CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 6-4-2012 09:21 PM | Show all posts
best....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2012 09:13 AM | Show all posts
good job dear...
Adilla Post at 6-4-2012 16:04


Thank you so much!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 09:14 AM | Show all posts
Reply 21# nhid_tam

Thanks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 09:15 AM | Show all posts
Salam.. sambung lagi hari ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 09:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:39

Part 1 - Episode 7

Kudin melihat jam tangannya. Waktu kerjanya pada hari ini bermula pada pukul lapan pagi tapi sekarang baru pukul 7:10 dan dia sudah sampai di depan Cik Mat Kopitiam. Sudah menjadi kebiasaan padanya, selepas solat subuh dia akan sambung tidur sebentar tapi hari ni tak boleh tidur pula jadi dia mengambil keputusan untuk pergi awal sahaja. Kak Ain Supervisor pun belum nampak muka lagi. Selalunya, Kak Ain orang terawal sampai dan yang terakhir pulang.


Sambil duduk di atas motor menunggu Kak Ain, dia mengambil sebatang rokok lalu dinyalakan. Dia akui, memang dia kuat menghisap rokok. Ini bermula bila dia tinggalkan rumah keluarganya lima tahun lepas. Bercampur dengan kawan-kawan yang merokok, dia pun terikut sama.


Bilalah aku nak balik rumah? Soalan itu sesekali menerjah otaknya. Bukan dia tak mahu balik, tapi dia malu. Atas sebab yang terlalu remeh, dia melawan cakap mama dan abah.Di ikutkan kata hatinya yang kuat memberontak. Dia keluar, dengan harapan abah akan mengikut jua kehendaknya tapi dia silap. Mungkin tahap kesabaran abah sudah melebihi had lalu dia dibiarkan. Hingga hari ini, sekalipun dia tak pernah cuba menghubungi keluarga. Hanya kakaknya sahaja yang rajin bertanya khabar. Itupun Kudin paksa berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa. Atas sebab apa,dia pun tak tahu.


Keluar rumah dalam usia yang terlalu muda, dia ingat dia sudah bebas. Betul, dia bebas tapi dia terasa kosong. Baru dia kenal susah payah mencari duit sendiri. Bercampur dengan orang yang bermacam ragam. Kalau baik orangnya, baiklah jadinya. Kalau tersilap pilih, hancur. Pernah juga dia tersasar jauh beberapa kali tapi mungkin Tuhan masih sayangkan dia, akhirnya dia tersedar. Kini, walaupun dalam keadaan seperti merangkak, dia cuba memperbaiki diri. Bulan depan, umurnya bakal mencecah 23 tahun, perjalanan hidupnya masih jauh lagi dan dia perlu memandang ke hadapan.


Pin! Pin! Bunyi hon motor menghentikan lamunan Kudin.


Alamak…alamak. Tiba-tiba Kudin menggelabah. Segera di buang rokok di tangannya ke dalam parit berdekatan.


“Kau ingat aku tak nampak kau hisap rokok?” Lea berkata. Motornya di letakkan di sebelah motor Kudin lalu enjin di matikan. Kudin hanya tersengih.


“Kereta abang kau dah okay ke?” Kudin bertanya.


“Dah” Jawab Lea pendek.


“Awal kau sampai hari ni?” Sambungnya. Kudin hanya tersenyum mengangguk, tidak menjawab. Rambutnya yang panjang di tolakkan ke belakang. Lea memandang keliling. Kak Ain tak sampai lagi. Lambat pula hari ni.


“Aku dah fikir masak-masak tentang apa yang kau cakap hari tu” Lea memulakan perbualan. Dia juga duduk di atas motor, berhadapan dengan Kudin. Kudin mengangkat kening, menunggu kata-kata Lea seterusnya.


“Aku nak cari kerja lain” Lea berkata lagi.


“Good decision” Kudin berkata. Lea mengangkat kening.


“Kau ni macam bawanglah Kudin”


“Bawang?”


“Haah. Bawang. Banyak sangat lapisan” Lea menjawab. Berkias.


Kudin hanya ketawa mendengar kata-kata Lea. Bawang? Banyak-banyak benda, kau samakan aku dengan bawang?


