CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miah29

adik telan pil kuda.. bila aku pukul dia semua org salahkan aku..

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2012 10:35 AM | Show all posts
*siap ckp kat mak saya lau saya ada kat rumah dia tak balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2012 10:38 AM | Show all posts
Reply 17# fatehana


    thanks awak.. saya akan minta mak cuba amalkan surah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:42 AM | Show all posts
1 je caranya..kalo ko syg kan adek ko...g la anta dier kat tempat pemulihan dgn kadar segera......sekurang2nyer belum terlewat utk menyedarkan dier......skang neh pil kuda...esok bile dah imun dgn pil kuda dier try lak syabu..time tu da xde pe dpt menyelamatkan dier...sekali dier tgh hiighh dgn ko2 dier parang kan sekali...

kalo ko syg kan dier...better ko anta dier ke pusat serenti skang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:44 AM | Show all posts
pasal apa remaja felda, estate ni banyak yg kaki ubat?..boring duk kampong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:45 AM | Show all posts
haih ni lah dia.. org yg bersalah di beri muka.. mane tak naik lemak..?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:46 AM | Show all posts
pasal apa remaja felda, estate ni banyak yg kaki ubat?..boring duk kampong ke?
lavapanas Post at 26-3-2012 10:44



   yg pompuan lak banyak ngandong pastu buang anak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2012 10:49 AM | Show all posts
just nak tanya, apa kesan pil kuda nie yer? bleh citer details x?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:54 AM | Show all posts
saya pukul adik depan kawan2 dia masa tu 5-6 org je bukan 1 kelas... penah jugak slow talk tapi msj  ...
miah29 Post at 25-3-2012 10:27 PM



    pd aku x salah..kalo aku pun harus aku pelangkung jugaaakkk. dah tau x berduit ada pulak duit nak beli mende haram nih...kalo dah start buat bende cenggini, nyusahkan mak ayah sampai bebilaa kalo x dibg kesedaran dia x kan sedar. Ko ni anak no brapa???apsal abg dan akak ko bg muka terlebih2? kot ya nak senangkan adik, kene tau perangai adik yg sebenar mcm mana? patutnya ko cakap kat abg ko tuh, mak ko sedih tengok perangai adik ko yg makin menjadi2. jgn jadikan alasan duk jauh dia x mo amek tau perangai buruk adik ko tuh. sian mak koooo...yg mana nak marah ko tuh, cakap terang2, esok2 kalo dah sampai tahap adik ko toreh mak ayah ko sbb nak duit beli bende ni x dpt..jgn baru la fefeling nak melalakk memarah...skang ni kene marahhh esok2 dah kronik kang silap marah jd korban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 10:55 AM | Show all posts
just nak tanya, apa kesan pil kuda nie yer? bleh citer details x?
carly_lah Post at 26-3-2012 10:49



   ntah, kalu minyak kuda..boleh lari laju..
kata member2 aku masa darjah 5 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 1# miah29

kalau tau dia amik dari tingkatan 5 lagik, kenapa sekarang baru hempuk?? why not dari dulu??

apakah ko sudah terlambat?? apakah adik ko dah tahap ketagihan?? (bagi aku ye!)..

mana adik ko dapat duit beli pil kuda neh??

dan sekarang, apa kegunaan dia nak makan pil kuda?? dia kerja gigolo ka??

kena ingat yea hadirin hadirat sekalian.. pil kuda neh sama juga dengan syabu bagai tuh effect dia sebab mmg contain pil kuda mengandungi methampethamine.. cuma pil kuda ada kelebihan yaitu akan MENGUATKAN NAFSU SEKS anda..

ada kejadian kat terengganu, amik pil kuda punya pasal, tatau kat mana nak toron, dia rogol ADIK KANDUNG dia sendiri.. kepala dah tak tahan air kot kan??.. padahal adik kandung dah berkahwin dan ada anak.. bergelut nak selamatkan diri tak mampu sebab orang amik pil kuda (syabu juga) akan mempunyai tenaga luar biasa.. so??.. kena rogol percoma saja!!

