CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Mangsa kejadian tanah runtuh Batang Kali saman kerajaan Selangor

[Copy link]
Post time 29-10-2024 09:18 AM | Show all posts
lepas ni kalau kerajaan nak buat siasatan / bantuan mcm ni, bagi deposit dulu, baru buat.

sendiri cari pasal. igt murah ke kos carian mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 09:19 AM | Show all posts
Firenzza replied at 29-10-2024 08:40 AM
Klau x silap ada ahli bomba yg maut masa operasi bantuan, yg ni keluarga dia blh saman ko plk la s ...

harapnya kalah awal. tak sedar dek untung. orang lain bertarung nyawa nak ops carian korang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla saman. Selama ni tapak tu acik gomen tak pantau dan kuatkuasakan langkah2 keselamatan. Kalau harapkan acik type m, semua jenis redho dan salahkan diri sendiri dan pihak campsite. Banyak tempat main bukak hutan  tapi penguatkuasaan takde pun. Kena suap atau malas kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata gomen Selangor dan ENAM yang lain dihadapkan ke mahkamah kerana cuai.
Itu hak dia untuk saman sapa² pun yang dirasakan layak dan memenuhi kriteria untuk disaman.

Samada hujah² dia konkrit atau tidak, sama² kita tonton.
Isu ni penah aku bangkitkan sewaktu tengah hot dulu, berdasarkan gugel earth history, kawasan tu memang penah berlaku runtuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:40 AM | Show all posts
ayahibu85 replied at 28-10-2024 11:37 PM
Saman la tempat camping tu
Ade sapa ke paksa korang berkhemah kat cerun tu

maybe dia nak ajar authority kut nape tak pantau camp tu
but wherever u go 'at ur won risk' kan

actually dah banyak kali je org open camp site without kebenaran
as a pelanggan kena cakna
lagi2 la bawak budak2 sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:40 AM | Show all posts
Kalau bab bencana alam, insuran tanggung ke tak. Sendiri yg nak camping, tanah runtuh ...macam mana pulak jadi salah kerajaan. Sammy Vellu faham...Ling Liong Sik pun faham bila bencana alam berlaku, itu semua kerja Tuhan. Datang generasi baru dah semua salah kerajaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 10:22 AM | Show all posts
ada peluang buat duit jangan lepaskan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Guidelines ke sop pasal aktiviti kat cerun mmg dah ada..Malaysia ni penguatkuasaan lemah dari semua jabatan..yg nampak mcm function buat keje jpj n pbt..tapi itu pun byk select je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 11:18 AM | Show all posts
patut yang kau saman adalah penganjur event tu..
salah penganjur la yang tak alert tapak takde lesen tak kaji bahaya segala..
eh.. ke penganjur dan sekutu pun dah tertanam sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 29-10-2024 09:40 AM
maybe dia nak ajar authority kut nape tak pantau camp tu
but wherever u go 'at ur won risk' kan


Klau tanah tu milik persendirian owner tanah la yg kena jawab, klau tnh tu milik gomen salah penceroboh la, cth mcm org pacak umah kt tanah kita tanpa izin tup2 rumah runtuh x kan nk claim gantirugi plk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 28-10-2024 11:55 PM
nak saman atas sebab kecuaian???

1st - kerajaan / pengusaha tmpt tu tak paksa pun korg bercamping  ...


yg kelakar nk saman jkr sbb x pantau cerun tepi bukit tu.. adehhh, tpt tu bkn utk perkhemahan, permit utk pertanian je.. ko yg salah pegi berkhemah kt situ sapa soh..nau sedap2 nk claim kecuaian plk..eh eh ehhhhh
baidewei tpt pertanian tu pengusaha is type C ye... patutnya salah mangsa dan pengusaha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:07 PM | Show all posts
Selain kerajaan Selangor, pihak lain dinamakan ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Turut dinamakan dalam saman itu ialah BL Agro Sdn Bhd, Malaysia Botanical Gardens Resort Sdn Bhd dan Infrasel Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:09 PM | Show all posts
Dalam writ saman, plaintif mendakwa BL Agro dan Malaysia Botanical Gardens Resort disaman atas kapasiti sebagai pengusaha dan pemilik tapak perkhemahan serta tanah terbabit.