“Bawang merah ke bawang bawang putih?”


“Bawang yang besar tu... bawang Sepanyol” Lea dan Kudin ketawa bersama.


“Macam-macamlah kau ni. Bawanglah, Sepanyol lah..” Kudin menggelengkan kepala.


“Aku tanya satu soalan, boleh?”


“Tanyalah”


“Kau kata, kau dah lama tak balik rumah keluarga kau. Kenapa?” Soal Lea lagi. Kudin diam. Dia tak tahu sama ada patut bercerita atau tidak dengan Lea.


“Aku yang tak sedar diri” Dia menjawab, perlahan. Kemudian, Kudin diam tak berkata apa-apa.


“Tak apalah Kudin. Kalau kau tak sedia lagi nak cerita pasal tu, aku tak kisah. Saja nak tanya” Kata Lea. Tersentuh pula hatinya melihat wajah Kudin yang tiba-tiba mendung.


“Bila aku dah ready nanti, aku cerita eh” Kudin membalas sambil tersenyum.


“Si Shafiq ada telefon kau?” Tiba-tiba Kudin mengubah topik.


“Tak ada” Lea mengangkat bahu. Kudin hanya menganggukkan kepala. Diam lagi.


“Eh, Selasa depan kita off day kan? Pergi Midvalley jom” Ajak Lea.


“Nak buat apa?”


“Saja, makan angin”


“Makan angin kat Midvalley? Angin apa ada kat situ? Air cond adalah.” Perli Kudin.


“Saja, jalan-jalan” Jawab Lea lagi. “Nak pergi tak? Nanti aku pinjam kereta Bangcik”


“Kau ajak aku pergi dating ke?” Lea memutarkan biji matanya ke atas. Kudin hanya gelak.


“Gelak...gelak. Kau nak pergi ke tak?”


“Okay”


“Tu, Kak Ain dah sampai. Jom” Kudin sudah turun dari motor dan Lea mengikut dari belakang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 09:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 20:40

Part 1 - Episode 8

“Penatlah” Lea melabuhkan punggung ke atas kerusi di tepi tangga bergerak. Setelah pusing satu Midvalley, Lea mengeluh penat akhirnya.

‘‘Nak aiskrim?’’ Tanya Kudin. Terliur pula dia melihat Baskin Robbins.

‘‘Nak. Kau belanja’’ Ceria muka Lea.

Kudin memutarkan matanya ke atas. “Tunggu sini”

“Nak coklat” Pesan Lea.

“Ya lah” Kudin berlalu pergi sambil diperhatikan oleh Lea.

Di tinggalkan sendirian oleh Kudin, Lea mengelamun. Hatinya teringatkan Shafiq tiba-tiba. Sudah agak lama tidak bertanya khabar, Lea akui dia ada sedikit rasa rindu. Tapi, mungkin betul dia dan Shafiq perlukan ruang untuk diri masing-masing. Mungkin juga memang tiada jodoh dia dengan Shafiq. Lagipun, mereka muda lagi. Banyak benda lain yang perlu difikirkan. Selain kawan baiknya yang tinggal berdekatan, masanya kini juga banyak di habiskan dengan Kudin.

Lea senang sekali berbual dengan Kudin. Walaupun Kudin berat mulut, tapi ideanya bernas. Macam-macam topik boleh disembang. Dari bab politik, isu semasa, sampailah babartis di Malaysia. Kata Kudin, dia suka membaca, tabiat yang lekat dalam dirinya sejak kecil. Terdetik di hati Lea yang Kudin menyukai dirinya tapi tidak pernah sekalipun Kudin meluahkan perasaan. Gurauan Kudin dengan dia juga agak kasar, tidak seperti orang yang menaruh hati cuma sikapnya yang sangat mengambil berat.

Kalau di amati betul-betul, rupa Kudin ni boleh tahan juga. Matanya sepet dan kalau berkerut, keningnya hampir bercantum. Badan Kudin kurus, air mukanya redup. Rambutnya panjang mencecah bahu. Baju dan seluar hanyalah berjenama ‘bundle’. Kudin selalu mengelak kalau di tanyatentang keluarga. Entah apa yang disorokkan, Lea pun tak tahu.

