CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: charming_gal

Pengalaman seramku

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2011 06:02 PM | Show all posts
Reply 20# ida88


kalau die nak join..kitorag ok je..sbb de kusi yang kosong lagi pon....xperlulah nak mambebel bagai kan..kat jb..uma tu still de lagi..tapi sekarang da wat highway kat depan jalan tu.so,kalau lalu sana mesti kitorang xpernah miss nak tengok rumah yang bnyak kenangan bagi kitorang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 08:04 PM | Show all posts
Reply 21# charming_gal
bp lame korg nyewa kt situ? ce chite lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 08:22 PM | Show all posts
citer lg TT... best....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 08:23 PM | Show all posts
Reply 22# ida88


Lame gak kitorang sewa kat situ...dekat 5tahun juga.Sebab kawasan rumah tu dekat dengan sekolah dan kemudahan2 lain.Penat type tadi,tiba2 laptop hang pla.:@  So,kene type balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 08:28 PM | Show all posts
Reply 23# Stila


   thanks stila 4 ur support...yela mana tao takde yang minat nak baca pngalaman i ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 08:56 PM | Show all posts
Reply 24# charming_gal


    TT taip la kat word dulu n save. klu hang xde la jenuh sgt nak naip smule
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2011 09:39 PM | Show all posts
Reply 26# akashiro


i ni xbape teror guna word ni...takot nanti copy paste makin berterabur pula..kalo excel tu bolela...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 11:34 PM | Show all posts
Cerita ke-4~  Ni pengalaman adik aku pulak.Kitorang (kakak,aku,adik) tidur sebilik.Biasanya,kalau kitorang nak ke toilet malam2,akan kejutkan la salah sorang antara kite.Yela,tao la kan rumah kita yang angker itu.
        So,malam itu adik aku dikejutkan oleh aku.Adik aku ni jenis yang  cepat bangun kalau dikejutkan.(beza benar dengan aku yang liat nak bangun ni)So,tanpa banyak soal dan berdalih (ni memang kelebihan adik aku yang boleh dipuj) dia pun bangun dan mengekori aku dari belakang. Adik aku terasa pelik juga dengan aku yang pantas je jalan tanpa tunggu dia pun.Malah,dia tak sedar  dan dengar pun bila masa pulak aku buka pintu (pintu yeng memisahkan hall dan dapur).Sebabnya,selak pintu rumah aku ni jenis yang dulu2 tu,yang akan berbunyi kuat bila kita buka pintu tu.(pintu design dulu2).
        Tapi adik aku tak fikir panjang sangat la keganjilan tu semua disebabkan dia mungkin mamai dan bagi orang yang pernah mengalami situasi seperti ini mesti faham kan.Minda kita time ni tak kan berfikir panjang sangat walaupun keganjilan tu sangat nyata.
        Adik aku pun setialah menemani aku di dapur.Dia melihat aku terus ke toilet tanpa memandang sikit pun wajah adik aku tu.Tapi seperti biasa,adik aku tak ambil serius perkara tu.Lebih kurang beberapa minit,aku pun keluar dari toilet.Seperti biasa,berjalan menunduk tanpa pedulikan adik aku yang tercegat kat situ.Adik aku pula yang masuk ke toilet, dan entah kenapa tak terasa nak suruh aku temankan dia pula sebab fikirkan aku pasti akan temankan dia la.
        Keluar je dari toilet,adik aku bengang bile perasan aku tak temankan pun dia.:@So,dalam perasaan marah+bengang tu adik aku pun terus tutup lampu dan pintu..Yela,adil la kan tadi aku da buka semua.So sekarang adik aku pula kena tutup kan..So,adik aku pun masuk ke bilik dan perasan aku tidur dengan nyeyaknya.Ikutkan marah dia nak je die bebel2 kat aku time tu,tapi entah kenapa dia malas pula.So,die sambung tidur semula.
        Keesokkan harinya,adik aku pun bebelkan peristiwa malam tadi kat keluarga aku semua.Aku yang terkejut dan terpinga-pinga tu puas fikirkan bila masa pula aku bangun.Aku bagitao adik aku ni mimpi kot.Mana ada aku kejutkan dia,takkan aku mamai sampai tak ingat semua pun.Adik aku tak percaya kata2 aku tu dan takut bila fikirkan balik peristiwa malam tu.So,die desak2 aku jangan main2kan dia.
        Adik aku pun ceritakan semula apa yang dia alami malam tadi.Bila die fikir2 balik,memang banyak keganjilan pada aku yang die perasan.Antaranya kepantasan aku berjalan seolah2 langsung tak nak tunggu adik aku pun,wajah aku yang tak nampak jelas tu,cara jalan aku yang menunduk(cam tak berani nak pandang adik aku) dan tiada sepatah kata pun yang aku bercakap.Jadi,kitorang sepakatlah adik aku pulak yang kene gangguan malam tadi…
        Agaknya,siapa yang adik aku temankan ek…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 11:40 PM | Show all posts
Reply  Stila

thanks stila 4 ur support...yela mana tao takde yang minat nak baca pngalaman  ...
charming_gal Post at 14-5-2011 20:28



