CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NURRIEZ2u

DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )

[Copy link]
 Author| Post time 3-8-2011 12:17 AM | Show all posts
Bab 5

"Kenapa mak cik panggil Irra?" soal Adirra sebaik sahaja duduk di ruang tamu rumah Puan Rohani. Sejak kebelakangan ini agak jarang dia menjengah rumah jirannya itu.  Kalau tidak di situlah tempat dia makan dan tidur. Di situ jugalah tempat dia menumpang manja sesekali. Tetapi sejak akhir-akhir ini, keadaannya sudah menjadi sangat berbeza. Adirra rasa sudah terlalu asing.

Adirra tidak lagi melihat Puan Rohani seperti sebelum-sebelumnya. Puan Rohani yang penuh dengan kasih sayang. Puan Rohani yang penuh dengan perhatian.  Sudah ada jarak di antara mereka berdua. Adira merasakan semuanya makin jauh kini sejak kehadiran Puan Umi dan juga Natrah.  

Tambah pelik, petang itu Puan Rohani menjemput Adirra untuk ke rumahnya. Mulanya Adirra menolak, namun Puan Rohani seakan mendesak memaksa Adirra menurut.

        "Ini, mak cik nak cakap sikit. Kenapa Irra kurang ajar sangat dengan Mak Cik Umi?" soal Puan Rohani terus. Sudah tidak senang hendak berlembut dengan Adirra. Buang masa dan buat penat mulutnya bercakap. Baik dia berterus terang saja.

        Tersirap darah Adirra. Jadi ibu tirinya sudah pandai mengadu? Sudah pandai memburukkan dirinya kepada Puan Rohani. Huh! Memang dasar ibu tiri, mana ada yang baik! Marah Adirra di dalam hati

        "Jadi perempuan tu dah mengadu dengan mak cik?" soal Adirra sambil menahan rasa marah.

        "Irra jangan kurang ajar sangat. Mana boleh sebut Mak Cik Umi macam tu. Irra wajib hormat dia seperti ibu Irra sendiri." tegur Puan Rohani.

        "Kalau mak cik yang tak gatal suruh papa kahwin, papa tak akan kahwin. Ini semua salah mak cik. Semua rancangan mak cik. Kalau Irra kurang ajar pun dengan perempuan tu, itu  salah mak cik juga." Marah Adirra. Dendamnya kepada Puan Rohani makin meluap-luap. Tahu semua itu berpunca daripada Puan Rohani. Puan Rohani punca segalanya. Kalau Puan Rohani tak menghasut papanya, mustahil papanya akan setuju dengan rancangan Puan Rohani.

        "Irra, mak cik panggil Irra nak nasihatkan Irra supaya berubah sikit. Cuba berlajar hormat orang tua. Jangan kurang ajar sangat! Itulah, kalau anak tak ada didikan daripada seorang ibu, beginilah jadinya. Kurang ajar!" marah Puan Rohani.  

        "Oh, jadi selama ini Irra memang kurang ajarlah? Irra kurang ajar sebab Irra tak ada ibu? Jadi perempuan tu mintak mak cik nasihatkan Irra? Tak sedar diri dia tu yang datang menumpang, nak cakap lebih pulak! Sudahlah mak cik Irra tak senang nak dengar semua nasihat mak cik ni."

        Adirra terus bangun. Tanpa berkata sepatah kata selepas itu, Adirra tinggalkan rumah Puan Noraini dengan hati yang teramat sakit.

Pulang ke rumah, Adirra terus mencari Puan Umi. Kali ini dia mesti mengajar perempuan tak sedar diri itu. Sesuka hati saja mengadu pada orang lain tentang keburukkan Adirra..

        "Apa yang mak cik dah mengadu pada Mak Cik Ani? Mak cik memang tak ada kerja lain? Kalau mak cik rasa Irra ni kurang ajar atau apa-apa, mak cik jangan tinggal kat sini. Irra pun tak harap mak cik tinggal di sini!" Marah Adirra.

        Puan Umi kelihatan sangat terperanjat bila di marah tiba-tiba.

        "Mak cik cakap apa, Irra?" soal Puan Umi dengan lembut.

        "Pandainya mak cik berlakon. Dasar perempuan tak sedar diri. Dahlah datang menumpang rumah orang, pandai pulak nak mengadu-adu. Kalau rasa nak tinggal lama di sini, jaga mulut tu baik-baik. Tak payah nak sibuk-sibuk hal orang. Orang kurang ajar ke, orang apa ke, tak payah nak beritahu semua orang!" marah Adirra.  

        "Dah memang dasar kau tu kurang ajar, salah ke kalau mama aku mengadu dengan Mak Cik Ani?" Natrah menyampuk. Tidak boleh menahan sabar lagi melihat mamanya dimarahi begitu.

        "Natrah!" jerit Puan Umi.

        "Hah! Eloklah! Anak beranak sama. Kalau dah mak jenis perempuan tak sedar diri, anak lagilah!" Adirra menyindir.

        "Mulut kau jangan kurang ajar sangat. Kau ingat aku takut dengan kau!" Natrah menjerit. Kalau ikutkan hatinya memang ditampar saja mulut Adirra itu.