“Nah” Hulur Kudin, kembali dengan dua mangkuk aiskrim di tangan, menghentikan lamunan Lea. Lea tersengih suka. Mangkuk yang berisi dengan aiskrim coklat di ambil dari tangan Kudin.

“Ni yang aku sayang kat kau ni” Lea berkata selamba sambil menyuap mulutnya. Tapi dia tidak menyedari yang Kudin tercengang mendengar kata-katanya.

“Kau tercegat depan aku ni kenapa? Duduklah” Arah Lea. “Berdiri macam tugu…” Kudin malu sendiri lalu duduk.

Sambil makan aiskrim, sambil berbual. Sesekali tertawa. Kudin suka melihat Lea bercerita. Dengan mulutnya, dengan gayanya, dengan suaranya. Sangat comel. Sejak pertama kali melihat Lea, hati Kudin sudah terpaut. Tidak pernah dia berperasaan begitu pada mana-mana perempuan, ini kali pertama. Tapi, tidak mungkin dia akan meluahkan perasaan. Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.

“Comot. Macam budak kecik” Kudin menegur, secara spontan mengelap mulut Lea dengan jarinya. Lea menjulingkan biji matanya pada Kudin tapi terjerit kecil bila Kudin melontar segumpal tisu tepat terkena dahinya.

“Lap sendiri” Suruh Kudin tapi Lea hanya mencebik.

Tiba-tiba, mata Kudin terpandang ke arah sepasang kekasih. Kelihatan sangat mesra berpegangan tangan.

“Eh Lea, jomlah balik” Kudin mengajak.

“Kenapa?”

“Tak usah banyak tanya. Jom” Kudin menggesa.

Lea pelik. Lebih pelik lagi bila Kudin menarik lengan bajunya suruh cepat. Tanpa banyak kata, Lea ikutkan saja.

“Shafiq…” Lea berkata perlahan. Hatinya menjadi resah, juga ada rindu tapi tak lama bila menyedari yang Shafiq berpimpinan tangan dengan wanita lain. Muka Lea berubah.

“Lea, jom” Kudin berkata lagi bila mengetahui yang Lea sudah ternampak Shafiq.

“Huh, perlukan ruang konon, ruang dengan perempuan lain!” Lea berkata. Langkahnya diatur, ingin ke arah Shafiq dan memaki lelaki itu di situ juga.

“Lea, kita balik” Pujuk Kudin. Tangannya kuat memegang pergelangan tangan Lea.

“Lepaslah. Aku nak jumpa dia” Marah Lea.

“Lea, please.Jangan buat macam ni. Malu la sikit. Orang ramai ni” Kudin menegur tapi Lea masih degil. Macam pasangan bergaduh pula mereka ketika itu.

Isk, tak bolehjadi ni… Kudin mula tak senang duduk.

Lea, come with me. NOW!” Suaranya sengaja dikeraskan. Lea yang terkejut dengan suara Kudin terus diam.

“Kita balik” Kudin memberi arahan. Lea akhirnya menurut, melangkah pantas meninggalkan Kudin dibelakang.

Sepanjangperjalanan pulang, Lea diam. Kudin yang memandu turut diam. Kalau dia di tempat Lea, pasti dia juga terasa hati.

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu, berbaja tiada


Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian , terlontar ku di halama
n


“Tutuplah radio tu” Suruh Lea. Dia kembali memandang ke arah tingkap. Kudin hanya menurut.


“Lea..” Kudin menegur, setelah sampai ke rumah Lea.


“Kau okay?” Tanya Kudin.


Lea diam. Menggelengpun tidak, mengangguk pun tidak.


“Lea” Panggil Kudin lagi.


Lea menoleh,memandang Kudin.


“Aku sebenarnya dapat rasa, lambat laun kami akan putus. Cuma aku terkilan, kenapa Shafiq tak terus-terang dengan aku yang dia dah ada orang lain” Lea berkata.


“Sampai hati dia” Sambung Lea, perlahan.


“Kadang-kadang,diam lebih baik dari berterus-terang” Kata Kudin.