sebelum ada yang kena rogol berjemaah oleh geng2 adik ko.. tak salah rasanya ko hempuk.. kalau ada ahli keluarga lain yang bising2.. ko hempuk depa sekali.. (tolong jangan!!.. aku layan geram jah )..

bawak lah adik ko gi berubat sebelum terlambat.. pil kuda pengedaran / penagihan sama saja hukumnya dengan dadah2 lain seperti heroin, syabu etc akta dia..

kalau tak mau ada rekod polis etc, pergi ke klinik cure & care yang disediakan oleh pihak agensi antidadah kebagnsaan.. yang tuh suka rela.. mmg macam klinik biasa jah.. anto adik ko gi situ treatment.. free sajork.. makan tanggung berak cangkung.. tempoh dalam 3 bulan atau 1 bulan bergantung kepada tahap ketagihan adik ko..

gi anto sebelum ada yang jadi mangsa rogol .. sebab kalau sedara mara aku kena rogol oleh pengambil pil kuda, aku tembak kasik mampus jah abis cerita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:01 AM | Show all posts
aku carik keratan akhbar tak jumpa.. aku dapat dari blog dah kena copy paste:

[Bernama] BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Feb lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya mengugut dengan meletakkan sebilah pedang di kiri lehernya.

"Apabila sampai di tempat yang dituju, suspek dapati bapa saudara yang dicarinya tiada. Suspek kemudiannya memaksa adiknya ke bahagian semak di belakang rumah bapa saudaranya dan merogol adiknya di situ," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Sektor yang diadakan di Kampung Lak Lok di sini, Sabtu.

Kamaruddin berkata adiknya yang cuba melawan ditumbuk beberapa kali di bahagian perut oleh suspek.

Katanya mangsa turut tercedera di bahagian leher akibat terkena pedang yang dipegang abangnya.

Mangsa yang berjaya melarikan diri tidak lama kemudian meminta pertolongan jiran untuk membuat laporan polis.

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek beberapa jam kemudian. Ujian awal air kencingnya mendapati suspek positif pil kuda. Suspek yang dipenjara sebelum ini kerana kes berkaitan dadah juga mengakui telah mengambil pil kuda di Kuantan, Pahang sebelum ke Besut untuk mencari bapa saudaranya malam Jumaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:03 AM | Show all posts
just nak tanya, apa kesan pil kuda nie yer? bleh citer details x?
carly_lah Post at 26-3-2012 10:49


carly nie ana jumpa kat tenet

Pil Kuda




Pil Kuda! Pil paling tersohor di Kelantan selepas Panadol. Kalau cakap pasal penagih ni,kaum melayu paling tinggi dalam statistik. Pil kuda atau nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia). Dalam perubatan digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif,ADHD (Penyakit Psikotik-hilang tumpuan),masalah tidur yang terlampau dan obesiti yang terlampau.

Tapi sekarang disalahgunakan,bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.Dadah sintetik memang bahaya kalau nak dibandingkan dengan dadah tradisional sebab dapat merosakkan otak dalam tempoh enam bulan!!

Bahan2 yang dicampur untuk buat pil kuda

1. Racun tikus – mencairkan darah dengan cepat agar penagih segera berasa kesannya
2. Serbuk Kaca Kalimantang
3. Pencuci lantai
4. Klorox

Cara biasa hisap pil kuda ni adalah ‘chase the dragon’.pil dimasak menggunakan ‘dapur’,asap yang keluar disedut.Kalau ambil sebutir,penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari,kalau ambil suku,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Hisap pil kuda ni tak khayal tapi menyebabkan penagih akan berasa seperti ‘superhero’!!Rajin yang luar biasa,otak jadi pickup,cakap banyak dan tekun dalam buat sesuatu kerja. Kepada mak bapak,jangan gembira sangat kalau tengok anak rajin sangat buat kerja.Sebelum ni kalau pemalas,tiba2 je jadi rajin tgh sapu sampah depan rumah pukul 2-3 pagi!! PELIK!!Buat ‘spotcheck’ dalam beg sekolah,pakaian dan bilik tidur. Yang bestnya ianya meningkat kemahuan seks! Dalam kepala otak tu nak seks je.Penagih merasakan dia mempunyai libido yang tinggi dan boleh melakukan hubungan seksual dalam masa yang panjang.