        "Natrah, kenapa perangai macam ni?" tegur Puan Umi. Cuba menyabarkan Natrah. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

        "Perempuan ni yang kurang ajar sangat, tak kan kita nak diamkan saja!" Marah Natrah.

        "Aku kurang ajar ke, aku apa ke, aku tak menyusahkan hidup kau orang. Tapi kau orang dah menyusahkan hidup aku. Menumpang di rumah aku! Sedar ke tidak? Jadi ini rumah aku. Suka hati akulah nak cakap apa! Kau orang tu yang kena ingat. Kalau dah menumpang buat cara menumpang." Kata Adirra lagi dengan nada suara yang masih kuat. Hampir saja dia gagal mengawal perasaannya. Melihatkan wajah Natrah, makin menggila perasaan Adirra.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2011 12:18 AM | Show all posts
"Kurang ajar…!" Natrah sudah menggenggam tangannya  tetapi cepat dihalang oleh Puan Umi. "Sudahlah tu Natrah!" kata Puan Umi. Dia tidak akan membenarkan Natrah menggasari Adirra walaupun ternyata Adirra memang bersikap kurang ajar.

        "Satu lagi, aku paling benci dengan orang yang suka mengadu-adu ni, jadi ingat sikit! Mulut masing-masing jaga, jangan sampai aku guna kekerasan!" Adirra menjeling Puan Umi tajam sebelum melangkah ke biliknya.

        "Kurang ajar punya perempuan! Kau ingat aku takut dengan kau!" Natrah rasa betul-betul tidak puas hati. Dia meronta minta tangannya dilepaskan.

        "Eh! Natrah, kenapa perangai macam ni? Mama tak pernah ajar Natrah cakap kurang ajar macam ni!"  marah Puan Umi.

        "Mama tu yang lembut sangat sampai perempuan tu pijak-pijak kepala mama pun mama boleh diam," marah Natrah. Kali ini dia bukan sahaja marahkan Adirra, dia mrahkan Puan Umi juga. Terlalu lembut benar. Langsung tidak tahu untuk membela diri sendiri.

        "Natrah, ini rumah dia. Kita ni menumpang saja."

        "Siapa cakap kita menumpang? Mama dah jadi isteri kepada tuan punya rumah ni, jadi, rumah ni pun milik mama jugak!"

        "Mama tak pernah fikir macam tu, Natrah. Mama cuma nak menumpang berteduh dan menumpang kasih sayang saja. Tak lebih daripada tu." kata Puan Umi dalam nada yang cukup sedih.

        "Itulah mama, baik sangat. Lembut sangat. Sudahnya, apa yang mama dapat?"

        "Tak mengapalah. Mama percaya, satu hari nanti, pintu hati Irra akan terbuka untuk terima mama. Mama akan tunggu!"

        "Mama, perempuan degil macam tu, sampai bila pun tak akan berubah!"

        "Insya Allah, mama percaya. Irra akan terima juga mama satu hari nanti…"

        "Suka hati mamalah." Kata Natrah selepas itu. Tapi dia percaya, Adirra tidak mudah menerima kehadiran mereka. Tapi Natrah sendiri juga tidak sudi untuk menerima Adirra. Dia akan tunjukkan sesuatu nanti siapa sebenar dirinya. Tahulah nanti apa hendak dia lakukan kepada Adirra.  

        "Kenapa bising-bising ni, Umi?" soal Encik Malek sebaik sahaja tiba di ruang tamu sekembali dari kerja.

        "Tak ada apa-apa bang. Masalah biasa saja…" beritahu Puan Umi sambil tersenyum pahit. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Encik Malek tahu apa-apa tentang layanan buruk yang dia terima daripada Adirra.

        "Kalau pak cik nak tahu…" Belum sempat Natrah menghabiskan tutur bicaranya, Puan Umi sudah terlebih dahulu mencubit paha Natrah dengan harapan Natrah tidak bercakap lagi.

        "Tahu apa Natrah?" soal Encik Malek.

        "Tak ada apa-apa bang. Pasal kerja Natrah saja." kata Puan Umi sambil jegilkan matanya kepada Natrah. Natrah sudah tidak boleh mengadu apa-apa demi menghormati permintaan Puan Umi.

        "Oh! Begitu. Hmm… bagaimana rancangan kita nak pergi Langkawi? Setuju?" soal Encik Malek pula.

        "Setuju!" jawab Natrah cepat. Memang dia kepingin benar hendak ke Langkawi. Sudah lama dia berhajat untuk ke sana.

        "Kita pergi hujung bulan depan." Putus Encik Malek.

        "Tapi abang cakap Irra tak nak pergi," Puan Umi cuba mengingati semula akan keputusan Adirra.

        "Kita pergi ajelah. Tak payah tunggu dia," jawab Encik Malek dengan nada hampa.