“Kalau kau rasa nak menangis, menangislah”


Lea cuma tersenyum, kelat. Takkan aku nak menangis depan kau?


“Tak ikhlasnya senyum” Kudin berkata.


“Aku okaylah Kudin, sedih, terkilan, marah.. tapi aku okay”


“Betul?”


“Betul”


“Kalau betul, cium pipi saya”


“Gatal!” Marah Lea. Kudin cuma ketawa.


“Dahlah, aku nak balik dulu. Kita jumpa esok. Kalau ada apa-apa, kau call ajalah. Mana tau, nak mengadu nasib ke, nak hiburkan hati kau yang lara sangat tu ke, aku sedia mendengarnya ” Perli Kudin, sambil tersengih.


“Aku debik baru tau” Kata Lea, tapi Kudin tidak membalas, hanya ketawa.


Kereta Kancil warisan turun-temurun yang kini menjadi milik Alif telah pun di letakkan di tepi jalan. Kudin kemudian menghidupkan motornya, yang diletakkan di rumah Lea awal-awal tadi.


“Kudin, tak nak masuk dulu?” Tanya Puan Arifah, ibu Lea yang kebetulan keluar untuk menyiram pokok bunga.


“Tak apalah makcik, saya balik dulu. Assalamualaikum”


“Waalaikummusalam” Jawab Puan Arifah.


Lea memerhatikanKudin sehingga hilang dari pandangan. Satu keluhan dilepaskan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-4-2012 02:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-5-2012 01:36

Part 1 - Episode 9

“Apa salahnya? Bukan Abah tak mampu” Tinggi suara Faiz meningkah kata Datuk Halim. Ini bukan kali pertama dia bertelingkah dengan abah. Sejak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di umumkan, hari-hari perkara yang sama di berbangkit. Yang kedengaran dari mulut Datuk Halim hanyalah tak boleh, tiada sebab yang khusus diberikan.

“Along, abah hantar pergi oversea, angah sama. Kenapa Faiz tak boleh?” sambungnya lagi.

“You don’t have the right to questions me.  My decision is final. Belajar je kat Malaysia ni” Datuk Halim memberi keputusan muktamad.

“Mama..” Faiz beralih kepada Datin Faridah, dengan harapan mama akan menyokongnya.

Tapi Datin Faridah hanya diam. Kali ini, dia menyerahkanbulat-bulat keputusan di tangan suaminya. Bukan mereka tidak mahu menghantar anak bongsu mereka itu belajar ke luarnegara. Sikap Faiz yang agak liar membuatkan mereka rasa lebih baik Faiz belajar disini sahaja walaupun keputusan peperiksaan Faiz cemerlang. Lebih mudah untuk mereka mengawasi Faiz nanti.

“Kalau abah tak setuju, Faiz keluar dari rumah ni” Faiz mengugut.

“Faiz. Apa ni? Tak pernah mama ajar Faiz jadi kurang ajar macam ni. Takkan sebab tak dapat sambung belajar ke oversea pun, Faiz nak keluar rumah” Datin Faridah berkata. Sebak pula hatinya mendengar kata-kata Faiz. Salah dia juga, Faiz terlalu dimanjakan,lebih dari dua orang anaknya yang lain.  

“Kalau kau rasa kau mampu nak hidup sendiri, dah tak perlukan kami, dipersilakan keluar” DatukHalim bersuara dingin.

“Abang..” Datin Faridah terkejut.  

“Fine!” Faiz berkata keras. Dia naik ke biliknya, mengemas serba sedikit dan terus keluar. Tangisan dan rayuan mama tidak dipedulikan. Diikutkan keras hatinya. Pada dia, Datuk Halim berat sebelah. Kalau abang dan kakaknya boleh belajar di luar negara, kenapa dia tak boleh? Motor pemberian mamanya di hidupkan lalu dia terus meninggalkan rumah.

Pada mulanya,Faiz yakin dia boleh hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Kawannya ramai,pasti dia boleh hidup di mana sahaja. Tetapi, kehidupan di luar tidaklah seindah yang disangka. Dari banglo mewah ke rumah flat, Faiz mula kenal erti kehidupan sebenar. Sudah disedari kini siapa kawan, siapa lawannya. Kalau dulu, apa saja permintaannya, pasti akan ditunaikan. Tapi sekarang, segala-galanya perlu diuruskan sendiri. Dan itu mengajar Faiz menghargai kehidupan disekeliling. Dari seorang anak yang sombong dan manja, dia berubah menjadi lebih merendah diri.

