CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haikal_fadzil

[DRAMA MELAYU] TRIBUTE TO P. RAMLEE - 10 telemovie daripada 10 pengarah tersohor negara

[Copy link]
Post time 5-11-2012 05:18 PM | Show all posts



miang buluh keladi birah





Sebuah drama semi komedi yang mengisahkan ANISAH yang kematian suami sejak tujuh tahun lalu, mula berasa bosan tinggal di bandar. Dia ingin kembali ke kampung halamannya kerana merasakan ketenangan desa lebih menyegarkan mindanya dalam menghasilkan skrip-skrip drama yang bermutu. ANISAH menyuarakan impian itu kepada anak tunggalnya, DANIEL. Ternyata DANIEL menyokong hasrat ibunya untuk kembali ke kampung. Sementelahan pula, rumah pusaka peninggalan kedua orang tua ANISAH terbiar begitu sahaja.

Seperti yang dirancangkan, ANISAH dan DANIEL akhirnya pulang ke kampung. Mereka tinggal berjiran dengan JALAL yang bekerja sebagai penjual ikan dan sayur. JALAL seorang duda yang kematian isteri 12 tahun lalu dan kini tinggal bersama anaknya, FARA.

Suasana desa yang tenang dan nyaman telah memberi satu ketenangan buat ANISAH untuk mengutip idea-idea menarik untuk dijadikan skrip. Sesekali, apabila ada perbincangan mengenai skrip, ANISAH akan ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari, kemudian dia akan kembali ke kampung untuk menghasilkan skrip. Apabila skrip telah siap, ANISAH cuma menghantar melalui e-mail.

Manakala DANIEL pula meneruskan persekolahan di kampung berkenaan yang berhampiran dengan rumahnya. Sebagai pelajar dari Kuala Lumpur, DANIEL mudah menjadi perhatian ramai, terutama pelajar perempuan. Tambahan pula DANIEL memang mempunyai raut wajah dan susuk badan yang menarik.

Walaupun ramai pelajar perempuan meminati DANIEL, terutama MARIAM, tetapi tidak bagi FARA. Memandangkan DANIEL tinggal berjiran dengan FARA, dia cuba berbaik dengan FARA, bagaimanapun FARA agak kurang senang dengan DANIEL. Pada pandangan FARA, DANIEL terlalu berlagak dan sombong dengan title budak bandar. DANIEL sebenarnya seorang yang kurang bercakap tetapi murah dengan senyuman.

Semakin hari DANIEL semakin mendapat perhatian bukan saja dari pelajar perempuan tetapi juga para guru kerana prestasi pelajarannya amat cemerlang. Sedikit demi sedikit timbul rasa cemburu di hati FARA kerana sebelum kehadiran DANIEL, dialah yang menjadi harapan para guru untuk mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Oleh kerana FARA begitu kurang senang dengan DANIEL, MARIAM pula sering mengusik FARA. Kononnya jika dari awal lahir rasa kurang senang, lama kelamaan akan berakhir di pelamin. DANIEL pula hanya senyum mendengar usikan MARIAM.

Usikan MARIAM menyebabkan pelajar heboh memperkatakan yang FARA menyintai DANIEL. Ini menyebabkan FARA makin kurang senang dengan DANIEL dan mendesak DANIEL menafikan yang mereka ada apa-apa hubungan. DANIEL keliru dengan desakan FARA kerana dari sikap FARA yang kurang padanya, tidak mungkin mereka boleh berkawan rapat, apa lagi untuk bercinta.

Dalam waktu yang sama, MARIAM terus mengusik FARA. Jika FARA memang tidak berminat dengan DANIEL, MARIAM bergurau akan memikat FARA. Bagaimanapun FARA memang tidak kisah kerana dia memang benar-benar tidak berminat dengan DANIEL walaupun DANIEL cuba berbaik-baik dengannya.

Manakala JALAL pula, sebagai penjual ikan, serring singgah di rumah ANISAH. Selain dari membeli ikan dan sayur-sayuran yang dijual oleh JALAL, ANISAH sesekali meminta JALAL membeli barangan dapur. Lama kelamaan hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya membuah perasaan sayang.

ANISAH tidak menolak cinta JALAL, bagaimanapun dengan syarat dia hanya akan kahwin dengan JALAL sekiranya DANIEL merestui percintaan mereka. Justeru, JALAL sedaya upaya berbuat baik dengan DANIEL sehinggakan menimbul rasa syak wasangka di hati DANIEL. Manakala FARA pula mula cemburu bila melihat JALAL begitu baik dengan DANIEL. Bagaimanapun dia tidak mengesyaki apa-apa.

JALAL cuba berterus terang dengan FARA tentang perasaannya terhadap ANISAH, namun tidak kesampaian kerana FARA terlebih dahulu menceritakan masalahnya di sekolah sejak kehadiran DANIEL. JALAL cuba menasihati FARA dan mersakan hanya FARA yang merasakan DANIEL sombong tetapi hakikatnya tidak begitu. Bagaimanapun FARA tetap membenci DANIEL.

Satu hari keadaan menjadi kecoh apabila MARIAM memberitahu dia melihat JALAL dan ANISAH begitu mesra. FARA yang malu terus menyerang DANIEL dengan mendakwa yang ANISAH sengaja menggoda JALAL kerana FARA kenal siapa ayahnya. Sebelum ini ramai yang cuba memikat JALAL tetapi JALAL tidak mahu kahwin lagi kerana sayangkan FARA.

Tidak puas hati dengan cerita MARIAM, masing-masing meminta kepastian daripada JALAL dan ANISAH. Apabila JALAL dan ANISAH mengaku yang mereka saling menyanyangi,  hubungan DANIEL dan FARA semakin meruncing. FARA menuduh ANISAH macam keladi birah – gatal. Manakala DANIEL yang geram FARA menghina ibunya turut menuduh yang JALAL miang macam rebung buluh.