Hish... ape plak xde yg minat.. forumer kt sini smue minat citer2 cenggini.. ktorg ni mmg strong supporter...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 11:42 PM | Show all posts
Cerita ke-4~  Ni pengalaman adik aku pulak.Kitorang (kakak,aku,adik) tidur sebilik.Biasanya,kalau ki ...
charming_gal Post at 14-5-2011 23:34


waaa........serammm hokay....
we want more!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 11:43 PM | Show all posts
Reply 29# Stila


   yela..betul la..i sendiri pun memang minat juga nak baca pengalaman2 orang sebab penah alami sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 30# Stila


   stila,,i da type 3kali tapi hilang disebabkan intrnet coverage yg teruk malam ni..so,i type kat word cite tu kali ke-3
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 12:04 AM | Show all posts
berusahalah TT...cayork cayork...saya akan bersabar menanti sambungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 12:10 AM | Show all posts
Reply 33# JDT


   thanks jdt...sedang gigih type cite ke-5 ni...walaupun takut2 juga bile terkenang balik cite tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 12:19 AM | Show all posts
Reply  Stila


   stila,,i da type 3kali tapi hilang disebabkan intrnet coverage yg teruk malam  ...
charming_gal Post at 14-5-2011 23:47


xpe TT.... usaha tngga kejayaan.. we all snggup menunggu smp berjanggut nk bace citer TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 12:42 AM | Show all posts
Cerita ke-5~  Peristiwa ni berlaku pada hari raya.Tak silap aku masa tu raya ke-6 dan rumah datuk aku ada buat open house.So,kebetulan ada sedara2 aku yang datang beraya ke rumah aku.Oleh kerana,kebetulan ada open house di rumah datuk aku tu,so langkah kanan la bagi sedara2 aku yang beraya ke rumah aku malam tu.
        Dipendekkan cerita,semua ke rumah atuk aku malam tu.Tinggallah aku dan kakak aku je kat rumah.Kitorang biasanya akan ke rumah atuk aku tu lepas semua sedara2 aku da balik biasanya.Tapi,salah sorang adik sedara aku ni yang aku namakan zaf tak nak ikut maknya.Dia tiba-tiba terlau syok sangat tengok tv(tak salah aku channel 5 ada tayangkan filem omputih yg memang sesuai sangat tok budak2).Zaf ni umurnya lebih kurang  5tahun gitula.So,ayah aku pun suruh aku temankan zaf tu tengok tv.
        Aku pun temankan jelah zaf ni walaupun dalam hati  aku tertanya-tanya gak apa yang syok sangat budak ni tengok tv sampaikan tak nak ikut maknya pun.Yela,zaf ni jarang jumpa kitorang,so,bukan dia kenal dan biasa sangat pun.Sedang aku memaksa diri ku layankan cite tu,tiba-tiba aku terperasan ada sesuatu yang berdiri di bilik aku tu.Aku perasankan lembaga tu dari sisi tepi je,so aku pun terus toleh dan pandang kat bilik aku tu.Bilik tu gelap sebab lampu tak dipasang.Kebetulan,ada buaian adikku kat bilik tu,so aku fikir mungkin buaian tu yang aku nampak.Lembaga  tu kelihatan bergerak ke tepi bila aku toleh.Seperti biasa,kita takkan berfikir jauh sangat walaupun ketara apa yang aku nampak.Yelakan,ikot logik kalau betul pun itu buaian adik aku,takkan  boleh bergerak.Walaupun angin sekali pun yang gerakkannya,tapi pergerakkan  tu stop bila aku toleh..pelik!
        Aku pun teruskan menonton tv semula.Namun,kali ni dadaku berdebar sedikit dan hati aku mula tak sedap.Tak lama lepas tu, aku terasa lembaga tu berdiri lagi.Kali ni lebih ketara aku rasakan,,seperti seorang lelaki dan memakai  kain pelekat ayah ku yang biasanya ayahku gunakan untuk bersolat.Kebetulan kain tu memang tersidai di bilk tu bersama telekung solat kitorang.Owh,,,darah ku serta merta menyirap sebab aku rasakan betul2 kehadiran lembaga itu dalam bilikku walaupun aku belum toleh lagi.
        So,seperti biasa untuk memastikan kebenaran apa yang aku rasakan di sebalik bilik aku yang gelap itu,,aku pun toleh..ermmm..Kali ni,memang jelas aku nampak lembaga itu cepat mengalih ke tepi untuk menyembunyikan diri dia dari aku….oh no!aku terus terbangun dari sofa ku…tindakan aku seperti biasa nak lari la kan..tapi belum sempat aku nak bertindak..zaf terlebih dulu bertindak…tiba2 zaf yang khusyuk tengok tv tu bangun dan nangis2 seolah2 baru tersedar maknya tiada dengannya..Aku yang  blur2 time tu tak tahu nak buat apa.Sebabnya aku da tak ada keberanian nak duduk lebih lama kat hall rumah aku tu…terus aku bawa zaf ke rumah atuk tanpa menoleh ke bilik…Kakak aku,tak pasti pulak kat mane time tu..aku lupa tang dia..yang pasti hanya aku je yang nampak lembaga misteri itu..zaf?entahlah kan,,tapi sampai sekarang bila aku terkenang balik peristiwa tu..pelik sebab zaf tu seolah2  rasa dan ‘dipergunakan’ untuk lembaga tu munculkan diri,,,logik ke…?mungkin kebetulan kot…
        Namun,takkan aku lupa badan lembaga yang beso itu walaupun aku tak lihat dengan jelas~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2011 12:48 AM | Show all posts
Reply 35# Stila


   moga cite i ni xkan menakutkan stila malam2 ni yek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 12:51 AM | Show all posts
Reply  Stila


   moga cite i ni xkan menakutkan stila malam2 ni yek...
charming_gal Post at 15-5-2011 00:48


seram jugak la.. tp ku gigihkan jugak diri ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 01:25 AM | Show all posts
Reply 38# Stila


stila,jangan pandang belakang.....ku sambung esok la cerita lagi,,malam2 tak berani pula nak mengarang cerita2 seram ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 02:47 AM | Show all posts
Besok sambung lg..

adoi.. terasa seram plak baca time2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062596 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list