|
'HUDUD' tiada dalam Al-Quran, ciptaan ahli feqh - tidak adil.
[Copy link]
|
|
Ade lah....sy hafal ayat tersebut...tp sy x ingat...seingat sy, sy blaja dlm subjek feqah.....xtau cne nk taip jawin, tp ayat die berbunyi mcm ni...sepotong dr ayat tu la...
Assariqu wassaqatu faqtho'u aidiyahum.... x ingat sgt....tp maksudnye, pencuri lelaki dan pencuri pmpn, maka potonglah tgn mereka....
pastu yg sal penzina tu, kalu dh kawin, kene rejam sampai mati, tp kalau blum kawin, kene sebat 100 kali kalu x silap...
hukum islam ade hudud, qisas.... byk la, cuma sy x ingat...tp lebih bek tnye pd penghafaz al-quran... wallauhua'lam...
Salam salju putih,
Itu ayat Quran lah... ini dier:
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 5:38
5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.
Dalam ayat ni tiada di sebut HUDUD
Hukuman rejam bagi penzina yang dah berkahwin tiada di sebut dalam Quran
Yang ader cuma 100 sebatan sahaja:
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ 24:2
24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.
Juga tiada di sebut hukum HUDUD
Qisas juga tiada di sebut HUDUD, sila rujuk ayat 2:178 & 179 |
|
|
|
|
|
|
|
KIta sambung balik tentang HUDUD di dalam Quran,
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 9:112
9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin. |
|
|
|
|
|
|
|
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ذَلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ 58:4
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.
# Ayat ini berkaitan dengan hukum Zihar, sila baca dari Surah 58 ayat 1 |
|
|
|
|
|
|
|
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا 65:1
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum HUDUD yang di sebut dalam Quran hanya lah berkaitan dengan Puasa, Penceraian, Hukum Warisan & Hukum Zihar |
|
|
|
|
|
|
|
ini sirri_khafi apasal tak nak pakai nick sirrikhafi? Kata ada baru dan lama...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade lah....sy hafal ayat tersebut...tp sy x ingat...seingat sy, sy blaja dlm subjek feqah. ...
saljuputih Post at 1-3-2012 17:02
Pasal hukuman minum arak ada disebut dalam Al-Quran tak? (bukan saya tolak, cuma nak tahu sumber asal)
Saya setuju hukuman tersebut dari Al-Quran & Sunnah adalah Hukum dan Ketetapan Allah.
Berkaitan tuduhan Hukum Hudud (yang disebut oleh Dr Mahathir) itu ciptaan ahli fekah, saya rasa kenyataan tu berdasarkan pembacaan beliau dari sumber yang MUNGKIN terpengaruh dengan idea ANTI-HADITH. Sekalipun beliau bukan anti-hadith (beliau pergi menunaikan Haji), pembacaan beliau dalam hal 'hudud' mungkin tersasar ke arah tu. Maka tanggung jawab Ahli Agama untuk menegur (dengan cara yang baik) Dr. Mahathir dalam hal ini supaya umat Islam tidak terpengaruh dengan kenyataan itu.
Ahli Feqah dalam urusan agama merupakan orang yang AHLI dan FAHAM HUKUM-HAKAM AGAMA. Kalau mereka cipta hukum, mereka tu ahli bida'ah, bukan lagi ahli feqah.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# ibnur
Mungkin dah hampir masanya untuk ubah thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....? |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal hukuman minum arak ada disebut dalam Al-Quran tak? (bukan saya tolak, cuma nak tahu sumber ...
mnm77 Post at 2-3-2012 09:11
Salamun Alaikum,
Apakah yang korang labelkan sebagai anti hadis itu menolak kewajipan haji.... ?
Rujuk kat sini => Haji Dalam Al Quran
Rujuk juga => Hudud Dalam Al Quran
Jangan pula hanya kerana kebencian ko kepada orang lain lalu ko tidak berlaku adil dan lebih malang lagi bersifat memfitnah....
AQ 5:8. Wahai orang-orang yangpercaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksiuntuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlakuadil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah;sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 6-3-2012 23:22
Salamun Alaikum,
Apakah yang korang labelkan sebagai anti hadis itu menolak kewajipan haji.... ?
anakmacho Post at 6-3-2012 22:20
Salam...
Ehh terasa ke? Kalau anda tak tolak kewajipan Haji, tak perlu lah terasa.....
Anti Hadith pun ada banyak kategori jugak. Mungkin anda tak tolak ritual Haji kot? Tawaf keliling Ka'bah dengan pakaian Ihram tu.... tak disebut secara explicit dalam dalam Al-Quran sebagai ritual Haji... tetapi disebut dalam Hadith.