Tidak puas hati dengan DANIEL menyebabkan FARA mendesak JALAL agar melupai ANISAH. Kononnya ANISAH bukan perempuan yang baik. FARA juga menuduh JALAL sudah tidak sayangkan dia. JALAL kesal dengan tuduhan FARA kerana jika dia tidak sayangkan FARA, sepuluh tahun lalu dia sudah pun berkahwin. Bagaimanapun FARA bertegas dia tidak sukakan ANISAH dan DANIEL.


Manakala DANIEL pula memberitahu ANISAH yang dia tidak setuju ANISAH kahwin dengan JALAL. Memang dia amat menghormati JALAL tetapi dia tidak sanggup bersaudara tiri dengan FARA yang dianggap keras kepala, degil dan berlagak.

JALAL dan ANISAH kecewa dengan sikap anak masing-masing. Puas mereka memujuk dan meminta pengertian tetapi DANIEL dan FARA tetap berkeras. Akhirnya demi anak-anak, JALAL dan ANISAH terpaksa akur. Hubungan mereka tidak mungkin tersimpul dengan sebuah janji perkahwinan. Satu hari, JALAL telah dilanggar motor. Akibatnya kaki kiri JALAL disimen hingga ke paha. Manakala tangan kirinya juga patah dan terpaksa disimen. Ini menyebabkan pergerakan JALAL amat terbatas. Apabila dia keluar dari hospital, FARA terpaksa menguruskan JALAL termasuklah urusan makan, minum dan mandi. Satu hari, FARA begitu tersentuh apabila JALAL hendak buang air besar. FARA insaf, sebagai seorang anak, tidak mungkin dia dapat mengurus segala urusan seorang ayah. JALAL tetap memerlukan seorang wanita yang bergelar isteri.

Dalam keterpaksaan itu, FARA memanggil DANIEL untuk membantunya. Sikap DANIEL yang tidak segan serta jijik membantu JALAL buang air besar semakin menginsafi FARA. Manakala ANISAH pula cuba menyedarkan FARA supaya memahami kehendak dan keinginan JALAL. ANISAH tidak kisah jika jodohnya dengan JALAL tidak ada, tetapi bagi ANISAH, sebagai seorang lelaki yang sihat, JALAL memerlukan teman untuk meneruskan kehidupan berkeluarga. Akhirnya hubungan FARA dan DANIEL menjadi akrab, manakala JALAL dan ANISAH selamat diijabkabul.




MIANG BULUH KELADI BIRAH arahan BADE HJ AZMI bersiaran pada 18 NOVEMBER 2012 di saluran TV1.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 05:22 PM | Show all posts




Dimana Kan Ku Cari Ganti






Chah sayangkan Azhar…Itu saja yang dia tau…Itu saja yang penting…Tuhan telah menyenangkan jodoh mereka berdua dengan meletak kedua keluarga mereka duduk bersebelahan berjiran semenjak mereka masih dalam kandungan…Kalau tidak, mungkin Chah akan berkahwin dengan orang lain…Mungkin dengan Mawi, mungkin dengan Tom Cruise, atau mungkin dengan Datuk K yang tebal misainya tu…Tapi itu kalau Chah tidak kenal Azhar….



Bila Chah dah kenal Azhar, bila hati Chah telah pandai mengenali dan merasai cinta (semenjak dia baru berumur 8 tahun), tidak ada lelaki lain di dunia ini yang mampu bertahta di hatinya selain dari Azhar…Azhar, Azhar, Azhar, Azhar, Azhar….Itu saja yang bermain didalam fikirannya…

Chah manis…Chah sweet…Chah comel…Chah manja…Chah, Chah, Chah, Chah…..Azhar tidak boleh ingat waktu bila fikirannya tidak berfikir tentang Chah…Waktu solat pun Azhar terpaksa berhempas pulas untuk menumpukan fikiran kepada ibadatnya…Mungkin ini yang di namakan angau…

Azhar tak tau bila putik cinta terhadap Chah ni bermula. Yang dia ingat, dia rasa cemburu gila  bila melihat Chah main mata dengan Mat Som, teman baiknya. Waktu tu mereka di tingkatan 5.  Azhar tau mereka berdua memang rapat, tapi dia tidak pernah memikirkan soal-soal jiwang…Heiiiiii…Geli tekaknya nak menyebut perkataan cinta…

Chah akan ketawa bila teringatkan peristiwa dengan Mat Som. Chah hanya meminta pertolongan Mat Som untuk mengajarnya subjek matematik. Tapi peristiwa itu telah membantu menukar ‘hala-tuju’ hubungannya dengan Azhar…

Semenjak itu mereka berdua seperti Romeo & Juliet, atau Tom & Jerry (cerita kartun yang mereka berdua gemari sejak dari kecil)…

Dan apa lagi yang lebih membahagiakan apabila rasa cinta mereka berdua di satukan dengan satu ikatan yang lebih kudus…Meleleh airmata Chah bila Azhar mencium dahinya…Seluruh jiwa dan raganya terasa seperti diserahkan bulat-bulat kepada Azhar…Dan dari saat itu Chah bersumpah akan mencintai Azhar sampai dia menutup mata….

Tak sampai sebulan mereka bersatu sebagai suami isteri, Chah mulai loya-loya tekak…Kedua-dua keluarga menyambut berita kehamilan Chah dengan gembira. Mereka akan menerima cucu sulung.

Cinta Chah dan Azhar semakin menebal dan mendalam. Setiap detik dilalui dengan rasa manis dan haruman bak di syurga…Tidak pernah sekalipun mereka bertengkar atau bermasam muka…Chah rasa bersyukur yang amat sangat dengan rahmat yang di beriNya…

Hanya tinggal sebulan lagi sebelum mereka dengan rasminya bergelar ibu dan ayah. Chah dah tak sabar-sabar lagi untuk menimang anaknya. Setiap tendangan didalam perutnya membawa perasaan bahagia yang teramat sangat…Dia mencintai Azhar, tapi bagaikan ada satu lagi cinta yang sedang mekar didalam hatinya…Cinta terhadap nyawa yang sedang membesar didalam perutnya…



Chah tetap melakukan kerja rumah walaupun sarat hamil. Chah sedang bercakap telefeon dengan Azhar ketika hendak mambasuh kain. Chah tergelincir. Chah terjatuh dan pengsan.

