CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

IBU! INTAN INGIN KE SEKOLAH (U)

[Copy link]
Post time 20-12-2011 12:52 PM | Show all posts
tq.. ada sambungan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2011 04:38 PM | Show all posts
baiklah sambungan lagik...cerita sebenarnya pendek aje. tp dah jadik terpanjang dalam draf dh ada banyak bab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 04:39 PM | Show all posts
8.        INTAN MAHU KESEKOLAH BOLEH?

Sudah dua hari Intan terlantar di hospital. Keadaannya semakin pulih. Intan benar- benar anak yang kuat dan tabah. Syirah serta kedua ibu bapanya baru sahaja pulang dari melawat Intan. Intan benar – benar gembira. Ibu Syirah membuat bubur nasi ayam khas buat Intan. Ayah Syirah pula membelikan anak patung beruang dan beberapa buah buku bergambar untuk Intan. Ketika ini Intan leka menatap buku yang berwarna – warni itu.

Ibu membelai rambut Intan dengan penuh kasih dan sayang. Intan terus tersengih – sengih melihat buku yang mempunyai pelbagai gambar itu. Teruja benar dia apabila dihadiahi buku itu. Berulang kali Intan ucapkan terima kasih kepada ayah Syirah.

Bengkak dimuka Intan sudah susut dan memperlihatkan kecomelan Intan. Lebam – lebam dibadannya juga sudah berkurangan. Luka jahitan juga sudah semakin kering. Cuma malam hari sahaja Intan kerap meracau – racau ketika tidur. Masih trauma barangkali.

Esok jika kesihatan Intan semakin bagus, dia akan dibenarkan pulang. Syukur kepada tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ayah Syirah dan Abang Lan sudah berjanji akan membiayai kos rawatan Intan. Ayah dan ibu serba salah. Mereka tiada pilihan untuk menerima sahaja kerana mereka juga ketiadaan wang. Mereka betul – betul bersyukur dikurniakan sahabat yang benar – benar baik dan ikhlas.

“Intan...” panggil ibu lembut.

Intan memandang ibu sambil tersenyum.

“Esok Intan nak keluar hospital. Intan suka tak?” tanya ibu.

Intan mengangguk gembira

“Suka la ibu. Intan rindu dekat bucuk” jawab Intan sambil merujuk kepada bantal busuknya itu.

Ibu tersenyum. Ayah pula hanya memandang kasih kepada anaknya itu.

“Nanti kalau dah keluar hospital Intan mahu makan apa. Intan cakap saja. Ibu akan buat.”

Intan meletakkan buku bergambar itu dipehanya.

“Intan tak mahulah ibu”

Ayah dan ibu kepelikan. Selalunya pantang sahaja ibu bertanya Intan mahu makan apa. Becok sahaja anak itu meminta. Selalunya Intan akan minta sotong goreng kunyit atau karipap buatan ibu. Bagi Intan kedua – dua makanan tersebut adalah yang paling sedap didunia.

“Abis tu Intan mahu apa?” tanya ibu.

Intan tersenyum sambil menggigit jari telunjuk.

“Intan nak pergi sekolah macam Syirah boleh tak ibu? Intan dah ada buku tapi Intan tak tahu baca. Kalau Intan pergi kesekolah mesti Intan tahu baca. Boleh tak ibu?”

Ibu terdiam. Dia melihat ayah. Ayah juga terkaku. Permintaan kanak – kanak itu tidaklah susah. Tiada peliknya kalau kanak – kanak meminta untuk kesekolah. Ibu bapa juga gembira jika anak – anak mereka mahu kesekolah. Yang menjadi halangan adalah kewangan mereka yang tidak menentu.

Ayah mengusap perlahan rambut Intan

“Boleh sayang. Tapi Intan kena janji jaga kesihatan betul – betul. Nanti bila Intan dah sihat ayah akan cuba sekolahkan Intan”

Ayah tersenyum pahit. Ayah hanya mampu berjanji. Tetapi untuk mengotakan janji ayah tidak akan tahu mampu atau tidak.

“Betul ke ayah?” Tanya Intan gembira.

Ayah mengangguk perlahan. Ibu hanya diam. Dia juga mahu melihat anaknya itu bersekolah. Tetapi mereka bimbang tidak mampu menyediakan belanja untuk persekolahan Intan.

Intan terus tersenyum girang. Seronok apabila ayah berjanji akan menyekolahkannya seperti Syirah. Intan berazam untuk belajar bersungguh – sungguh.

Manakala hati ayah terus sahaja walang. Dia sudah tidak mampu berjanji lagi. Didalam hati dia bertekad untuk membolehkan Intan kesekolah. Itu azamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:36 AM | Show all posts
sambung lagi kewwwwwww.... grrrrrrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 24# want2bhappy

ok sambungan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by kikuri at 22-12-2011 10:19

9.        MAMAT SI KAWAN BARU..!!

Sebulan berlalu sejak Intan dipukul Syukri. Kesihatan Intan semakin membaik. Sekali sekala anak itu akan mengigau dalam tidurnya meminta supaya Syukri mengasihaninya. Ibu hanya mampu menangis sahaja melihat keadaan itu.

Syukri pula sampai sekarang tiada berita. Biarlah. Anak itu telah menambah luka dihati ayah. Hanya ibu yang berdoa siang dan malam supaya anaknya itu kembali ke pangkuan keluarga. Hati ibu selalunya begitulah. Sejahat mana anaknya tetaplah anaknya. Cuma perasaan itu tidak diluahkan kepada suaminya. Bimbang akan dimarahi.

Diwaktu ini ibu sedang membuat karipap tempahan Ibu Syirah. Esok ada jamuan di pejabatnya. Intan seperti biasa akan bergolek – golek diruang tamu sambil bersembang dengan patung beruang pemberian ayah Syirah. Kadang – kadang Intan akan mengajar patung beruang itu ABC atau 123. Intan akan bermain dengan patung itu hingga tertidur.