        "Mana boleh begitu bang. Abang sendiri yang cakap ini adalah percutian keluarga. Kalau Adirra tak ikut sama, Umi rasa tak senang hati…"
        Natrah sudah tarik wajah masam. Rasanya marahnya bertambah-tambah. Seperti mamanya itu menyokong saja tindakan Adirra.
        Encik Malek terdiam. Dia sendiri tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

        "Abang cubalah pujuk dia lagi. Manalah tahu dia nak ikut," cadang Puan Umi.

        "Baiklah. Nanti abang akan cuba lagi…" kata Encik Malek dan terus naik ke tingkat dua.

        "Mama ni kenapa? Kalau perempuan tu tak nak ikut, lagi bagus tahu tak? Kalau dia pergipun buat sakitkan hati kita saja!" marah Natrah.

        "Mana boleh begitu. Adirra kena ikut sama. Kalau tidak percutian tu tak ada apa-apa maknanya. Kalau pergipun tentu pak cik tak akan gembira sebab ingatkan anak dia!" kata Puan Umi.

        "Eeee… geramnya. Semua orang dalam rumah ni kena ikut cakap dia!" kata Natrah sebelum tinggalkan Puan Umi sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:44 AM | Show all posts
geram kat adira....    kat natrah gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:42 AM | Show all posts
Bab 6

Petang itu, ketika Adirra keluar dari biliknya dia terdengar ada suara bising-bising di ruang tamu. Kemudian suara itu semakin jelas. Rupanya Puan Rohani sudah bertandang.

        "Ini mesti tak ada kerja lain. Mesti nak kutuk aku!" rungut Adirra sendirian. Dah tahu sangat mulut Puan Rohani tu. Jadi, Adirra ambil keputusan hendak dengarkan saja perbualan mereka dari situ saja. Manalah tahu memang betul Puan Rohani mengumpatnya. Senanglah dia menyerang balik nanti.

"Saya bukan tak suka Natrah berkawan dengan Zafril, cuma saya bimbang. Bimbang Irra akan salah faham nanti…." kata Puan Umi dengan wajah yang jelas-jelas menampakkan rasa kurang senangnya. Dia betul-betul bimbang dengan apa yang berlaku ketika itu.

"Nak bimbangkan apa pulak. Zafril dengan Irra bukannya ada apa-apa. Setakat kawan biasa saja. Tak usahlah Umi bimbangkan apa-apa!" Pantas Puan Rohani menjawab.

Natrah sudah tersenyum girang. Sambil itu menjeling mamanya, juga Puan Rohani saling berganti. Bermakna rancangannya untuk mengusai Zafril hampir berjaya.

"Selama ni budak tu saja yang melebih-lebih dengan Zafril. Sedangkan Zafril biasa saja. Mengada-ada tak tentu pasal. Menyampah saya tengok. " Kutuk  Puan Noraini lagi.  

Perasaan Adirra jadi retak seribu. Kecewa dari segala kecewa. Rupanya begitu selama ini. Dia yang berlebih-lebih. Dia yang terhegeh-hegeh. Padanlah sekarang ini Zafril bagai endah tak endah dengannya. Rupanya dulu sekadar menjaga hati dan perasaannya saja.

"Tidaklah, saya tidak mahu kami anak beranak dituduh perampas. Sebab setahu  saya, sebelum ini Zafril dan Adirra memang rapat. Jangan disebabkan kehadiran kami, Zafril juga berubah hati," jelas Puan Umi. Sebenarnya dia begitu bersungguh dengan kebimbangannya.

"Janganlah bimbang sangat perkara tu. Perempuan macam Irra tu tak sanggup saya nak buat menantu. Kurang ajarnya satu hal, degilnya satu hal. Saya tak mahu mencari masalah. Memang tak layaklah nak jadi menantu saya. Lagipun Zafril sendiri yang beritahu saya, dia dengan Natrah memang tak ada hubungan istimewa. Sekadar kawan-kawan saja! Tak usahlah Umi bimbang." jelas Puan Rohani sambil tersenyum. Dia sudah jelaskan apa yang sepatutnya. Harap-harap selepas ini, dia dapat melihat Zafril dan Natrah akan berkawan rapat. Itulah hajatnya sejak mula lagi.

Natrah bertambah-tambah girang. Bukan kepalang lagi. Bermakna Zafril itu bukanlah milik sesiapa, bahkan bukan milik Adirra juga. Natrah dapat merasakan bahawa selama ini Adirra sekadar bertepuk sebelah tangan saja. Memikirkan bahawa Adirra bakal kecewa, Natrah rasa nak ketawa. Rasa betul-betul gembira. Puas hatinya.

"Lainlah kalau macam Natrah. Siapa yang tak berkenan nak buat menantu. Baik orangnya. Bersopan santun. Senang hati mak mertua." Puan Rohani dakap mesra bahu Natrah.

"Jadi Zafril dan Irra tak ada apa-apa hubungan selama ni?" soal Puan Umi inginkan kepastian.

"Jangan bimbang. Mereka tak ada apa-apa hubungan. Kalau adapun saya tak akan benarkan. Saya tak nak anak lelaki saya jadi hamba nanti. Jangan harap perempuan macam tu jadi menantu saya!" ujar Puan Rohani  bersungguh.