Kesan2 lain

1.Paranoia – berkelakuan/tingkahlaku pelik
2. Halusinasi - lihat @dengar sesuatu yg tak wujud
3. Delusi - kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
4.Meth mouth –kerosakan pada gigi
5.Sawan,tegang otot,menggelatar

Dalam Facebook,ada Fanpage Aku Suka Pil Kuda.Bagus sangat la tu.Menggalakkan orang ramai jadi penagih!!

Kesimpulannya jauhi pil kuda,jauhi dadah.Makan la pil vitamin ke,lagi bagus.Sekali cuba,pasti nak lagi.Dah terjebak baru menyesal tapi ada jugak yang tak serik2.Nak rawat ketagihan ni bukan mudah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:03 AM | Show all posts
yang neh lagi jahanam.. abang rogol, ayah hempuk kalau tak sporting ngan abang..

Lima beradik dakwa jadi mangsa rogol abang kandung


Tiga daripada lima beradik yang mendakwa menjadi mangsa rogol abang kandung dan turut dipukul bapa sendiri di Bachok, kelmarin.

BACHOK 27 Ogos - Sudahlah menjadi mangsa nafsu serakah abang kandung, bapa yang diharapkan menjadi tempat mengadu pula membelasah mereka.

Sukar hendak digambarkan penderitaan yang ditanggung lima beradik berumur 5 hingga 16 tahun di Kampung Saador dekat sini sejak lima tahun lalu.

Setiap kali mengadu dirogol oleh abang kandung sendiri, mangsa akan dipukul dan dibelasah teruk oleh bapa mereka berusia 43 tahun yang dipercayai penagih alkohol dan dadah.

Selain dirogol dan dipaksa melakukan seks oral, kemaluan mangsa turut disumbat dengan botol arak oleh abang mereka yang berumur 18 tahun, malah diugut bunuh jika cuba melawan.

Kejadian itu dikatakan berlaku semasa ibu mereka keluar bekerja di sebuah pasar raya dekat sini.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung, tiga daripada mereka yang berumur 5, 14 dan 16 tahun bertindak nekad melarikan diri petang semalam.

Ketiga-tiga beradik ini ditemui seorang kariah Masjid Kedai Lalat yang terletak hampir 20 kilometer dari rumah mangsa dalam keadaan kepenatan dan kelaparan ketika umat Islam lain sedang menikmati juadah berbuka puasa.

Kariah tersebut, Abdullah Harun, yang bersimpati dengan ketiga-tiga beradik itu kemudian membawa mereka balik ke rumahnya kira-kira pukul 8 malam untuk berbuka puasa.

Mereka kemudian dihantar ke rumah Penghulu Kampung Cawangan Tok Ku, Mat Rani Ibrahim, 61, sebelum laporan polis dibuat.

Ketika ditemui wartawan di rumah tersebut, ketiga-tiga mereka masih dalam keadaan trauma, malah mangsa yang berumur 5 tahun, tidak henti-henti menangis dan seringkali menekup wajahnya dengan kain tudung.

Menceritakan penderitaan yang dialami, seorang daripada mangsa berumur 14 tahun yang masih lengkap berpakaian sekolah berkata, dia nekad melarikan diri bersama adik dan kakaknya untuk mencari perlindungan.

"Saya bawa adik dan kakak menyelamatkan diri kerana ketika balik ke rumah, saya lihat ayah sedang mabuk dan memegang kayu di tangan yang pasti akan digunakan untuk memukul kami.

"Kami tidak tahu apa nasib dua adik-beradik perempuan lain berusia 12 dan 9 tahun kerana mereka berdua sedang bersekolah ketika itu dan berharap kedua-duanya selamat," katanya ketika ditemui di rumah penghulu berkenaan di sini semalam.