Ayah pula tiada pada waktu ini. Ibu tahu ayah berusaha keras untuk mencari wang lebih supaya dapat menyekolahkan Intan. Ibu semakin risau melihat keadaan lelaki itu yang semakin merosot kesihatannya. Kaki ayah yang terhencut – hencut membataskan pergerakannya. Kaki ayah menjadi begitu sejak ayah kemalangan motor. Akibat rawatan yang lambat menyebabkan ayah tidak dapat berjalan dengan betul.

Ibu juga sekarang tekun membuat karipap dan juga kuih koleh kacang. Ketika dulu ibu rajin menghantar ke gerai Mak Limah untuk dijual. Tetapi hasad dengki perempuan bernama Hasanah menyebabkan dia tidak menghantar kuih lagi. Tapi kali ini dia tidak peduli. Biarlah Hasanah marah bila dia membuat kuih. Dahulu Hasanah sanggup menyerangnya kerana karipapnya tidak laku dijual akibat keripap ibu yang lebih mendapat sambutan.

Siap menuduh ibu menggunakan ilmu yang tidak baik. Ibu membuat karipap dengan ikhlas. Kerana tidak mahu memanjangkan cerita ibu tidak lagi menghantar kuihnya. Hanya mengambil tempahan sekali sekala. Namun kali ini ibu tidak mahu beralah lagi. Kuih karipap dan koleh kacang dihantar setiap petang disebuah gerai mee calong berhampiran rumahnya. Dan seperti dijangkakan kuih ibu memang mendapat sambutan.

Diluar kedengaran seseorang memberi salam. Salam dijawab dengan suara halus Intan. Tersengih lebar Intan apabila melihat Syirah datang bersama ibunya. Becok mulutnya menjemput mereka naik.

“Ibu mana?” tanya Ayu, ibu Syirah. Sesuai dengan namanya ibu Syirah memang seorang wanita yang cantik dan bergaya.

“Kat dapur”
Ayu terus sahaja menuju kedapur mendapatkan ibu Intan.

Sementara Intan dan Syirah duduk bersantai di ruang tamu sambil bersama – sama. Sudah lama Intan tidak berjumpa Syirah. Ibu tidak bernarkan Intan keluar. Takut akan terserempak dengan Syukri. Hanya sekali sekala dapat berjumpa Syirah jika Syirah kerumahnya atau bila ibu mahu ke rumah Syirah untuk menghantar kuih.

“Rindunya Intan dekat Syirah. Dah lama kita tak ke pantai” adu Intan. Dia sudah rindu mahu menyedut bau garam laut. Rindu akan bunyi bot – bot yang pulang dari laut.

“Haah Syirah pun sama. Boring la Syirah duduk rumah aje. Kakak tak mahu bermain dengan Syirah.” Syirah memuncingkan bibirnya. Geram kerana kakaknya itu tidak mahu bermain denganya.

“Kenapa?” tanya Intan

“Dia cakap tak seronok main dengan budak – budak” adu Syirah lagi. Kakaknya yang berusia sepuluh tahun hanya sibuk dengan kawan – kawannya sahaja. Jika Syirah mahu mengikut kakaknya akan menjegilkan matanya menandakan tidak suka.

Intan hanya mengangguk.

“Intan pun sama. Asik main dengan Mamat saja”

Syirah memandang Intan dengan mata yang bulat. Sudah ada kawan barukah Intan. Sebab itu Intan jarang keluar sekarang. Hampir saja Syirah menangis. Dia suka berkawan dengan Intan.

“Intan tak mahu kawan dengan Syirah dah ke?” tanya Syirah

“Nak la.Syirah kan kawan baik Intan” jawab Intan

“Tapi tadi Intan cakap asik main dengan Mamat je. Patutlah Intan lama tak datang dekat pantai” Syirah mula ingin menangis.

Intan ketawa tiba – tiba. Syirah mencebik kerana terasa dipermainkan.

“Apalah Syirah ni. Mamat ni patung beruang yang ayah Syirah belikan ni. Nama dia Mamat. Dia aje kawan dengan Intan lepas ibu tak kasi Intan keluar” terang Intan menyebabkan Syirah juga ketawa.

“Syirah ingatkan Intan dah ada kawan baru. Terkejut Syirah” kedua – dua kanak – kanak itu tertawa riang. Tiba – tiba tawa Intan mati.

“Eh Syirah mana pergi gigi Syirah” tegur Intan apabila melihat sebatang gigi depan Syirah sudah hilang. Syirah menutup mulutnya.

“Hehehehe....semalam gigi Syirah tercabut dekat tadika masa main. Habis berdarah. Lepas tu Syirah nangis.” Syirah ketawa gelihati. Intan juga turut ketawa.

“Alah Intan ni ejek Syirah pulak. Intan pun sama takde gigi”

Intan terdiam. Syirah sudah serba – salah risau kalau Intan marah. Tiba – tiba Intan ketawa dan kali ini lagi kuat.

“Hahaha...kita sama – sama takde gigi”

Mereka ketawa keriangan.

Didapur kedua – dua ibu bapa kanak – kanak itu hanya menggelengkan kepala mereka mendengar tawa riang anak – anak mereka.

Tangan ibu lincah mengetip kulit karipap yang sudah dibubuh inti. Sedikit lagi mahu siap. Nanti bolehlah Ayu membawa pulang karipap itu. Esok pagi akan digoreng untuk dibawa ke jamuan pejabatnya.

“Macam mana keadaan Intan, Miah?” tanya Ayu.

Ibu tersenyum lembut. “Dah sihat nampaknya. Makan pun semakin banyak sekarang ni”

“Aku dengar Syirah cerita yang Abang Din nak sekolahkan si Intan tu. Betul ke?”

Intan mengeluh kecil. Tangannya masih ligat mengetip karipap.

“Entahlah Ayu. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Kau tengoklah keluarga aku macam mana. Belanja sekarang semakin mahal. Rumah aku ni bila – bila masa akan roboh kalau tak dibaiki. Abang Din pun sejak – sejak akhir ni asik tak sihat saja.” Terang ibu panjang lebar.

“Kau tak mohon bantuan ke?”

