View: 4243|Reply: 53
|
Afiq Muiz, Pachara, Sah Cerai Talak Satu
[Copy link]
|
|
Kemelut rumah tangga yang membelenggu pelakon Afiq Muiz, 31, dan Nur Aaira Mahadeya atau Pachara, 32, akhirnya terlerai dengan perceraian talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.
Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.
"Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.
"Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang," katanya kepada BH Online.
Pada masa sama, Mohd Yazit berkata, perbincangan sudah dilakukan antara peguam kedua pihak dan anak guam masing-masing bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial.
"erbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.
"Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian," katanya.
Terdahulu, Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya.
Difahamkan, Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.
Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.
Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit.
Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.
Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Berangannya nama Islam kau dek... |
|
|
|
|
|
|
|
ada anak tak? gugur kan aje semua tuntutan. koser la nak tunggu heols. baik pegi cari vvip pastu tukar nama mahadeya jadi mahadevi |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tuh.
Out of sight,out of mind kekdaahnyaa..
Drpd drag lama² nk carik replacement pon payah.
Ganti ngn yg bjenis la nnt yer. Retis² ni haprak nk buat laki. |
|
|
|
|
|
|
|
so selesai dah kisah jantan derhaka pada mak ni yach...
yang pasti dedua sendu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pachara ni cantik, senang je cari ganti |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg mostly isu dia laki yg problem ni xnk ex buat tuntutan apa ² ek… |
|
|
|
|
|
|
|
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.
Patut la laki setuju nk corai
Lafaz cerai sambil goyang telur jek
Duit x kuar sesen |
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols jadi laki, tercabar gak ego kalau ex wife setuju dengan syarat ni
nampak sangat tak nak ada kaitan dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton replied at 18-7-2023 04:23 PM
kalau iols jadi laki, tercabar gak ego kalau ex wife setuju dengan syarat ni
nampak sangat tak nak ...
Please lah
Lelaki mcm ni mane ade maruah n harga diri
Bajet rasa menang lah kot sbb ex bini setuju syarat mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dh kata. Most of couple artis kawen bawah 5thun, msti kena beli spek hitam, dress hitam sbb nk pnjat tgga court. Btw i nk tny kot2 ada laki dlm ni. Korang time cerai ngn bini, xkira la how worst pun pgduhan yg dh jdi, how bad bini tu. Ada x skelumit sbsar zarah je rasa syg lg kt bini tu? Mksd aku, perasaan pd hari lafaz tu. Mmg total cuma prsaan benci and xsbar nk menduda, atau jjur nya ada gak la 0.001% rasa syg? |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah jadi laki... Buat hal pun tak payah bayar apa2... Semata2 sebab kuasa cerai kat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian jd ppuan.. Sbbkn nk cerai & setelkn cepat terpksa gugurkn semua hak termasuk hutang.. Psl nafkah tertunggak, mutaah tu i xrs ralat sgt sbb klu dh benci duit dia pn xhingin.. Tp hutang tu mcm ralat plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat lelaki murahan drag kes cerai Sebab Tanak bayar apa2… |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 18-7-2023 03:15 PM
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya ...
tuntut pn jntan tu xkn byr...lbih baik gugurkan...amboi jntan tu siap letak larangan xleh berbunyi lpas cerai...elok la panchara cari laki bru cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
timah03 replied at 18-7-2023 05:13 PM
Untunglah jadi laki... Buat hal pun tak payah bayar apa2... Semata2 sebab kuasa cerai kat dia...
pada i sengkek benar laki cam gini. ego tak ego sebab lafaz di tangan kononnya.. yg pasti sengkek..pathetic beb |
|
|
|
|
|
|
|
Senang pulak macam tu ya, NAK CERAI, kena drip segala tuntutan.
NOT FAIR. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki ni mmg xguna seduit, a big red flag
Itu pun jgn....skit lg ada la tu pompuan mengendeng |
|
|
|
|
|
|
| |
|