Chah di kejar ke hospital…Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan Chah…Bayi yang di tunggu-tunggu oleh Chah selamat di lahirkan…tetapi Chah berada didalam keadaan koma…Doktor tidak memberikan harapan kepada keadaan Chah…..

Azhar terduduk….Dia akan kehilangan Chah… Chah yang teramat amat disayanginya itu akan meninggalkan dirinya…3 hari Azhar berada di sebelah Chah. Menatap wajah setia Chah yang tidak pernah berhenti mencintai dirinya… “Chah janji bang…Chah akan mencintai abang sampai saat Chah menutup mata…”…Kata-kata Chah itu menambahkan lagi lara di hati Azhar…Chah telah menunaikan janjinya….

Chah tidak membukakan matanya lagi…Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi Azhar…Tiada kata-kata akhir darinya…Hanya airmata yang mengalir dari matanya yang tertutup…Airmata kasih yang teramat sangat terhadap Azhar dan anak yang tidak sempat di tatapinya…

6 tahun berlalu…Azhar masih sendiri…bersama Amira…Anak gadis kecilnya yang petah bercakap. Itu sahaja permata di hatinya sekarang. Hati Azhar maseh belum dapat menerima penganti Chah meskipun kedua orang tuanya, dan juga orang tua Chah menyuruhnya beristeri…Mereka kesian melihat Amira…

Amira melihat kawan-kawannya…Mereka mempunyai abah seperti nya…tapi mereka juga mempunyai seorang perempuan yang di panggil mak atau mama atau ibu…Dia tidak mempunyai itu semua…Dia Cuma ada sekeping gambar…Gambar yang diberikan Azhar sejak dari kecil, sejak dari dia mula mengenali apa itu maknanya MAK…

Abah cakap perempuan cantik dalam gambar itu adalah maknya. Tapi perempuan itu telah ‘pergi’….Amira tak faham kenapa maknya kena pergi…Pergi mana?...Kenapa dia tak balik rumah?...Abahnya tak mahu jawab soalannya itu…Atuk, nenek, Tok dengan Tok Wan pun tak nak jawab. Kalau di tanya jugak-jugak, mereka akan menangis…Amira tak faham…Kadang-kadang Amira mimpi mak datang…Mak senyum…Mak cium dahinya…Dan Amira akan menangis…Dia rindukan mak…Tapi mak dimana?....

Tahun ni Atuk, nenek, Tok dengan Tok Wan nak pergi haji. Amira tak faham apa itu pergi Haji. Tapi diorang cakap, jumpa Tuhan. Sana rumah Tuhan yang paling besar. Kalau pergi sana, kita boleh mintak apa saja, nanti Tuhan bagi. Amira tak nak mintak apa-apa, dia Cuma mintak Tuhan suruh maknya balik rumah….Meleleh airmata Atuk, nenek, Tok dan Tok Wan nya….Dan pesan cucu kesayangan mereka itu di bawa ke Tanah Suci…Memang mereka ingin memohon agar dibukakan hati Azhar untuk menerima sebuah cinta baru….semoga Amira dapat merasai sentuhan kaseh seorang ibu…

Petang tu Azhar dan Amira ke sebuah shopping mall. Azhar ingin mencari baju baru untuk Amira. Biar Amira kelihatan cantik bila menyambut kepulangan datuk neneknya dari Mekah nanti. Amira juga sibuk mencari baju baru….

Mata Azhar terpaku kepada kepada suatu wajah….Wajah yang saling tak tumpah seperti wajah Chah…Azhar maseh dalam keadaan bingung apabila tiba-tiba dia terdengar suara Amira menjerit…

Amira menjerit memanggil “Mak” sambil terus berlari memeluk kaki perempuan yang di lihat Azhar itu. Azhar tergamam…

Puas di tarik, tapi Amira enggan melepaskan pelukkannya terhadap wanita itu. Wanita itu juga nampak terkejut… “ Maaf Cik, anak saya ni salah sangka. Wajah cik sama macam wajah maknya…Dia dah meninggal”…

Hati mana yang tidak tersentuh dengan kenyataan itu. Begitu juga dengan Fatin…Melihat air mata Amira yang menangis apabila dipaksa bapanya untuk melepaskan pelukkan terhadap orang yang disangka kan ibu kandungnya, Fatin meminta agar Azhar membiarkan Amira begitu…

Waktu pulang sekali lagi Amira menangis. Fatin mengambil keputusan untuk menemani Amira pulang. Mereka menanti Amira tidur sebelum Azhar menghantar Fatin pulang.

Amira gembira kerana dia telah berjumpa dengan ibunya, tapi kenapa ibunya pergi lagi. Bila ibunya akan datang lagi?...Amira merengek dan membentak meminta untuk berjumpa dengan ibunya…

Azhar jadi bingung…Mana mungkin dia meminta Fatin untuk melayan kehendak anak tunggalnya itu. Fatin bukan Chah. Dia bukan ibu Amira. Kehendak Amira tidak boleh diikut sangat...Lagi pun Azhar tidak tahu dimana untuk di carinya Fatin. Azhar tidak mengambil nombor telefon ataupun alamat Fatin…Tapi Amira terus membentak.membentak dan membentak...Azhar semakin tertekan… Tangannya dirasakan ringan dan terus melayang ke pipi kecil Amira….Buat pertama kalinya azhar mengkasari Amira….