Ibu menggeleng. “Ada pernah dulu Abang Din mohon bantuan masa arwah mak dia masih hidup. Banyak kali dah kami mohon tapi tak dapat. Abang Din pun malas dah nak ambil tahu.” Jawab ibu. Tidak layakkah mereka mendapat bantuan. Sudah penah turun naik tangga ke jabatan kebajikan tapi hingga kini masih belum menerima bantuan.

“Kalau kau sekolahkan si Intan tu dekat tadika anak aku memang la mahal. Swasta punya. Cubalah hantar ke tadika Kemas. Murah aje yurannya. Kalau dah masuk sekolah rendah nanti pun yuran tak payah bayar. Ada buku bantuan. Kalau payah sangat aku pun boleh bantu”

“Jangan Ayu. Aku dah banyak makan budi keluarga kau. Aku dah malu ni” tolak ibu lembut.

Ayu mengeluh kecil

“Apa nak dimalukan. Aku tak rasa apa – apa pun. Lagipun Intan tu dah macam anak aku juga. Kau fikir – fikirlah. Ini masa depan Intan. Dia anak yang cerdik. Sayang kalau disia-siakan” pujuk Ayu lagi.

Ibu hanya mampu tersenyum pahit. Tebal rasanya menerima bantuan yang tidak sudah – sudah dari keluarga Syirah. Tetapi kata – kata Ayu sedikit sebanyak termakan juga oleh ibu. Ya Intan anak yang cerdik. Semangatnya tinggi. Sayang kalau disia-siakan. Intan perlu ke sekolah.

bersambungan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2011 10:46 AM | Show all posts
we want more.. we want more !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2011 02:04 PM | Show all posts
10.        HATI SEORANG AYAH

Sudah hampir maghrib ayah baru pulang. Kelihatan wajah lelah ayah. Ayah duduk sebentar mengambil angin di atas anak tangga. Topi buruknya itu dikibas – kibaskan ke tubuh untuk mendapatkan sedikit angin. Intan gembira melihat ayah sudah pulang. Dengan memeluk Mamat, Intan merapati ayahnya. Jari halusnya memicit bahu ayahnya.

Ayah tersenyum senang. Hilang segala lelah apabila melihat wajah comel Intan.

“Intan dah mandi?”

Intan mengangguk.

“Dah mandi dengan mak tadik.”

“Mak mana?” tanya ayah sambil matanya meliar ke dalam rumah.

“Ada, kat dapur tengah goreng ikan. Tadi Abang Lan datang bagi ikan”

Ayah mengeluh halus. Sudah banyak budi yang dicurahkan Abang Lan kepada keluarga mereka. Tak tahu macam mana ayah mahu membalasnya.

“Kenapa ayah balik lambat?” tanya Intan sambil jarinya laju memicit bahu ayah.

“Ayah kerja la sayang. Ayah nak cari duit banyak” jawab ayah.

“Sian ayah. Mesti ayah penat. Tadi pon ayah tak balik makan.”

“Ayah tak kisah Intan. Ayah kan lelaki. Ayah kenalah cari rezeki untuk anak ayah ni” jawab ayah sambil mencuit hidung Intan.

Intan tertawa senang. Hari semakin gelap.

“Jom Intan kita masuk. Tak baik duduk luar waktu maghrib ni. Ayah nak mandi nanti kita solat sama”

Intan mengangguk. Mereka dua beranak beringingan masuk kedalam rumah.

Selesai solat isyak ayah hanya berbaring – baring sahaja. Hari ini badannya betul – betul kepenatan. Ayah membantu Munir yang sedang membuat rumah pelanggannya. Hari ini kerjanya mengangkut bata dan juga membancuh simen. Mengah juga dirasakan tubuhnya yang kurus itu.

Ibu pula sedang melipat kain manakala Intan hanya membebel kepada Mamat yang semestinya tiada perasaan apa – apa itu. Sesekali ibu menjeling ayah. Serba salah. Ada perkara yang hendak dibincangkan.

“Abang..” panggil ibu lembut.

Ayah menoleh kearah ibu. Ibu menelan air liurnya.

“Dah lebih sebulan rasanya Syukri tak balik bang” takut – takut ibu menuturkannya.

“Jadi?” tanya ayah malas. Masih marah rasanya ayah pada Syukri. Entah kemana Syukri menghilang. Pihak polis juga masih belum memaklumkan apa –apa.

“Saya risaulah bang. Takut jadi apa – apa.” Ibu meluahkan kebimbangannya.

“Syukri. Apa yang boleh jadi dekat dia. Awak tak dengar apa Intan cakap Syukri pukul dia sebab nampak dia sedut tepung. Awak tahu tepung apa tu? Dadah tu” ayah membebel geram. Tidak tahu dia mahu berbuat apa pada anak lelakinya itu.

Intan hanya menjeling sekilas apabila namanya disebut ayah.

“Salah kita bang. Kita tak didik dia dengan baik”

Ayah bingkas bangun. Melepaskan keluhan yang berat.

“Entah la Miah. Abang tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin kekurangan abang sebabkan Syukri jadi macam tu. Abang yang gagal jadi ayah yang baik. Abang yang gagal bagi kesenangan pada keluarga abang ni.” Keluh ayah

Ibu menelan air liurnya.

“Bukan macam tu bang maksud saya”

“Habis macam mana lagi?” tanya ayah.

Ibu hanya menunduk. Intan hanya memerhati kedua ayah dan ibunya yang sedang berbincang itu. Tangannya masih lagi menggentel si Mamat.

“Saya pun bertanggungjawab jugak bang. Saya pun bukan ibu yang baik. Sepatutnya sebagai ibu saya yang harus mendidik anak tu bang.”

“apa lagi yang nak dididik budak macam tu. Dari kecik kita ajar dia solat, ajar hormat orang tua, beri didikan agama. Bagi kasih sayang. Dia aje tak tahu nak menghargai” bebel ayah lagi.

Ibu terdiam. Ya..sejak kecil Syukri telah diberi didikan agama. Walaupun miskin ayah mempunyai pegangan agama yang agak baik. Sejak kecil Syukri sudah diajar solat, mengaji bahkan ketika Syukri menginjak usia sembilan tahun dia sudah mula membaca al-quran.

