|
Dah tengok dah... OK arrrrr...
tak membusankan dan tak mengkagumkan jugak arr....
2.5 ot of 5 |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je tgk tadi...
kalau banding ngan skyline berjuta kali lebih baik dan lakonan pun lebih mengesankan...
kalau korg tgk balik watak imlay tu, tak silap aku dielah yg berlakon jd budak kecik dlm jurassic park 1... |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg dah tgk citer ni? berbaloi tak kalau gi tgk kat cinema? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by takeshi_anwar at 13-3-2011 22:48
Aku da tgk citer ni yg aku bole kata aky PUASSS SGT tgk Battle LA ni...
Mmg la lebih baik dr Skyline.. Skyline aku xsuka satu je, lakonan yg x mantap. Kalau Skyline adalah kisah org biasa yg larikan diri dari alien tp Battle LA kisah perang tentera US dgn alien, aksi cukup mantap dan best!!! Letup sana sini mmg best lah.... District 9 pun best jugak tp aku lebih suka Battle LA ni. Cuma aku x suka ending Battle LA ni tp x leh ckp la spoiler pulak karang. Tgh berkira nk tgk lagi. Xtaulah pendapat org lain kan..
aku bagi 4 bintang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
skyline- aku tak pernah tgok
war of the world - aku tak puas hati, pasal takde perang habis2an dgn alien, kisah tom cruise jaa, tak pasal perang
independence day- ada perang tp melaibatkan jet saja, kalau full scale ada tentera darat, laut kan best
battle of los angeles ni camana? |
|
|
|
|
|
|
|
Battle LA ni dipaparkan kisah 1 group tentera US ni perang habis2an dgn alien. Rugi x tgk.
War of the world pun so-so je. Kalu suka citer perang, inilah dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 22# HaMiZiE
2.5 ja..x gempak la camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# takeshi_anwar
aku suka komen hg ni..membuat aku rasa nk menonton citer nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply takeshi_anwar
aku suka komen hg ni..membuat aku rasa nk menonton citer nih
kegimaru Post at 15-3-2011 11:45
Aku pi sabtu midnight lepas.. panggung hampir penuh kat mid valley. Tapi officially tayang 17 Mac. Hang mmg xkan menyesal tengok |
|
|
|
|
|
|
|
dah kuar ek.. nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
mana lg gempak? filem ni atau filem Skyline? |
|
|
|
|
|
|
|
erkk
filem ni dah tayang ke belum actually |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 30# kegimaru
ntah ar kegi.. mungkin selera memasing lain kut...
nak cakap puas... tak ar puas... nak cakap busan pun tak busan.. so so arrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
erkk
filem ni dah tayang ke belum actually
eragon Post at 15-3-2011 19:01
mlm ni da start, ade kat alamanda |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ok jer baik donlod
dacrusade Post at 13-3-2011 11:35
its about sound system la bro...klau download movi ni xlayan sgt.
cam cite transformers, kena tgok kat panggung baru layan...takat kat monitor yg 22 inci pon xlayn sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak seberapa setuju dgn penulis ni pasal review citer ni :
WORLD Invasion: Battle Los Angeles (Battle L.A) bermula dengan memberitahu penonton bahawa Staff Sgt. Michael Nantz bakal berkhidmat untuk hari-hari terakhirnya sebagai pegawai marin.
Penonton kemudian dibawa mengikuti pasukannya melunaskan satu operasi tentang kejatuhan meteor di pesisir pantai di Los Angeles. Semasa misi berjalan, barulah mereka menyedari bumi cuba ditawan makhluk asing demi sumber air.
Battle L.A merupakan sebuah lagi produk Hollywood yang bercerita tentang peperangan menentang makhluk asing. Sekali imbas, inti patinya serupa seperti lambakan filem lain; sebagai contoh Independence Day (1996), War of the Worlds (2005) dan District 9 (2009).
Bagaimanapun, filem ini tiada babak Presiden Amerika yang membuat keputusan untuk melancarkan perang. Tiada juga adegan sekumpulan menteri atau saintis yang menasihati Presiden apa yang perlu dilakukan.