"Penggunaan sebahagian tanah tapak perkhemahan terbabit adalah zon komersial walaupun mengikut hak milik tanah, ia bagi tujuan pertanian," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati hitam keladak aiols ingin mengatakan bahawa nak claim insurans tak layak & tak boleh sbb buat aktiviti yg 'at your own risk'.
Nak saman organiser & camp site pon tak boleh sbb sesama 'type' & dah sign mutual agreement yg semua aktiviti adalah at your own risk juga.
So, marilah kita pin point kat mana2 pihak berkaitan & saman semua konon dgn niat nk bg 'pengajaran'
I smell fish all the way........
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:13 PM | Show all posts
23 mangsa, ahli keluarga korban tanah runtuh Batang Kali saman kerajaan Selangor

Oleh Wartawan BH - Oktober 28, 2024 @ 7:07pm
[email protected]


KUALA LUMPUR: Seramai 23 mangsa dan ahli keluarga individu yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali pada 2022 menyaman kerajaan Selangor dan enam yang lain kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawab serta kecuaian.

Selain kerajaan Selangor, pihak lain dinamakan ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Turut dinamakan dalam saman itu ialah BL Agro Sdn Bhd, Malaysia Botanical Gardens Resort Sdn Bhd dan Infrasel Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif menuntut ganti rugi bagi kerosakan harta benda, kecederaan peribadi, ganti rugi khas dan ganti rugi kehilangan tanggungan serta kehilangan nyawa.

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan teruk serta kerugian tidak ketara yang tidak terhad kepada kesakitan dan penderitaan, tekanan emosi serta mental.

Ganti rugi khas yang dituntut ialah RM1,220,406.84.

Mereka turut menuntut tambahan 2.5 peratus faedah ke atas ganti rugi khas secara am dan ganti rugi teruk serta kos.

Faedah 2.5 peratus itu pula dikira dari tarikh tragedi tanah runtuh itu berlaku, pada 16 Disember 2022, sehingga penghakiman dibuat.

Selain itu, plaintif menuntut faedah lima peratus setahun dari tarikh writ saman (23 Oktober 2024) sehingga penghakiman dibuat.

Dalam writ saman, plaintif mendakwa BL Agro dan Malaysia Botanical Gardens Resort disaman atas kapasiti sebagai pengusaha dan pemilik tapak perkhemahan serta tanah terbabit.

"Penggunaan sebahagian tanah tapak perkhemahan terbabit adalah zon komersial walaupun mengikut hak milik tanah, ia bagi tujuan pertanian," katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor disaman berikutan tanggungjawabnya berkaitan cerun di negeri itu.

Tindakan undang-undang sedang diambil terhadap Infrasel, yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan semua jalan di Selangor, mewakili Jabatan Kerja Raya Selangor.

Yang Dipertua MPHS disaman atas tanggungjawabnya memastikan semua pembangunan dan perniagaan dikawal selia, manakala PKPS pula disaman atas kapasitinya sebagai bekas pemilik tanah tapak perkhemahan.

Menurut plaintif, kerajaan Selangor adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas JKR Selangor, MPHS dan PKPS.

Tragedi tanah runtuh pada 16 Disember 2022 di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali itu mengorbankan 31 nyawa.

Sebelum ini, seorang daripada mangsa tanah runtuh itu, Wong Wai Foong, berkata laporan didedahkan mengenai tanah runtuh Batang Kali tidak membawa kepada penutupan kes.

Laporan itu menolak sebarang aktiviti antropogenik atau berkaitan manusia yang menyumbang kepada tragedi terbabit.


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 29-10-2024 09:19 AM
harapnya kalah awal. tak sedar dek untung. orang lain bertarung nyawa nak ops carian korang tu.

Ye betul tu. Tak sedar diuntung. Menyusahkan byk pihak lain atas kebodohan sendiri hingga ada anggota penyelamat hilang nyawa walaupun masing2 tahu nk jumpa yg masih bernyawa tu sgt tipis. Tak sangka aktiviti healing jadi tragedi hujung2 saman sana sini.
Geram je rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 12:48 PM | Show all posts
kite tgk sapa yg menang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 01:40 PM | Show all posts
tempat tu kalau ada lesen pun tetap runtuh...
dah bencana alam
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 29-10-2024 02:02 PM
SalenaGomez replied at 29-10-2024 07:03 AM
See….depa akan saman. Selagi boleh. Xde konsep redha2 ni. Hari tu dpt bantuan juga kan, tapi of cou ...


bak kata ustazah nolya...yg islam(jer) kena redha,pasrah,takdir bagai...onglain...ini semua 'salah najib'().
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:25 PM | Show all posts
aku rasa kerajaan kita dah patut buat apps ke apa untuk semak dengan mudah sesetengah kawasan, restoran atau servis ada lesen atau tak, untuk kem2 ke, tadika ke, yang masukkan saja nama atau alamat ke apa, boleh terus tahu tempat tu takde lesen. letak sekali bawah tu untuk report kekalau tempat tu takde lesen. kan senang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list