CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

Pertemuan kedua - [U]

[Copy link]
Post time 23-3-2012 08:16 AM | Show all posts
ermmm...camne tue ex boyfriend dah kembali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 09:26 PM | Show all posts
alaaaa panjang la lg...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2012 10:56 PM | Show all posts
Iqbal.

Lelaki berbadan gempal yang mencuri hati aku enam tahun dulu.

“ Ana. Aku bersyukur ada kau.”

Dan dia tersenyum, menampakkan lesung pipit kiri dan kanan yang dalam tu.

Titik permulaan.

How I met him?

“ Keputusan exam Iqbal ni…”

Aku pandang wajah Encik Zaid. Dahi Encik Zaid berkerut.

“ Encik nak saya bagi tunjuk ajar dekat dia?”

Encik Zaid tersenyum. “ Anggaplah macam awak bagi tunjuk ajar dekat kawan awak.”

“ Tapi…”

Iqbal tu pemalas.

Nak je cakap, tapi aku diamkan je.

“ Tak pe. Kalau Ana ada masalah, Ana cakap dengan saya. Tapi buat masa sekarang, Ana ajarlah mana yang dia tak paham. Boleh?”

Serius stress.

Kenapa dalam ramai-ramai aku yang diberi tugas mengajar budak gempal tu?

Texting Iqbal.

‘ Datang library pukul 9 malam ni.’

Aku yakin Encik Zaid dah bagitau dia pasal aku.

Message itu tak di reply.

Aku jadi bengkek.

“ Kau kena mengajar Iqbal?” tanya Syira.

Aku angguk.

“ Dia tu pemalas tau masalah dia.” Aku membebel.

“ Mana kau tahu dia pemalas?”

Aku pandang Syira pelik.

“ Datang kelas lambat bukan main, alasan dia bagi, bangun lambat. Padanla kena marah dengan En Farhad hari tu sebab datang lewat.”

Syira diamkan je.

Dan tepat pukul 9 aku dah ada kat library.

Tak yakin pun dia akan datang.

Mujur aku memang selalu study kat situ.

9.05.

9.10.

9.15.

9.24.

“ Maaf. Aku tunggu kau kat tingkat atas tadi.”

Aku pandang dia.

Mengah dia macam baru sampai je.

“Hmm… Duduklah.”

Acuh tak acuh. Dia duduk di depan aku.

“ Thanks sebab sudi ajarkan aku.”

Aku diam. Senyum. Paksa senyum.

“ Ana. Aku bersyukur ada kau.”

“Ana!”

Siapa yang menjerit tu?

Owh. Farah.

“ Dah hangit ayam tu!”

Aku cepat-cepat alihkan ayam dari bara api. Farah menolong.

Dalam diam aku menjeling ke arah mereka yang berada di sekeliling unggun api.

Dia memandang ke sini.

Shoot!

“ Tukang barbeque tak habis-habis lagi ke? Datangla join kitorang dulu.”

Laungan Syazwan membuatkan aku tersentap.

Perlahan-lahan aku mengekori Farah dan menuju ke kelompok kecil itu.

Duduk sebelah Syira. Berhadapan dengan Iqbal.

Aku tengok dia.

But dia berbual rancak dengan mereka yang lain.

Kenapa aku tak perasan tadi?

Pakai sunglasses. Aku ingat artis dah tadi.

“ So, sekarang Puan Syira?”

Syira tergelak. “ Okay. Okay. Dah lama kan kita tak sembang-sembang. Ada yang tak jumpa dah lama kan? So apa kata korang cerita apa yang dah jadi kat korang dalam 10 tahun ni.”

“ Farah!”

“ Aku rasa macam ice breaking pulak!” Farah said nervously.

Farah cerita a bit about her life. She’s single.

At least I thought she is single.

Not until when Syazwan said he saw her holding hands with a boy.

“ Tu anak buah aku la.”

Kami semua mengangguk-angguk.

Syira genggam tangan aku.

Ada makna tu.

“ Ana.”

Aku pandang Syazwan.

“ Kau nak kahwin dah eh?”

Aku senyum. Teringatkan Daus.

Seraya menjeling Iqbal sekilas.

Dia pandang aku.

“ Insha ALLAH. Nanti aku hantar kad jemputan kat korang.”

Suasana jadi riuh dengan plan mahu ke rumah aku kenduri nanti. Dipenuhi gelak tawa.

Usik mengusik.

Sampai merah pipi aku.

Segan.

“ Ni. Jangan lupa pasal star kita, Iqbal. Apa cer ni weh? Dah makin handsome aku tengok?” Mas bertanya.

Iqbal senyum. “ Aku okay je.”

“ Kau kerja apa sekarang?”

“ Aku lecturer kat UniM.”

Suaranya menggetarkan hati aku. Macam dulu.

Dan semua orang bertanyakan soalan kepada Iqbal. Ternyata dia star malam ni.

Aku sekadar mendengar, yang membuatkan aku teringat sesuatu.

Maka aku keluarkan satu soalan.

“ How’s your wife?”