Perlahan air mata Adirra luruh ke pipi. Sudah tak terkata. Nampak dengan jelas, satu persatu miliknya tidak diperakui lagi. Semuanya sudah pergi tinggalkannya.
Mujur juga papanya berkahwin lain, kalau tidak sampai sudah dia tidak akan tahu semuanya. Pasti dia tidak akan tahu selama ini Zafril sekeluarga hanya berpura-pura baik dengannya. Rupa-rupanya mereka langsung tidak ikhlas.

"Tapi saya rasa Adirra tu sayang sangat dengan Zafril. Mungkin dia tak akan lepaskan Zafril," ujar Natrah setelah agak lama mendiamkan diri.  

"Itu Natrah jangan bimbang. Tahulah nanti mak cik buat macam mana. Perempuan tak tahu malu memang macam tu!" kata Puan Rohani bersungguh.  

"Hmm. Zafril pun masih ambil berat tentang Adirra. Mungkin Zafril pun sayangkan Adirra."

        "Tak adalah. Selama ni Zafril cuma menjaga hati Adirra tu saja. Anak manjalah katakan. Kenalah layan dengan baik walaupun tak suka!" Puan Rohani ketawa mengejek pula.
        Sakit hati Adirra sudah tidak terkata. Dia terus ke biliknya. Tidak sanggup lagi mendengar semuanya.

        Nampaknya setakat ini sajalah hubungannya dengan mereka. Selepas ini kalau ada dikalangan mereka yang mati tergolekpun di hadapannya, dia tidak akan peduli lagi. Adirra sudah nekad.

        "Ah! Akupun tak ingin!" kata Adirra sendirian sambil memujuk hatinya yang sakit.

        Adirra duduk di birai katil sambil berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi semua masalah tersebut. Dia sudah tidak tahan tinggal di situ. Seperti semua sudah membenci dirinya. Adirra fikir, eloklah dia beransur pergi. Pergi jauh dari keluarga ini dan pergi jauh dari kehidupan yang pernah menjadi miliknya. Dia sudah jadi orang asing dan mungkin pihak ketiga. Untuk itu dia rela beralah. Tiada ada apa lagi yang tinggal untuknya.

        Papanya sudah temui kehidupan sendiri. Zafril pula sudah berubah hati. Jadi, baiklah dia pergi saja.

Encik Malek termenung di meja makan. Melihat saja lauk pauk yang terhidang. Kalau dulu waktu-waktu begini, adalah saat-saat paling menggembirakan buatnya. Ada gelak tawa Adirra serta gurau sendanya. Sekarangnya semuanya serba sepi.

        "Jemput makan bang," pelawa Puan Umi bila melihat Encik Malek hanya termenung dan berdiam diri sejak tadi. Sejak akhir-akhir ini, Puan Umi dapat rasakan ada perubahan pada diri Encik Malek. Tidak seperti mula-mula mereka berkahwin dulu.

        "Maaflah, abang tak selera nak makan." Kata Encik Malek perlahan.

        "Jamahlah sikit. Penat Umi masak." Rungut Puan Umi.

        "Abang betul-betul tak selera."

        "Umi tengok dua tiga hari ini abang nampak berubah. Tidak banyak bercakap, lebih banyak termenung. Abang ada masalah?’ soal Puan Umi lagi.
        Natrah yang berselera makan sekadar menjeling Encik Malek dan Puan Umi. Malas nak tumpang sama bercakap. Tak ada faedah buatnya. Ini mesti tentang Adirra. Kalau bukan tentang Adirra, tentang apa lagi. Hanya Adirra saja punca semua masalah.

        "Abang rasa rancangan untuk kita ke Pulau Langkawi tu terpaksa kita batalkan sebab Adirra tak nak ikut sama."

        "Tak apalah bang. Umi tak kisah. Tak pergipun tak apa. " jawab Puan Umi hampa. Dia sendiri sudah berangan-angan untuk ke Pulau Langkawi.
        Wajah Natrah sudah berubah. Terhenti seketika mengunyah makanan.

        "Kenapa pulak pak cik?" soal Natrah dengan nada yang cukup kecewa.

        "Tak seronoklah kalau Irra tak pergi…" jawab Encik Malek sambil bangun. Dia melangkah perlahan tinggalkan ruang makan selepas itu.

        "Melampau betul! Sebab anak dia tak nak pergi, habis semua orang tak jadi pergi. Ikutkan sangat anak manja bodoh tu. Kalau tak nak pergi lantak dialah!" Natrah membebel namun dia menyambung semula makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2011 11:42 AM | Show all posts
"Janganlah macam tu Natrah. Natrah boleh pergi kemudian nanti. Lagipun Natrah dah kerja. Dah boleh pergi sendiri!" pujuk Puan Umi. Puan Umi mengeluh selepas itu. Dia sendiri sesungguh terlebih kecewa.

        "Menyusahkan orang betul!" rungut Natrah.

        Puan Umi mengeluh panjang selepas itu. Ternyata masing-masing sudah tidak gembira. Kegembiraan yang diharapkan seolah-olah sedang bersembunyi sangat jauh.  Payah untuk ditemui.

