ADVERTISING
Beliau berasa terpanggil untuk menjawab selepas menerima mesej daripada netizen yang mahukan penjelasan.
Menerusi satu hantaran di Instagram, peguam berpendapat anak guamnya tak perlu mengalah kerana apa yang diperjuangkan bukanlah untuk dirinya seorang tetapi mewakili seluruh wanita di luar sana.
Peguam bagaimanapun tak dapat mengulas lanjut mengenai kes kerana ianya sedang berjalan di mahkamah.
Tetapi beliau percaya anak guamnya perlu mempertahankan diri apabila pihak sana berkeras dengan tindakan saman untuk menyelesaikan masalah.
Yang saya boleh katakan perjalanan kes saman fitnah agak mencabar dan mengambil masa yang lama memandangkan kami juga akan membalas mereka dengan saman fitnah yang lebih keras sekaligus melibatkan kos yang tinggi.
Kata Mahmud, wajah Intan sangat sugul dan tertekan apabila menerima surat saman daripada pihak sana. Malah, Intan juga sedia maklum kos untuk kes fitnah bukan murah. Tetapi anak guamnya tak ada pilihan lain
Bekas isteri pemuzik Ude Wahid ini memilih untuk berjuang kerana merasakan maruahnya telah dipijak. Buat masa ini, biarlah mahkamah yang menentukan kebenaran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
Terdahulu, pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa berang mendakwa sudah bertahun-tahun dibuli bekas madunya itu di media sosial.
Katanya, selama ini dia hanya berdiam kerana menghormati suami tetapi Intan dikatakan melampau batas.