CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Pendedahan RPK - 2 DUN PKR - Rasuah dan skandal Pasir Selangor berserta bukti

[Copy link]
 Author| Post time 10-2-2012 05:04 AM | Show all posts
Isu pencurian pasir dan perlombongan haram di Selangor, dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai ISU LAMA. Sebaliknya kata Pengarah Strategik PKR yang mempunyai kaitan dengan Double Dignity serta KEMATIAN ahli perniagaan terkenal, Patrick Wong, isu yang lebih besar adalah isu NFC yang menurutnya merupakan isu rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

NFC yang diserang oleh Rafizi dan rakan-rakannya telah pun menjalani siasatan polis serta SPRM. Sedangkan pencurian pasir dan perlombongan haram di Selangor, sentiasa cuba dielak daripada dimasuki oleh polis dan SPRM.

Kononnya, kalau ada maklumat baru, salurkan kepadanya dan dia sendiri akan meminta polis menyiasat. Sedangkan pelbagai maklumat telah diberikan kepada Rafizi Ramli, namun semua maklumat tersebut disorok atau dimusnahkan. Bukti-bukti yang diserahkan kepadanya yang membabitkan beberapa nama seperti Shuhaimi Shafie, dipendam dan kemudian dia sendiri buat-buat lupa.

Rafizi cuba meminta bukti, tetapi dalam kes NFC, pandai pula dia mencari bukti walaupun bukti-bukti yang diperolehi dan didedahkan tidak menunjukkan penyelewengan sebaliknya tindakan bijak pengurusan NFCorp agar wang pinjaman mereka membiak dan pinjaman yang mereka perolehi, dapat dibayar mengikut jadual.

Sedangkan dalam kes perogolan pasir di Selangor, ia bukan sahaja melibatkan penyelewengan untuk membesarkan tembolok para pemimpin PKR, malahan telah meragut nyawa orang yang cuba mendedahkan penyelewengan berkenaan.

Kalau untuk NFC, Rafizi sanggup mengeluarkan duit kocek sendiri bagi tugas-tugas menyiasat, mengapa pula pencurian pasir dan skandal pasir di Selangor, Rafizi hanya menyerahkan kepada pihak polis dan SPRM?

Sedangkan secara jelas, memang wujud penyelewengan di dalam isu pasir di Selangor. Dan ianya bukan isu RM250 juta, malahan lebih daripada itu. Malah nilainya juga jauh lebih tinggi apabila Patrick Wong dibunuh untuk menutup isu skandal pasir di Selangor.

Apakah Rafizi sebenarnya cuba melindungi dirinya sendiri agar dia tidak terjebak dan diseret ke muka pengadilan kerana menjadi salah seorang daripada pembunuh Patrick Wong?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2012 05:11 AM | Show all posts
09 February 2012
PARASIT PASIR?
Salam 2 all.

Teman terkejut membaca pendedahan ekslusif oleh Raja Petra Kamarudin @ RPK mengenai kegiatan lanun pasir di Selangor Darul Ehsan (sila rujuk lamanweb berikut:"malaysianewsnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=304&catid=36&ltemid=27").

Teman tak mau komen panjang! Mike baca sendirilah yop! Tapi ingat, ni bukan cerita Negeri Pasir Berdengong dibawah pemerintahan Raja Jason King dalam cerita DoReMi!

Semasa teman masih lagi Ahli Parlimen PKR, teman sudah mendengar kisah saperti ini, dan bagaimana rancangan dibuat untuk "mengaut sebanyak boleh hasil masyhul negeri Selangor". Cuma teman tidak menjangka ianya begitu serius saperti yang didedahkan oleh RPK ini!

Sekiranya apa yang didedahkan oleh RPK ini benar, pihak berkuasa saperti SPRM, PDRM dan lain-lain wajib membuat siasatan terperinci mengenai pendedahan oleh RPK ini kerana disandarkan dengan bukti-bukti yang meyakinkan. Dan jika ada kesalahan jenayah, tindakan wajib diambil terhadap para "parasit pasir" ini yop!

Teman ni biasanya kurang sikit nak merujuk pendedahan dunia cyber, tetapi pendedahan RPK kali ini agak berlainan dari yang terdahulu! Sekurang-kurangnya ia memerlukan pihak berkuasa membuat penyiasatan untuk menentukan kesahihannya!

Jika sahih, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan pendakwaan segera! Jika tidak, mereka yang dinamakan oleh RPK wajib mengambil tindakan membersihkan nama mereka!