Anak itu mula memberontak ketika suaminya tidak mampu lagi untuk memberi kesenangan ketika menjadi nelayan dahulu. Wang banyak dihabiskan untuk rawatan suami dan ibu mertuanya. Dalam masa yang sama Intan masih lagi kecil menyebabkan Syukri terabai.

Anak itu mula berkawan dengan anak – anak mula yang lebih dewasa yang perangainya nauzubillah, tersangatlah nakalnya. Sejak dari itu segala perbuatan Syukri tidak boleh ditegur. Syukri akan memberontak.

“Dah lah cakap pasal Syukri. Abang harap sangat polis dapat tangkap dia. Sumbat aja dalam penjara atau pusat serenti. Kalau itu yang terbaik buat dia” ujar ayah perlahan. Walaupun masih marah sebenarnya hatinya turut tertanya – tanya kemanakah Syukri menghilang.

Ibu hanya mengetapkan bibirnya. Manakala Intan kelihatan tidak berminat untuk mengetahui perbualan ayahnya. Baginya nama Syukri itu sudah mati dalam hidupnya. Setiap kali nama Syukri disebut hatinya bagaikan disayat – sayat. Sampai hati Syukri pukul Intan yang masih kecil dan lemah.

Ayah baring kembali. Ingatannya terus menjurus kearah anaknya Syukri. Betapa gagalnya dia sebagai seorang ayah. Apabila ibu melihat ayah yang tidak berminat untuk berbincang lagi terus menyambung kerja melipat bajunya tadi.

Manakala Intan dengan manja terus berbaring disebelah ayah. Ayah tersenyum senang.


bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 02:43 PM | Show all posts
tabah betul keluarga INTAN nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 10:30 AM | Show all posts
11.        BERUSAHALAH AYAH

Hari ini ayah dipelawa Munir untuk membantunya mengecat rumah orang. Ayah menerima tanpa banyak bicara. Rezeki tak patutnya ditolak. Duit itu separuh akan disimpan untuk persekolahan Intan. Selebihnya digunakan untuk belanja dapur. Upah kali ini agak tinggi kerana mengecat rumah seorang yang berada.

Ayah menumpang kereta Munir menuju ke tempat kerja. Intan yang baru bangun dari tidur melambai – lambai kearah ayah sambil memeluk Mamat. Ibu sudah berada ditanah menjemur baju.

“Makin sihat aku tengok si Intan tu” Munir memulakan bicara

“Alhamdulillah. Keadaan dia pon dah elok. Kadang – kadang tu mengigau jugak”

Munir memandang sekilas kearah ayah.

“Syukri pulak apa cerita. Tak jumpa – jumpa lagi?”

Ayah merenung keluar tingkap.

“Entahlah. Dah sebulan lebih takde khabar berita. Polis pon tak bagitau aku apa – apa. Entah kemanalah anak tu” jawab ayah malas.

Sakit hatinya bila nama Syukri disebut tetapi dalam masa yang sama dia juga berharap agar Syukri dapat ditemui dengan selamat.

“Sama – samalah kita berdoa supaya Syukri selamat. “

Hanya anggukan lemah ayah saja mengiakan kata – kata Munir itu.

Sampai sahaja ditempat kerja tanpa banyak bicara ayah dan Munir memulakan kerja. Kerja mengecat tidak membataskan pergerakan ayah. Rumah yang dicat agak besar. Memang rumah orang kaya. Bisik hati ayah.

Munir tidak mengambil ramai pembantu untuk kerja mengecat. Hanya ayah dan seorang pekerja Indonesia yang biasa mengikut Munir membuat rumah. Ayah bekerja bersungguh – sungguh supaya cepat siap. Petangnya dia sudah berjanji dengan Abang Lan untuk membantu di pasar ikan menjual ikan. Pembantu Abang Lan cuti sakit sebab itu dia meminta ayah membantu dikedainya.

Hari ini ayah pulang awal. Pukul tiga sudah terpacak dirumah. Kerja – kerja mengecat akan disambung esok. Tadi sudah siap mengecat ruang tamu dan dapur. Esok akan disambung di bahagian bilik bawah dan juga ditingkat atas.
Selepas asar pula ayah akan ke pasar ikan untuk menunggu ikan yang akan dijual oleh Abang Lan. Kehidupan Abang Lan juga agak senang. Selain adanya bot untuk menangkap ikan, Abang Lan turut menjadi peraih ikan dan menjualnya dipasar. Selain itu kelurganya juga mempunyai kilang ikan masinnya sendiri yang diusahakan secara kecil – kecilan.

Ayah terbatuk – batuk kasar. Nafasnya agak lelah kerana bekerja dengan keras sejak akhir – akhir ini. Sesekali dirasakan nafasnya sesak. Perlahan – lahan dadanya yang kurus itu diurut – urut bagi melegakan kesakitan.

Dari jauh kelihatan Abang Lan sudah tersengih lebar. Duda yang kematian isteri akibat langgar lari itu menuju tenang ke arah ayah. Pernah juga ayah menyuruhnya berkahwin lain. Tetapi Abang Lan hanya tertawa sambil berkata dia mahu enjoy dahulu.

Ayah tahu Abang Lan masih belum dapat melupakan Lela arwah isterinya yang baru dua tahun dikahwini tetapi bahagianya tidak lama. Isterinya dilanggar lari ketika hendak pergi ke klinik untuk pemeriksaan biasa ibu – ibu mengandung. Waktu itu isterinya mengandung anak sulung empat bulan. Ayah tidak akan pernah lupa bagaimana Abang Lan seperti kehilangan pedoman. Ambil masa juga untuk pulih seperti sekarang. Dengan doa dan sokongan ahli keluarga akhirnya Abang Lan dapat juga meneruskan hidup seperti selalu walaupun keceriaan sudah hilang.

“Maaflah Abang Din saya dah nyusahkan Abang Din” tegur Abang Din sebaik sahaja sampai di gerai ikannya.