Datuk neneknya pulang dari Mekah dengan mendapati Amira didalam keadaan demam panas yang teruk…Mulut Amira tidak berhenti-henti memanggil ibunya…Mereka tidak faham dan Azhar juga tidak bercerita…

Hati Fatin berdetik kuat…Bagaikan ada yang tidak kena….Memang semenjak dia mengenali Amira, Fatin ashyik teringatkan gadis kecil yang comel itu. Naluri keibuannya meronta teringin ketemu Amira seolah-olah Amira adalah anak kandungnya. ….Fatin tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia harus bertemu dengan Amira…

Terlepas pinggan di tangan Tok Wan bila melihat Fatin muncul di muka pintu rumah…Wajah Fatin memang sama seperti wajah Chah…

Amira kembali pulih apabila Fatin bersusah payah menyengahnya setiap hari. Azhar hanya mendiamkan diri. Dia juga buntu untuk menyelesaikan masalah anak tunggalnya itu…. “Chah, kenapa Chah tinggalkan abang dengan Amira….”…

Barang kali itu caranya Dia menjawab permintaan mereka selama ini. Ibubapa Azhar dan Chah melihat kehadiran Fatin sebagai rahmat dari Yang Maha Berkuasa…Alangkah baik sekiranya Fatin bersatu dengan Azhar…

Fatin bukan Chah…Chah tidak mungkin di cari ganti…Itu kata-kata hati Azhar…Tapi bagaimana dengan Amira?...Azhar tau yang Chah sayangkan Amira walaupun Amira maseh dalam kandungan…Tentu Chah maukan yang terbaik untuk Amira…

Fatin juga merasa terkejut bila hasrat itu disuarakan kepadanya oleh ibubapa Azhar dan Chah…Apa yang dilakukannya terhadap Amira adalah atas dasar kesian…Amira terlalu merindui arwah ibunya….Sama seperti Fatin merindui arwah suami dan anaknya….

Suami dan anak tunggal Fatin baru setahun meninggaldunia kerana kemalangan jalanraya. Kubur mereka maseh merah…Menerima Azhar sama seperti mengkhianati suaminya….

Azhar sujud memohon petunjuk dari Nya…Fatin juga berharap agar di tunjukkan jalan bagi menyelesaikan kekusutan yang memenuhi rongga didalam hati dan kepalanya…

Hari ini genap setahun arwah suami dan anaknya pergi…Fatin bermimpi..Dia sedang bersama dengan Amira apabila kedua-dua arwah datang….Anaknya bermain dengan Amira…Suaminya tersenyum…dan mengucup dahinya…bagaikan memberi restu….

Fatin terkejut jaga…Fatin tau apa yang perlu di lakukan…

Amira mencium tangan Azhar, dan kemudian mencium tangan Fatin…Ibunya yang terlalu lama ditunggunya selama ini…

Drama arahan OSMAN ALI ini bersiaran pada 25 NOVEMBER 2012 di TV1.


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:27 PM | Show all posts




Jodoh Kita


Mengisahkan tekanan emosi Rohayu yang kehilangan suami (Zainal) akibat kemalangan jalanraya setelah selesai majlis akad nikah. Sebelum menghembus nafas terakhir, Zainal sempat berpesan pada Taufiq yang merupakan pengapit serta kawan baiknya. Akibat tekanan emosi, Rohayu turut kehilangan kariernya.

Setelah dua tahun Zainal meninggal dunia, atas usaha kawan baiknya, Nora, Rohayu bersetuju kembali ke KL dan bekerja sebagai Eksekutif Kewangan di pejabat tempat Nora bekerja. Setiap hujung minggu, Rohayu akan pulang ke kampung untuk melawat pusara Zainal. Sikap Rohayu amat membimbangkan kedua orang tuanya, Rahman dan Senah, serta Habsah (ibu arwah Zainal).

Naim, Penolong Pengurus Projek dan rakan sepejabat Rohayu terpikat dengan Rohayu, bagaimanapun kenangan masa silam menyebabkan Rohayu tidak dapat menerima Naim.

Manakala Taufiq yang turut mengalami cedera parah dalam kemalangan tersebut, terlantar di hospital selama beberapa bulan. Setelah keluar dari hospital, Taufiq di bawa ibunya, Mahani pulang ke kampung untuk menjalani rawatan selanjutnya. Setelah pulih, Taufiq berkhidmat di Munich, bagaimanapun akhirnya berhenti kerja dan membuka agensi pelancongan.

Dalam waktu yang sama, Taufiq diburu rasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhir Zainal kerana Mahani begitu kecewa dengan sikap keluarga Zainal serta Rohayu yang langsung tidak menjengah Taufiq ketika Taufiq di hospital.

Satu hari, Taufiq bertemu dengan kawan baik Rohayu, Nora. Taufiq bersimpati apabila Nora memberitahu keadaan Rohayu selepas kematian Zainal. Taufiq ingin merawat luka di hati Rohayu sekaligus menunaikan permintaan terakhir Zainal, namun Rohayu tidak dapat menerima Taufiq atas alasan ingatannya pada Zainal masih kental.

Emosi Rohayu makin terganggu apabila mengetahui tentang permintaan terakhir Zainal. Bagaimanapun akhirnya Rohayu mula belajar untuk menerima Taufiq, malangnya Mahani menentang keras hasrat Taufiq untuk berkahwin dengan Rohayu tetapi akhirnya Mahani insaf dengan kekhilafannya sendiri.




Saksikan lakonan hebat Fauziah Gous, Iqram Dinzly, Zahiril Adzim dan lain-lain dalam drama arahan ISMAIL YAACOB pada 9 DISEMBER 2012 di TV1.
















Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:31 PM | Show all posts




pelamin di pusara








MENGISAHKAN konflik cinta yang dihadapi oleh ZAMARUL (28 tahun) dan MAISARA (25 tahun) dalam mempertahankan kesucian cinta mereka dan akhirnya kedua-dua mereka mati bersama dalam satu kemalangan jalan raya yang dirancang oleh tunangan Zamarul, SURAYA (26 tahun).



Sebelum Suraya melanjutkan pelajaran ke luar negara, kedua ibu bapa Zamarul iaitu GHAZLAN (lewat 50-an) dan ZARINA (55 tahun) telah memaksa Zamarul bertunang dengan Suraya. Walaupun Zamarul tidak bersetuju dengan pertunangan tersebut, namun dia terpaksa mengalah demi menjaga hubungan baik keluarganya dengan ayah Suraya iaitu ISMAIL (52 tahun) kerana Ismail merupakan rakan kongsi perniagaan hartanah ayahnya.



