|
[Tempatan]
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
[Copy link]
|
|
Polis pun bodo dia lain machiam... Tengok kes la. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 25-12-2024 06:54 PM
baru nampak kerja government?
kerja mereka saman & denda.
Sistem perhambaan moden... Begitulah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni 'good samaritan' yang cuba beri laluan kepada ambulans disaman
|
|
|
|
|
|
|
|
https://www.mekanika.com.my/bolehkah-ambulans-langgar-lampu-merah-ketika-di-lampu-isyarat/
BOLEHKAH AMBULANS LANGGAR LAMPU MERAH KETIKA DI LAMPU ISYARAT?
Irwan Asri Mohd Nor
19/03/2017
Kita mungkin selalu terserempak dengan situasi ini, Ambulan yang mengabaikan tanda lampu isyarat ketika dalam perjalanan kecemasan. Saya percaya, 99.9 peratus dari kita akan memberi laluan kepada ambulan dalam apa juga situasi. Saya boleh katakan, pemandu Malaysia sangat berdisiplin bila melibatkan kenderaan kecemasan (Bomba, Ambulans, Polis)
Tapi apa yang di tulis oleh peguam Tuan Hasif Hasan dalam komentarnya baru-baru ini agak mengejutkan. Beliau juga sering melontarkan pandangan yang kritis terhadap isu semasa. Kami juga pernah berkongsi pendapat beliau mengenai kereta sambung bayar tak lama dahulu.
Ikuti apa kata Tuan Hasif Hasan tentang hak ambulans di lampu isyarat,
………………………………………………………………….
Coretan Peguam
Saya ditanya rakan mengenai hak ambulan ketika berada di persimpangan ketika lampu isyarat merah dan juga persoalan adakah kita perlu bergerak bersama sama dengan ambulan (terutama kenderaan kita berada di hadapan ambulan) dan jika berlaku kemalangan kepada kenderaan kita akibat melanggar lampu isyarat dengan kenderaan lain, adalah ambulan turut dipersalahkan?
Jawapan saya;
Saya pernah memberi ceramah undang undang di Hospital USM Kubang Kerian dan saya juga pernah menerangkan hak ini dalam ceramah saya yang juga dihadiri oleh pemandu ambulan.
Hak ambulan ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah?
Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulan yang berada di belakang kita atau sebaliknya?
Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan kepada undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, namun begitu saya tidak akan mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.
Jika sebahagian dari kita merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.
Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan dengan teliti.
Saya sangat bersetuju bahawa isu ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda oleh parlimen.
Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;
– Tak kan ambulan membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
– Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
– Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
– Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulan, apa perasaan kita semua
– Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulan, baru tahu susahnya jika ambulan lambat sampai ke hospital.
– Tidak kena kepada diri sendiri, bolehlah cakap
– Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.
Namun persoalannya ialah adakah boleh ambulan melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.
Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulan telah berlaku yang turut meragut nyawa dan kecederaan berlaku.
Secara tegas saya mengatakan bahawa mengikut undang undang, sesebuah ambulan perlu berhenti di lampu isyarat merah.
Setelah diteliti sememangnya terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulan jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara berikut iaitu ;
-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.
-Pemandu ambulan juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.
Peraturan dibuat bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulan tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat tersebut.
Perlu diingat sebagai contoh terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kenderaan yang berhawa dingin, dengan tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.
Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka.
Mereka tidak sedar kewujudan ambulan pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak.
Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.
Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulan maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.
Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.
Secara tiba tiba muncul ambulan dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Mereka atau pemandu ambulan ?
Begitu juga apabila ambulan berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, secara tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan mereka.
Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?
Perlu diingat bahawa kemalangan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.
Adakah pemandu ambulans boleh disaman oleh pemandu kenderaan hadapan yang bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulan berkenaan dan pemandu kenderaan hadapan tersebut terlibat di dalam kemalangan, jawapannya tidak boleh.
Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulan hanya berada di sebelah mereka atau di belakang ambulan dan seterusnya berlaku kemalangan.
Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?
Perlu difikirkan juga bahawa ambulan membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan,
namun boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, sekiranya pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau.
Tindakan pemandu ambulan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, malah pesakit dan penguna jalanraya yang lain.
Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulan mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian pemandu kenderaan lain pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan tersebut.
Langkah terbaik jika pemandu ambulan ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulan bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulan tersebut.
Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulan untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.
Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.
Pada pandangan saya akhir akhir ini banyak pemandu ambulan sedar hak mereka dan mula berhenti di persimpangan ketika isyarat lampu merah di laluan mereka.
