CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]
Post time 13-3-2011 09:22 PM | Show all posts
suami dia msh ada hubungan dgn gf dia?...smbg lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2011 08:57 AM | Show all posts
Reply 18# kaypo


    ada tp setakat ni jer... nanti sambung
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 10:20 AM | Show all posts
Reply 22# shana85


    salam shana... ni cerpen ke novel? dan kategori U ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 23# Jaza2008

hana rasa nak wat novel tuk cerita ni...panjang lagi coz banyak komflik kategori u
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:41 AM | Show all posts
Reply 24# shana85

ingat dah ada sambungan he he he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2011 11:56 AM | Show all posts
Hanim merenung encik Aizad majikan merangkap suami seperti yang di beritahu oleh semua orang padanya. Entah bila mereka berkahwin. Seingat Hanim Encik Aizad sudah punya pilihan hati, Linda model terkenal malah mereka juga akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi.

Hanim bebar-benar pening memikirkan dirinya berkahwin dengan lelaki itu. Sedangkan sebelum ini sebelah matapun lelaki itu tidak memandangnya. Tambah aneh lagi bila adanya Amar antara mereka. Amar anaknya bersama dengan Encik Aizad. Lagilah Hanim rasa tak percaya. Habistu macammana pula dengan Khaer? Khaer? Tiba-tiba hati Hanim berdegup kencang mengingati sebaris nama itu.

“Hanim kenapa?” Aizad bertanya bila melihat wajah Hanim yang berubah secara tiba-tiba. Entah apa yang Hanim fikirkan.

“Erk…err… macammana kita kahwin? Kenapa?” Hanim terdiam, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan ayat bila melihat wajah Aizad yang begitu dekat dengannya. Aizad tersenyum, terasa lucu melihat gelagat Hanim.

“Encik Aizad boleh tak duduk jauh-jauh sikit?” Hanim bersuara perlahan. Tidak selesa bila Aizad melabuhkan punggung dibirai katil.

“Kenapa pula?” Aizad bertanya namun dalam nada mengusik. Sudah lama mereka tidak duduk berdua begini.

“Saya tak suka, saya rasa tak selesa,” jawab Hanim jujur. Hatinya rasa tidak senang dengan jarak antara mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2011 12:52 PM | Show all posts
sambung lagilah sikit sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 01:56 PM | Show all posts
next.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2011 02:34 PM | Show all posts
Perbualan antara mereka terhenti bila kedengaran ketukan pintu dari luar. Tidak lama kemudian Latipah muncul bersama-sama Amar yang sedang menangis.

“Maaf, Kak Pah menganggu, Amar menangis dari tadi, puas kami pujuk. Tak mau diam dia,” terang Kak Pah. Aizad pantas bangun mengambil Amar.

“anak papa ni kenapa? Rindu kat papa dan umi ya,” Aizad terus memujuk anaknya. Amar tetap menangis. Tangannya disuakan pada Hanim. Teragak-agak, Hanim mengambil Amar. Tangisan Amar berhenti bila berada dalam pelukan ibunya.

“Kak Pah minta diri dulu ya” kak Pah memint izin pergi dari bilik tersebut. Tidak mahu menganggu. Aizad sekadar mengangguk. Matanya memerhati Hnaim yang agak kekok memujuk Amar.

“Kenapa?” Tanya Hanim bila menyedari pandangan Aizad pada dirinya dan Amar.

“Tak ada apa-apa. Amar nampak letih tu. Tidurkan dia dulu,” arah Aizad. Matanya merenung amar yang sudah terlentok di bahu Hanim.

Hanim merenung Amar yang tertidur di ribanya. Diperhatikan wajah Amar. Comel. Alis mata dan bentuk hidungnya tak ubah seperti Aizad. Matanya terus memerhati, mencari persamaan anak kecil itu dengannya. Hanya bibir sahaja seperti dirinya.

“anak umi… maafkan umi sebab tak ingat Amar” Hanim berbisik perlahan. Diciummya pipi Amar.

“Comelkan anak kita,” Aizad bersuara perlahan. Tidak ingin mengejutkan Amar yang sudah tertidur.

“Ya tapi saya langsung tak ingat. Saya tak pernah terfikirpun yang Encik..”

“Nim… saya suami awak, bukannya bos awak. Tak perlu berencik-encik dengan saya”

“maaf… saya tak biasa. Saya tak kenal encik dan saya langsung tak ingat tentang perkahwinan kita. Saya rasa macam talk masuk akal…” terang Hanim. Aizad mengeluh.

nanti sambung lagi yaaa... busy ckit nieh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 05:17 PM | Show all posts
Okeh .....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:17 PM | Show all posts
okeh..nti sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:32 PM | Show all posts
tq shana... sian hanim, lepas ni sambung pjgggg2 lg ya shana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:36 PM | Show all posts
sepatutnya aizad suka....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 11:12 PM | Show all posts
kesian hanim, mesti terseksa sebab tak dapat ingat insan2 yang paling bermakna dalam hidup....
shana........... ada masa sambung lagi tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2011 10:17 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 09:06 PM | Show all posts
nak lagi..lamanye tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 10:46 PM | Show all posts
tengs
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 09:31 AM | Show all posts
best...
nak lagi n3....
smbng panjang2 sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 10:25 PM | Show all posts
shana.. nak lagi.. mcm tak cukup jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 11:34 AM | Show all posts
maaf banyak hari x masuk n3 baru... busy ckit

“Maaf, tapi lepas ni Nim kena balik KL,esok dah boleh balik. Lagipun bila balik nanti mungkin ingatan Nim bolehpulih,”


“Balik KL? Bukan saya tinggal kat situ ke?”Tanya Hanim keliru.


“Banyak yang berlaku dalam tempoh masaempat tahun ni, banyak yang Hanim lupa. Dah jangan fikir banyak-banyak. YangHanim perlu ingat saya suami Hanim dan Amar anak kita,” tutur Aizad. Matanyamemandang wajah Hanim yang keliru.


……………………………………………………………………………………………………..


Hanim serba salah bila terpaksa mengikutAizad dan keluarganya pulang. Gesaan kak Sal juga menyebabkan Hanim akur.Lagipun kasihan pada Amar yang langsung tidak mahu berenggang dari Hanim. Anakkecil itu benar-benar tidak mahu melepaskan Hanim jauh darinya.


Wajah Amar yang tidur di pangkuan Hanimdiusap sayang. Aizad tersenyum melihat telatah anaknya. Manja betul denganHanim. Hanim yang tertidur di sebelah direnung. Banyak yang perlu dilakukan.Perkara utama, memulihkan ingatan Hanim. Namun jauh di sudut hati, dia senangdengan keadaan Hanim kini. Hanim yang riang walaupun adakalanya wajahnya kelirudengan apa yang berlaku. Itu lebih baik dari berhadapan dengan Hanim yangdahulu. Dia tidak mampu berhadapan dengan pandangan Hanim yang penuh kesayuan dankelukaan. Terlalu pentingkan dirikah? Mungkin tapi entah mengapa dia gembiradengan keadaan ini…. Maaf Hanim… adakalanya saya harap ini tidak pernahterjadi… kalaulah masa boleh diundur, tidak mungkin saya akan melibatkan Hanimdalam percaturan ini…

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065551 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list