Dia pernah merantau dari Pasir Mas hingga ke Johor Bharu. Menjadi pekerja kilang. Pernah juga bekerja di restoran dan hotel. Bila bosan, dia tukar kerja lagi. Hidupnya berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Hingga akhirnya dia kembali ke Kuala Lumpur. Namun, dia langsung tidak mahu pulang kerumah keluarganya. Hanya kakaknya Farina yang rajin bertanya khabar.  

‘‘Jauh termenung ?’’ Tanya Farina, setelah sampai di perkarangan tempat letak kereta Pusat Perubatan Subang Jaya.

Faiz senyum. Kenangan zaman bodohnya beberapa tahun dulu hilang dari ingatan. Kalaulah dia tak bertindak melulu dahulu, pasti sekarang dia juga masih tinggal bersama keluarga.

Farina memandang adiknya dalam-dalam. Banyak yang berubah pada Faiz kini. Faiz kelihatankurus. Lebih pendiam. Banyak berfikir sebelum berkata-kata. Tiga tahun selepas dia berangkat ke London menyambung pelajaran, dia mendapat berita yang Faiz keluar dari rumah sebab bertengkar dengan abah. Sedih hatinya mendengar berita itu. Tamat pengajian, dia berjaya menjejaki adiknya. Puas dia memujuk Faiz supaya pulang tapi entah kenapa, Faiz tidak mahu. Sekali sekala dia berjumpa Faiz di tempat kerja, itupun Faiz paksa dia berjanji agar tidak memberitahu sesiapa termasuk mama.

“Jom” Ajak Farina.

Faiz berjalan mengikuti Farina. Agak lengang hospital waktu ini. Jam sudah menghampiri sembilan malam.

‘‘Angah masuklah dulu’’ Faiz serba salah. Langkah mereka terhenti dia hadapan pintu wad. Rasa malu dan takut bercampur-baur dalam dirinya. Malu untuk berjumpa dengan mama setelah dia dengan lantang melawan kata-kata mama dan abahnya dulu. Takut sekiranya mama takmahu menerimanya semula.

“Masuklah, jumpa mama” Farina memujuk.

“Iya, angah masuk dulu. Nanti orang ikut” Faiz membalas. Peri lakunya kini bagai orangbersalah sedang menanti hukuman berat.

“Faiz jangan lari pulak” Farina memberi amaran. Risau pula dia kalau Faiz terus meninggalkan hospital. Susah payah dia ketempat kerja Faiz petang tadi memujuk.

‘‘Tak lari dah. Orang tunggu kat luar dulu’’ Farina mengeluh, namun akur dengan kedegilan adiknya.

“Assalamualaikum Mama”Farina memberi salam, setelah pintu wad ditolak.

‘‘Waalaikummussalam’’ Datin Faridah menjawab.

‘‘Mama macam mana hari ni, okay?’’

Datin Faridah tidak berkata apa-apa. Hanya mengangguk. Barah payudaranya disahkan sudah berada di tahap dua. Penyakit darah tinggi yang di hidapinya juga semakin menjadi-jadi sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Masuk hari ni, sudah empat hari dia ditahan.

“Mama dah makan?”Tanya Farina lagi.

“Tak seleralah Reen” Jawapan biasa diberikan kepada Farina.

“Mama ni, kalauperut kosong macam mana nak sihat?” Farina menegur.

Datin Faridah diam sahaja. Malas nak bertelingkah dengan Farina.

“Kalau Faiz suap, mama nak makan tak?” Faiz akhirnya melangkah masuk. Dari tadi dia mengintai di luar pintu. Melihatkan wajah mama, hatinya sebak. Perasaan malu dan takut ditolak ke tepi. Kalau mamanya mahu memaki hamun sekalipun dia rela.

Datin Faridahterkejut mendengar suara itu.