Sebagai seorang yang happy go lucky dan suka bersosial, kehidupan Suraya di luar negara tersasar dari landasan kehidupan yang sebenarnya. Sementalahan pula kehidupan keluarga Suraya di Kuala Lumpur juga agak bebas dan moden, mirip gaya hidup barat. Salah seorang teman Zamarul yang turut belajar di uviversiti yang sama dengan Suraya, apabila pulang ke Malaysia telah menceritakan tentang gaya hidup Suraya di sana. Ini menyebabkan Zamarul makin sukar untuk menerima Suraya, bagaimanapun Ghazlan dan Zarina yang juga mengamalkan gaya hidup ala barat menganggap semua itu adalah perkara biasa.



Kecewa dengan sikap Suraya yang tidak mahu berubah, Zamarul mencari ketenangan di masjid, lalu berkenalan dengan Maisara dan akhirnya mereka saling menyintai. Bagaimanapun apabila Ghazlan terserempak dengan mereka, Ghazlan memaksa Maisara meninggalkan Zamarul.



Dalam waktu yang sama, Suraya yang pulang bercuti mendesak dia dan Zamarul dinikahkan segera. Zamarul menolak dan ini menimbulkan kekecohan di antara keluarga mereka sehinggakan memaksa Zamarul memberitahu apa sebenarnya yang berlaku pada Suraya. Ghazlan dan Zarina akhirnya akur setelah melihat gambar separuh bogel Suraya bersama beberapa orang lelaki di luar negara.



Suraya yang sebenarnya telah mengandung dan ingin menjadikan Zamarul sebagai pak sanggup, akhirnya nekad hendak melanggar Maisara. Bagaimanapun ketika dia hendak melaksanakan rancangannya, Zamarul cuba menyelamatkan Maisara, malangnya Zamarul dan Maisara telah dirempuh oleh Suraya. Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian.



Drama PELAMIN DI PUSARA arahan MURALI ABDULLAH akan ditayangkan di TV1 pada 23 DISEMBER 2012
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:34 PM | Show all posts


Hanya Dikau



HISYAM (29 tahun) yang mengambil keputusan menetap di Australia akhirnya terpaksa pulang ke Malaysia untuk mengambil alih perniagaan pengangkutan milik keluarga apabila ayahnya DATUK BORHAN sakit dan tidak dapat memberi tumpuan kepada perniagaan. Hisyam yang sepuluh tahun merantau ke Australia kerana kecewa setelah rumah tangganya bersama SHEERA runtuh akibat kecurangan Sheera, pada mulanya agak keberatan untuk pulang. Sementelahan pula di Australia dia mengusahakan restoran masakan Melayu bersama kawannya yang sama-sama menuntut di sana dulu.

Bagaimanapun memandangkan beliau satu-satunya anak lelaki Datuk Borhan bersama DATIN AMIRA, Hisyam terpaksa akur tetapi dengan satu syarat – jika ayahnya sihat semula dan mampu menguruskan perniagaan, dia akan kembali ke Australia.

Kepulangan Hisyam disambut gembira oleh keluarga tetapi syarat yang dikenakan oleh Hisyam sedikit sebanyak merisaukan mereka. Kalau boleh mereka tidak mahu lagi Hisyam membawa diri ke Australia kerana kecewa dengan Sheera. Justeru, nenek Hisyam iaitu AMINAH merancang untuk mencari jodoh untuk Hisyam dengan tujuan untuk mengikat Hisyam tinggal di Malaysia, sekaligus memberi tumpuan kepada perniagaan keluarga.

Ramai wanita-wanita cantik anak kenalan Aminah dan juga Datuk Borhan diperkenalkan kepada Hisyam, bagaimanapun Hisyam seperti tidak berminat dengan mereka. Hisyam sebenarnya bukan tidak mahu mendirikan rumah tangga kali kedua tetapi dia serik untuk berkahwin dengan wanita cantik dan terpelajar kerana seperti yang didedahkan dalam akhbar, statistik perceraian amat tinggi berlaku di kalangan wanita terpelajar dan cantik.

Tanggapan Hisyam amat mengecewakan Aminah. Dia cuba menyedarkan Hisyam tentang keperluan dan matlamat berumahtangga sebenarnya iaitu untuk menambahkan bilangan umat Muhammad s.a.w. Namun Hisyam tetap dengan pendiriannya.

Dalam waktu yang sama, Hisyam sebenarnya terpikat dengan FIFI (27 tahun), pembantu rumah keluarganya. Sikap lemah lembut serta menghormati orang yang ada pada Fifi, benar-benar memikat hati Hisyam. Bagaimanapun memandangkan Fifi hanya pembantu rumah, Hisyam agak keberatan untuk memberitahu Aminah kerana bimbang Aminah tidak dapat menerima pilihan hatinya. Sementelahan pula sikap Aminah memang cerewet. Hisyam bimbang Aminah akan melempiskan rasa kecewa terhadapnya kepada Fifi dengan memberhentikan Fifi sedangkan Fifi terpaksa menyara tiga orang adiknya yang masih menuntut di IPTA dan juga bersekolah.

Sementara itu, kepulangan Hisyam dari Australia serta kedudukannya sebagai Pengarah Urusan di syarikat milik keluarga, menyebabkan Sheera yang telah bercerai dengan suami keduanya berhasrat untuk berbaik semula dengan Hisyam. Walaupun hasrat Aminah untuk mengahwinkan Hisyam sekaligus untuk `menjerat’ Hisyam agar terus bekerja dengan syarikat milik keluarga, hasrat Sheera ditentang oleh Aminah.

Setelah seluruh keluarga mendesak agar dia kahwin lagi, akhirnya Hisyam berterus terang dengan Fifi yang dia menyintai Fifi. Hisyam inginkan kepastian Fifi sama ada Fifi menyintainya atau tidak. Jika Fifi dapat menerimanya, Hisyam berhasrat untuk berterus terang dengan keluarganya.

