|
“ Huh!”, degusan yang kuat dan keras dilepaskan. Hidayah memang sudah bengang dengan perangai Taufiq ni. Matanya membuntang memandang Taufiq yang sudah berlalu ke jendela yang tekunci, lalu dibukanya perlahan-lahan. Berkeriut bunyinya, hasil daripada besi engsel yang dimakan karat.
Hidayah masih begitu, memandang tajam Taufiq yang membelakanginya. Menikam-nikam belakang Taufiq dengan tajamnya panahan pandangan matanya yang benci.
Taufiq menghirup rakus udara malam yang dingin. Angin sejuk yang meliar masuk ke segenap ruang kamar pengantin baru itu, menyelimuti tubuhnya yang santai berbaju melayu teluk belanga warna perak itu. Diperhatikan langit yang gelap, bulan masih lagi setia di dada langit. Bintang-bintang juga begitu setia meneman bulan yang satu. Hmm...dia mengeluh panjang. Langit direnungnya...sayu... hatinya lelakinya yang keras itu tiba-tiba terusik di malam dia bergelar suami.
Lalu, dia melangkah ke arah bag pakaiannya, dibuka lalu dikeluarkan buku catatannya. Dia kembali ke jendela yang terbuka, lalu mencatatkan sesuatu...
Rembulanku-sajak 1
‘Aduhai ...perempuanku,
tidak sudikah kamu ke sisiku,
bersama merasai dinginnya sejuk malam,
melihat indahnya kesetiaan sang bintang menemani rembulan.
Aduhai kekasih,
kamu seperti rembulan,
indah lagi berseri
mungkinkah aku bintang
di antara jutaan bintang di dada langit...
Cahayamu indah rembulan
Jadi anganan hati insan
Layakkah aku jadi peneman malam bersamu
Bulan?
Atau sekadar aku ini pungguk kesepian?
Atau aku bintang jutaan di tepianmu
Yang mahu bertenggek di jendela hatimu
Akulah bintang paling jauh
Paling kurang sinarnya
Dan paling kurang kerdipannya...(sabtu-27 jamadilakhir1432hj) |
|
|
|
|
|
|
|
Dia menutup bukunya. Lalu menyimpannya ke bawah bantal. Hidayah pula sedang mengadap laptopnya di meja tulis. Sedikit pun tak pandang. Hati aku ni cedera tau tak! Dia ni memang perempuan degil, jadi perempuan kepala batu macam ni perlu diajar supaya jadi kepala batu yang boleh pakai dan ada nilai...batu permata ke, batu nilam ke tak pun batu nisan ke..boleh juga letak kat kubur. Elleh, nak tunjuk keras kepala ya, tengoklah sejauh mana kau nak keras kepala Dayah ooooiiiiii!!.
Taufiq merangka-rangka rancangannya sendiri. Bagaimana untuk mewarnai rumah tangga yang baru dibinanya itu. Dia bukan tidak tahu yang Hidayah begitu bencikannya sejak daripada rombongan merisiknya datang dulu. Mana tak Hidayah bengang, baru 3 hari putus tunang dengan si Ridzwan tu, Taufiq cepat-cepat hantar masuk meminang, bimbang melepas lagi.
Bila saja Hj. Baharin setuju, Hidayah benci pun bencilah, janji dia dah suka. Bukan dia tidak perasankan mata Hidayah yang bengkak kesan dari menangis yang lama, walaupun mata yang cantik itu desaluti maskara dan eyeshadow, namun jernihnya mata itu, dia tahu Hidayah tiak rela.
Dan sekarang, dari hujung rambut sampailah ke hujung kuku Hidayah, adalah kepunyaan Taufiq. Jadi dia perlu merangka strategi untuk memenangi hati buah hatinya itu. Langkah pertama..mmmm..langkah pertama ..apa ya? Dia garu kepala. Lalu dia bangun, mengambil tuala dan keluar dari bilik. |
|
|
|
|
|
|
|
Best citer ni, sambung lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
best3..sambung cepat-cepat yer |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... permulaan yang baik.....
sambungannye lagi????? |
|
|
|
|
|
|
|
suke2
taufiq ni ayat la ckit dayah.
kasi cair.heehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# budak88
off topic- citer u bila nak sambung balik? |
|
|
|
|
|
|
|
sabar sabar sabar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# aaz
NTah laa zaman bile nk b'sambung. |
|
|
|
|
|
|
|
permulaan yang menarik....I like |
|
|
|
|
|
|
|
**********************************************
Hidayah tersentak bila pintu biliknya dibuka dari luar. Taufiq masuk dengan wajah yang basah, lengan bajunya juga disinsingkan sehingga ke siku. Kopiah dikenakan ke kepalanya kembali. Dia mencapai sejadah lalu membentangkannya, satu di hadapan dan satu lagi ke belakang sedikit.
Hidayah berkerut melihat tingkah laku lelaki itu. Dipandangnya Taufiq tanpa berkelip. Tiba-tiba mata mereka bertembung lagi. Taufiq mengangkat keningnya, kali ini bukan lagi dengan gaya yang nakal dan gatal.
“ Pergi ambil wudu’, nanti pakai telekung yang abang bagi tu, ada bawa kan?” seakan dia faham dengan apa yang bermain di kepala Hidayah.
“ Cepatlah, apa menung lagi..,” Taufiq mengarahkan lagi, bila Hidayah masih belum berganjak dari kerusi. Lembut dan lunak. Menusuk ke hati.
“ Untuk apa?” Hidayah bertanya seperti orang bodoh. Namun nadanya masih tegas dan keras. Tapi sungguh, dia tidak tahu, dan dia pelik bin ajaib.
“ Sesi taaruf untuk suami isteri yang baru menikah, dah, pergi cepat.,” Sesi taaruf? Mengarut je Taufiq ni. Dia bertambah hairan. Namun, mahu tidak mahu Hidayah capai juga tuala dan terus ke bilik air. Dia merengus, wajahnya bertambah lagi kerut-kerut tidak puas hati.
Isk, kenapa la aku ikut pulak ni. Tak boleh jadi ni. Kena minyak senyonyong ke apa ni...main kasar nampaknya budak Taufiq ni. Amboi, dibudak-budakkan saja si Taufiq tu ya Dayah... ya la, perangai macam budak2. Macam budak-budak ke, macam bapak budak tu Dayah..? |
|
|
|
|
|
|
|
la pendek nyer sambungan....
lagi...... |
|
|
|
|
|
|
|
bgsnye dpt suami cm2 ad sesi taaruf... |
|
|
|
|
|
|
|
respect kt pembaca yg sanggup menunggu dn membaca sehingga brpuluh2 pages, saya yg baru 2 pages ni pun dah tak tahan menunggu... tunggu puluh2 page baru nak copy paste nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
tq pembaca2..sabar2...malam nanti sy masuk kan sikit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|