Post at 3-7-2012 12:46


sila tak demam

next next next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 09:38 AM | Show all posts
shark? terbayang shamsul yusof...

bella.. naper terbayang bella super spontan plak ni?? :l ...
cmf_conan Post at 3-7-2012 15:27



conan...baru jek raff nk ckp yg sama...shark kl gangster ngan bella ss kn....tp bella tu kenit jek, cuma bella yg ni tinggi lampai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 10:45 AM | Show all posts
Episode 4

Datuk Yusuf memandu perlahan di MRR2 untuk pulang ke rumahnya di Taman Melawati. Sejak seminggu lalu, dia lebih suka memandu sendiri. Sengaja berbuat begitu untuk menghilangkan rasa gelisahnya setelah mengetahui akan perihal anak bongsunya. Sebagai seorang ayah dan ketua keluarga, pastinya berita seperti ini amat meresahkan.

Dia perlu cepat untuk membuat keputusan, sebelum berita kurang enak mengenainya tersebar. Bukan Datuk Yusuf mahu menolak qada’ dan qadar Tuhan, tetapi dia perlu juga memikirkan implikasi berita negative itu kepada keluarganya, rakan-rakan kongsinya, empayar perniagaannya. Dia tidak mahu imej bersih yang di bina selama ini tercalar.

Datuk Yusuf tidak mahu menghantar anaknya ke pusat pemulihan. Buruk macam mana sekalipun, biarlah anaknya itu berada di depan mata. Dia terfikir untuk menghantar Fifi ke London untuk tinggal dengan keluarga adiknya di sana. Tetapi, menghantar Fifi ke London sama seperti membuka pekung di dada. Seboleh mungkin, dia mahu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan ahli keluarga dan saudara-maranya yang lain.  

Runsing sungguh fikirannya saat ini. Apa akan terjadi pada Fifi nanti? Bagaimana dengan masa depan anaknya? Dan yang lebih merungsingkan, apa akan terjadi kepada bayi yang di kandung oleh Fifi? Apakah dia perlu membela anak itu? Ataupun, mungkin memberikan saja anak itu kepada orang lain? Satu demi satu persoalan menerjah ruang mindanya. Dia mengeluh perlahan. Jauh di sudut hati, sungguh Datuk Yusuf tidak sanggup berlaku kejam. Anak yang di kandung Fifi adalah cucunya, tetap darah dagingnya walaupun tidak sah taraf.

Ya ALLAH, andai ini caraMu untuk menguji keimananku, aku terima Ya ALLAH. Tapi aku bermohon, kau berikanlah petunjuk agar aku dapat menghadapi dugaan ini.

Dalam diam, Datuk Yusuf berdoa. Sesungguhnya dia juga manusia biasa yang pastinya merasa resah dan gundah bila di timpa ujian.

Tiba-tiba kereta yang di pandunya tersentak-sentak dan akhirnya enjin kereta termati sendiri.

“Ah, sudah!” Datuk Yusuf merengus.

Lampu kecemasan dinyalakan lalu Datuk Yusuf keluar dari Mercedes Benz nya. Dia termangu-mangu seorang diri. Beberapa buah kereta yang berselisih dengannya tapi tidak berhenti. Hanya menyalakan lampu tinggi beberapa kali. Datuk Yusuf mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Aziz, pemandunya.

*************************************************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 10:57 AM | Show all posts
wah...nicky pn da terjebak menulis ker? bagus ler camtu, bole hilangkn boring raff kt opis nih...up lg...up lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 11:01 AM | Show all posts
Fandi memerhatikan Mercedes Benz yang tersadai itu. Kelihatan pemandunya sedang bersandar di pintu kereta sambil berbual di telefon. Badannya penat dan dia ingin cepat sampai ke rumah tetapi atas rasa perikemanusian, dia berhenti juga di tepi, mahu menghulurkan bantuan.

“Assalamualaikum, pakcik” Fandi menyapa setelah lelaki yang kelihatan berumur itu usai bercakap di telefon. Motor RX-Z nya sudah di parkir berhampiran kereta yang rosak itu. Topi keledarnya di buka lalu di letakkan di atas tangki motorsikal dan turun dari motor.

“Waalaikummusalam” Datuk Yusuf menjawab, sedikit senyuman di berikan kepada anak muda itu. Fandi menghulurkan tangan lalu di sambut oleh Datuk Yusuf.

“Kereta breakdown ke pakcik?” Walaupun sudah tahu, Fandi masih bertanya lagi, sekadar mahu memulakan perbualan.

“Iya” Datuk Yusuf menjawab pendek, masih memerhatikan pemuda yang berambut panjang separas bahu itu.

“Boleh saya tolong?” Datuk Yusuf mengangguk lagi. Fandi memberikan senyuman lagi dan terus membantu Datuk Yusuf menolak keretanya ke bahu jalan.

“Kalau pakcik nak, saya boleh tengok-tengokkan kereta pakcik” Fandi berkata lagi. Kali ini Datuk Yusuf mengangkat kening.

“Awak mekanik ke?”

“Iya pakcik. Saya kerja dengan C & C Batu Caves” Fandi berkata lagi, sambil membuka jaketnya dam menunjukkan uniform Cycle and Carriage Bintang, bengkel panel untuk semua jenis kereta Mercedez Benz.

“Oh, eloklah tu. Pakcik ni pun bukan tahu sangat pasal enjin kereta ni. Pakcik tahu bawak je…” Datuk Yusuf kedengaran lebih mesra. Fandi mengangguk. Dia pergi ke tempat pemandu lalu cuba menghidupkan enjin. Tak mahu hidup. Penutup enjin di buka tetapi keadaan yang tidak berapa cerah, menyukarkan Fandi mencari puncanya.

“Saya rasa alternator rosak ni pakcik” Fandi membuat telahan.

“Altanator?” Kening Datuk Yusuf berkerut, sedikit kurang faham dengan maksud Fandi. Fandi mengangguk.

“Pakcik dah call service center ke belum?” Fandi bertanya lagi.

“Belum lagi” Datuk Yusuf menjawab, masih memerhatikan pemuda itu.

“Biar saya tolong pakcik call” Fandi berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor lalu berkata sesuatu apabila talian di sambut. Fandi memberikan juga plat nombor kereta yang rosak kepada service advisor yang menjawab telefon.

“Okay, thanks”  Fandi meletakkan telefon.

“Lima belas minit nanti tow-truck sampai” Fandi berkata kepada Datuk Yusuf. Datuk Yusuf mengangguk sambil tersenyum.

“Anak ni siapa nama?” Datuk Yusuf pula bertanya.

“Fandi pakcik. Muhammad Affandi” Fandi menjawab.

“Nama pakcik Yusuf” Datuk Yusuf memperkenalkan diri. Fandi mengangguk lagi.  

“Dah lama ke kerja kat workshop tu?”

“Adalah dalam tiga tahun macam tu”

“Umur Fandi berapa?”

“Muda lagi pakcik, baru 26 tahun” Fandi tersengih menjawab soalan.

“Pakcik pun muda lagi, baru 63 tahun” Fandi tersengih. Pandai bergurau pakcik ni.

“Sekejap ya…” Datuk Yusuf meminta diri bila telefon bimbitnya berbunyi. Fandi mengangguk.

“Waalaikummusalam. Kamu kat mana Aziz?” Last edited by Nicki_Meow on 26-8-2012 04:33 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.102065 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list