|
Post Last Edit by wan72 at 8-5-2012 10:51
Dalam hal ni TT kena banyak bersabar, kuatkan amal ibadat dan pelajari ilmu agama dgn lebih mendalam. Sebenarnya perkara macam ni boleh berlaku disebabkan kejahilan kita sendiri. Sebenarnya ilmu agama masa kita belajar zaman sekolah terlalu sedikit bahkan utk melaksanakan amal ibadat tak cukup sempurna. Banyak lagi yg tak tau. Macam itu jugalah dgn suami TT, dia tu sebenarnya terima kejutan budaya. Maklum ler tiba2 dilambak dgn ilmu secara mengejut. Tiba2 tersedar banyaknya dosa yang telah aku buat. Banyak benda haram dan syubhah yang aku telah buat. Sumber rezeki yang haram/sybhah aku bagi makan anak bini. Tu belum lagi lagi join forum cari ni. Macam2 ada. Jgn dilawan cakap suami. Sekali sekala buat sessi kongsi ilmu tapi jika si suami tak setuju dgn pandangan TT tu diam jer. Suami puan sebenarnya sesat dlm ilmu. Dia sebenarnya dipenuhi rasa bersalah dan berdosa. Bagi galakan dia pada dia utk terus belajar dan nasihatkan dia supaya jgn bergantung kepada seorang guru jer. Kalau nak nasihat tu carilah waktu yang sesuai yer. Takut lain pulak jadinya. Maklum ler orang lelaki ni kadang2 ego dia lebih sikit. Insya Allah dia akan jumpa jalan yg benar suatu hari nanti. Percayalah suatu yang batil takkan kekal apabila datang kebenaran, yang batil itu akan hilang dgn sendirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# wan72
ko ni menaip dalam gelap ker haper ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply MasakLemaK
cantikkkkkk
ayat ni yg paling cantikkkkkk
memang cantikkkkkkkk
te ...
orangbesi Post at 4-5-2012 15:15
Asiah dan firaun...
Asiah dijanjikan syurga..manakala firaun tentu2 ahli neraka..
Dalam kes saya...sudah tentu syurga yang saya idamkan..namun saya nak bersama suami saya disyurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply MasakLemaK
tu je leh wat yeee
SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SIA ...
orangbesi Post at 5-5-2012 09:21
Terimakasihla org besi mengingatkan saya..
Mmg tu je yg saya boleh buat..
Maklum la saya mmg mengaku saya ni cetek pengetahuan agama. Kalau salah tolong tunjukkan. Cuma ramai org2 zaman laaani memandang rendang org lain yang kurang ilmu dari dia. Harap2 orgbesi tak camtu ye? Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT
SESUNGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG YANG berlebih-lebih
dan ini selalu dalam sanubari
31:12. Sesungguhnya Kami telah memberi Luqman kebijaksanaan; "Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanyalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji."
31:13. Dan apabila Luqman berkata kepada anak lelakinya, dengan menegurkannya, "Wahai anakku, janganlah menyekutukan Allah; mempersekutukan Allah adalah kezaliman yang besar."
31:14. Dan Kami mewasiatkan manusia mengenai ibu bapanya - ibunya mengandungnya dalam kelemahan atas kelemahan, dan penyusuannya selama dua tahun - "Berterimakasihlah kepada-Ku, dan kepada ibu bapa kamu; kepada-Ku kepulangan.
31:15. Tetapi jika mereka berjuang dengan kamu untuk kamu menyekutukan Aku dengan padanya kamu tiada pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka. Temanilah mereka dengan baik di dunia; tetapi ikutlah jalan orang yang berkesesalan kepada Aku. Kemudian kepada Aku kamu akan kembali, dan Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."
31:16. "Wahai anakku, jika ia seberat sebutir biji sawi, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan mendatangkannya; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.
31:17. Wahai anakku, lakukanlah solat, dan suruhlah yang baik, dan laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa sahaja yang menimpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.
31:18. Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.
31:19. Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
aku hanya bertemankan si babi kurap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# orangbesi
Saya percaya org besi ni mesti arif dlm terjemahan alquran ni.. Thanks sekali lagi.
Terlanjur dah terer kan..