Ada anti Hadith kata Ka'bah tu kiub empat segi tempat orang mempersekutukan Allah.... takkan tak tau kot? Atau anda dah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah yang sebenar?
Ada anti Hadith version lain pulak kata Haji tu satu penyelidikan. Ishh.... sampai macam tu sekali kreatif nya mereka membuat persangkaan! Haru biru!
Tak percaya? Cuba selak balik thread yang berkaitan. Janganlah anda ingat saya ni saja-saja taburkan kebencian, sebab sayang ummat saya kena sampaikan walaupun mungkin pahit bagi sesetengah yang 'anti Hadith' tu (jangan terasa.... kalau anda tidak menolak ritual Haji).
Dr. Mahathir telah laksanakan Haji (secara ritual) di Saudi tau! Rukun Islam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam saudara²/saudari²,
Pertama sekali, sblm mula bicara saya nk bertanya.
Mengapa bekas pemerintah berbicara perihal Islam?
Umara yg jadi ulama? Atau sekadar menjwb 'polemik' dunia?
Bkn niat nk bergurau-senda,
malah x terlintas utk menghina.
Tp, inilah realiti dunia. Bila ayat²Nya dijunjung tinggi!
Pernah dengar cerita nabi s.a.w. tunjukkan ayat Al-Kitab,
bila 'ahli kitab' sendiri ter'lupa' akan ayat² hukumNya?
Setiap ke'jadi'an Allah itu ada 'hikmah'Nya:
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (Muhammad), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan Allah telah menurunkan kepadamu Kitab serta Hikmah, dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. (An-Nisaa' 4:113)
Saya ingin berterima kasih kpd sesiapa shj.
yg menyarankan Al-Quran sbg panduan hidup.
Supaya dibaca utk mengetahui, hak² Allah dlm kehidupan kita manusia.
Krn Nabi Muhammad s.a.w. sdh tiada lg,
yg Allah utuskn sbg peringatan terakhir kpd semua.
Kita rangkumkn dulu semuanya dlm firman Allah:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu, maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira, dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka, dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah 2:213)
Yg berselisih cuma ahli kitab,
iaitu pendita²/ahli agama/elit² agama/pakar agama/etc.
yg membawa Al-Kitab masing² dgn yakin!
dan menolak syariat Muhammad s.a.w.
yg membawa Al-Quran sbg peringatan khas utk mereka
yg dikatakan 'beriman' kpd yg Maha Kuasa.
Siapa yg berani nafi Muhammad s.a.w. menghukum 'ahli kitab' dgn hukum yg diturunkn kpd mereka?
Sudahkah mereka diuji? Sudahkah mereka akur? Apa respon mereka? - Berpaling ingkar...
Firman Allah:
Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Kitab dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan suatu Syariat dan jalan agama. Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah 5:48)
Jd, kita sbg umat Muhammad s.a.w. perlu
berhati² dgn 'agenda' mereka
spy tdk mengikut jejak langkah mereka.
Firman Allah:
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling, maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Al-Maaidah 5:49)
Allah telah menetapkn hukumNya,
asas yg plg utama itu:
- perintah berlaku 'adil' dan
- larangan berlaku 'zalim'
Firman Allah:
Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul; setelah datang Rasul masing-masing maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (Yunus 10:47)
Dunia yg kita hadap hari² ini menjelaskan,
bhw perubahan zaman kita dgn zaman nabi s.a.w.
yg plg jelas hanyalah, perkara dunia, hal dunia, isu dunia, etc.
Dan setiap manusia xdpt lari drpd kecintaan dunia,
dan membelakangkan akhirat.
Dan mereka yg 'mengubah' dunia ni ada byk di sekeliling kita.
Dlm firmanNya:
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat, lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan tetaplah hukuman atas mereka bersama-sama dengan umat umat dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi. (Fussilat 41:25)
Umat Islam yg 'satu' itu akan muncul bila,
jemaahnya 'tahu' akan isi kandungan hukum²Nya.
(Spt mana rakyat yg 'x tahu' mengangkat pemimpin²
krn pengetahuan 'Perlembagaan Persekutuan'nya?)
...resah-gelisah bila 'Akta yg zalim' dipertikai stlh sekian lama.
Jd, serulah:
"Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu.
Allah akan menghimpunkan kita bersama,
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya" (42:15)
Firman Allah:
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui; berlakunya semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. (Asy-Syuura 42:14)
Beringat²lah bila 'hasad dengki' drpd hawa nafsu manusia berleluasa,
barulah kita tahu punca Islam berpecah².
