|
Rahasia Colosseum, Rome - Italy dan gladiator
[Copy link]
|
|
Aku dengar yg rekaan colosseum ni tdk memerlukan mikrofon utk bercakap. ianya direka agar percakapan seseorang akan bergema di dlm colosseum. betui ka???? |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling famous ialah colosseum di rome, tapi kt tempat2 lain pun ada kalo tak silap...antaranya kt turkey n delphi.....kt delphi amphitheater dia bentuk lonjong kalo tak silap aku....khas utk race chariotss.....aku taktau amphitheater mana yg wujud dulu......mgkn binaan amphitheater ni dh ada sejak tamadun greek kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
malangnye hampir semua reinforced steel dlm batu binaan colosseum tu kene cilok masa WWII utk buat senjata n alatan perang.....tu pasal la colosseum tu nmpak cam berlubang-lubang.....tapi still berdiri kukuh lagik.......itulah kehebatan binaan zaman dulu yg mampu tahan berzaman lamanye......sama gak cam piramid giza.....tapi binaan zaman skrg yg teknologinye maju masih terdapat 'flaw' sana sini...... |
|
|
|
|
|
|
|
malangnye hampir semua reinforced steel dlm batu binaan colosseum tu kene cilok masa WWII utk buat s ...
Yustan Post at 16-1-2012 12:46
dan jugak batu batu tu dipungah dan di kitarr semula digunapakai dlm bnyak banguna gereja bandar rome, begituu laa kalu kiter baca ttg kehebatan tamadun greek hingga tamadun rom ,dimana ilmu2 sprti astronomi,ekonomi,kejuruteraan awam,senibina dan mekanik cth sprt mencipta aci engkol dan turbin air,menggunakan gear dlam pengisar dan jentera penaik air, serta merintiskanpenggunaan empangan sebagai sumber kwasa air untuk membekalkan kwasa tambahankepada kincir air dan jentera penaik air.
yg mnjadik inspirasi dan role model kpd dunia moden kiter skrg.ttapi akhir nya tamadun greek dan empayar rom musnah kerana Agustus menyombongkan diri aka bongkakberkata, "Ketika aku menemukan Roma, kota ini dibangun dari batu merah, tapi ketika aku meninggalkannya, kota ini telah terbungkus dengan batu marmer." yg akhir nya di musnah kan oleh bangsa puak-puak Jermanik (nama yang digunakan oleh urang-urang rom untukmerujuk kawasan yg bermula dari sungai rhine hingga ke Pgunungan Ural).
penah denga ungkapan "kota rom tidak dibina dalam sehari"ni bermakna, mencipta sebuag tamadun yg kompleks memerlukan masa berkurun untuk direalisasikan. Untuk menjadikan ianya sebuag bangsa dan budaya yang naek seiring dengan kotanya, masa yang diambil bukan sekelip mata. Ianya menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# marsupalamy
GAMBAR menunjukkan wajah seorang penduduk kampung di Liqian, Cai Junnian yang bermata hijau (kiri) dan patung ketua tentera Rom, Marcus Crassus.
LIQIAN, China - Pakar-pakar sejarah percaya penduduk kampung di Liqian, pedalaman utara China, berasal daripada keturunan tentera Empayar Rom pimpinan Jeneral Marcus Crassus pada tahun 53 Sebelum Tahun Masihi (SM) yang menetap di kawasan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk kampung itu menarik perhatian pakar-pakar sejarah kerana kebanyakannya mempunyai kulit putih selain bermata hijau serta berambut perang seperti orang Barat.
Kini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penduduk Liqian menunjukkan dua pertiga daripada mereka berasal daripada bangsa kulit putih.
Menurut teori pakar-pakar sejarah, penduduk kampung tersebut berasal daripada keturunan 145 askar Rom yang melarikan diri selepas ketua mereka, Jeneral Crassus terbunuh dalam perang menentang askar-askar negara Parthia di Parsi, kini Iran.
Jeneral Crassus atau nama sebenarnya Marcus Licinius Crassus merupakan pemimpin tentera Rom yang terkenal dan seangkatan dengan Julius Caesar dan Pompey yang pernah dianggap sebagai tiga orang paling berkuasa di dunia.
Kaitan kampung tersebut dengan Rom pertama kali dinyatakan oleh seorang pakar sejarah Cina di Universiti Oxford London pada tahun 1950-an, Homer Dubs.
Beliau percaya saki-baki tentera Rom itu mengembara ke timur selepas perang tersebut dan mereka kemudiannya ditangkap oleh tentera China. - Agensi
info lanjot:Roman descendants found in China? |
|
|
|
|
|
|
| |
|