Enjoy the reading yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
16 Rabi'ul Awal 1433
09 Feb 2012
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 05:13 AM | Show all posts
So....boleh la si lanun pasir 2 ekor dari pakatan rakyat ni saman RPK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 05:43 AM | Show all posts
Tarikh surat Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada YB Amirudin pada 18/1/2010



Tarikh 18/1/2010 hari yg sama juga kedua2 DUN PKR ini perlantikan WEF (berkuatkuasa serta merta)

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:16 AM | Show all posts
Harap bukan thread kantoi TT 2012.

Apa pun aku harap sangat taik2 rasuah dihumban masuk penjara. Nak kasi hukum tembak sampai mampus pun aku sokong. Tanpa mengira dari pihak mana sekali pun. Kita berjuang utk rakyat bukan induvidu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:43 AM | Show all posts
yeaa... aku sokong SPRM pegi siasat tak cukup tanah nih...

apa lagi... mana geng2 perkosa, pemuda UMNO PJ, perkosa.. tak nak gi wat report polis kaa cepat2.... cepat report sebelum melarat....

jangan biarkan pakatan rakyat membarah dan membusuk macam UMNO BN.....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2012 08:58 AM | Show all posts
sejak bila source Raja Petra ni jadi sahih pulak? bukan kah dulu UMNGOK melolong si RPK ni raja fitnah kehulu fitnah kehilir?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:00 AM | Show all posts
sejak bila source Raja Petra ni jadi sahih pulak? bukan kah dulu UMNGOK melolong si RPK ni raja fitn ...
rayna_raynes Post at 10-2-2012 08:58



    kalau kat fb dah lama aku tekan butang "like" statement hang ni!

RPK dah jadi besfwen Ameno!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 09:27 AM | Show all posts
yeaa... aku sokong SPRM pegi siasat tak cukup tanah nih...

apa lagi... mana geng2 perkosa, pemuda ...
totokreturn Post at 10-2-2012 08:43



   
Isu pasir: SPRM sudahpun siasat saya, kata ADUN PKR

Aidila Razak
9:13AM Feb 10, 2012



ADUN Batu Caves Amirudin Shaari berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun menyoal-siasatnya  mengenai dakwaan hubungannya dengan sindiket perlombongan pasir haram pada tahun 2010.

Mengulas isu itu yang dibangkitkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Amirudin (kiri) berkata badan anti-rasuah itu tidak memintanya untuk kembali sejak beliau disiasat pada 2010.

"Ini isu lama. Saya berikan kenyataan saya kepada SPRM pada Julai 2010 mengenai surat sokongan yang dikeluarkan. Apabila saya bertanya kepada mereka apakah saya perlu kembali mereka berkata, 'Jika mahu, boleh tetapi kita mempunyai kes lain untuk disiasat '.

"Mereka tidak hubungi saya sejak itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.

Dalam blog terbarunya, Raja Petra menuduh Amirudin dan ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafie terbabit dalam rasuah perlombongan pasir yang melibatkan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Raja Petra mendakwa kedua-dua wakil rakyat PKR itu adalah pengarah syarikat berkenaan dan menerima elaun bulanan sebanyak RM5, 000.

Beliau juga memuat-naikkan satu salinan surat dari Amirudin kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) - syarikat kerajaan negeri Selangor yang mengendalikan perlombongan pasir di negeri itu - untuk menyokong permohonan Double Dignity bagi mendapatkan kontrak perlombongan pasir.

"Tetapi jika anda lihat dokumen yang Raja Petra 'dedahkan' itu, ia jelas menunjukkan bahawa saya kata saya beri sokongan terhadap permohonan selagi ia mematuhi prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Saya jelas tentang itu.

"Saya tidak tolak permohonan rakyat apabila mereka minta surat sokongan dan amalan Pakatan Rakyat adalah untuk menyatakan bahawa sokongan  adalah dengan syarat bahawa semua prosedur dipatuhi. Ada juga yang permohonan mereka ditolak walaupun berserta surat saya," katanya.



dah siasat punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:30 AM | Show all posts
Isu pasir: SPRM sudahpun siasat saya, kata ADUN PKR


ADUN Batu Caves Amirudin Shaari ...
kecimpret Post at 10-2-2012 09:27



   wahhh... bagus...bagus... effisiennya.... kalau betul.. tangkap cepat.. sumbat dalam longkang..
ingat... jangan membusuk hingga menjadi macam UMNO.. dah terang2 rompak 250 jota pun maish suci murni dan maksum....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:44 AM | Show all posts
mesti puak2 fakatan kata RP nie dah kena beli dgn umno kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:46 AM | Show all posts
mesti puak2 fakatan kata RP nie dah kena beli dgn umno kan
asklinux Post at 10-2-2012 09:44