Ayah tersenyum “Apa yang susahnya. Tolong meniaga ikan aje”

“Si Karim tu dah dua hari demamnya. Hari ni terpaksa saya mintak tolong Abang Din. Kalau seorang letih juga saya.”

Ayah mengangguk.

Beberapa orang dilihat menyorong peti ikan menuju ke kedai Abang Lan. Sibuk ayah membantu mereka memunggah ikan untuk dijual itu. Ikan – ikan itu disusun mengikut jenisnya. Tiada masalah bagi ayah kerana dulu dia juga seorang nelayan yang hebat. Tengok ekor sahaja ayah sudah tahu ikan apa.

Petang – petang seperti ini memang ramai pelanggan yang datang. Ada yang dari jauh datang semata – mata untuk mendapatkan ikan yang segar. Ada juga yang singgah selepas pulang kerja untuk membeli ikan. Pasar ikan mulai riuh dengan bunyi peniaga menarik perhatian pelanggan.

Hampir masuk senja jualan ikan mulai perlahan. Banyak juga ikan yang laku hari ini. Ikan – ikan yang tidak habis dijual biasanya akan dijual pada pagi esok atau dibawa pulang untuk dijadikan ikan masin sahaja.
Abang Lan memasukkan beberapa ekor ikan kembung dan kerisi kedalam plastik. Ikan itu diberikan kepada ayah.

“Ambik bang upah hari ni”

Ayah memandang plastik tersebut.

“Banyak ni Lan. Rumah aku mana ada peti ais nak simpan ikan ni.”

Ayah teragak – agak untuk ambil.

Abang Lan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lupa pula dia rumah ayah tiada peti sejuk. Abang Lan kemudian mengambil peti gabus ikan yang ada ais dan memasukkan ikan tersebut.

“Letak dalam ni takde masalahnya rasanya kalau nak simpan ikan sampai esok.”

Ayah teragak – agak lagi. Baik benar budi si Lan ni.

“Ambik la bang. Ikan ni kalau jual esok pon kurang lakunya. Bukan ikan baru.”

Ayah mengangguk.

“Kita kemas sikit je bang. Lepas tu saya hantar abang balik. Oh ya ni ada sikit belanja”

Abang Lan mengeluarkan not RM50 dan diunjukkan kepada ayah. Lagilah ayah teragak – agak.

“Tak payah la Lan. Ikan ni pon dah cukup dah” tolak ayah lembut.

Abang Lan terus menghulurkan duit itu.

“Buat belanja dapur bang. Ambik la saya ikhlas. Abang banyak tolong saya hari ni”

Abang Lan terus mendesak.

“Engkau lagi banyak tolong aku Lan. Tak terbalas budi kau. Segan dah abang ni” ayah masih menolak sambil menjirus air ke tempat menyusun ikan tadi.

Abang Lan memasukkan duit itu kecok baju kemeja lusuh ayah. Terhenti ayah dari kerjanya.

“Abang ambik je bang. Kecik ati saya nanti” ugut Abang Lan.

Ayah mengeluh. Dia benar – benar malu dan segan kerana sudah banyak budi ditaburkan oleh Abang Lan dan keluarganya.

“Buat belanja dapur bang.” Ujar Abang Lan lagi.

“Yelah. Terima kasih banyak – banyak. Semoga Allah memberkati kamu”

“Aminnnnnnn” panjang Abang Lan mengaminkan doa ayah.

Petang itu ayah pulang dengan membeli sedikit barang dapur dengan duit pemberian Abang Lan. Bekalan beras ditambah, kicap, garam, gula, minyak masak sedikit sayuran dan tidak lupa sebungkus coklat buat Intan.

Ayah berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi demi persekolahan Intan. Dia mahu anaknya itu belajar dan menjadi bijak. Dia tidak mahu Intan terus mewarisi kesusahannya. Intan ayah akan berusaha. Intan doakan ayah ya.


bersambung selepas cuti krismas
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:32 AM | Show all posts
dalam kehidupan sebenar .. tak mustahil... ramai lagi 'syukri' di luar sana... huhuhuhuhhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 04:53 PM | Show all posts
sambungan setelah cutik panjang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 04:53 PM | Show all posts
12.        MAAFKAN SYUKRI AYAH

Tengah hari itu Intan hanya melepak – lepak dirumah bersama ayah. Ayah duduk dipangkin hadapan rumah sambil membaiki pukat yang dihantar Abang Lan. Abang Lan juga turut serta dipangkin sambil melayan kerenah Intan yang bermulut becok. Ibu seperti biasa sedang menggetel karipap kerana ada tempahan yang akan dimabil petang nanti.

Tidak banyak topik yang dibualkan kerana Intan lebih sibuk bersembang dengan Abang Lan. Suka benar dia bila Abang Lan membawa gula – gula kepadanya.

“Sedapnya” Intan tersengih menampakkan gigi rongaknya ketika memasukkan gula – gula perasa strawberi itu.

“Tak boleh makan banyak sangat. Tengok gigi tu dah lompong” tegur Abang Lan.

Intan hanya mengangguk tetapi senyuman masih melebar di bibirnya.

Buku bergambar warna – warni itu dibelek – belek Intan. Sudah beberapa perkataan dapat dieja oleh Intan. Ini semuanya atas pertolongan Syirah. Syirah juga merupakan seorang yang cergas dan pintar. Dengan ajaran Syiran, Intan sudah dapat mengenal ABC dan beberapa ejaan mudah. Intan juga sudah pandai menulis dan mengeja namanya sendiri, nama ibu dan ayah.

Sesekali kedengaran Abang Lan membantu Intan untuk mengeja perkataan yang Intan tidak faham. Terangguk – angguk kepala Intan ketika diajar oleh Abang Lan. Ayah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

Sedang mereka leka, kelihatan sebuah kereta polis menuju kearah rumah Intan. Dada ayah mula berdebar – debar. Abang Lan memandang muka ayah yang penuh dengan tanda tanya. Manakala Intan berasa teruja kerana dapat melihat kereta polis dari dekat.

