|
[Tempatan]
Banyak projek tidak siap, kelemahan pengurusan hartanah di Langkawi sejak 2018- Laporan Ketua Audit Negara
[Copy link]
|
|
cmf_premierleag replied at 24-11-2023 09:52 PM
Rombak je la management LADA tu
Hire la stok2 professional yg ada international exposure...ni mesti ...
Audit semua perkara pasal lada ni..ntah ntah ambik sedara mara bykkk..ini speku shj ye |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 23-11-2023 02:51 PM
Ye ke..kwn iolss kata bekas kakak ipar dia ade bisnes kat sana..ade rumah kat KL..siap bermewah2 je ...
Nak rasa or tahu...kena gi Langkawi sendiri...and betul..Langkawi tak jammed mcm c highland |
|
|
|
|
|
|
|
iols suke je langkawi tu underrated, biar xsesak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 25-11-2023 08:54 PM
Yup, masalahnya LADA tu badan berkanun aka semi gomen so pepaham aje lah . Yang professional jaga projek pun berapa ketul sangat dan maybe tak ada international exposure, yelah dah bayar gaji pun ikut scale gaji gomen bukannya ikut scale gaji GLC camano nak hire oversea graduate / yang ada international exposure. Lagipun gomen pun dah mengurangkan penghantaran student untuk belajar ke oversea tak sama macam zaman dahulu. Kualiti English even BM generasi sekarang dropped dengan teruk.
Younger generation pun sekarang sibuk nak jadi influenza berbanding nak jadi pandai jaga projek. Ada young generation pun berfikiran kerja adalah sekadar untuk dapat gaji aje bulan bulan, tiada semangat untuk kerja bersungguh sungguh dan tiada inisiatif untuk menambah knowledge dan skill, semua tunggu orang lain yang datang suap/ajar/bagitahu. Semuanya jenis kalau boleh jenis nak cuti selalu dan nak menambah anak berderet deret setiap tahun.
Kerajinan/skill/kepandaian melaksanakan kerja hakiki/core busines pun nampaknya sudah tidak dipandang sebagai penting lagi, sebagai contoh, untuk mendapat markah prestasi tinggi, perlu melibatkan diri dalam sebanyak banyaknya dalam aktiviti luar/sukan/persatuan/ko kurikulum berbanding menyiapkan sebanyak-banyaknya projek yang merupakan kerja hakiki. Sebabnya markah perlaksanaan kerja semua orang akan dapat markah lebih kurang sama walaupun ada yang kena buat kerja lebih banyak atau kerja yang lebih susah yang orang lain tak boleh buat / tak nak buat. Orang yang kena buat kerja lebih banyak atau lebih susah tak ada masa untuk buat kerja ko kurikulum jadi overall markah dia akan dapat lebih rendah kat bahagian kokurikulum tu. Cadangan aku ialah janganlah dibebankan sangat staff gomen dengan keperluan ko kurikulum ni. Ada tu pula kalau boleh nak mengelat tak nak dihantar untuk buat kerja yang susah susah yang orang lain tak mau sebab tak mahu susah susah kena berfikir benda baru. Tunggu orang lain fikirkan dahulu macamana nak buat lepas tu tolong ajarkan kat dia.
Keadaan sekarang yang kita boleh nampak ialah yang dipentingkan ialah ialah kepandaian buat benda benda lain yang bukan core business. Alaaa kat swasta pun sama, yang disayangi ialah orang yang jaga akaun dan finance, bukannya orang yang buat kerja jaga projek.
Ada pulak tu yang jenis sijil berkepuk kepuk tapi tak pandai buat kerja/tak boleh buat decision pun ada, pandai cakap aje. Yang rajin/pandai kerja dalam gomen pon fedap, last last berenti, so tinggallah mereka mereka yang incompetent seperti confession di bawah (copy paste from Facebook). Yelah, why do we have to suffer for other people's incompetence kan, baik cabut pergi somewhere else. Kita kerja bermati matian bagai nak rak, tak ada masa untuk family, sakit sakit, orang lain bersenang lenang bersuka ria suka mengelat tak mau buat kerja yang susah/tak glamer eh orang yang bersenang lenang suka mengelat tu pulak yang cepat naik. Lepas tu kerja bertimbun humban dekat yang orang yang rajin/pandai buat kerja tu lah, bukannya bagi kat orang yang naik pangkat tapi suka mengelat tu.