Berusahalah kita kembali kpd ajaran 'Islam sebenar',
krn hikmahNya itu hanya dtg dan pergi sbg peringatan.
Ruginya bila tdk dijdkn iktibar - sbg pedoman hidup mendatang.
Apa respon kita???!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ringkasan kpd persoalan dan jwp oleh bekas pemimpin negara:
Soalan:
- Apakah pandangan tentang perlaksanaan hukum hudud dlm negara?
- Kenapa sesetengah negeri² dlm negara yg diperintah oleh kerajaan yg 'beraliran Islam' tdk melaksanakan hukum tersebut di negeri mereka sendiri.
Jwp:
Kita harus tahu apa dia 'hukum HUDUD' (mungkin x mksudkn had² Allah):
- dibentuk oleh ahli² feqh
- tdk terdpt dlm Al-Quran
- dlm Al-Quran ada hukum yg tdk begitu keras spt 'hudud ahli² feqh'
- sblm laksana sesuatu perlu rujuk Al-Quran (asas agama)
- baca Al-Quran dlm bahasa yg difahami, 43 ayat menegaskn bila berhukum, hukum dgn adil
- dlm Islam yg utama hukuman yg adil
- dlm masyarakat 'berbilang agama', hukum hudud dikatakan utk 'umat Islam' shj?
- i.e. 'Islam' potong tangan, 'bkn Islam' masuk jail?
- jika tdk adil, bkn dikatakan Islam
- i.e. perlu 4 org saksi (adil) kes rogol, zina, etc. menindas mangsa, pesalah lepas?
- 'hudud' ditambah tokok dlm agama
- sanggup membelakangkan Al-Quran, utama hukuman berat - lebih Islam?
- baca Al-Quran dalam bahasa yg kita boleh faham
- cadangan perlaksanan hukum 'hudud ciptaan mereka' sendiri, kita x dpt terima. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ibnur
Mungkin dah hampir masanya untuk ubah thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....?
mnm77 Post at 2-3-2012 09:12
Apa 'hikmah'nya memindahkan thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....?
Saudara dan mod nk 'menyembunyikan' sesuatu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Ehh terasa ke? Kalau anda tak tolak kewajipan Haji, tak perlu lah terasa.....
Ant ...
mnm77 Post at 6-3-2012 23:16
Ini bukan soal terasa atau tidak..... tapi keadilan apabila memperkatakan sesuatu perkara, rujuk amaran Allah surah Al Maa'idah ayat 8 tersebut.
Berkenaan pakaian khusus semasa haji, apabila tak di sebut secara khusus oleh Allah dan RasulNya, mengapa pula manusia itu sendiri rasa berhak menetapkan dan mengatasi Allah dan RasulNya.
Berkenaan golongan yg menolak ritual tertentu dalam ibadah tertentu, seperti yg saya katakan sebelum ini dilain thread bahwa apa yg mereka kemukakan adalah perkara baru bagi saya dan perlukan masa untuk menilaikannya. Sesuai dengan firman Allah dan di sampaikan oleh baginda Nabi yang menyuruh kita untuk mempertimbangkan sesuatu pendapat, bukan menolak mentah2 hanya kerana kita tidak sependapat.
AQ 39:18. Yang mendengar ucapan, danmengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allahmemberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yangmempunyai minda.
Yup.... kembali kepada Al Quran dan Sunnah sebenar-benarnya (Sunnah Nabi2 dan Rasul2 dalam Al Quran) bukan sunnah yang memperkudakan nama baginda Nabi Muhammad.
Salam......
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# anakmacho
cantik
kerana pakai akal leeee |
|
|
|
|
|
|
|
Apa 'hikmah'nya memindahkan thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....?
Saudara dan mod nk 'menyembunyikan' sesuatu ke?
Saya syak mungkin mereka berdua cuba nak menyembunyikan hudud @ had-had Allah yang telah di sebut dalam Quran itu hanyalah berkaitan puasa, penceraian, warisan & hukum zhihar dari pengetahuan umum |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan soal terasa atau tidak..... tapi keadilan apabila memperkatakan sesuatu perkara, rujuk amaran Allah surah Al Maa'idah ayat 8 tersebut.
Berkenaan pakaian khusus semasa haji, apabila tak di sebut secara khusus oleh Allah dan RasulNya, mengapa pula manusia itu sendiri rasa berhak menetapkan dan mengatasi Allah dan RasulNya.
Berkenaan golongan yg menolak ritual tertentu dalam ibadah tertentu, seperti yg saya katakan sebelum ini dilain thread bahwa apa yg mereka kemukakan adalah perkara baru bagi saya dan perlukan masa untuk menilaikannya. Sesuai dengan firman Allah dan di sampaikan oleh baginda Nabi yang menyuruh kita untuk mempertimbangkan sesuatu pendapat, bukan menolak mentah2 hanya kerana kita tidak sependapat.