Serentak, semua terdiam.

Dia pandang aku dengan pandangan terkejut.

“ Weh, jom ar makan…”

“ Mesti dah ramai anak kan?” Aku bertanya lagi. Memotong cakap Syira.

Semua diam.

Dia pulak cuma pandang.

Dua minit kami begitu dan aku masih belum mendapat jawapan.

Syazwan berdehem.

“ Oi, makanan dah sejuk tu. Jom makan. Jom.”

Syazwan seraya bangun.

Yang lain-lain menyampuk, cuma percakapan masing-masing berterabur. Beramai-ramai menuju ke tempat barbeque.

Iqbal pun bangun, ditarik Syazwan ke tempat bakar.

Leaving me and Syira.

“ Diorang ni kenapa? Aku tanya buat dek je.” Aku membebel.

“ Shhh!” Syira memandang aku tajam. “ Kau tunggu sampai kita balik nanti boleh?”

“ Kenapa pulak?”

Syira menggeleng-geleng.

Iqbal malam itu memang pendiam. Yang lain-lain berbual lagi.

Aku pandang dia lama. Mahukan jawapan.

Syira menyigung aku sekali sekala. Mungkin perasan aku tengok Iqbal lama.

Aku cuma menuntut jawapan.

Dan sampai ke sudah dia tak bagi jawapan.

Nor the people who attended mention about this matter.

Iqbal siap pulang awal ke bilik.

“ Ana?”

Syira bersuara sebaik sahaja kami sampai di bilik malam tu.

“ Iqbal tu malam ni diam je aku tengok. Aku tanya pun tak jawab. Kenapa?”

Sebab aku ni ex dia?

Grow up please.

“ Ana.” Syira menggunakan nada persis seorang ibu yang bercakap dengan anaknya.

Aku pandang muka Syira. “ Aku serius tak puas hati kenapa dia tak jawab soalan aku sampai ke sudah. Bukan aku tanya soalan apa pun…”

“ Ana!” Syira tinggikan suara sedikit.” Bini dia dah meninggal.”

“ He even admitted into wad psikiatri before.”

Terduduk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 12:02 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:48 PM | Show all posts
yup sambung lagi

tgh best nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 07:51 PM | Show all posts
siannya iqbal....huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2012 09:09 PM | Show all posts
old flame ye, married, wife meninggal . ada psychitric case.

well interesting

he must be so much in loved with the late wife / lover.

hmm....well...

hahahaha

move on Ana...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 11:11 PM | Show all posts
kesian iqbal, jangan ana simpati pastu lama-lama cinta mekar kembali sudah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 01:46 PM | Show all posts
prasaan boleh jadi tak tenteram rasanya bila jumpa kekasih lama kan...huhuhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 08:09 PM | Show all posts
janganlah berubah hati, unfair to syazwan ...? syah ?

he was her past , sapa suruh tinggalkan ana, kan? so  who  cares

ana move on ...tak payah merajuk terasa pada yg tak kasih ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 11:04 PM | Show all posts
oh my....insane??
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2012 12:30 AM | Show all posts
mana sambungan ni ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 04:57 PM | Show all posts
Malam makin larut.

Jam kat handphone dah pukul 2 .30 pagi.

Terkebil-kebil lagi waktu macam ni.

Syira kat katil sebelah dah sampai Paris agaknya.

Aku memang ada masalah untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Dan jugak.

“ Bini dia meninggal sebab accident.”

Aku terdiam.

“ Wad psikiatri tu?” Aku tanya dalam sedar dan tidak.

Syira duduk dan mengeluh.

“ Aku tak sure sangat that part. Syazwan la pernah cerita dulu.”

“ Kenapa kau tak pernah cakap kat aku pun?” Aku macam sedikit marah bila tak diberitahu benda yang penting macam ni.

“ Aku rasa aku ada email kau. Kau kan kat UK time tu. Buat master.”

Aku diam.

“ Ada anak?”

Syira geleng. “ But masa accident tu katanya bini dia tengah preggy.”

Istighfar.

“ I shouldn’t have asked him…”

Rasa bersalah yang amat sangat.

“ Ana.”

Kembali ke zaman kolej dulu.

“ Tak tahulah nak buat macam mana yang ni. Ajarkan?”

Soalan senang macam ni pun tak tahu nak buat?

Merungut dalam diam.
Memandang sekilas wajah tembam dengan geram.

“ Yang ni kan dah ajar hari tu? Tak ingat ke?”

Dia tersengih. Lesung pipit di pipi kanan itu sekurang-kurangnya mengurangkan rasa marah.

Aku ajar dia lagi. Dia terangguk-angguk faham.

“ Awak.”

Dia pandang aku sekilas sambil menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Penuh dengan tulisan.

“ Belilah ring file ke apa untuk asingkan apa yang awak belajar tu. Serabut saya tengok.” Jari telunjuk aku ditunjukkan kepada kertas yang entah mana satu Matematik, yang mana satu Biologi.

Dia sengih lagi. “ Baik, mem.”