Realiti Penilaian Prestasi Pejawat Awam: Pengalaman Saya part 1. (Copy paste from Facebook)
Tujuan utama penilaian prestasi ialah:
1. Menempatkan pegawai kepada bidang tugas dan tempat kerja yang sesuai untuk kemajuan kerjaya beliau.
2. Kenaikan pangkat.
3. Pergerakkan gaji.
Sebenarnya hanya perkara 2 yang terpenting kepada semua penjawat awam kerana mereka perlu bersaing dengan puluhan atau ratusan pegawai dari batch mereka.
Markah penilaian prestasi akan menentukan sama ada mereka akan naik dahulu atau corot apabila ada kekosongan untuk kenaikan pangkat.
Corot itu mungkin bermakna anda menunggu sehingga 5 tahun walhal rakan-rakan lain sudah naik pangkat dahulu. Anda masih di takuk lama dan ada kemungkinan rakan anda akan jadi bos anda.
Penilaian prestasi markah 50% hingga 79.9% dikira memuaskan, 80% hingga 89.9% dikira baik dan atas 90% sebagai cemerlang.
Maknanya jika bos memberi markah 50%, bos menilai kerja anda sebagai memuaskan sahaja.
Apa-apa pun at least beliau ada perasan kasihan kerana tidak memberi markah 49.9% yang dikira prestasi buruk, dan boleh dikenakan tindakan disiplin sehingga dibuang kerja.
Sistem penilaian prestasi Kerajaan sangatlah baik tetapi masalahnya ada bos yang berperangai tidak baik kerana tidak menilai staf mereka secara objektif.
Paling jahanam ada bos yang menggunakan penilaian prestasi untuk membalas dendam terhadap staf yang tidak sehaluan, berkurang ajar atau kaki melawan.
Sebenarnya ada avenue lain untuk mengambil tindakan pada pegawai yang sedemikian.
Bukan itu sahaja, mereka yang pandai membodek bos, kaki cover bos, macai bos dan kekasih gelap bos boleh mendapat markah cemerlang.
Secara peribadi, saya memberi markah 90% minima dan 97% maxima pada pegawai saya walaupun ramai tidak bersetuju dengan cara ini.
Saya berpendapat dengan markah sebegitu mereka boleh bersaing dengan rakan rakan mereka dari daerah, negeri atau peringkat federal.
Ramai dari ex-staf saya sekarang sudah menjawat jawatan Jusa C sehingga Jusa A.
Untuk pegawai non exekutif, markah terendah adalah antara 85% hingga 97%.
Selain itu setiap orang akan dipanggil dan ditunjukkan markah mereka dan saya akan memberi kata dua mengenai prestasi kerja mereka dan nasihat yang sepatutnya untuk kecemerlangan kerjaya mereka.
Ini pengalaman penilaian prestasi yang saya alami sendiri.
Setelah bekerja lebih 15 tahun, saya dinaikkan pangkat kepada gred 48 dan seterusnya kepada KUP 54 sebagai Pengarah Pembinaan dan ditempatkan di satu projek site mengendalikan projek berbilion ringgit.
Memandangkan projek tersebut tersangat prestij pasukan saya diletakkan terus di bawah bos nombor 2 Jabatan Malaysia kerana terpaksa berhubung terus dengan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan KSN.
Sebelum sistem HRMIS, semua bos yang saya berkhidmat tidak memberitahu markah atau prestasi saya.
Ianya seperti satu tradisi old timers yang ingin menjaga hati pegawai di bawah mereka.
Walaupun begitu saya tahu markah yang diberi oleh bos-bos baru memang tinggi kerana dari senarai seniority pegawai setiap tahun, nama saya tersenarai dalam top five dari seratus pegawai dalam batch saya.
