CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] PAS gesa siasat peserta pesta tanglung kibar bendera China di Teluk Intan. #2, Penganjur mohon maaf isu kibar bendera China. #4, Perarakan di Menara Condong tiada permit polis - KP Perak. #19, Video

[Copy link]
Post time 25-10-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Saje je nak ngetest kesabaran kan...bukan takat srawak je kome nak yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 06:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2024 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 1.2 juta ' hilang' dari radar..pakat2 ler bersedia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu bendela aaa, manyak silap timpat oooo tapi aaa maanyak sayang sama dia. Kita sama sama bikin pindah itu bendela punyak negeli lah. Ada ngam tarak ngam??
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak sgt menChina kan Bumi Msia ke?Selalu aje ada isu psl bendera,lagu,budaya...

Org tanah besar pun x mahu terima kau worang.Sama mcm melayu x mahu indo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab bendera china je ni. Cuba kalau guna bendera zambia ke colombia ke mesti takde sape kisah pun kan? Sudah2 la mengapi-apikan perkauman... adu domba ni amalan setan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Zambia Colombia Cuba apa lancau tu takde potensi nak take over M'sia ni. China tu sah sah la rakyat dia dah berjuta juta dok haram kat sini siap lagi kita berkrisis rebut lautan dgn China sana.. adoyaiii ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ade ler tu acik2 porem yang samakan dengan mengibarkan bendera palestin

Macam biasalah bodoh tak bertebing, buat perbandingan yang tak sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 26-10-2024 10:51 AM

Typical, gang2 reforbasi aka reformati, yg self-claim terpaling educated acah2 terpaling urban, akan buat perbandingan bahalol untuk bekap tak bertepi. Perarakan pun tak mintak permit dari polis, memang babi la
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 26-10-2024 01:31 AM
Zambia Colombia Cuba apa lancau tu takde potensi nak take over M'sia ni. China tu sah sah la rakyat  ...

Tak faham isu utama —knp dan mengapa org marah. Alih2 colombia jambia dipersalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 10:23 PM | Show all posts
zahid dan penyokong BN mesti amat suka.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mengchinakan teluk intankah?

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:39 PM | Show all posts
Akmal dh sound setepek belum
Harap kn akmal je lah yg ada suara
Betul2 suweyyy  berkongsi negara dgn bangsa ni


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana semangat malysia?
Takde ke perasaan cinta kpd tempat lahir sendiri?
Kenapa mesti nak hangkat bendera Sana.
Sebab leluhur datang dari sana?
Cina ni 1 je semangat ketuanan memang tinggi sehingga jika ada kaum mereka yg kahwin dgn melayu..disangka masuk melayu.

Punya takut hilang jati diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
‘Pemimpin PAS ada mata tapi tidak dapat lihat keindahan kepelbagaian’

Diterbitkan:  Oct 28, 2024 10:37 AM



Profesor Tajuddin Mohd Rasdi, dalam kecaman kerasnya terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, berkata pemimpin seumpama itu bukanlah seorang patriot atau pejuang bangsa dan agama tetapi sebaliknya seorang oportunis yang memalukan.

Ahli akademik itu berkata susulan kejumudan tersebut  menghalang mereka daripada menyerlah dalam wacana intelektual.


"Mereka mempunyai mata, tetapi malangnya, tidak dapat melihat keindahan dalam kepelbagaian. Mereka mempunyai kulit, tetapi malangnya, tidak dapat merasakan toleransi.

“Ada darah, tetapi malangnya, dicemari dengan prasangka,” kata ahli akademik itu.


Ahli politik yang tidak bertanggungjawab itu, katanya, sanggup mengeksploitasi isu yang tidak penting tanpa mengambil sebarang pertimbangan kesan yang mungkin berlaku.

"Orang ramai tidak boleh membenarkan penipu ini membutakan mereka dengan fahaman perkauman atau jingoisme dengan alasan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama daripada ancaman yang direka," kata profesor seni bina itu kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata demikian ketika mengulas desakan supaya mereka yang mempunyai ciri-ciri "mata, kulit dan darah" seperti dirinya bersatu. Ia selepas sekumpulan warga China mengibarkan bendera republik itu pada perayaan Guan Gong di Teluk Intan, Khamis lalu.

Pemimpin PAS itu sebelum ini cuba mengaitkan pemimpin DAP Nga Kor Ming tetapi sebaliknya laporan polis dibuat  terhadapnya kerana membuat tuduhan palsu.



Razman kemudiannya menganjurkan demonstrasi balas di Menara Condong ikonik berusia 140 tahun di Teluk Intan, yang menyerupai pagoda Cina, dengan kehadiran  kira-kira 300 orang yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Susulan itu, Tajuddin tampil menyekolahkan Razman dan pemimpin PAS dengan peringatan untuk meluaskan visi terowong mereka.

Dia mengingatkan Razman bahawa dakwaan PAS yang parti itu mempunyai puluhan ribu penyokong bukan Islam yang "mata dan kulitnya" mungkin berbeza daripada kebanyakan pemimpin PAS.

"Adakah mereka juga akan dipersalahkan atas insiden mengibarkan bendera itu?" soalnya.

Mengingatkan Razman mengenai subjek yang PAS dakwa mereka sebagai paling berilmu atau pakar - Islam dan latar belakang sejarahnya - Tajuddin menegaskan bahawa para sahabat Nabi Muhammad SAW pergi ke China terlebih dahulu dan antara masjid tertua di dunia terletak di negara naga tersebut.

“Masjid tertua di dunia bukan di Tanah Melayu,” katanya.

Tajuddin juga berkata, dia terpaksa mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa masjid tertua di Melaka di Kampung Hulu didirikan oleh pendatang Cina yang memeluk Islam.




"Mereka juga mempunyai mata dan kulit yang berbeza," tambahnya.

Dia juga mengingatkan Razman ketika laksamana China Zheng He (Cheng Ho) belayar ke Melaka pada abad ke-15.

“Zheng He, seorang Muslim dengan kulit berbeza daripada Razman, yang memberi jaminan perlindungan China kepada Melaka - pusat kuasa politik Melayu - daripada ancaman kerajaan Siam," katanya.

Untuk pencerahan Razman, Tajuddin mengingatkannya tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad, yang  menyatakan bahawa Islam dan Allah tidak mementingkan warna kulit tetapi lebih kepada perbuatan manusia dan kesucian hati.

“Nabi bersabda, ‘Semua manusia adalah dari Adam dan Hawa, seorang Arab tidak mempunyai kelebihan atas bukan Arab dan bukan Arab tidak mempunyai kelebihan atas Arab, juga kulit putih tidak mempunyai kelebihan atas kulit hitam dan kulit hitam tidak mempunyai kelebihan. Apa-apa kelebihan adalah ketakwaan dan amalan yang baik'.


“Adakah PAS menyokong Islam sebenar atau agama perkauman dan keutamaan warna kulit?” soalnya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.199544 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list