“Faiz? Faiz? Ya Allah, Faiz” Air mata Datin Faridah bercucuran. Rindunya pada Faiz tidak terkira. Faiz, anak kesayangannya.  

Faiz diam tak berkata apa-apa. Tangan Datin Faridah di salam. Tubuh ibunya di peluk.

“Sorry Mama. Faiz minta maaf banyak-banyak. Faiz minta maaf”  Hanya itu yang mampu di katakan.

Datin Faridah memeluk anaknya erat. Rindunya tak terkira. Lima tahun dulu, disebabkan Faiz dia bergaduhbesar dengan suaminya. Suaminya juga seorang yang keras hati, sifat yang diwarisi oleh Faiz.

“Assalamualaikum” Datuk Halim memberi salam. Faris, anak sulongnya juga berada di sebelah.

Matanya terpaku pada Faiz yang sedang memeluk isterinya. Anaknya itu menoleh. Dengan perlahan, Faiz bangun menuju ke arah Datuk Halim. Tangan dihulur untuk bersalam. Tapi salam itu tidak disambut. Sebaliknya Datuk Halim menarik Faiz dan memeluknya. Keras hatinya runtuh sekelip mata.

“Faiz minta maaf, abah” Datuk Halim hanya menepuk bahu anaknya perlahan-lahan. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Tapi dalam hatinya bersyukur yang Faiz telah kembali. Mana mungkin dia membuang darah dagingnya sendiri.

Farina memandang sambil mulutnya tidak berhenti mengucapkan syukur.



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:39 PM | Show all posts
faiz tu kudin ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 02:46 PM | Show all posts
Reply 28# qislea

kudin la .. sapa lagi ... heheheh .. menjawap bagi pihak ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 02:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-5-2012 01:41

Part 1 - Episode 10
Lea sangkakan Kudin tidak serius bila dia cakap yang dia hendak berhenti petang semalam. Tapi rupanya Kudin betul-betul maksudkannya. Shift mereka bermula pukul lapan pagi tapi sudah hampir tengah hari, batang hidung Kudin langsung tak nampak.

"Lea, betul ke Kudin cakap dia nak berhenti?” Tanya Kak Ain Supervisor. Lea hanya mengangguk. Tiada mood.

"Dia tak call?” Lea geleng.

“Sms?” Lea geleng.

“Berat budak ni” Kak Ain mengomel sendiri.

Dari marah menjadi resah, Lea diam saja sepanjang hari. Kerapkali dia menoleh ke arah pintu masuk, dengan harapan Kudin akan muncul. Dia janji dengan dirinya sendiri, dia tak akan marah, dia tak akan maki hamun Kudin kalau Kudin datang. Nak hisap rokok sampai 10 kotak sekalipun dia tak halang, janji Kudin muncul di depannya.

Kerap kali jugadia memeriksa telefon bimbitnya. Amat berharap sms dari Kudin, kalaupun bukan panggilan. Tapi hampa.

“Lea. Dah macam kucing nak beranak akak tengok kau ni” Tegur Ain lagi.

Lea tak menjawab.Sebarang pertanyaan atau teguran, di jawab dengan angguk dan geleng. Hingga hari berakhir, Kudin tak juga muncul. Semakin berat perasaan Lea ketika ini.

Hari-hari berikutnya Kudin tidak juga datang. Dia hilang begitu saja.  



***************************************************************************************

“Kak Ain, saya last day hari ni, notis 24 jam” Kata Lea.  

“La.. kau pun nak berhenti ke?” Tanya Ain. Lea hanya mengangguk.

‘‘Kau resign sebab Kudin ke?’’ Tanya Ain lagi.

‘‘Ya kot’’ Ringkas jawab Lea. Masih teringat kata-kata Kudin padanya tempoh hari.

Kita masih muda.

Explore.

Carilah pengalaman.

“Kau dengar tak aku cakap apa?” Tiba-tiba Lea terdengar suara Kak Ain.

“Apa?” Tanya Lea.

“Dah lah. Kau pun sama macam Kudin” Kak Ain berkata dan terus berlalu, seolah-olah merajuk. Lea diam,buat tak endah. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaanya ketika ini.