AQ 39:18. Yang mendengar ucapan, danmengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allahmemberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yangmempunyai minda.
Yup.... kembali kepada Al Quran dan Sunnah sebenar-benarnya (Sunnah Nabi2 dan Rasul2 dalam Al Quran) bukan sunnah yang memperkudakan nama baginda Nabi Muhammad.
Salam......
Salam,
Saya bersetuju dengan pendapat saudara... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi keadilan apabila memperkatakan sesuatu perkara, rujuk amaran Allah surah Al Maa'idah ayat 8 tersebut.
anakmacho Post at 7-3-2012 09:18
Pokok persoalan, bila dirujuk Hadith tu adakah golongan yang menolak hadith kata TAK ADIL?
Berkenaan pakaian khusus semasa haji, apabila tak di sebut secara khusus oleh Allah dan RasulNya, mengapa pula manusia itu sendiri rasa berhak menetapkan dan mengatasi Allah dan RasulNya.
Adakah sesuatu yang Nabi sendiri beri penjelasan dikira mengatasi Allah dan Rasul? Jika ada orang tanya bagaimana adab makan dan minum, dan Nabi beri penjelasan adab-adabnya, adakah perkara tersebut semua dusta bila tidak jumpa dalam Al-Quran? Jika anda hidup pada zaman Nabi, sesiapa yang ENGKAR kepada Nabi itu sebenarnya ENGKAR ALLAH.
Berkenaan golongan yg menolak ritual tertentu dalam ibadah tertentu, seperti yg saya katakan sebelum ini dilain thread bahwa apa yg mereka kemukakan adalah perkara baru bagi saya dan perlukan masa untuk menilaikannya. Sesuai dengan firman Allah dan di sampaikan oleh baginda Nabi yang menyuruh kita untuk mempertimbangkan sesuatu pendapat, bukan menolak mentah2 hanya kerana kita tidak sependapat.
Jika anda hidup di zaman Nabi, dan masih menilai lagi nak ikut atau tidak perintah dan penerangan dari Nabi, maka tentulah anda bukan tergolong dalam golongan pengikut Nabi.
Yup.... kembali kepada Al Quran dan Sunnah sebenar-benarnya (Sunnah Nabi2 dan Rasul2 dalam Al Quran) bukan sunnah yang memperkudakan nama baginda Nabi Muhammad.
Yup kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi yang sebenar-benarnya, bukan memperkudakan agama Allah dengan kefahaman yang dinilaikan akal semata-mata tanpa panduan dari Sunnah (Nabi).
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Apa 'hikmah'nya memindahkan thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....?
Saudara dan mod nk 'menyembunyikan' sesuatu ke?
Dzulqarnain Post at 7-3-2012 02:25
Bukan sembunyikan, hikmahnya golongan yang menolak hadith diberi kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka di sini dan sudah ada thread-thread yang berkaitan dikumpulkan di sini. Kalau di board utama tu lebih umum, tak bincang banyak pasal perbezaan pendapat, nanti banyak yang keliru sebab ada banyak pendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sembunyikan, hikmahnya golongan yang menolak hadith diberi kebebasan untuk menyatakan pend ...
mnm77 Post at 7-3-2012 12:25
Disbbkn terlalu 'pakar' dlm satu² hal agama,
mahupn menjaga pemahaman saudara atau yg diajarkn kpd saudara,
serta yg lainnya juga,
jgn nk pisahkn iman dan taqwa sesama kita.
Krn kedua² inilah shj bila masa semua jenis fahaman pn xkn dipecah²kn.
Jika saya ingin menjemput saudara ke perkampungan saya,
utk bermastautin dlm bai'ah yg satu,
hanya diwajibkn membawa pakaian iman dan taqwa,
utk menghadap yg Maha Kuasa dgn jemaah lainnya,
dan tinggalkan perkara selainnya di rumah saudara,
sbg hak saudara dgn Allah (rahsia antara hambaNya dgn Pencipta).
Kerana bila 'berselisih', dh lama sgt berlangsung,
hingga hari ini, masih tersangkut di kerongkongan.
Mengapa nk panjangkn 'thread' yg ringkas?
Mengapa nk menjelaskn sesuatu yg 'kompleks'?
Sdgkn manusia yg memberat²kn, Allah tlh meringankn, jelas dan terang.
Dan yg melampaui batas pula tlh meringan²kn???
Mengapa ulama²/mufti/peguam syariah/pemerintah aliran agama/etc.
lama merangka hukum, tanpa perlaksanaan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|