        "Makan ajelah mama, jangan pedulikan sangat pak cik. Hmm, anak dia yang buat perangai. Bukanlah salah kita." kata Natrah bila melihat mamanya termenung sama.

        "Mama susah hati dengan perangai Adirra. Dia masih tak boleh terima mama."

        "Mama jangan layan sangat budak manja tu. Kalau dia tak nak terima mama, mama jangan terima dia jugak. Habis cerita."
        Puan Umi mengeluh lagi Entah apa lagi yang harus di lakukan untuk menawan hati anak tirinya itu.

Perlahan Encik Malek berjalan ke arah pintu bilik Adirra. Kemudian diketuk pintu bilik dengan perlahan juga.

        "Masuklah pintu tak berkunci," jerit Adirra dari dalam bilik.

"Irra nak ke mana siap kemas baju ni?" soal Encik Malek sebaik sahaja terlihat Adirra sedang berkemas-kemas. Rasa terperanjat sudah menjengah. Apa lagi yang hendak Adirra lakukan. Lagaknya seperti orang hendak lari dari rumah sahaja.

"Irra nak balik kampung. Nak tengok nenek. Sementara belum dapat kerja ni Irra nak tinggal dengan nenek." Beritahu Adirra tanpa melihat wajah Encik Malek. Masih sibuk memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg.

"Kenapa tiba-tiba saja Irra nak tinggal dengan nenek. Selama ni Irra tak suka dengan suasana kampung. Irra takut sangat dengan nyamuk. Irra masih marah papa ya?" Teka Encik Malek sambil lihat wajah anak kesayangannya.

Adirra diam. Terus saja melipat pakaiannya. Bibit-bibit kesedihan sudah bermula di dalam dadanya. Sebentar lagi Adirra yakin air matanya akan luruh.

"Irrra merajuk dengan papa? Irra marah papa?" Encik Malek terus-terusan bertanya. Dia sama sekali tidak akan benarkan Adirra ke mana-mana.

Adirra diam juga. Kali ini dia tidak akan berubah hati lagi. Keputusannya sudah nekad. Tak akan berganjak, walau bagaimana sekalipun papanya memujuk.

"Atau Irra dah tak sayang papa lagi."

"Kalau Irra tak sayang papa pun, apa papa susahkan. Papa dah ada Mak Cik Umi. Papa dah ada  Natrah. Jadi kalau Irra pergi sekalipun, papa tak terkurang apa-apa. Mungkin papa akan lebih gembira nanti sebab anak papa yang kurang ajar ni dah tak kacau hidup papa." Kata Adirra. Dia sudah mula rasa sebak. Tinggal masa saja lagi hendak menangis. Namun dia berusaha untuk bertahan. Dia tidak akan tunjukkan kesedihannya kepada papanya.

"Tapi Irra tetap anak papa. Sekalipun papa dah ada Mak Cik Umi dan Natrah, Irra tetap anak papa. Papa  tetap sayangkan Irra sampai bila-bila." Jelas Encik Malek. Itulah yang dia ingin Adirra tahu. Sampai bila-bila Adirra tetap akan kekal menjadi permata hatinya.

"Tak apalah papa. Irra tak mahu buat papa susah hati. Irra tak nak papa rasa serba salah. Irra ni susah untuk dijaga. Mak cik Umi pun dah merungut pada Mak Cik Ani. Mungkin dah tak tahan dengan perangai Irra. Yalah, Irra ni bukankah anak yang tak ada ibu sejak kecil. Jadi memang Irra kurang ajar dan tidak dididik dengan baik!" Beritahu Adirra perlahan.

Encik Malek pula yang terdiam. Sejak akhir-akhir ini juga, Encik Malek sendiri rasakan yang Adirra benar-benar susah untuk difahami. Ada saja perangainya yang membuatkan orang lain naik marah.
"Okeylah papa. Irra nak tidur ni. Irra naik bas pukul Sembilan pagi esok." Bukan niat Adirra hendak menghalau papanya tetapi Adirra sudah tidak boleh berbicara dengan baik. Hatinya kian sakit. Mungkin sudah hancur juga.

"Esok papa hantar Irra ke Puduraya. Selamat malam sayang," kata Encik Malek.

Adirra sudah tidak terkata. Dia  saja menantikan papanya keluar dari bilik.

        Sebaik sahaja Encik Malek tutup pintu Adirra, waktu itulah air mata Adirra berderai. Sedih dan pilu saling menguasai peraaannya. Bersungguh dia memujuk hati agar merelakan semuanya. Tiada apa lagi yang tinggal untuknya.

        Encik Malek terus ke ruang tamu. Duduk di situ sambil termenung panjang. Nampak rajuk Adirra tak mahunya reda bahkan melarat pula hingga sanggup keluar rumah.

        "Kenapa bang," tanya Puan Umi.

        "Irra nak pergi rumah neneknya."

        "Bila?"

        "Esok pagi."