Fifi terkedu. Layakkah dia dicintai oleh Hisyam? Bukankah mereka tidak setaraf? Bagaimanapun adik bongsu Fifi iaitu MIRA (17 tahun) berlainan pendapat. Cinta itu anugerah Tuhan dan Tuhan berhak menganuerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Akhirnya Fifi menyerahkan semuanya kepada Hisyam.



Datin Amira terkasima apabila mendengar pengakuan Hisyam yang dia menyintai Fifi. Datuk Borhan pula menyokong tetapi Datin Amira bimbang Aminah akan menentang sekeras-kerasnya dan dia tidak berani untuk menyampaikan hasrat Hisyam kepada ibu mertuanya itu.

Manakala Sheera yang rasa tercabar apabila Hisyam memberitahu dia menyintai Fifi, bertindak menghasut Aminah dengan harapan Aminah akan melenting marah dan sekaligus memberi peluang kedua kepadanya untuk berkahwin dengan Hisyam. Aminah begitu terkilan dengan sikap Hisyam, Datin Amira dan juga Datuk Borhan yang merahsiakan hubungan Hisyam dengan Fifi. Lebih mengecewakan hatinya apabila dia tahu tentang itu daripada Sheera.

Datin Amira memohon maaf dengan Aminah kerana merahsiakan perkara tersebut kerana dia bimbang Aminah tidak dapat menerima Fifi. Bagaimanapun Aminah hanya memberitahu, kalau dulu dia dapat menerima perkahwinan Borhan dengan Amira sedangkan ketika itu Amira juga merupakan pembantu rumah keluarga Aminah, kenapa sekarang dia tidak boleh menerima Fifi?

HANYA DIKAU akan bersiaran pada 30 DISEMBER 2012. Saksikan drama hebat arahan AMY MAZIAH di TV1.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:38 PM | Show all posts




selagi cinta berzikir


Sepuluh tahun lalu, demi cinta, NAZIRA (26 tahun) sanggup meninggalkan kemewahan keluarga untuk hidup bersama FAZLI (30 tahun) yang merupakan seniornya ketika sama-sama menuntut di Universiti. Tekad Nazira untuk berkahwin dengan Fazli menyebabkan hubungan Nazira dengan ayahnya, DATUK RAMLI menjadi dingin dan renggang. Ini kerana Datuk Ramli kurang senang bermenantukan Fazli yang bukan sahaja tidak tahu asal keturunan kerana dibesarkan di rumah anak yatim selepas diselamatkan dalam satu operasi membanteras kutu rayau, tetapi juga gagal mendapat sebarang pekerjaan selepas keluar dari Universiti. Fazli akhirnya bekerja sebagai makenik untuk menyara kehidupan.

Berlainan pula dengan ibu Nazira iaitu DATIN MAHANI yang amat bersimpati dengan kehidupan Nazira dan Fazli yang serba kekurangan, tetapi tidak berani membantu Fazli kerana telah diugut oleh Datuk Ramli. Kononnya Datuk Ramli mahu Fazli berdikari. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa mereka hadapi untuk mendirikan rumah tannga.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand. Malang tidak berbau kerana ketika dalam perjalanan, kawasan mereka telah diserang oleh penjahat yang cuba untuk menakluki kawasan itu. Fazli dan Nadhirah cedera. Fazli berasa kecewa kerana dia gagal menjaga Nadhirah. Kaki Nadhirah terpaksa dipotong kerana kecederaan yang teruk.

Bagaimanapun Fazli tetap setia. Baginya Nazira tidak bersalah. Fazli nekad untuk hidup bersama Nazira biar apa pun yang berlalu. Bermulalah rutin baru dalam kehidupan Fazli. Dia sentiasa dihambat masa. Sebaik habis berkerja, dia akan bergegas pulang ke rumah untuk menjaga Nazira.

Fazli juga menjadi seorang yang sensitif. Nazira faham tekanan perasaan yang dilalui oleh Fazli.

Dia mula tabah berdepan dengan kemelut yang dihadapinya. Nazira dijaga dengan penuh kasih sayang. Dia sedar, Nazira amat menyintainya dan takdir telah menguji kesabarannya. Setiap hari, makan, minum, pakaian dan urusan diri Nazira dijaga sebaik mungkin. Kehidupan mereka sederhana tetapi bahagia.

Pada suatu hari, Fazli terpaksa balik lewat untuk mencari duit lebih. Nazira keluar dari rumah dan mencari Fazli. Nazira terserempak dengan beberapa penjahat dan mereka telah merogol Nazira. Fazli rasa bersalah dan semakin sensitif. Dia merasakan yang dia memang tidak layak untuk menjaga Nazira. Fazli telah menghubungi mak Nazira, Datin Mahani supaya mengambil Nazira semula.

Nazira marah tetapi dia menerima ketentuan takdir yang seandainya jika Fazli tidak mahu menjaganya lagi.

SELAGI CINTA BERZIKIR arahan mantap EIRMA FATIMA akan ditayangkan pada 6 JANUARI 2013 di TV1.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2012 05:40 PM | Show all posts
adoi penat copy paste dari RTM

rasanya dah copy semua ni. semua cerita menarik untuk Tribute to P.Ramlee ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 02:42 PM | Show all posts
mcm menarik sumenye..cuma xtau waktu siaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2012 04:37 PM | Show all posts
macam best2 pulak semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 05:16 PM | Show all posts
setiap hari ahad malam
kat tv1
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 10:37 AM | Show all posts
aku ingat ka selagi cinta bzikir tu....intro nampak mcm antara 2 darjat...ending mgkin mcm kasim selamat...aku tgk separuh jah...sampai dia kawen lari tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:08 PM | Show all posts
iza.moha posted on 28-1-2013 10:37 AM
aku ingat ka selagi cinta bzikir tu....intro nampak mcm antara 2 darjat...ending mgkin mcm kasim sel ...