Nak tanya org besi..ape hukumnya kite terlalu mengagungi manusia sampai mengabaikan tanggungjawab hakiki?
Mohon penjelasan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh org besi support dgn ayat alquran berkaitan..hmm mungkin juga hadith |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# MasakLemaK
ooppssss
lupa nak bagi tau
yg saya ni sebenarnya bengap laaaaa
sikit je taunya
ok kannnn
dah tanya tu kenalah jawab kannnn
so camni lah
sebenarnya dia tu teringin nak MENDEKATKAN DIRI
pencarian dan pengenalan......kepada yg hakikinya
walau jalannya.......eeemmph susah nak cakap leeee
boleh dibiarkan je buat sementara waktu
kerna dia masih terawang awang
tak berpijak dan tak terangkat!!!!
apa leh buat.............kena pakai Hadith Nabi ni
tapi diterbalikkan:
sesungguhnya wanita ibarat botol-botol kosong
faham kotttttt
tak faham.............................tanya TUHAN ya
lagi lagi lagiiii baikkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
masih teringat Nabi beruzlah di gua hira
meninggalkan semuanya
kerana apa ya????
ADAKAH KAMU MENGAKU BERIMAN SEDANGKAN KAMU BELUM DIUJI
KAMU DILAHIRKAN SEBAIK-BAIK UMAT
YANG MENYURUH KEPADA YANG MAKRUF
DAN MENEGAH DARI KEMUNGKARAN...........
DAN BERSABARLAH KEPADA APA YANG MENIMPA KAMU
SESUNGGUHNYA HAL-HAL INI ADALAH YANG DIWAJIBKAN |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. tak sempat nak baca thread ni, dah diedit pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berpijak di bumi nyata...
Gagak banyak di Kelang malah boleh berada di mana mana.
Makanya tugas suami TT adalah membunuh semua gagak ini ...termasuk yang ada tinggal di apartment apartment.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam masaklemak,
kes ini berat.mengakibatkan aqidah.malah ada campur baur penzaliman.penyalah guna ...
purplehyppo Post at 2-5-2012 16:12
Setuju yang ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh org besi support dgn ayat alquran berkaitan..hmm mungkin juga hadith
MasakLemaK Post at 5-5-2012 11:07
Assalamualaikum Puan,
Keadaan suami puan adalah LUMRAH/COMMON utk manusia yg baharu merasai NIKMAT IMAN/AGAMA.
Pabila NIKMAT IMAN/berAGAMA itu memasuki ke dalam jiwa seseoghang, dier akan MELATAH sedikit.
Telah banyak teman perhatikan oghang sedemikian ghoper.
Seperti kata IRON MAN, puan hendaklah bersabar.
Kerana suami puan akan menjadi lebey TENANG/RELAX selepas bbrp bulan/tahun. (sebab tu kena bersabar banyak)
HIKMAH di sini ialah puan sendiri hendaklah mendalami ILMU AGAMA.
Selagi suami puan tidak melanggari batas batas SURUHAN dan LARANGAN Allah swt, biarkan sahaja dier begitu.
Apa yg buat sebutkan mengenai tidak membaca doa qunut, bersentuhan suami isteri tanpa shawat.....telah di terangi olih forumis sebelum ini. (pendapat/pandangan mazhab)
Ini menunjukkan puan sendiri cetek mengenai ilmu agama.
Utk mengetahui seseoghang itu telah menyimpang/sesat dari Ajaran Rasulullah saw, sila lihat tips ini.
Dia tidak mengamalkan:
1. Rukun Islam
2. Rukun Iman
Ini adalah ASAS utk mengetahui ajaran Tok Guru or Ustaz/Ustazah itu menyimpang dari Islam.
Dalam Thread/Forum ini pung dah ada forumis yg menolak hadith.
So berhati hati lah...
Ghaser teman, puan sepatutnya banyak banyak bersyukur kpd Allah swt kerana suami puan:
1. tidak rasuah/merasuah
2. tidak berzina
3. tidak berjudi
4. tidak minum arak
Dia HANYA berhenti kerja, mencari ILMU Agama.
Hanya puan sahaja yg masih TIDAK DAPAT menerima KEPUTUSAN suami puan.
Mungkin puan terkezut beghut.
