CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6196|Reply: 95

Neelofa Dan Haris Ismail Hampir Sertai Misi Kemanusiaan Di Gaza Tapi Tak Jadi

[Copy link]
Post time 24-10-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Neelofa, 34, mendedahkan, dia Haris Ismail hampir menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin sekitar dua tahun lalu.


Namun hsrat murni tersebut bagaimanapun terpaksa ditangguhkan memandangkan keadaan keselamatan di daerah tersebut yang tidak meyakinkan.


Foto: Utusan




“Sepatutnya, saya dan Haris hampir sahaja ke Gaza pada dua tahun lepas demi menyertai misi kemanusiaan. Waktu yang sama di mana selebriti media sosial, Caprice dan Ustaz Ebit Lew diberitakan turut menyertai misi kemanusiaan di sana.


“Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami dimaklumkan berlaku gencatan senjata di daerah Gaza ketika itu. Jadi, saya dan Haris akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan,”katanya kepada Utusan Online.


Walaupun tak menyertai misi tersebut, dia dan suami masih meneruskan bantuan sumbangan kepada saudara Islam di Palestin dari semasa ke semasa terutama apabila mengenang nasib malang yang menimpa anak-anak kecil di sana.




  



“Lagi-lagi saya dan Haris kini sudah mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil. Jadi, mengenangkan kezaliman yang berlaku terhadap anak-anak kecil di sana, hati kami menjadi sangat terkesan berbanding sewaktu kami belum mempunyai anak.


“Keadaan itu jadi berbeza kini. Mental dan emosi saya sebagai ibu khususnya, menjadi semakin dekat dengan anak-anak kecil yang dizalimi tentera zionis di sana.


“Justeru, dari semasa ke semasa, ada sumbangan yang kami hulurkan sebagai bantuan buat mereka di sana,. Tetapi, pada kebanyakan waktu, kami memilih untuk tidak mencanangkannya kepada umum,”katanya.




  



Dalam pada itu, Neelofa melihat gelombang kesedaran tentang penindasan rakyat Palestin oleh penduduk seluruh dunia juga memberi petanda positif termasuk mereka yang bukan beragama Islam.


Katanya, ini kerana keadaan itu berbeza dengan sebelum ini di mana ramai tidak cakna atau prihatin dengan nasib rakyat di negara tersebut.


“Sebelum terjadi gelombang baharu ini, kita dapat tengok, ada yang ambil tahu, ada yang faham, ada yang tak faham dan tak peduli pun. Tetapi sekarang, semakin ramai yang ambil tahu dan faham dengan apa yang terjadi.


  



“Semakin ramai yang mula berani bersuara atas dasar kemanusiaan dan itu tidak cuma daripada umat Islam, tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam.


“Saya benar-benar berharap, semangat dan solidariti terhadap rakyat Palestin ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita kena teruskan bantuan dan peduli dengan nasib saudara Islam di sana,”katanya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah jah bakal kembali mendonia di BG?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:34 AM | Show all posts
mekap mata kemain ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:41 AM | Show all posts
dah nama pun gaza, palestin bila masanya tak bergolak jah oi, tak leh blah aaaa statement macam ni. ko tunggu aman damai baru nak pergi? baik ko ke dubai jer la. jiwa pejuang yelek, tapi gigih la nak associate terpaling palestin, eh eh bila la nak pindah yereb
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:41 AM | Show all posts
laaaaaaaaaaaaaaa cerita 2 tahun lepas rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi, pada kebanyakan waktu, kami memilih untuk tidak mencanangkannya kepada umum,”katanya

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KikiHadid at 24-10-2023 09:54 AM

Nk jgk mencapubbbbb jah ni..bnd dh x jd sibuk nk bercerita jgk knp..mmg suka interframe eh..sori la jarang2 nk masuk komen isu jah tp this time menyampah plk sibuk nk menyelit canang bnd yg x berlaku..1 lg beria berniqob tp bulu mata pelesu x tinggai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
soooo? dah tak jadi tu dala.. xyh canang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegi jaga anak2 lagi baik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:56 AM | Show all posts
Bukan kata ke Gaza, nak pindah ke Mekah yg aman2 tu pun tak jadi2. Apa nak jadi la lopak oii, asik gebang ajoo
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jugak

Mengaku je lah kau malu nak ke gaza sebab masa time covid tu dah 2x kau kantoi meNILAI dan meLANGKAWI tatkala orang2 lain kena berkurung. Kalau kau ke gaza time tu nescaya kena hencap serata alam.

Konon nak pindah ke tanah ereb, bini nak sambung belajar, dia sendiri nak ajar mengaji tapi takdr pun. Yang adanya keluar produk baru untuk mati putik

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:08 AM | Show all posts
hampir jer...
tak perlu citer kot...
kalau jadik kot la nak heboh satu malaya...
haishhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Takot mati lettew. Acah2 terpaling. Meluwat aku. Sejak menikah dgn purit ni aku tgok jah dh makin poyo. Klu dulu dia plih laki yg corporate,  mesti x poyo kerek terpaling ginim
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:35 AM | Show all posts
ha lah ha lah..si rider agama pun nak mencelah..masa ko top dulu takda pun nak sebar awareness pasal palestin..dah sendu, dah busuk baru ko nak tonggang isu palestin ni..dulu kemain ko support zionist..pegi fashion show bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 dia tunggang issue ni ye jarang la lopa tak menunggang isu viral... Sembang kuat.. Byk je benda ko sembang tak menjadi jahputik.. Yg paling best kisah ko nak pindah ke tanah yereb.. Sembang je lebih last2 ko pusing anak ko kecik lagi .. Ko tak boleh nak ke gaza tu pun terima hakikat ko tu tak boleh survive tempat mcm tu.. kat Malaysia ni pun ko digelar retis paling rude.. dah2 la berangan.. Byk sgt sembang ko ni.. Semua ke laut...lenkali dah kompom baru canang... Perangai tak berubah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 24-10-2023 10:35 AM
ha lah ha lah..si rider agama pun nak mencelah..masa ko top dulu takda pun nak sebar awareness pasal ...

kemain menghabiskan duit ke 13 pesen show.. Last2 takde hasil.. Sanggup tu demi nakkan pujian.. Siap kene tipu ngan ejen tu lagi.. Buang masa... Kalau betul Disney ada bg dana untuk israhell,  tak pyh buat tudung keluaran Disney tu.. Ni sembang kemain lagi.. Tp entah ape2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:50 AM | Show all posts
apa la fungsi dia pakai penutup muka tu
mcam ganti face mask je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 24-10-2023 10:11 AM
Takot mati lettew. Acah2 terpaling. Meluwat aku. Sejak menikah dgn purit ni aku tgok jah dh makin po ...

Gaza bukan tempat dia.. Tgk dia kat sini pun tau sape lopa.. Dia tak boleh survive tempat mcm tu.. Dia hanya boleh sembang utk pujian.. Sape sponsor dia kesana tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:51 AM | Show all posts
ape benda la suka cite benda yg xjadi
biasanya misi kemanusiaan mmg ke tpt yg xselamat pun (safety / security)

nak selamat dok umah je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.143419 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list