Seorang pegawai yang lengkap berseragam polis keluar dari perut kereta dan tersenyum sedikit kepada ayah.

“Ini rumah encik Nordin Jusoh” tanya pegawai polis yang kelihatan segak itu. Ayah membaca nama pegawai itu di tanda namanya. Hanafi.

“Ya. Saya Nordin Jusoh. Ada apa ya encik?” tanya ayah sedikit cemas. Kelihatan dari rumah ibu sedang berdiri dipintu dengan muka yang kebingungan.

“saya Ins.Hanafi dari pejabat narkotik cawangan Pahang” pegawai itu memperkenalkan diri sambil bersalam dengan ayah dan Abang Lan.

“Encik ada anak lelaki yang bernama Syukri?” tanya pegawai tersebut.

“Ya...itu...anak saya” tegagap-gagap ayah menjawab.

“Macam ni ya encik. Anak encik berada dalam tahanan kami. Dia ditahan semasa kami mengadakan serbuan penagih dadah. Anak tuan ditahan bersama – sama beberapa orang rakan yang ketika itu sedang berkhayal akibat dadah jenis syabu. Menurut rekod ada laporan keganasan jenayah yang dilakukan Syukri yang dilaporkan oleh Encik Nordin. Ya begitu?” panjang lebar Insp.Hanafi menjelaskan kepada ayah.

Ayah mengangguk “Ya.” Ayah menjawab pendek.

“Jadi saya minta Encik Nordin ke ibu pejabat narkotik Kuantan untuk tujuan pengecaman.”

Ayah mengeluh. Sayu matanya melihat ibu yang masih tertanya – tanya di muka pintu. Abang Lan memegang bahu ayah.

“Kita pergi sama – sama bang. Saya hantarkan”

Ayah hanya mengangguk lemah.

“Saya minta diri dulu. Kalau boleh encik segera ke balai. Anak encik akan dibicarakan dibawah Akta Penagihan Dadah.”

Selepas Insp Hanafi hilang dipandangan mata, ayah terduduk lemah dipangkin. Matanya berkaca. Ibu berlari menuju kearah ayah manakala Intan hanya terpinga – pinga tidak mengerti.

“Kenapa abang, kenapa Lan, apa polis tu nak?” tanya ibu tidak sabar.

“Syukri kak. Dia ada ditahanan polis. Menagih dadah” terang Abang Lan apabila melihat ayah hanya termenung sahaja tanpa menjawab pertanyaan ibu.

“Ya Allah anak aku..” air mata ibu merembes keluar.

“Dah tu macam mana sekarang ni Lan” tanya Ibu dalam sedunya.

“Saya dengan Abang nak ke balai ni. Akak nak ikut?” tanya Abang Lan.

Ibu merenung ayah. Mengharapkan dia mengikut sama. Ayah tiba – tiba bangun dari pangkin dan terus menuju ke rumah. Dipertengahan jalan ayah berhenti.

“Awak jaga Intan. Biar saya kesana”

Makin melebat air mata ibu. Rindunya pada Syukri tidak tertahan. Walau anak itu nakal tidak terampun tetapi kasih sayangnya tidak akan pudar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 04:54 PM | Show all posts
Di ibu pejabat narkotik ayah sabar menunggu namanya dipanggil untuk melihat anaknya Syukri.
Ketika namanya dipanggil ayah merasakan dadanya bagaikan mahu pecah. Entahkan sedih atau marah. Perasaan itu bercampur baur. Abang Lan hanya menepuk bahu ayah. Lemah ayah melangkah mengekori pegawai polis tersebut.

Ayah dibawa ke sebuah bilik kecil yang berjeriji yang hanya mempunyai meja kecil dua biji kerusi dan lampu yang malap. Ayah menunggu dengan sabar. Seketika pintu jeriji dibuka dan kelihatan Syukri dibawa masuk dengan kedua tangan digari. Ayah memejamkan matanya.

Syukri kelihatan tidak terurus. Mukanya cengkung. Mujurlah anak itu tidak mempunyai misai atau janggut. Jika tidak mungkin akan lebih serabut. Syukri menelan air liur ketika melihat ayah. Dadanya sebak.

Sebaik pintu ditutup Syukri terus meluru kearah ayah.

“Ayah maafkan Syukri ayah. Syukri menyesal ayah. Syukri menyesal. Tolong bawak Syukri balik ayah.” Syukri menggongoi seperti budak kecik.

Ayah hanya berdiri tegak. Pegawai polis yang berjaga diluar hanya mampu memandang.

“Ayah tolonglah Syukri ayah. Syukri nak jumpa ibu. Nak mintak ampun dekat ibu, ayah. Syukri nak jumpa Intan ayah. Syukri tak sengaja ayah pukul Intan hari tu” Syukri terus merayu.

“Ayah ampunkan Syukri ayah. Syukri dah banyak buat silap ayah. Tolong ayah. Tolong Syukri keluar dari sini ayah. Ampunkan Syukri ayah.....ibu...Intan” rayu Syukri lagi apabila melihat ayahnya hanya kaku sahaja.

“Dah la tu” ayah bersuara perlahan.

“Kalau Syukri dah menyesal Syukri patut jalani pemulihan. Ini semua untuk kebaikan Syukri”

Syukri terus memeluk kaki ayah. Air matanya meleleh keluar. Dia betul – betul menyesal. Segala perbuatannya bagaikan terlayar di depan mata. Semua kesilapan dan kesalahan bagaikan mengejek Syukri.

Ayah membantu Syukri berdiri. Lama wajah Syukri itu ditenung. Dia tidak boleh menyalahkan Syukri sepenuhnya. Ayah juga harus bertanggungjawab kerana gagal membentuk Syukri ke arah kebaikan. Perlahan wajah anaknya itu diusap.
“Syukri. Ayah buat macam ni bukan tak sayangkan Syukri. Ayah sayangkan Syukri. Ini adalah yang terbaik untuk Syukri. Ayah nak Syukri bebas dari dadah. Ada orang yang akan bantu. Ayah orang biasa tak tahu cara nak ubatkan Syukri. Ayah takot ayah tak mampu.