***************************************************************************************

Volume radio dikuatkan. Lea berbaring diatas katil. Hatinya terasa kosong. Tit Tit. Telefon bimbit Lea berbunyi, menandakan sms baru masuk.

“Lea, aku kena pergi. Ada sesuatu yang aku perlu buat. Tapi aku nak kau tahu, kaulah kawan yang paling aku sayang. Kalau diizinkan Allah, satu hari nanti, aku datang semula cari kau”

Lea membalas sms itu, mengharapkan penjelasan. Namun tiada jawapan. Lea mendail nombor Kudin, tiada yang menjawab. Akhirnya Lea termenung lagi.

Dan bila kau menghilang
Musnah lah, musnah impian
Tuk menggapai bintang
Terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku dalam ingatanku ..


“Kalau rasa nakmenangis, menangislah” Lea teringat kata-kata Kudin, seolah-olah Kudin berkata begitu di depannya sekarang.

Air matanya turun laju, mengharapkan kesedihan itu akan hilang sendiri nanti.


*********************************************************************************

Dia sendirian didalam bilik tidurnya yang telah lama di tinggalkan. Tiada yang berubah. Duduk letak barang-barangnya masih seperti dulu. Tangannya memegang kepala dan menunduk. Panggilan telefon tidak di jawab.

“Faiz, tolong jangan tinggalkan Mama lagi. Faiz sayang mama kan?” Masih terdengar kata-kata itu dari mulut mama.

Dia mengeluh. Niatnya cuma satu kini, menebus segala dosanya pada mama dan abah. Akan diturutkan apa saja kehendak mama selagi hayatnya masih ada.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dibiarkan sahaja hingga bunyi itu tamat sendiri. Perasaan bersalah menguasai diri.

Aku minta maaf.Tapi sekarang, mama aku lebih penting.

Dia mengeluh lagi. Bukan niatnya untuk menghindarkan diri tapi buat masa ini, dia perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki hidupnya.

Berkali-kali dia berdoa, agar hatinya menjadi kuat kala ini.

Gitar miliknya dicapai, lalu dia berlagu sendiri melayan perasaan.


Part 1 - THE END
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:55 PM | Show all posts
good job dan semakin pandai bermain kata....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:57 PM | Show all posts
means ade part 2 la ni kan.......kan cik penulis kan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:09 PM | Show all posts
Reply 31# Adilla

kak adilla .... tuan haji din apa kabar? ...  hehehe .. tanya kat rumah org plak ... heheheh ...

anyway .. cerita kudin ni mmg best .. teringat classmate yg bernama khairuddin .. tapi dipanggil kudin ... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 03:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:35

Part 2 – Episode 1

12 a.m -  1 Januari 2011

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...






Berkumandang lagu nyanyian Anuar Zain di radio Sinar FM. Dia menjadi semakin rindu kepada seseorang. Seseorang yang telah mencuri hatinya, hingga saat ini.

Perlahan dia keluar, lalu bersandar di pintu keretanya. Berkelipan cahaya bunga api, indah menghiasi langit Kuala Lumpur, yang jelas kelihatan dari sini.

Dia menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di Bukit Permai pada tahun baru, sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:15 PM | Show all posts
Reply  Adilla

kak adilla .... tuan haji din apa kabar? ...  hehehe .. tanya kat rumah org plak . ...
hotmum Post at 12-4-2012 15:09


sempat lagi ni.....hahaha.....haji din tgh tolong kak dilla pindah umah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply  qislea

kudin la .. sapa lagi ... heheheh .. menjawap bagi pihak ...
hotmum Post at 12-4-2012 14:46


Hehehehe.. pandai hotmum. Qislea, nanti akan di 'explainkan' dalam part 2 ya...

Panjang lagi cerita ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2012 03:19 PM | Show all posts
Reply 31# Adilla

Thank you thank you. Dapat komen membina, rasa semangat pulak nak sambung cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 03:19 PM | Show all posts
Reply 32# qislea

Haruslah ada part 2
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:51 PM | Show all posts
Reply 38# Nicki_Meow

really???i'm looking forward for that....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 04:06 PM | Show all posts
Terasa rajin gila nak update cerita hari ni. Sambung sikit lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066290 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list