Ending dia macam x ending ajo... sobab raso nak tahu apo jadi lae bilo heroin dah balik ko rumah ibu bapo dio.. Lagipun citer abang dia tu macam langsung tak ado ending ...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 12:57 PM | Show all posts
tdpp2006 posted on 28-1-2013 12:08 PM
Ending dia macam x ending ajo... sobab raso nak tahu apo jadi lae bilo heroin dah balik ko rumah i ...

speking landon plak kau yo....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 12:39 PM | Show all posts
finally, after dkt 2 thn, lps burpuluh-puluh kali rtm menayangkan 10 telemovie tribute to p. ramlee, anugerah ni akan berlangsung live dr Istana Budaya pada 7 Jun 2013 (Jumaat) jam 9 mlm di tv1

details :


Debaran Anugerah Tribute P. Ramlee

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@hiburan.com.my



AHMAD JAILANI (enam dari kiri) memegang trofi utama Anugerah Tribute P. Ramlee yang menjadi rebutan 10 buah telefilem yang dicalonkan.

LAKONAN, nyanyian dan ilham karya terhebat di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sentiasa bersemadi di hati para peminatnya.

Namun seiring dengan perubahan arus permodenan masa kini, dikhuatiri hasil karya Allahyarham semakin dilupakan.

Sehubungan itu, bagi memperingati dan mengimbas zaman kegemilangan Allahyarham, buat julung-julung kalinya sebuah anugerah bagi memartabatkan kembali seniman agung kegemaran ramai itu iaitu Anugerah Tribute P. Ramlee diwujudkan.

Selain ingin memperingati hasil karya seniman agung itu, penganjuran tersebut bertujuan mengekalkan nama beliau sebagai seorang penghibur terbaik sepanjang zaman, terutamanya kepada pelopor baharu yang sedang meningkat naik.

Kini, bahang kehangatan Anugerah Tribute P. Ramlee kian terasa apabila acara berprestij itu semakin hampir menemui penonton menerusi siaran langsung di saluran TV1 pada 7 Jun ini yang bermula pukul 9 malam.

Melengkapkan lagi keterujaan peminat P. Ramlee, acara itu akan diadakan di Istana Budaya. Acara tersebut sepatutnya dijadualkan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Penukaran lokasi pada saat akhir itu dianggap satu rahmat buat pihak penganjur kerana sebelum ini Istana Budaya memang menjadi lokasi pilihan, bagaimanapun kerana tetapi tiada kekosongan, mereka mencari lokasi lain.

Namun, rezeki memihak kepada mereka apabila berlaku perubahan pada jadual pementasan Istana Budaya.

Penari Istana Budaya

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, sebenarnya jadual acara di Istana Budaya sudah penuh dengan pelbagai pementasan teater dan konsert.



MOHAMED JUHARI

“Kami di Istana Budaya sentiasa ingin melakukan yang terbaik, terutamanya apabila ia melibatkan acara berprestij, tetapi kami tidak mampu melakukan sesuatu di luar kawalan. Segala jadual perlu dipatuhi mengikut prosedur.

“Secara kebetulan, ada sebuah konsert yang ditunda. Jadi bolehlah acara itu dilakukan di Istana Budaya,” jelasnya pada sidang media Anugerah Tribute P. Ramlee yang di adakan di Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah Juhari, bagi menambahkan lagi kemeriahan Anugerah Tribute P. Ramlee, seramai 150 penari Istana Budaya akan membuat persembahan pada acara pembukaan acara itu nanti.

Malah, anugerah yang dianjurkan oleh RTM dan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies dan Trading Sdn. Bhd. itu turut diiringi oleh 42 pemuzik orkestra.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia, Ahmad Jailani Mohamed Yunus berkata, sebuah panel khas juri seramai tujuh orang telah diwujudkan bagi memilih pemenang setiap kategori yang dipertandingkan.

“Kesemua juri merupakan mereka yang arif dan profesional. Kami akan mengumumkan barisan juri pada malam anugerah itu nanti,” jelasnya.

Sebanyak sembilan anugerah akan dipertandingkan berdasarkan 10 telefilem yang sudah habis ditayangkan melalui slot Tribute P. Ramlee di saluran TV1 mulai November 2012 sehingga Mei 2013.

Antara 10 telefilem yang dicalonkan menerusi slot berkenaan ialah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Getaran Jiwa (Michael Ang), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman) .

Selain itu telefilem bertajuk Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah), Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima)
yang mana kesemuanya diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd juga dicalonkan.

Selain itu, antara kategori yang dipertandingkan ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Skrip Terbaik, Telefilem Terbaik, Videografi Terbaik dan Anugerah Khas Seniman dan Seniwati.

Anugerah tersebut turut akan diserikan dengan persembahan daripada Atilia, Syafinaz, Misha Omar dan Azlan The Typewritter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 3.htm#ixzz2VPKLniNH
Hakcipta terpelihara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 12:42 PM | Show all posts
Anugerah Tribute P. Ramlee

Anugerah yang julung-julung kali diadakan, bertujuan memperingati perjuangan seniman agung, Tan Sri P. Ramlee iaitu Anugerah Tribute P. Ramlee bakal berlangsung hanya beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 7 Jun ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sesuai dengan namanya, pasti lokasi yang dipilih untuk menjayakan anugerah tersebut bersesuaian kerana tiada pihak dapat menafikan bahawa seniman tersebut merupakan antara permata yang pernah dilahirkan dalam industri seni negara ini, dengan pelbagai kebolehan.

Pelakon, pengarah dan penerbit Rosyam Nor menjelaskan, anugerah yang terhasil daripada buah fikirannya itu bukanlah suatu perkara yang 'syok' sendiri, tetapi turut memberikan kesan positif kepada industri secara keseluruhan.

"Sewaktu saya melahirkan idea untuk mewujudkan anugerah ini, tidak terlintas bahawa ini adalah untuk kepuasan diri sendiri.

"Kerana bagi saya, anugerah seperti ini merupakan suatu penghargaan kepada seniman dan seniwati lama, yang bersesuaian dengan kata-kata tiada yang lama maka tiada yang baharu.