Fokus Battle L.A hanyalah kepada sekumpulan skuad marin dalam menewaskan makhluk asing. Apa yang berlaku sepanjang filem ini adalah dari kaca mata mereka, golongan minoriti yang cuba menewaskan penaklukan yang besar.
Justeru, sebagai naskhah perang, pengarah Jonathan Liebesman dan penulis lakon layar Christopher Bertollini meminjam semangat filem-filem askar seperti Saving Private Ryan (1998) dan Black Hawk Down (2001) sebagai 'modus operandi', terutamanya dari sudut visual dan aksi.
Apatah lagi ada yang menyifatkan pembikinan filem ini diinspirasikan dari peristiwa sebenar di Los Angeles pada tahun 1942.
Insiden yang dinamakan Battle Los Angeles atau The Great Los Angeles Air Raid itu dikatakan berhubung kait dengan kedatangan objek asing di angkasa, kurang tiga bulan selepas Amerika terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Filem Battle L.A menggunakan teknik kamera ala hand-held, di mana letak duduk gambarnya agak bergegar. Walaupun teknik ini tidaklah baru atau unik, ia membawa sedikit 'perasaan' terganggu kepada penonton. Ia boleh ditafsirkan sebagai gambaran kucar-kacir atau haru-birunya keadaan.
Bagaimanapun, teknik saja tidak cukup untuk melekatkan penonton di kerusi selama dua jam. Intensiti terhadap kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) segera merudum tanpa disokong perjalanan cerita. Walaupun aksinya agak padat, namun pembinaan karakter amat klise dan tidak mendalam.
Biar saya senaraikan beberapa watak dari filem ini. Seorang pemimpin senior yang dicampakkan dalam pasukan baru sebagai hukuman akibat kegagalan misi lalu.
Seorang pegawai muda yang kurang pengalaman dan tidak betah mengawal keadaan, yang terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung.
Seorang tentera wanita cantik yang tangkas. Seorang tentera kulit hitam yang bakal berkahwin dan amat mencintai tunangnya. Tidak ketinggalan, seorang doktor wanita, lelaki Latin, dua kanak-kanak serta seekor anjing yang berjaya menyelamatkan diri dari runtuhan bangunan dan ledakan bom.
Tidakkah karakter-karakter ini seperti anda pernah 'kenal' dari filem-filem lain?
Pengarah beruntung kerana mendapat Aaron Eckhart sebagai Staff Sgt. Michael Nantz. Dalam kelemahan cerita, dia 'memandu' filem ini sebaik mungkin dan melengkapi pelakon lain. Raut wajah, gerak tubuh dan nada suara maskulinnya amat cocok untuk hero yang berjiwa rapuh dan dipinggirkan.
Manakala barisan bintang lain sekadar mengisi ruang layar dan masa tayangan, melakukan apa yang disuruh pengarah tanpa meninggalkan kesan kekal kepada penonton. Bukan salah pelakon, tetapi memang lakon layarnya ditulis sebegitu.
Battle L.A adalah sebuah filem perang standard; mengulangi adegan-adegan lazim. Antaranya, pasukan yang terperangkap dalam situasi hampir kalah mati, karakter yang terpaksa membuat pilihan atau pengorbanan dan akhirnya berjaya meloloskan diri. Penamat yang boleh dijangka dan menggembirakan.
Jika anda ke tandas pun, anda tidak akan tertinggal apa-apa, kecuali anda memang berminat untuk menyaksikan pertempuran dan kemusnahan. Penggunaan kesan khas yang terkawal dan kesan bunyi yang realistik tidak cukup untuk menyelamatkan keseluruhan filem.
Battle L.A mungkin tidak sedramatik blockbuster Hollywood yang lain. Ia lebih mendekati sifat kemanusiaan, keberanian dan harapan.
Namun, 'peperangan' Liebesman dan Bertollini untuk melawan arus klise tewas kerana filem ini tetap dilihat sebagai filem aksi biasa yang bakal dilupakan. |
|
|
|
|
|
|
|
apapun korang nak komen gua tak kisah.. yg gua tau filem ni BEST!!! byk moral of story... tak menyesal tgk. Alien dlm filem ni ganas gak woooo.. rasa mcm join je dorang p berperang ngan tu alien! 8.5/10.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|