BIASA laaaa............
Puan bangun malan solat tahajjud.......minta suami puan di beri taufiq n hidayah.
Alhamdullilah.............mungkin itu lah yg di makbulkan olih Allah swt.
TETAPI tidak sama taufiq n hidayah yg puan 'mahukan'. (yakni menjadi seperti oghang laen/biasa)
HADITH ini adalah utk 'mencantikkan' seseoghang itu dari segi amalan dan juga akhlak.
Tidak ada KEBURUKAN di dalam hadith melainkan hadith PALSU seperti yg di peringatkan olih IRON MAN.
Di akhir jaman, sememangnya di pandang janggal or pelik pabila seseoghang hendak mengamalkan HADITH/SUNNAH.
"Di jaman ghosaknya umat ku, sesiapa dapat menghidupkan SATU SUNNAH KU. Mereka akan mendapat pahala SATU/SERATUS oghang matii syahid." - lebey kurang maksud hadith
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua. Saya terpanggil untuk menjawab persoalan hadis. Sesungguhnya setiap hadis ada mantannya. Apa guna kita beriman kepada rasul-rasul tapi dalam masa yang sama kita menolak hadis sahih? Al-Quran adalah kalam Allah. So untuk menterjemahkan Al-Quran hanya pada baginda junjungan kita Muhammad S.A.W. Satu persoalan bagaimana seseorang ustaz boleh mengatakan hanya berpandu pada Al-Quran semata-mata? Tak ke kita akan hilang pedoman dalam mengerjakan solat wajib disebabkan mengeluarkan fakta HANYA bergantung kpd Al-Quran semata-mata? Menolak hadis-hadis sahih umpama beribadat dan beribadah tanpa usul. Yang melengkapkan Islam adalah Al-Quran dan Sunnah. Dan Sunnah sebahagian dari hadis. |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrul dan mnm77. Saya nak ingatkan hadis datangnya dari baginda melalui sahabat2. So tentang hadis mnm77 tolong semak kuthbah kali terakhir haji yang baginda Rasullullah laksanakan. Setiap kenyataan yang dikurangkan atau dilebihkan boleh menyumbat kita ke dalam neraka kerana baginda pernah menegaskan tentang hal ini. Yang itu cari sendiri. Nazrul, sahabat baginda Umar adalah yang paling rapat dgn Rasullullah. Jadi kenyataan Umat ada kebenarannya kerana baginda sentiasa disisi baginda. So saya nak tanya kamu ni sahabst baginda ke? Itu namanya hadis ke kenyataan dari Rasullullah atau kenyataan dari sahabat yang tidak menunjukkan keluar dari sabda baginda? Jangan campurkan sabda baginda dengan pendapat sahabat kerana kita disuruh berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Bukan pegang kenyataan dari fikiran sahabat Rasullullah. Betulkan rukun Islam, Iman, ihsan dahulu sebelum berhujah. Kalau anda belum pernah nampak Allah cukup lah sekadar ikut apa yang diperintah. Jgn gunakan 1 mata untuk kenal Islam sebaliknya gunakan 2 mata untuk lihat keaeluruhan. Saya tau niat anda, tapi lebih elok kamu kembali membaca surah Iqra' untuk menerangkan hati sebelum kita bertuhankan nafsu kita (nafsu ilmu tanpa nur) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 8-5-2012 05:07
Nazrul dan mnm77. Saya nak ingatkan hadis datangnya dari baginda melalui sahabat2. So tentang hadis mnm77 tolong semak kuthbah kali terakhir haji yang baginda Rasullullah laksanakan. Setiap kenyataan yang dikurangkan atau dilebihkan boleh menyumbat kita ke dalam neraka kerana baginda pernah menegaskan tentang hal ini. Yang itu cari sendiri.
Abangcute Post at 7-5-2012 21:35
Salam Abangcute,
Terima kasih atas peringatan di atas. Itu sebagai tanda anda prihatin. Alhamdulillah, biar saya 'umumkan' bahawa saya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sumber utama Islam yang saya pegang ialah Al-Quran dan As-Sunnah (Hadith)
Saya tak pasti anda ni orang baru di sini, atau orang lama, atau silent reader yang baru muncul menyatakan pendapat anda. Namun dari kenyataan anda sendiri, nampak seperti tujuannya baik, cuma macam anda dah salah faham.