        "Dia masih merajuk ke bang?"
        "Bukan senang rajuknya nak baik. Hmm, abang rasa eloklah jugak dia bawak diri sementara waktu. Manalah tahu boleh mengubat perasaannya," kata Encik Malek dengan nada kecewa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:50 AM | Show all posts
nak lagi plzz...
bengang plak dgn si natrah tu
yang pn rohani pun satu..tak agak2 nak kutuk irra..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2011 11:55 AM | Show all posts
Apalah komplot Puan Rohani berkenan sgt nak dijadikan natrah menantu dia......
sian Irra... tak apalah mana tahu balik kg nenek jumpa org yg lebih baik dari zafril
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:47 PM | Show all posts
I WANT MORE!I WANT MORE!
sedeynyer...
menci ngn Natrah xsedaq diri 2!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 01:49 PM | Show all posts
nape tiba2 makcik rohani tu jd jahat mulut mcm tu, ada rancangan lain ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 02:15 PM | Show all posts
arrrggghhh nyampah kat makcik rohani n nyampah gak kat natrah... walaupung dira tu kuang ajor n manja berlebih-lebih... napa aku rasa simpati kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 03:01 PM | Show all posts
sian DIRA...
walaupun kurang ajar...x baik org keliling wat camtue kat dia...
memang x best...depan baik belakang cam.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:08 PM | Show all posts
kerana sikap puan Rohani dgn Natrah..puan Umi yg jadi mangsa.
elok juga Adirra keluar dari rumah tenangkan fikiran...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 10:22 AM | Show all posts
gerammmnya........kat cij Ani tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:46 AM | Show all posts
aku rasa nak tembak si natrah nih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 09:17 PM | Show all posts
Bab 7

Adirra bangun awal hari itu. Belum lagi pukul 7.00 pagi dia sudah keluar rumah dengan perlahan. Tidak mahu kepergiannya diketahui oleh sesiapa. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapapun tahu ke mana dia pergi. Dia benar-benar hendak bawa diri jauh-jauh.

        Selesai bersiap Encik Malek terus ke bilik Adirra. Hendak mengejutkan anak kesayangannya. Tahu Adirra memang susah hendak bangun pagi. Dari dulu, tugas mengejutkan Adirra memang terletak di bahu Encik Malek.

"Irra, bangun sayang. Dah pukul lapan ni. Kata naik bas pukul Sembilan." Encik Malek ketuk pintu bilik anaknya namun beberapa kali panggilannya tidak terjawab. Bila Encik Malek tolak pintu bilik, Adirra sudah tiada. Beg pakaian yang diletakkan di tepi katil juga tidak kelihatan. Ini bermakna Adirra sudah pergi. Dia pergi sendirian. Pergi tanpa pesan.
Tiba-tiba saja Encik Malek rasa sudah tidak terkata. Rasa sedih yang tidak terungkap. Anak gadis kesayangannya pergi begitu saja tanpa pengetahuannya. Inilah buat kali pertamanya Encik Malek rasa dipinggirkan. Rasa tidak diperlukan lagi. Perlahan dia tutup semula pintu bilik Adirra dan melangkah menuruni anak tangga.

        "Irra tak bangun lagi bang?" soal Puan Umi.

"Dia dah pergi." Jawab Encik Malek perlahan. Sudah terpamer dengan jelas akan kesedihan di wajah Encik Malek.
"Dah pergi? Tak beritahu pun." Puan Umi kelihatan terkejut. Begitu juga dengan Natrah. Namun Natrah senyum sinis selepas itu. Puas hatinya. Pengacau utama sudah tiada di dalam rumah itu. Jadi, selepas ini bolehlah dia berkuasa penuh.

Encik Malek tidak bersuara. Dia hanya duduk dan meneguk air minuman yang tersedia terhidang.

"Abang pergi dulu," kata Encik Malek sambil bangun.

"Kalau iyapun jamahlah dulu nasi goreng ni." kata Puan Umi dengan lembut.

"Tak apalah." Encik Malek terus beredar.
Puan Umi dan Natrah hanya saling berpandangan berpandangan selepas itu.

Selesai bersarapan, Natrah terus keluar rumah. Tahu Zafril sudah setia menantinya.

"Kenapa dengan Pak Cik Malek tu. Saya tegurpun tak jawab," soal Zafril sebaik sahaja Natrah masuk ke dalam kereta.

"Hmm…dia sedih agaknya."

"Sedih?"

"Irra dah tinggalkan rumah." Beritahu Natrah.

"Irra tinggalkan rumah?" soal Zafril dengan rasa terperanjat.

"Hmm…Irra kata nak duduk dengan nenek dia di kampung sementara dapat kerja," beritahu Natrah dengan perasaan gembira. Gembira kerana Adirra sudah tinggalkan rumah. Bermakna dia boleh buat sesuka hatinya tanpa perlu menjaga hati Adirra.

"Irra ni memang suka sangat cari pasal!" Zafril segera mencari telefon bimbitnya. Cuba menghubungi Adirra.

"Irra, kenapa dengan awak ni?" marah Zafril sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Merajuk? Tua-tua nak merajuk?" soal Zafril lagi.
Adirra terus tutup telefon bimbitnya. Tidak mahu lagi mendengar suara Zafril. Makin menjadi-jadi  sakit hatinya bila mendengar suara Zafril.