Anak ketiga daripada enam beradik ini yang bersekolah di sebuah sekolah agama berhampiran rumahnya mendakwa, dia telah dirogol abang kandungnya itu lebih 20 kali sejak berusia 9 tahun.

Dakwanya, dia juga pernah melihat adik bongsunya dirogol dan ketika cuba menghalang, dia sendiri dibelasah teruk sehingga pengsan.

Dia mendakwa, kakaknya yang berumur 16 tahun telah berhenti sekolah sejak tiga tahun lalu kerana terpaksa menjaga adik bongsunya.

Dakwanya lagi, dia terpaksa bekerja mengambil upah membasuh pinggan di sebuah gerai selepas waktu sekolah dengan gaji RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka lima beradik.

Bagaimanapun, dakwanya, ayahnya selalu 'merampas' separuh daripada duit gaji yang diperoleh setiap hari semata-mata untuk membeli arak.

"Ayah tidak pernah menjaga kami dengan baik malah hampir setiap hari dia akan menelan pil kuda dan meneguk arak sampai mabuk.

"Bila tidak ada duit, gaji adik saya yang sepatutnya untuk menyara kami dirampas dan digunakan untuk membeli arak atau dadah," ujarnya dengan suara tersekat-sekat.

Menurut mangsa, abangnya telah ditahan pihak berkuasa dipercayai kerana penyalahgunaan dadah lima hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:05 AM | Show all posts
Reply  miah29

kalau tau dia amik dari tingkatan 5 lagik, kenapa sekarang baru hempuk?? why not d ...
NURMIMIE Post at 26-3-2012 10:56 AM



    ala2 mcm viagra laa ek kak mik....mmg betui2 jd kuasa kudaaa...patut ler nama pil kuda
aku duk igt pil kuda ni lalok2 mcm syabu jer...rupanyaa jd kuda mengganas....




TT, baik lerrr ko bertindak dgn kadar segera...cegah seblom keadaan jd makin parah....abaikan amarah mereka yg tau bercakap tanpa bertindakkk...pk psl diri ko dan mak ko...yg lain jgn dilayannnn....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:05 AM | Show all posts
KeS polis kEs pil...kalau takda mimic kita memang tak sah......
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:05 AM | Show all posts
Reply 30# NURMIMIE

bahaya lah kiranya pil kuda nie... nak kena gugle le cemana rupa pil kuda nie... ye lah, dah jadi mak orang nie... bende2 cenggini mmg kena amik tahu... Nauzubillah... x nak ler ada ada anak beranak sepupu sepapat yg terlibat dgn gejala2 nie.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 11:08 AM | Show all posts
ala2 mcm viagra laa ek kak mik....mmg betui2 jd kuasa kudaaa...patut ler nama pil kuda:fun ...
aku duk igt pil kuda ni lalok2 mcm syabu jer...rupanyaa jd kuda mengganas....


TT, baik lerrr ko bertindak dgn kadar segera...cegah seblom keadaan jd makin parah....abaikan amarah mereka yg tau bercakap tanpa bertindakkk...pk psl diri ko dan mak ko...yg lain jgn dilayannnn....
mammavoque Post at 26-3-2012 11:05



   
mama.. pil2 neh semua (yang ada methapentahimne neh).. mana ada lalok ma.. agresif lagi ada..

lalok2 neh dadah2 dolo2 jah..

viagara ok kot sbb dia fokus pada kekuatan seks tuh jah.. tuh pun banyak juga kesan tak baik dia kan..
pil kuda neh mmg macam kuda haaa.. ganas, laju, tahan, pantas..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:08 AM | Show all posts
KeS polis kEs pil...kalau takda mimic kita memang tak sah......
manakautau Post at 26-3-2012 11:05



   tapi, apa2 kes pun..kalau takde cite jiran2 bling mcm x sah gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:13 AM | Show all posts
adoi.. sesak napasnyer baca ceta2 kes pil kuda ni

tt, kalo aku pun, mau lembik dh adik aku tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 11:14 AM | Show all posts
nie gambor yg ana ambik dr artikel tue

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.485935 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list