Tak boleh orang lebih sikit, pendek kata memang ada saja yang tak kena dan jadi bahan sindiran seorang aktres ini. Begitulah kalau sudah rasa diri terlalu diva bak primadona. Orang lain tak boleh ‘overshadow’ dia.
Itu yang Cik Bunga dengar tentang perangai seorang pelakon wanita ini dengan ragamnya di set penggambaran. Sebenarnya, pernah jua Cik Bunga dengar mengenai kerenahnya di set sebelum ini, tetapi kita malas nak layan sangat.
Tup tup sedang berbual dengan seorang artis baharu baru-baru ini, terkeluar pula cerita pasal dia.
“Bayangkanlah Cik Bunga, imej yang telah ditetapkan untuk watak dia pun boleh dia nak ubah sebab tak nak nampak buruk daripada pelakon pembantu.
“Terpaksalah pelakon pembantu itu ubah pula imej lain demi tak nak dikatakan cuba ‘overshadow’ pelakon wanita tersebut walaupun langsung tak pernah terbit di hatinya untuk menyaingi artis tersebut,”kata sumber.
Tambahnya, itu belum lagi dengan kerenah dia suka menyindir pelakon lain di set penggambaran. Kalau terlebih sikit gaya atau apa, dicanangnya cuba menyaingi dirinya yang sudah top itu.
Cik Bunga akui, aktres tersebut memang tak tersaingi. Dia pun sudah ada kedudukan tersendiri dalam industri, maka sepatutnya tak perlu nak rasa tergugat dengan mana-mana artis baharu.
Artis lain semua menghormati dirinya. Tetapi kalau selalu sangat perangai takut orang lebih dari dia, Cik Bunga rasa, tak mustahil suatu hari nanti orang dah tak peduli dan malas nak layan dia.
Suatu hari nanti aktres itu pun akan menua juga. Tak adanya nak bawa watak utama jadi perempuan cantik lagi. Tak selamanya kita berada di atas bak kata orang. Jadi, ubah-ubahlah sikap yang entah apa-apa itu.
|