CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4286|Reply: 38

Lucah, Sekali Dengar Macam Anu Lelaki- Gerai Kopi Ko Teh Hangat Diterjah

[Copy link]
Post time 28-7-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Gerai menjual minuman dinamakan sebagai 'Kopi Ko Teh' menjadi sensasi gara-gara kedengaran lucah kerana disangkakan melibatkan kemaluan lelaki.


Ahmad Hazmy Yahya, 21, atau senang disapa Jimi berkata gerainya itu baru dibuka selama dua minggu dan kini hangat diterjah mereka yang tergugat dengan nama 'maskulin' perniagaannya.


"Segalanya bermula dekat rumah apabila ibu saya suka minum kopi dan ayah suka teh. Kalau pergi mana-mana kedai kopi, mereka tak akan jual teh sekali, jadi kesian dekat orang macam ayah saya.




Foto: mStar




"Sebab tu la gerai saya ni jual dua-dua minuman kopi dan teh. Bila pelanggan datang, saya akan tanya nak mana satu, kopi ke teh? atau kalau dalam dialek Negeri Sembilan akan berbunyi, kopi ko teh?


"erkataan 'ke' dalam dialek Negeri Sembilan akan bunyi macam 'ko'. Begitulah bagaimana boleh lahirnya nama gerai saya ni. Sebab tu nama gerai saya ni ada tanda soal, menunjukkan ayat dalam bentuk pertanyaan.


"Dan saya pun sedar bunyinya 'catchy', sebab tu saya teruskan supaya dapat tarik perhatian pelanggan singgah ke gerai saya," kata Jimi yang merupakan graduan filem Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang kepada mStar.


Menurut Jimi, kebiasaannya mereka yang bukan berasal dari Negeri Sembilan akan mempersoalkan tentang nama gerainya itu.


"Saya buka gerai di lot parkir Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, Negeri Sembilan. Biasanya orang luar yang kerap tanya kenapa nama gerai saya ada 'unsur kelucahan'.


"Dan saya akan terangkan kepada mereka apa maksud nama tu sebenarnya. Ini semua salah faham saja," kata Jimi yang berasal dari Johor tetapi menetap di Senawang, Negeri Sembilan.


Menceritakan bagaimana boleh terdetik hasrat untuk membuka gerai kopitiam, Jimi berkata dia sememangnya minat berniaga sejak di bangku sekolah.


"Saya dari zaman sekolah rendah lagi memang suka menjual. Apa benda yang boleh dijual, saya akan jual. Saya jual dekat kawan-kawan macam jajan, bertih jagung (popcorn), minyak rambut, roti bakar dan baju bundle.


"Saya punya cara, saya akan research dekat YouTube macam mana cara nak buat suatu benda tu. Macam popcorn tu saya belajar dari YouTube tentang resipi dan sebagainya.


"Manakala untuk kopi dan teh di gerai saya ni, saya ambil masa dua hingga tiga bulan untuk belajar semua benda dari YouTube. Kemudian saya mula proses untuk beli equipment dan perkakas dari kedai-kedai borong.


"Saya akui gerai saya bukan la tahap cafe barista sampai ada mesin buat kopi semua tu, tapi saya boleh hasilkan kopi seperti di kedai kopitiam. Alhamdulillah sambutan setakat ni memberangsangkan," kata Jimi.


Jimi seterusnya menjelaskan jenis minuman yang ada ditawarkan di gerainya.


"Kopi yang saya sediakan di gerai biasa-biasa je iaitu kopi O, kopi susu dan kopi C. Kopi C ni ialah kopi dari Singapura yang menggunakan susu cair dan rasanya kurang manis.


"Manakala untuk teh, saya ada teh ais dan teh tarik. Untuk planning ke depan nanti, saya ada terfikir nak tambah teh Pakistan dan green tea pula.


"Setakat ni gerai saya cuma ada roti bakar, tapi kalau terus dapat sambutan rancak, saya rancang nak ikut style kopitiam yang dah terkenal... saya nak buat menu kopitiam macam nasi lemak dan mi kari.


"Saya buka setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 12 tengah hari sebab gerai saya bertemakan kopitiam, jadi saya fokus lebih kepada waktu sarapan." -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 11:03 AM | Show all posts
oh kopi kote

dekat 10 minit cuba imagination tang mana lucah. setelah google baru faham.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 11:07 AM | Show all posts
oh la tu.. bukan dia jaja kote dia kan

korang punnnn , kasi chance la
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
apa yg lucahnya...melainkan:
"Lain yg ku ajar..lain yg korang tulis...buta kayu"-Pendekar Mustar
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 11:42 AM | Show all posts
mesti kena ada unsur2 lucah utk berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bunyi bahasa nogoghi mcm tu..patut tukar la jadi Teh ko Kopi. Kalau sebut 'kertas' pon sama ngeri gak dgn nama kedai bdk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 12:01 PM | Show all posts
ha tiber ko nk gunakan bahasa ibunda nogori..saje nak viral
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda maknanya lucah kalau fikiran tak kotor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke kedai Kopi takdak teh?
Kalau kedai teh.takdak.kopi.mmg.yo lah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmelucah xlaku.
Bukan mulayu kalo x melucah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
laa kt stadium paroi rupanya tmpat iollz lepak gosip2 kt kedai mkan luar stadium tu... btw takde benda yg lucah pun melainkan pemikiran anda yg kotor dan gila seks 24 jam... jijikz
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu penjual nye herlokk, harus la geng2 pelangi bott beratur beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaha janji viral nokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mek yah nampak ni mesti triggered dan dia tuduh abang ni hacker oyo miow wakakakakakaka

@_blackbird
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BumpIQ replied at 28-7-2023 01:14 PM
Kalau mek yah nampak ni mesti triggered dan dia tuduh abang ni hacker oyo miow wakakakakakaka

@_bla ...

Opkos mekyah trigger lalu mula lagi dia mereka2 cerita "dulu mmg nama komercial org panggil kak teh, kak teh, kat pahang jadi la kok teh kok teh. Skang hacker jual kopi ko teh? Nampak tak persamaannya" sambil tepek2 screenshot komen oyo miow
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 28-7-2023 12:16 PM
laa kt stadium paroi rupanya tmpat iollz lepak gosip2 kt kedai mkan luar stadium tu... btw takde ben ...

Kat paroi je ek.. uolss gi support la.. tapaukan sekali utk i okay..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 02:52 PM | Show all posts
so adakah acik2 merembes
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:57 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 28-7-2023 12:08 PM
Xmelucah xlaku.
Bukan mulayu kalo x melucah

melucah is not race base

cuba pergi kat China dan India, bangsa2 mereka ramai meniaga bahan2 seksual saje..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-7-2023 11:18 AM
apa yg lucahnya...melainkan:
"Lain yg ku ajar..lain yg korang tulis...buta kayu"-Pendekar Mustar:lol ...

Pendekar Mastur lah!

Masturbate tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah nak purak2 innocent gaytuhh memang tujuan asal letak nama mengundang sangat huntok viral khenn?
Apa pun semoga maju jaya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.148791 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list