"Irra….!" Zafrl menjerit bila suara Adirra sudah tidak kedengaran.

"Kenapa?" soal Natrah ingin tahu. Pelik juga bila mendengar suara Zafril begitu. Selalunya tak pernah nak menjerit-jerit.

"Irra tutup telefon dia." jawab Zafril hampa.

        Natrah senyum puas. Akhirnya dia berjaya juga menyingkirkan Adirra. Tidak sangka pula semudah itu.

        "Dahlah, jangan fikirkan sangat pasal dia." desak Natrah bila melihat wajah Zafril berubah. Natrah tahu Zafril masih sayangkan Adirra. Dari tingkah Zafril, Adirra tahu Zafril masih mengambil berat tentng diri Adirra. Ini bermakna Zafril masih sayangkan Adirra. Tapi Natrah sudah berazam. Dia tidak akan membuatkan Zafril berpatah arah semula. Dia akan pegang Zafril seeratnya. Dia janji tak akan membiarkan Zafril kembali kepada Adirra. Tidak akan sama sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2011 09:17 PM | Show all posts
Sudah seminggu Adirra tinggalkan rumah. Namun sekalipun tidak dia menghubungi papanya. Berkali-kali juga Encik Malek menghubungi Adirra namun panggilannya bagai tidak dijawab. Keadaan itu memaksa untuk Encik Malek menghubungi nenek Adirra belah arwah isterinya untuk bertanyakan tentang Adirra.

"Saya nak tanya keadaan Irra. Bagaimana dia di kampung?" soal Encik Malek ketika panggilannya dijawab.

"Irra? Tak tahu. Mak tak tahu tentang Irra," jawab nenek Adirra.

"Irra tak balik kampung?" soal Encik Malek dengan hairan.

"Tak ada. Cuma dia ada telefon mak dua tiga hari lepas. Katanya dia sihat-sihat saja."
Encik Malek panik tiba-tiba. Untuk tidak lebih membimbangkan nenek Adirra, Encik Malek tidak bertanya lebih lanjut. Hanya bertanyakan duit belanja yang di kirimkan sudah sampai ke belum. Selepas itu Encik Malek tidak bercerita lagi tentang Adirra.

"Ke mana pulak dia pergi." Encik Malek dilanda cemas.

"Kenapa bang?"soal Puan Umi bila melihat suami dalam keadaan cemas.
Encik Malek hanya memandang wajah Puan Umi. Kemudian dia tergesa-gesa hendak keluar.

"Abang kenapa saya tengok abang cemas saja," soal Puan Umi lagi.

"Abang nak pergi rumah Fuad sekejap, nak tanyakan tentang Irra."

"Kenapa dengan Irra?"

"Irra tak ada di kampung. Neneknya cakap Irra tak balik kampung."

"Kalau Irra tak balik kampung, dia ke mana?" soal Puan Umi.

"Inilah yang abang nak tanyakan Zafril. Manalah tahu Irra ada telefon dia."

"Bang, janganlah cemas sangat. Irra tu dah besar. Dia tahu apa yang dia buat." Nasihat Puan Umi.

"Eh, mestilah abang cemas. Irra tu anak abang. Darah daging abang. Awak senanglah bercakap sebab dia bukan anak awak." Encik Malek sudah tidak dapat mengawal rasa marahnya. Bila melibatkan soal Adirra, Encik Malek tidak boleh bertolak ansur lagi.

"Apa maksud abang ni? Abang nak cakap saya tak bimbangkan Irra, begitu?" soal Puan Umi pula.

"Iyalah. Sebab dia cuma anak tiri awak. Bukan anak kandung aak. Jadi, tak perlulah awak ambil berat tentang dia. Dia nak ke mana pun, awak peduli apa!" marah Encik Malek.

"Dari mula lagi saya dah anggap Irra macam anak saya sendiri, tapi Irra yang tak pernah nak terima saya. Itupun abang nak salahkan saya?" balas Puan Umi dengan nada sedih dan kesal. Tidak boleh terima tuduhan Encik Malek terhadapnya.

"Kalau betul awak terima dia sebagai anak awak sendiri, awak tak akan jaja keburukkan dia pada orang lain. Ini tidak. Awak beritahu pada orang lain yang perangai Irra tu teruk sangat." tambah Encik Malek.

"Apa abang cakap ni…? Umi tak faham!" soal Puan Umi.  

"Apa yang awak dah cerita pada Ani tentang Irra?" soal Encik Malek sambil pandang tepat wajah Puan Umi.

Puan Umi terdiam. Teringat beberapa hari sebelum Adirra tinggalkan rumah dia ada mengadu hal kepada Puan Rohani. Hal itu jugaklah yang membangkitkan kemarahan Adirra.

"Lepas kena tegur dengan Ani, Irra terus bawa diri. Apa gunanya awak selaku emak kalau masih minta bantuan orang lain untuk tegur perangai dia? Itu yang buat dia merajuk begitu sekali. Sekarang dia dah tak ada dalam rumah ni, awakpun rasa amanlah. Seronoklah. Taklah awak sakit mata nak tengok perangai anak saya." Suara Encik Malek sudah kuat.