Ambulan hanya boleh melanggar lampu isyarat merah sekiranya ada polis yang mengawal lalu lintas di persimpangan kerana kehadiran polis akan membatalkan peraturan kepada lampu isyarat yang sedia ada.
Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambulans hanya boleh 'langgar' lampu isyarat dengan syarat ada polis trafik yang override lampu isyarat tersebut. Tapi seperti biasa ada la netizen bodoh yang tetap bagi alasan 'takkan orang nazak kena tunggu traffic light'. Persoalan di sini adalah adakah kerajaan sanggup tukar undang-undang? Setiap kali ada kes kecemasan,polis trafik perlu turun sekali untuk buka laluan untuk ambulans, seperti apa yg mereka buat utk VVIP. Cukup ke kakitangan untuk standby 24 jam?
Mungkin kena tunggu lagi 10-20 tahun lagi untuk dapat traffic light yang intelligent boleh utamakan laluan secara automatik kepada ambulans apabila berlaku kecemasan. Maknanya lampu akan hijau lebih lama untuk benarkan ambulans lepas dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
So masa dia jalan tu ambulance tu tunggu lampu hijau ke jalan jugak? Kalau ambulance tu tak jalan makna dia mmg la salah. You should just himpit ketepi walaupun dah depan. |
|
|
|
|
|
|
|
mizzmimi replied at 25-12-2024 02:55 PM
Erm.. lampu merah kan.. kalo ambulan lepas pun, ambulan kot yang kene langgar.. so kesimpulannya tun ...
Ya benar. Dalam kes ni memang perempuan ni salah sbb dia yg masuk laluan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 25-12-2024 06:58 PM
Dalam kes ni 'good samaritan' yang cuba beri laluan kepada ambulans disaman
Dia bukan good samaritan tapi dia gelabah biawak pergi masuk laluan dah tentu kenderaan dok lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau vvip kemain langgar lampur merah semua tp ambulan tak boleh ye tgu jgkla hijau br jln... beringatla lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kita pulak jadi seba salah lps ni..selama ni pikir asal ambulans boleh lalu jd kita bg laluan je..klu dh gini risau pulak kita yg kena..
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm gitu pulak dah... ermm malang bertimpa timpa |
|
|
|
|
|
|
|
pernah hampir terkena kat simpang 4....laluan aku tgh hijau...
ngam menghampiri simpang, tetiba nmpk ada kereta dah kat tgh2 simpang..tetiba muncul moto disebalik kereta, berdesup nak melintas...sipiiiiiiiiiiiiii sgt....ambulans dari simpang kanan nak ke kiri aku (kira ambulans tu nak straight)
kita dari simpang yg berlainan ni, bukan dgr bunyi siren tu, by right, kereta berkenaan mmg wajar lah ke tepi, bukan melintas... |
|
|
|
|
|
|
|
Jdnya cuma blh gerak ke kanan.. Bkn ke kiri or ke depan? OK pasni klu x de space lantak la |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan kita boleh gerak ke depan ke klu ada ambulan ke..bomba ke..polis ke....
ke undang2 dah berubah...rasa mcm ada soalan ni masa test amik lesen 20tahun lepas...huhuu....
so klu xde ruang kiri kanan .bior je la kan..? |
|
|
|
|
|
|
|
VIP usually ada polis bawa so itu dibenarkan sebb polis tu akan kawal lalulintas. Kalau ambulance pun ada polis bawa boleh je jalan red light.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu kes cmni
aku turun kete
suh pemandu ambulan tu bawa kete aku la senang
aku pula bawa ambulan
|
|
|
|
|
|
|
|
ok. pasni marilah tunggu bersama2. lampu hijo baru jalan. silalah beranak dalam embulen. barulah menarik sikit "POB - dalam ambulans nak ke hospital Gleneagles" aa gituhh |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 25-12-2024 12:56 AM
lepas ni ada eskot polis atau polis, memang takkan berganjak lah kedepan, kalau ketepi takda ruang, ...
Ah polis pun mmg mcm sial lahanat pun
Sejak aku baca edisi siasat, ya ampunnnn....mmg sial ya polis2 sume nih kaki makan rasuahhhh ya
Lps tu tergamak ya polis2 bangsat ni bagi anak bini makan hasil rasuah, hasil dr duit kotor pelacuran jual lendir, dadah sume tu
Sbb tu kalo ada jemputan mana2 kenduri kenalan anak polis ke, open hse polis ke kt umah diorg ke, takde aku nk pegi
Sbb taknak aku makan hasil dr duit haram.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|