Syukri dengar cakap ayah. Syukri masuk pusat pemulihan. Pulihkan diri Syukri, bebaskan diri Syukri dari dadah. Ayah hanya merayu itu saja dari Syukri. Lepas semuanya pulih kita sekeluarga akan bersama lagi” pujuk Ayah.

Lama Syukri menangis. Kata – kata ayahnya itu benar. Dia perlu pulihkan dirinya perlu bebaskan dirinya dari najis dadah. Dia benar – benar insaf. Syukri mesti buktikan yang dia sudah insaf.

“Syukri faham ayah. Maafkan Syukri ayah. Tapi Syukri mohon ayah, Syukri nak jumpa ibu, nak jumpa Intan. Syukri nak mintak maaf.”

Ayah mengusap kepala Syukri. Sejahat – jahat anaknya itu, rasa kasih dan sayang tetap ada walau marah macam mana sekalipun.

“Nanti ayah bawak ibu dan Intan jumpa Syukri. Ayah harap lepas ni Syukri tak ulang lagi kesalahan ni. Ayah dah tua Syukri. Mungkin hidup tak lama. Syukri la harapan ayah untuk jaga keluarga kita.”

Menitis lagi air mata Syukri mendengar kata – kata ayah. Tangan ayah dicapai dan dicium lama. Sudah lama tangan yang berkedut itu tidak disalaminya dan dikucupinya. Dan Syukri berharap perkara itu dapat dilakukan kepada ibu.

Ayah maafkan Syukri ayah. Syukri menyesal. Ya Allah, ampunkan dosa – dosa aku. Aku lalai selama ini. Aku hanya mengikut kata hati aku. Ampunkan aku Ya Allah. Doa Syukri didalam hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2011 04:54 PM | Show all posts
bersambung lagik
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:36 AM | Show all posts
cisssss.... :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 08:50 AM | Show all posts
anakkan sejahat mana pun...still emak bapak doa yg terbaik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 02:53 PM | Show all posts
sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 02:54 PM | Show all posts
13.        AYAH, INTAN SAYANGKAN AYAH

Sudah sebulan Syukri ditempatkan di pusat serenti bagi menjalankan program pemulihan dadah. Pada hari perbicaraan Syukri dapat berjumpa ibu dan memohon ampun. Hanya Intan saja yang masih takut – takut dan tidak mahu mendekati Syukri. Syukri faham. Adiknya memerlukan masa untuk pulih.

Pada hari ini seperti biasa ayah keluarga bekerja untuk membantu Munir mengecat dinding. Pagi ini ayah kelihatan sedikit pucat dan lemah. Ibu sudah melarang ayah untuk keluar bekerja. Tetapi ayah berdegil.

Ketika membuat kerja – kerja menyusun bata ayah terbatuk – batuk keras. Sesekali Munir melihat ayah mengurut – urut dadanya.

“Kau tak sihat ni Din. Aku hantar kau balik, jom” Kata Munir sambil mengurut – ngurut belakang ayah.

Ayah menganggkat tangannya. “Tak apa. Aku baik – baik je. Batuk sikit je ni”

Munir menggelengkan kepala melihat kedegilan ayah. Bukan dia tak tahu ayah ada penyakit tibi. Lagipun ayah tidak boleh bekerja keras. Munir cuba memujuk lagi.

“Kau balik rehat je Din. Nanti dah sihat kau datang kerja lagi. Bukan nak siap hari ni pun rumah ni. Banyak lagi kerja yang nak dibuat. Tak payahlah kau nak penat – penatkan diri kau. Jangan risau upah kau hari ni aku bayar separuh”

Ayah terpujuk. Dia mengangguk dan akhirnya ayah dihantar pulang oleh Munir.

Dirumah batuk ayah masih lagi belum reda. Intan setia menemani ayahnya. Sudah puas ibu menyuruh ayah ke klinik kerajaan. Tapi ayah enggan. Tak larat katanya mahu berbasikal ke sana. Ibu pula mati kutu. Hendak meminta bantuan Abang Lan dia tiada, kelaut.

Akhirnya ibu hanya memberi ayah panadol dan air suam sahaja. Risau ibu melihat ayah yang terbatuk keras itu.

Ayah hanya terbaring lesu diruang tamu. Tubuhnya hanya dilapisi tilam nipis yang sudah kehitaman warnanya. Intan pula setia menemani ayah sambil bermain dengan Mamat. Ibu didapur sedang memasak.

Dalam tidur ayah sesekali diganggu dengan batuk yang keras. Lekas – lekas tangan kecil Intan mengurut dada ayahnya. Kasihan Intan melihat ayah. Takut Intan kalau apa – apa terjadi pada ayah. Intan benar – benar sayangkan ayah.
Akhirnya Intan menuju ke dapur.

“Ibu,...” panggil Intan

Ibu yang sedang menggoreng ikan masin itu lantas merenung Intan. Kemudian ibu meneruskan kerjanya. Ikan diangkat dan ikan diletakkan di dalam piring kecil.

“Ada apa Intan?” tanya ibu lembut

“Kenapa dengan ayah? Ayah sakit ye ibu. Sian ayah”

Ibu memandang sayang ekarah Intan.

“Ya..sayang. Ayah tak sihat. Ayah demam. Bagi ayah rehat hari ni ye?”

Intan mengangguk.

“Sian ayah kan ibu. Intan tak mahu ayah sakit. Intan sayang ayah. Intan taknak ayah mati.” Perkataan akhir dari Intan itu kedengaran perlahan.

Ibu tersentak. Dia juga takut untuk memikirkan keadaan itu. Keadaan suaminya itu teruk benar dari hari – hari biasa.

Ibu lantas memeluk Intan.

“Tak sayang. Ayah akan sihat. Kita doa sama – sama ya?” menitis air mata ibu. Bermacam – macam dugaan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Ini adalah ujian Allah. Ibu redha. Allah sedang menguji ibu. Dan ibu ikhlas menerima ujian itu.

