Post Last Edit by sincewhen at 4-8-2011 09:58
Salam 1 ramadhan, maaf lambat update, maklumlah banyak kerja yang perlu diuruskan, walau tak berkerja tanggungjawab pada rumahtangga dan anak2 sentiasa saya dahulukan. Sebenarnya saya baru berhenti kerja 3 bln yg lalu kerana nak menumpukan pada anak kecil saya yg darjah satu. Dia perlu lebih perhatian sejak cikgu sekolah nya kerap komplen yang dia agak berlainan dari rakan2 sekelasnya, dia agak pasif dan ada dunia sendiri bila didalam kelas. Kurang bercampur dan tidak pandai membawa diri didalam suasana pembelajaran. Sehingga membuatkan cikgu kelas nya rasa geram sangat dengan dia. Jadi saya ambil keputusan utk monitornya sehingga dia betul2 ok. Mungkin tahun depan saya mula bekerja balik, atau bekerja sendiri sahaja. Peluang kerja ada dimana2 bagi saya. Rezeki allah itu luas, tetapi biarlah yang berkat dan tidak mengambil masa saya yg panjang kerana hubungan dengan keluarga amat penting bg saya.
Terimakasih diatas perhatian kalian pada thread ini . maaf saya tak dapat nak jawab satu2 soklan kalian, tapi saya akan jawab general disini. Ada juga yg pm saya, maaf. Saya juga akan jawab disini. Kalau saya tak sempat jawab harini, hari lain insyaallah saya jawab ye. saya tidak ada masalah jika sesiapa ingin memforumkan thread ini asalkan semua org pun boleh dpt faedah darinya. Terima kasih juga pada parin amat yg memberi kacang dan mequotekan doa yg saya paste kat page sebelah…saya memang tak pandai sangat nak buat..hehehe… so saya taip jelah…kalo en parin rasa sesuai dicantik kan lagi..silakanlah…saya tiada masalah.
Benarlah kata orang kebenaran itu pahit, semakin banyak kita tahu semakin menyesakkan dada. Semakin rapat saya dengan B semakin banyak rahsia yang A dan B yg terdedah. B dengan rela hati menceritakan segalanya tanpa saya minta, tapi B berterusan minta maaf kerana melakukan semua itu. B nampaknya jenis yang dominan, suka bercerita dan mau org mengikut katanya saja. Tapi saya rasa B masih boleh dinasihati kalau kena dengan caranya. Memang secara logiknya, mana2 isteri akan tersentuh hatinya bila mengetahui setiap pengkhianatan yg suami kita buat belakang kita. Saya juga begitu, tapi saya cekalkan hati saya, saya lawan hasutan syaitan, saya katakan pada diri saya “Ya Allah, aku telah memaafkan mereka, dan sesungguhnya aku benar2 ikhlas memaafkan mereka”. Hati saya jadi tenang kembali. Setiap hari bila saya teringat kisah2 mereka, saya akan cepat2 menyebut nama allah dan rasul. Saya sangat percaya pada ajaibnya asmaulhusna. Saya amalkan tiap2 hari setakat ini belum fail satu hari yg saya tidak menyebut nama Allah. Saya bersyukur dengan ketenangan yang Allah berikan pada saya kini dan saya berdoa Allah kekalkan lah hubungan saya denganNya. Hati say a lebih tenang menyintai Allah dan Rasul dari sakit hati mengingati tabiat dan perlakuan dia di belakang saya.
Sudah nasib saya bersuamikan A, yang memang suka pada keindahan wanita. A berterus terang yang memang hatinya mudah jatuh cinta dan tak mungkin dpt membuang tabiatnya itu. A beri gambaran yang habitnya itu akan menjadikan dia salleh yakob pada suatu hari nanti. Dia mahu memberikan saya payung emas katanya….Saya sambung lagi nnt yer… pasal hasrat hati A… |