Aku mencebik. Bangun dan keluar dari library. Dia terhegeh-hegeh di belakang kemudian hilang ke kafe kecil di tepi library.

Aku pula masih di tempat meletak beg.

“ Ana.”

Baru sahaja nak melangkah pulang ke hostel dia memanggil. Berlari-lari mengejar aku.

Sampai di depan aku nampak semput.

“ Ambillah. Saya belanja.”

Aku pandang dia lama. Hesitate.

“ Ambil je. Saya ikhlas ni. Awak kan banyak tolong saya.”

Aku ambil dengan tangan kanan. Plastik berisi air minuman dan wedges mungkin.

“ Err. Thanks.”

Dia senyum lagi. Lebih lebar. “ Sama – sama.”

Aku senyum kecil sebelum berkalih dan melangkah.

“ Ana?”

Aku pusing lagi. Dia masih belum berganjak.

“ Saya untung ada Ana.”

Aku senyum. Dia sengih dan melambai.

Aku lambai semula.

Dan aku tersedar.

Bermimpi lagi. Mengeluh.

Aku capai jam di atas meja kecil di sebelah katil. Pukul 6.30 pagi. Syira sedang duduk di sejadah.

Aku berjalan ke bilik air. Terasa sejuk shower di pagi hari.

Bersiap ala kadar. Melihat jam lagi. It’s five minutes to seven.

Syira aku lihat rebah semula ke katil. Memejam mata.

Mungkin dia letih.

Aku berjalan menuju ke tingkap. Suasana sekeliling masih berwarna biru indigo. Matahari sedang naik.

Terasa mahu berjalan-jalan di pantai.

Aku terus keluar dari bilik. Syira sudah terlelap.

Tiba di pantai aku terasa nyaman. Dah lama aku tak ke pantai di waktu pagi.

Ada yang tengah berjogging. Ada sekumpulan orang kampung yang lain tengah bersenam pagi.

“ Awal turun.”

Aku lantas berkalih.

Kenapa setiap kali aku mendengar suaranya, aku rasakan yang nothing’s changed?

Jantungku berdegub cepat.

Senyum.

“ Awak pun awal jugak.”

“ Dah biasa bangun awal.” Dia tersenyum kecil. Tidak cukup untuk mempamerkan lesung pipit itu.

Dalam diam kami beriringan jalan di tepi pantai.

“ Maaf.”

Dia masih begitu. Tidak pantas member respon mahupun melenting.

Aku rasa dia tahu apa yang aku maksudkan.

“ Syira bagitau semalam. Maaf.” Sejujurnya aku memohon.

Dia melontar pandangan ke laut. “ Tak pe. Dah lama pun.”

Aku diam semula.

“ Banyak ke yang Syira cerita?”

Aku tidak berniat menyentuh cerita mengenai wad psikiatri.

“ Sikit je.”

“ Sikit je tu termasuk dalam cerita wad gila tak?”

Aku pandang dia lama. Dia tidak marah pun.

“ Wad gila is not the right term referring to your case. “ Aku membalas dengan jawapan berhati-hati.

“ Yela. Awak kan doktor.” Terasa ada nada perli di situ. “ Yang lain cuma tahu orang yang ke wad gila ni dia gila.”

“ Lama ke kat situ?”

Dia pandang aku. Senyum tawar. “ Saya tak cakap pun saya pernah masuk ke situ.”

Mukaku terasa panas. “ Jadi?”

“ Biasalah. Mulut orang.”

Aku terdiam. Iqbal di hadapan aku ini sangat berlainan dengan Iqbal yang aku kenali enam tahun dahulu.

“ What happened?” Aku memberanikan diri untuk bertanya.

Dia diam.

Mungkin tak bersedia untuk share cerita dengan aku. Tak apa.

“ Dengarnya nak kahwin?” Suaranya tenggelam timbul dengan deruan ombak. Ditambah pula yang dia bercakap dengan tidak memandangku.

“ Hmm.”

“ Tahniah.”

Tidak bertanya dengan siapa. Tidak bertanya bila kendurinya.

Mungkin betul dia sudah tidak mahu tahu tentang aku.

“ Awak banyak berubah.”

“ People change.” Jawapannya mudah. “ Terima atau tidak, itulah hakikatnya.”

Aku terdiam.

Nyata dia bukanlah Iqbal enam tahun dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 07:34 PM | Show all posts
Sambung lagi.......
gaya penulisan menarik .........
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:36 AM | Show all posts
cite best!

next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 10:11 AM | Show all posts
Finally.....lama menunggu....sambung lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 01:57 PM | Show all posts
Reply 1# girlwearsgucci


    kenapa tak smbung kat posting pertama ni? membazir posting je....
tak perlu nak test2.... just edit je posting dan sambung trus....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:20 PM | Show all posts
Bila nak sambung.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 02:12 PM | Show all posts
ana kena move on

xperlu nak mengingati sapa iqbal 6 tahun yg lalu
kesian kat syazwan yg sedang menunggu hr bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:11 AM | Show all posts
best best smbung lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076579 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list