|
Victoria Beckham pregnant with 4th child - latest fr metro online 07/2/11 pg 2
[Copy link]
|
|
klu posh dpt anak pempuan, sohih die dressingkan gempak2...
mintak2la posh dpt baby girl...nk tgk, muka sape budak tu kang... |
|
|
|
|
|
|
|
ingtkn dh xnak beranak lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
posh ni rajin betul mengandung..harap dpt baby gurl lak lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
x sangka masuk 4 dh anak posh ni,,, yg best badan still cekeding,,,, anak berderet,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
hope dpt anak pempuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
klau dia dapat baby girl confirm dressing meletup mcam mak dia ...and very d stylo... |
|
|
|
|
|
|
|
congrats n harap dpt baby girl yg ikut muka comel beckam.. |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 dpt baby girl pasni tp hrp2 tak jd spoil brat ye |
|
|
|
|
|
|
|
hope kali ni dpt baby girl pula |
|
|
|
|
|
|
|
Debar Victoria, Beckham
DIA tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk hamil sekali lagi. Justeru, tiada yang mengejutkan apabila Victoria Beckham kelihatan tidak mampu menyembunyikan rasa gembiranya apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.
Menurut bekas anggota Spice Girls itu, dia sangat berterima kasih terhadap ucap selamat daripada peminatnya sebaik saja berita kehamilan itu tersebar.
“Terima kasih banyak-banyak atas semua kegembiraan yang anda kongsikan dengan saya,” tulis Victoria dalam Twitter.
Selebriti berusia 36 tahun itu disahkan hamil minggu lalu.
Jika semuanya berjalan lancar, Victoria akan melahirkan anak keempatnya pada musim panas ini.
Kini membesarkan tiga anak lelaki, Victoria dan suaminya, David Beckham, dilaporkan berharap kali ini dikurniakan anak perempuan.
Ia akan memberi lebih makna keluarga mereka selepas kehadiran Brooklyn, 11, Romeo, lapan, dan Cruz, lima.
Menurut rakan rapat keluarga itu, Victoria dan Beckham enggan diberitahu lebih awal menge�nai jantina bayi mereka.
Beckham mengumumkan kehamilan Victoria melalui catatan dalam laman sesawang Facebook, baru-baru ini.
“Saya ada berita gembira untuk diberitahu kepada anda. Victoria dan saya bakal menimang cahaya mata keempat musim panas ini,” katanya.
Menurut Beckham, anak-anaknya juga teruja untuk mendapat adik baru.
Difahamkan, pasangan Beckham itu memaklumkan menge�nai berita yang ditunggu-tunggu itu kepada kenalan rapat dan ahli keluarga masing-masing pada hujung minggu lalu.
Ketika itu, mereka me�ngadakan jamuan makan malam untuk tetamu terbabit.
Sementara itu, beberapa temubual dengan media menampakkan keinginan Victoria mendapat anak perempuan.
Satu daripadanya apabila penyanyi yang kini menjadi pereka fesyen itu berkata, dia bera�ngan-angan ‘mengecat kuku, mengemas bilik dan memilik pakaian bersama-sama’ anak perempuan.
Tahun lalu, Victoria berkata, ramai orang bertanya sama ada dia mahukan seorang anak pe�rempuan.
Menjawab soalan itu, Victoria berkata, jika benar dia mendapat anak perempuan, ia adalah anugerah yang amat hebat.
Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, dia menunjukkan sikap lebih berhati-hati.
Dalam majalan Vouge, Victoria berkata, peluang untuk mendapat anak perempuan pada usianya kini agak sempit.
Sumber yang dekat dengan Victoria berkata, bekas penyanyi itu bercadang berusaha sedaya upaya meneruskan hidup seperti biasa walaupun hamil.
Katanya, bagi Victoria, kehamilan kali ini tiada banyak beza berbanding tiga kehamilan lalu.
Pasangan itu juga merancang untuk melakukan pembedahan Caesarean apabila tiba masa bersalin.
“Sebelum ini Victoria pernah melakukan pembedahan dan adalah berisiko jika dia bersalin secara biasa,” katanya.
Kehadiran orang baru dalam keluarga Beckham juga dianggap sangat bermakna selepas mereka diuji dengan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya bintang bola sepak LA Galaxy itu curang.
Kedua-dua mereka berkahwin 12 tahun lalu.
Bagi membersihkan nama, Beckham menyaman sebuah majalah Amerika Syarikat yang menyiarkan laporan kononnya dia meniduri seorang pelacur.
Pasangan Victoria - Beckham kini berada di Britain sehingga hujung Februari ini ini bagi membolehkan bekas anggota kumpulan Spice Girls itu menyiapkan rekaan koleksi terbarunya.
Ia akan dipamerkan sempena Minggu Fesyen di London dan New York.
Beckham pula akan menggunakan kesempatan itu berlatih bersama pasukan Tottenham Hotspur sebelum kembali mewakili LA Galaxy apabila musim baru bermula nanti.
Walaupun memiliki rumah bernilai RM68 juta di Beverly Hills, pasangan itu dilaporkan masih belum memutuskan di mana mereka akan tinggal �apabila kontrak Beckham dengan LA Galaxy tamat November ini.
Sebelum ini, Beckham, 35, dilaporkan akan bermain untuk pasukan Tottenham Hotspur secara pinjaman selama 10 minggu.
Atas sebab tertentu, perjanjian itu gagal menjadi kenyataan.
source from : metro online |
|
|
|
|
|
|
|
congratulation lah ye.. mesti cute |
|
|
|
|
|
|
|
Congrast Becham n Family...
Harap2 ko dapat anak pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
congratz, hopefully it gonna be a baby girl... |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap anak perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
samalah , hope dapat anak pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahhhh hopely after nie dapat baby gurl |
|
|
|
|
|
|
|
best tgk couple ni...sama padan.. beckham esem n kaya, setia dgn victoria... susah nak jumpa laki yg sayang sgt kat bini cam beckham ni..
semoga derang mendapat anak pompuan la lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
harap depa pilih nama yg sedap2 sikit utk anak ke4 ni. tak kira la boi or girl. |
|
|
|
|
|
|
| |
|