“Nanti kita sembahyang kita doa dekat Allah ya ibu. Semoga ayah cepat sembuh”

Ibu mengangguk dan terus memeluk Intan lagi. Kedegaran suara memberi salam diluar rumah. Intan berlari kerana sudah tahu siapa yang datang berdasarkan suara sahaja.

“Eh... Abang Lan. Masuklah. Mak ada. Ayah sakit” becok mulut Intan mengajak Abang Lan masuk.

Ibu menuju kedepan. Tersenyum hambar bila melihat Abang Lan yang ketika itu sudah duduk disisi ayah. Ayah masih lagi tidur.

“Macam mana keadaan dia kak?”tanya Abang Lan

“Macam tu jugak Lan. Akak dah suruh dia ke klinik. Tak mahu tak larat katanya nak naik basikal ke sana. Akak nak hantar pon tak dibaginya. Akak bagi makan panadol ajelah. Ubat dulu dah lama abis” terang ibu.

“Dah lama ke Abang Din tak ambik ubat dekat klinik tu kak?” tanya Abang Lan lagi.

“Lama dah. Bila akak tanya dia kata dah sihat tak payah makan ubat. Padahal ubat klinik kerajaan tu murah aje. Bayar seringgit tapi itulah. Abang kau ni degil sangat”

Abang Lan terangguk – angguk.

Ayah yang mendengar suara ibu dan Abang Lan terasa terganggu tidurnya. Akhirnya ayah bangun dari tidur.

“Apa yang awak bebelkan tu Miah” perlahan sahaja suara ayah.

Ibu hanya tersenyum saja. Ayah bangkit dari tempat baring sambil dibantu oleh Abang Lan.

“Sembanglah dulu Lan. Akak ke dapur buat air” ibu bangun dan menuju ke dapur. Intan masih terkelip – kelip disebelah Abang Lan. Senang hatinya bila melihat ayah sudah bangun dari tidur.

“Kalau abang nak ke hospital marilah saya hantarkan.” Pelawa Abang Lan Ikhlas.

“Mana kamu tahu aku tak sihat ni” tanya ayah. Sesekali terbatuk – batuk. Lekas – lekas tangan Intan mengusap belakang ayahnya.

“Saya terjumpa Munir tadi dekat pasar. Katanya teruk batuk abang ni. Tu yang saya ke sini tu” terang Abang Lan.

“Aku dah tua Lan. Itu yang sakit – sakit tu.”

“isk Abang Din ni taklah tua mana. Jomlah bang kita ke hospital. Tengok mana yang patut. Saya bawakan.”

Ayah masih lagi terbatuk – batuk keras. Risau Abang Lan melihat ayah yang seperti keputusan nyawa itu. Manakala tangan Intan semakin ligat mengurut belakang ayahnya.

“Teruk ni abang Din. Marilah saya bawak ke hospital. Jangan ditahan abang. Nanti makin melarat. Kesian dekat Intan dengan kak Miah nanti.” Pujuk Abang Lan lagi.

Ayah mengeluh perlahan. Wajah Intan dipandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 02:54 PM | Show all posts
“Intan pergi tolong mak kat dapur ye.” Arah ayah lembut. Intan mengangguk dan terus menuju ke dapur sambil mengendong Mamat.

“Aku bukan tak nak ke hospital Lan. Duit yang ada tu untuk belanja sekolah Intan tahun depan. Memanglah setakat sekolah tadika aje. Tapi aku nak Intan dapat beg baru, baju baru alatan sekolah baru. Aku nak dia gembira Lan. Aku tak boleh pakai duit tu.

Memanglah kalau ambik ubat dekat klinik tu seringgit aje. Tapi aku malas la Lan. Doktor tu akan suruh aku ke hospital jugak. Duit tu Lan. Aku menyimpan ni semata – mata sebab Intan. Dia nak sangat ke sekolah. Aku tak boleh nak kecewakan dia Lan” panjang lebar ayah terangkan kepada Abang Lan.

Abang Lan menggelengkan kepalanya.

“Duit boleh dicari abang. Kesihatan abang yang penting. Kalau abang sakit siapa pulak yang akan tanggung keluarga ni abang. Intan dengan Kak Miah tu bergantung harap pada abang aje. Kalau abang sihat, banyak mana duit pun abang boleh kumpul” geram juga Abang Lan dengan sikap degil ayah.

“Entah la Lan. Aku rasa aku dah tak sempat Lan. Aku rasa nyawa aku ni nak kena tarik bila – bila aja. Sekurang – kurangnya aku dapat tinggalkan sikit duit untuk sekolahkan Intan. Aku taknak nanti bila aku pergi sesen pon tak ada untuk Intan. Aku harap kau faham Lan. Aku dapat rasa aku dah tak lama hidup Lan.

Aku nak mintak tolong Lan. Kalau jadi apa – apa pada aku. Kau tengok – tengokkan Miah dengan Intan. Aku nak kau cari kakak si Miah tu. Dia satu – satunya keluarga Miah. Satu – satunya emak sedara Intan. Mereka putus hubungan sejak Miah kawin dengan aku. Tolong ye Lan. Sebab aku tahu kakak si Miah tu dapat bantu adik dia.” Ayah terbatuk – batuk keras lagi. Lekas – lekas Abang Lan menggosok belakang ayah.

“Pasal bayaran hospital tu tak payah abang risau. Saya boleh uruskan. Kita ni dah kenal lama abang. Masa saya kecewa waktu kematian Lela dulu abang yang bagi saya kekuatan. Abang yang banyak bantu saya. Sekarang nilah waktu saya bantu abang” Abang Lan masih lagi cuba memujuk ayah.

Ayah menggelengkan kepalanya.

“Tak payah Lan. Aku lagi banyak terhutang budi dengan kau. Dah tak terkira dah. Aku Cuma mintak tolong kau tengok – tengokkan keluarga aku. Tolong cari Kakak Miah. Nanti aku bagi gambar dengan alamat terakhir kakaknya Miah. tologn ye Lan.”

Abang Lan hanya mengangguk perlahan. Sudah putus caranya mahu memujuk hati keras ayah. Dia Cuma mampu berdoa semoga ayah dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list