Puan Umi rasa begitu sedih. Kali pertama dia dimarahi selepas berkahwin dengan Encik Malek. Dia sendiri tidak menyangka Adirra tinggalkan rumah hanya disebabkan perkara tersebut. Kalau dia tahu, dia tidak akan sama sekali ceritakan apa-apa pada Puan Rohani.

"Adirra tu anak saya. Dari kecil saya bela dia. Saya tahu perangai dia. Buruk baiknya dia semua saya tahu. Saya kahwin dengan awak pun sebab dia. Saya nak dia rasa ada seoran ibu. Rasa macam mana seorang ibu mendidik dia sebab saya rasa dalam usia begini dia lebih memerlukan seorang ibu dari seorang ayah. Tapi saya silap tentang awak." Kata Encik Malek dengan kesal.
Encik Malek  terus beredar bersama perasaan marah. Sedang Puan Umi sudah mula menangis. Rasa begitu sebak sekali. Tidak sangka Encik Malek akan keluarkan kenyataan seperti itu.

"Irra tak balik kampung?" Zafril juga terperanjat. Wajahnya terus berubah. Cuba berfikir seketika. Ke manalah Adirra membawa diri.

"Tak ada dia hubungi kamu langsung?" soal Encik Fuad pula.

"Tak ada ayah. Dah banyak kali saya telefon dia, tapi langsung tak berjawab." Balas Zafril.

"Ke mana pulak dia pergi," keluh Encik Fuad sendirian.

"Pak cik ada bergaduh dengan dia? Manalah tahu dia merajuk," soal Zafril pula.

"Pak cik rasa tak ada pulak bergaduh dengan dia. Cuma sejak akhir-akhir ini pak cik kurang memberi  perhatian kepada Irra." jawab Encik Malek.
Masing-masing cuba mencari punca selepas itu.

"Tapi sebelum pergi malam tu dia ada cakap tentang Ani. Ani ada cakap apa-apa pada dia sebelum tu?" soal Encik Malek kepada Puan Rohani.
Puan Rohani terdiam. Mengingati semula akan tutur bicaranya.

"Mak ada cakap apa-apa pada Irra?" soal Zafril pula.

"Mak tak cakap apa-apa. Cuma mak nasihatkan dia supaya berubah. Mak cik Umi ada mengadu dengan mak dia dah tahan dengan perangai Irra. Itu saja."

"Apa yang Umi cakap pada awak?" soal Encik Fuad.

"Dia cakap Irra tu mengada sangat. Kurang ajar. Cakap main lepas. Cakap Umi langsung tak nak dengar. Jadi saya pun tegurlah pada Irra. Tak tahu pulak Irra merajuk sampai begitu sekali. Bukannya saya marah dia. Saya cakap elok-elok," kata Puan Rohani  perlahan.

"Benda ni tak akan jadi kalau saya tak kahwin lagi. Sudahnya saya hilang anak yang saya sayangi. Selama ini saya tak tahu pulak anak saya tu mengada-ngada. Belum pernah dia kurang ajar dengan saya." Balas Encik Malek dengan nada kesal.

Puan Rohani diam. Dia dalam hati merungut juga. Huh! Siapa yang mahu mengaku anak sendiri jahat! Ibu bapa mana yang mahu mengaku salah silap anak sendiri. Puan Rohani sedar juga, Encik Malek cuba  menyalahkan dirinya dalam hal ini. Dari itu Puan Rohani fikir eloklah dia diamkan saja.

"Sabarlah Malek. Nanti kita cari Irra sama-sama. Saya yakin Irra tak ke mana-mana tu. Mesti dia sedang berada di rumah kawan-kawannya." Pujuk Encik Fuad lagi.

"Mana saya nak cari Irra kalau dia sendiri yang nak larikan diri daripada saya. Dia memang dah merajuk. Saya tahu dia berjauh hati. Kenapalah saya setuju dengan perkahwinan ini. Kalau saya tahu perkara ni akan terjadi, pasti saya akan tolak." Keluh Encik Malek.

Puan Rohani dan Encik Fuad hanya mendiamkan diri selepas itu. Mereka tahu seperti Encik Malek sedang ditimpa rasa kesal yang amat sangat.

"Nanti saya tanyakan pada kawan-kawan dia. Mungkin mereka tahu di mana Irra berada," kata Zafril cuba meredakan keresahan Encik Malek.

Encik Malek terus diamkan diri selepas itu. Fikirannya jadi berserabut. Sudah tidak tahu untuk berfikir apa-apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 10:50 PM | Show all posts
rasanya..natrah yg mengadu pada puan Rohani...tapi puan umi yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 11:41 PM | Show all posts
Irra pegi merajuk lama2 sket....  bagi dorang semua tu gelabah n panas bontot...   sambung lagikkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:58 AM | Show all posts
hmmmmm.......sian pakcik....{:1_146:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:39 AM | Show all posts
Padan muka puan rohani kena sindir dgn pakcik malek
gatal mulut sgt irra dah lari
yg kesian umilah.....takut pakcik malek ceraikan dia nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047746 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list