Mereka menilai prestasi kerja saya secara objektif walaupun saya bukan kaki bodek atau suka ‘chummy-chummy’ dengan bos.
Selama 15 tahun bos nombor 2 di Jabatan Malaysia memberi saya markah tinggi dan seniority saya tidak pernah jatuh dari top 5 sehinggalah satu rombakan besar besaran berlaku di Jabatan Malaysia dengan memperkenalkan sistem matrik (yang akhirnya menjadi jabatan seperti seekor dinosaur, sangat lembab dan semua bekerja secara silo).
Dengan sistem baru saya diletakkan dibawah bos baru dan tidak lagi berpayung dengan bos atasan.
Setelah setahun bersama bos baru, saya dapati seniority saya jatuh dari top 5 kepada nombor 47 (dari 50 pegawai yang tinggal dalam batch saya).
Maknanya saya ketiga corot dari bawah. Bos baru memang tidak pernah menunjukkan markah prestasi atau berbincang mengenai prestasi kerja saya.
Tentunya saya dalam stress kerana tidak mungkin selama puluhan tahun saya bekerja dengan cemerlang dengan tiba-tiba dari hero jadi zero pada lanjut usia.
Lagi pun projek saya semua siap pada waktunya dan prestasi kewangan hampir 100% tanpa apa apa komplen dari klien.
Rakan seperjuangan saya yang mengendalikan projek lain, tetapi projek nya terbengkalai, projek lambat siap dengan LAD dan EOT, prestasi kewangan yang buruk dan banyak projek tidak ditender mengikut SKT, mendapat markah dan seniority yang lebih tinggi dari saya.
Saya telah mencapai tahap SKT tetapi prestasi saya dikira buruk juga.
Bukan itu sahaja, Klien pernah menghantar surat pada Jabatan Malaysia mengenai prestasi cemerlang pasukan kami, tetapi tidak diperdulikan.
Pada masa itu saya teringat kisah 30 tahun lampau dimana ada Pengarah Pengurusan yang prihatin membantu saya dari bos yang moody.
Kali ini saya tidak dapat dokongan dari sesiapa pun. Bos baru nampaknya ada ‘axe to grind’ terhadap saya dan perangai emo juga...
Setelah membuat kira-kira masa depan dalam Kerajaan yang jalannya nampak ‘blur’ dengan bos yang ‘tidak suka muka’ saya, akhirnya saya bertekad untuk pencen awal dan berhenti dari bekerja dalam Kerajaan.
Ya, bukan mudah untuk berhenti bekerja setelah 30 tahun berkhidmat di tempat yang sama dari zaman ketika Dr Mahathir mula menjadi Perdana Menteri Malaysia….
|
|
|
|
|
|
|
|
asmurai replied at 25-11-2023 05:36 PM
Yup, masalahnya LADA tu badan berkanun aka semi gomen so pepaham aje lah . Yang professional jaga ...
Aku ingatkan cerpen.
Jenuh aku skrol sampai bawah taww. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehancuran bermula apabila PH naik tahun 2018... Semua projek diganggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena rombak management,dari LADA menjadi CILI |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli parlimen langkawi tu pun ntah org tua mana. Bercakap kt parlimen pun memalukan |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Audit bukannya sembang kat kedai kopi sambil mengata pemimpin negeri ka. Laporan audit ni menyentuh tadbir urus yg tidak cekap tentang hal pengurusan hartanah. Contoh yg kena kat aku..Hotek milik Lada tengah pekan Kuah, Hotel Adya. Bilik ok besar...tapi aircond 2x kali terhenti tengah malam, jam 2 pagi sekali..jam 4.30 pagi sekali. Satu hal nak bangun tido nak tekan suis balik.
Takkanlah takde technician....tu baru sikit..banyak lagi sebenarnya yg management LADA patut fokus dengan lantik orang yang tepat.
Tengok org tempatan menderu pegi Pakbara, Hatyai...cuba tengok apa yg lebih kat sana. Takkan nak harap pada idea Tun M kereta kabel tu je.
Aku suka pegi Langkawi lagi..tp jangan lah ambik kesempatan kan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|