Post time 14-11-2024 05:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Don mata aku lori kontena bawak laju pusing roundabout nk pegi pukul 3, sampai pukul 12, sikit lg kontena tu nk terjatuh. Lori dh terangkat sblh kanan. Nasib baik x jatuh. Mmg sial driver treler tu. Laju sgt pusing roundabout. Driver mcm ni aku doakan ko mati cpt atau sakit terlantar supaya ko x pyh keje bwk lori & menyusahkan org!
Ya Allah, seramnya. Ni la sebab aku seriau bila lori kontena ni ada berdekatan masa aku tengah drive. Same goes dengan pemotong rumput kat tepi-tepi jalan. Mulalah aku terfikir kejadian bukan-bukan.
Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta direman 4 hari
Oleh Nur Izzati Mohamad - November 14, 2024 @ 11:13am [email protected]
BUKIT MERTAJAM: Pemandu lori kontena terbalik sebelum menghempap kenderaan hingga seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah menghala Kebun Sireh, di sini semalam direman empat hari.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu bermula hari ini hingga Ahad.
Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu suspek yang ditahan semalam tiba di mahkamah sekitar jam 8.20 pagi diiringi anggota polis sempat menunjukkan tanda 'peace' ketika pihak media merakamkan wajahnya.
Insiden itu membabitkan lima kereta dan sebuah lori yang sedang berhenti di lampu isyarat menunggu giliran untuk bergerak.
Dalam kejadian 9.15 pagi semalam, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 25 tahun cedera dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Tular video dan beberapa keping gambar di media sosial memaparkan deretan kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Persekutuan di Bukit Tengah di sini dikejutkan dengan insiden kontena yang terjatuh dari sebuah treler sehingga menyebabkan seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan dekat situ mendapati pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya telah terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja.
Post time 14-11-2024 06:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pemandu trailer kelayakkan terlalu low. Patut kena hantar kusus masuk kem latihan setahun baru boleh bagi bawa trailer. Bagi yg ada pelajaran je lah jd pemamdu. Ni pelajaran takde, attitude kelaut bg lesen bawa kenderaan berat mmg bahaya la sbb sell otak tak bersabung sgt. Bg masuk kem latihan bg brainwash otak dulu.