"Jadi, umumnya anugerah ini adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pihak-pihak sama ada pengarah, kru penerbitan mahupun pelakon," katanya kepada Hits, baru-baru ini.

Tambah Rosyam, sepanjang beberapa bulan sejak sidang akhbar pertama anugerah tersebut, kerja-kerja pemasaran telah dilakukan dengan baik sekali merangkumi siri jelajah, pengiklanan dan lain-lain.

"Tujuan anugerah ini adalah suatu perkara yang positif dan saya berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada orang ramai sepanjang menanti malam bersejarah itu nanti," ujarnya.

Anugerah tersebut merupakan program anjuran RTM dan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang menghimpunkan 10 buah telefilem arahan pengarah tersohor negara yang digarap berdasar lagu-lagu popular P. Ramlee.

Antara kategori yang dipertandingkan pada malam tersebut adalah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik dan Telefilem Terbaik.

Keunikan tersendiri

Selain pihak penganjur, barisan pengarah drama dan pelakon yang tersenarai sebagai calon untuk memenangi sembilan kategori yang dipertandingkan pada malam tersebut, pastinya debaran cukup dirasakan apatah lagi dengan tanggungjawab yang diberikan kepada Penerbit Anugerah Tribute P. Ramlee, Ain Sabrina On.

Menurutnya, pihak RTM sebelum ini seringkali mengadakan persembahan nyanyian dan pertandingan meniru suara dan gaya seniman agung tersebut, tetapi untuk mengadakan sebuah anugerah berskala besar bagi mengenang semula individu tersebut, ini merupakan kali pertama ia diadakan.

"Jika sebelum ini RTM sudah sering mengadakan persembahan dan juga pertandingan nyanyian bagi memperingati lagu-lagu peninggalan P. Ramlee, ini merupakan suatu perkara yang berbeza sama sekali.

"Selain bertujuan untuk memastikan karya-karya beliau terus segar di kalangan masyarakat khususnya generasi muda kini, anugerah ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang terlibat sama dalam program ini," katanya kepada Hits.

Penerbit berusia 36 tahun itu turut berkata, selain acara utama iaitu anugerah itu sendiri yang akan bermula pada pukul 9 malam, RTM juga akan mengadakan dua program lain acara karpet merah dan pasca anugerah.

"Sebelum acara utama iaitu malam anugerah, acara karpet merah akan diadakan bermula pukul 8.30 malam yang akan disiarkan secara langsung di RTM1 dan TVi (Astro 180) kemudian diikuti acara utama sebelum acara pasca anugerah yang bermula pukul 11 malam dan disiarkan di TVi," jelasnya.

Tambah Ain, pada malam anugerah itu, penonton bakal disajikan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian yang turut sama berkisar daripada karya-karya peninggalan Allahyarham.

"Pada acara yang memakan masa selama dua jam itu nanti, pelbagai persembahan nyanyian dan tarian akan turut dipersembahkan oleh barisan artis-artis popular yang didatangkan khas.

"Antara yang akan terlibat menghiburkan hadirin termasuklah Syafinaz Selamat, Misha Omar, Azlan and The Typewriter, Asmidar, Yassin Senario, Shuib Sepahtu dan kumpulan Shiro," katanya.

Berbicara soal persiapan menjelang tarikh tersebut, menurut Ain, setakat ini persedian mereka berada pada tahap yang sepatutnya di mana semua unit yang terlibat bekerja bersama sebagai satu pasukan bagi memastikan kejayaan anugerah itu nanti.

"Pihak krew teknikal akan mula memasuki Panggung Sari untuk membuat persedian pada 3 Jun bagi memastikan segala aspek teknikal seperti set, penataan cahaya dan audio visual disiapkan mengikut jadual.

"Kemudian, pihak produksi akan melakukan persiapan dan latihan mereka pada 5 Jun sehingga tiba waktu persembahan dua hari selepas itu," katanya yang sama teruja menantikan malam anugerah itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... nikah#ixzz2VPMGxxjE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 12:52 PM | Show all posts
my favorite to win for Anugerah Tribute P. Ramlee :

Senarai telemovie & pengarah :

1. Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin
2. Getaran Jiwa (Michael Ang)
3. Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi)
4. Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali)
5. Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman)
6. Jodoh Kita (Ismail Yaakob)
7. Titisan Kasih (Rashid Sibir)
8. Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah)
9. Hanya Dikau (Amie Maziah)
10. Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima)


Pengarah Terbaik

Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima)
atau
Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman)


Pelakon Lelaki Terbaik

Beto Kushairy - Selagi Cinta Berzikir


Pelakon Wanita Terbaik

Sharifah Amani - Selagi Cinta Berzikir     atau
Amy Mastura - Siapa Tipu Siapa

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Zamarul Hisyam - Selagi Cinta Berzikir atau
Aziz M. Osman - Siapa Tipu Siapa (blh jd jgk msk kategori best actor)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Azizah Mahzan - Selagi Cinta Berzikir atau
Amyza Adnan - Siapa Tipu Siapa

Skrip Terbaik

Siapa Tipu Siapa atau
Selagi Cinta Berzikir

Telefilem Terbaik

Siapa Tipu Siapa atau
Selagi Cinta Berzikir

Videografi Terbaik

Selagi Cinta Berzikir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 12:59 PM | Show all posts


petikan gambar dr telemovie Selagi Cinta Berzikir
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 01:00 PM | Show all posts


Hanya Dikau (Amie Maziah)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 01:04 PM | Show all posts
Pelamin Di Pusara, terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., arahan Murali Abdullah, gandingan hero & heroin SHAHZ JASZLE dan RAJA FARAH.


?ts=1314102600

barisan krew & direktor murali abdullah

?ts=1314102605

?ts=1314102597

?ts=1314102600




sesuatu je gaya si shah jazzzzzzzle dazzle Last edited by supernaturalee on 6-6-2013 01:06 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:02 PM | Show all posts
dipilih oleh juri ke undian peminat coz kat paper sebelum ni, peminat kena pilih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.563379 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list