Sila lihat balik post saya (#17) spesifik dalam bebenang ni, adakah saya menolak hadith? Atau saya tanya soalan kepada seorang forumer yang zahirnya terima Al-Quran sahaja, sedangkan dia sendiri menggunakan hadith.
sahabat baginda Umar adalah yang paling rapat dgn Rasullullah. Jadi kenyataan Umat ada kebenarannya kerana baginda sentiasa disisi baginda. So saya nak tanya kamu ni sahabst baginda ke? Itu namanya hadis ke kenyataan dari Rasullullah atau kenyataan dari sahabat yang tidak menunjukkan keluar dari sabda baginda? Jangan campurkan sabda baginda dengan pendapat sahabat kerana kita disuruh berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Bukan pegang kenyataan dari fikiran sahabat Rasullullah. Betulkan rukun Islam, Iman, ihsan dahulu sebelum berhujah. Kalau anda belum pernah nampak Allah cukup lah sekadar ikut apa yang diperintah. Jgn gunakan 1 mata untuk kenal Islam sebaliknya gunakan 2 mata untuk lihat keaeluruhan. Saya tau niat anda, tapi lebih elok kamu kembali membaca surah Iqra' untuk menerangkan hati sebelum kita bertuhankan nafsu kita (nafsu ilmu tanpa nur)
Saya ada beberapa soalan jika tidak keberatan harap saudara dapat jelaskan supaya tidak timbul salah faham:
1. Saya nak tanya, MACAMANA anda tahu NIAT kami (saya atau Nazrul)? Adakah anda pasti sangkaan anda tentang niat kami tu betul, atau anda sendiri dah sudah salah faham tentang kenyataan kami?
2. Maksud anda, anda minta baca Surah Iqra' atau Surah Al-'Alaq?
3. Apa yang anda faham dengan istilah Hadith?
4. Apa beza Hadith Nabi dan Athar para sahabat? Bolehkah saya kata hadith sahabat itu athar? Bagaimana pula Hadith Allah dan Hadith Lahwa? (Lahwa Al-Hadith)
Memang ada dalam kalangan forumer yang hanya terima Al-Quran sahaja (menolak hadith Nabi, riwayat sahabat, fakta sejarah, semua ditolak, bahkan Al-Quran sendiri pun pernah dipertikai), sebab tu saya tanya pada post #17 tu, kerana sememangnya saya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.
Saya harap anda dapat gambaran yang jelas, bukan gambaran yang salah. Namun saya ucapkan terima kasih kerana berani menegur, pujian harus saya berikan kepada anda.
Harap anda teruskanlah menegur, untuk berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Sudah tentu saya sokong sesiapa yang memperjuangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana salah faham kita cuba selesaikan dengan mendapat penjelasan. OK?
Sekian, terima kasih.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih pd yg comment..
byk benda saya taktau..so saya tumpang ambik ilmu kawan2..
disebabkan ilmu saya pun tak seberapa..umpama setitis air dilautan..lebih baik saya mendiamkan diri hihi. *sedar diri* |
|
|
|
|
|
|
|
Reply wan72
ko ni menaip dalam gelap ker haper ?
Nazrulism Post at 4-5-2012 18:33
hihihi... aku menaik dlm keretapi la. goyang sana goyang sini. Tapi nak buat macaman masa tu idea datang mencurah curah. Tak tulis takut hilang pulak. Tapi aku dah edit dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 8-5-2012 12:26
Nazrul dan mnm77. Saya nak ingatkan hadis datangnya dari baginda melalui sahabat2. So tentang hadis ...
Abangcute Post at 7-5-2012 21:35
hmmm... nak kata apa ya! saudara bacalah respon dari mnm77 di thread ini.
Jika rajin.... sila ke thread lain yang berkaitan dengan As-sunnah.
Saya tau niat anda, tapi lebih elok kamu kembali membaca surah Iqra' untuk menerangkan hati sebelum kita bertuhankan nafsu kita (nafsu ilmu tanpa nur)
Apa yang saudara tahu tentang niat saya ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|