    RPK ckp Najib terlibat dlm altantuya...ko caya tak??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:04 AM | Show all posts
RPK nie mmg x betul.. kesian kat sape sape yg dedulu percaya kat mamat nie punya blog...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:08 AM | Show all posts
Kematian Patrick Wong diklasifikasi kes bunuh
Oleh Hardi Effendi Yaacob

2012/02/10
Polis percaya ada kaitan cubaan dedah skandal kes pasir

KUALA LUMPUR: Polis semalam menjelaskan kematian ahli perniagaan yang juga bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Datuk Patrick Wong pada 2009 diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak dari awal lagi.

Malah, polis masih menjalankan siasatan kes bunuh Wong, yang dipercayai ada kaitan dengan cubaan beliau mendedahkan skandal pasir membabitkan pemimpin dalam pakatan pembangkang di Selangor pada 2009. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes itu seperti didakwa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam artikelnya bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan dalam portal berita online berkenaan. "Kita tidak pernah melaporkan kematian mangsa adalah disebabkan kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi seperti didakwa RPK dalam portal miliknya semalam.

“Dari awal lagi, iaitu pada November 2009, kematian ahli perniagaan itu diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai pendedahan RPK, kelmarin yang mendakwa wujud keraguan di sebalik kematian Wong selepas dikatakan mati akibat terjatuh dari balkoni rumahnya ketika melarikan diri daripada perompak di Bukit Bandaraya di sini, pada November 2009.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira sebulan selepas ahli perniagaan itu dan isterinya mengadakan pertemuan bersama RPK di United Kingdom (UK) bagi meminta bantuannya mendedahkan skandal berkenaan.
Antara lain, penulis blog itu mendakwa berdasarkan kesan 'tekanan' ditemui pada leher mangsa seperti dinyatakan dalam laporan bedah siasat, kematian ahli perniagaan terbabit yang juga rakannya mempunyai kaitan dengan skandal melombong pasir di Selangor.

RPK yang dipetik Malaysia Today, berkata pendedahan terperinci akan dilakukannya selepas ini, termasuk nama dan bukti pembayaran kepada pemimpin tertentu dalam kerajaan negeri itu berhubung skandal berkenaan.

Sementara itu, Mohd Bakri menjelaskan pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan, malah meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, termasuk RPK tampil membantu siasatan.

“Kita akan menyiasat kes ini secara terperinci dengan mengambil kira semua aspek berkaitan, termasuk segala dakwaan dibuat oleh penulis blog itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:12 AM | Show all posts
RPK ckp Najib terlibat dlm altantuya...ko caya tak??
kecimpret Post at 10-2-2012 09:46



   bukan ke balaci PR yg percaya dan ke hulu ke hilir kata ..hahaha
cuba baca jawapan AMK nie

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga mendakwa tidak pernah mengenali Datuk Patrick Wong dan hanya mendengar nama ahli perniagaan itu beberapa hari lalu.

Mat Suhaimi menerusi blog srimuda.blogspot.com pula mempertikaikan kredibiliti Raja Petra kerana gaya penulisan yang bertentangan berbanding sebelum ini.

Dalam dunia hari ini, objek manusia, gambar dan apa saja bahan spin (putar belit) boleh direka cipta dan disolek menjadi seperti asli, apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain, boleh disalah guna bagi menjadikan tujuan spin dapat dibuktikan seyakin yang boleh,” katanya




hahahahahaha ....wah wah ...siapa yg spin nie ..hehehe dlu lain skrg lain ..tang kena batang hidung , putar belit laa ..gambar tipu la ..tang menuduh lain pulak .hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 12:26 PM | Show all posts
Apa nak jadi dengan UMNGOK ni rasuah kesana rasuah kemari.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 12:49 PM | Show all posts
orang bodoh saja yg kantoi pasal rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 12:51 PM | Show all posts
RPK nie mmg x betul.. kesian kat sape sape yg dedulu percaya kat mamat nie punya blog...
fizamn Post at 10-2-2012 10:04



   kesian juga pada yg percaya kat dia sekarang nih kan...kan...kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 01:00 PM | Show all posts
NAK pilihan raya pun mita duit kat toke pasir patut lah ..........


SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…   
Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?   
SC: Dia 100 lebih ekar…   
Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…   
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 01:55 PM | Show all posts
kasi potong ini kaki.. busuk nanti rosak PKR...

PKR lagi BERSIH dr UMNGOK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.092133 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list