|
dapat pusing isu sampai jauh terkeluar dari landasan |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni da x relevan..yg menuduh pn x dapat beri penjelasan..da kene gantung 6 bulan bersama 4 yb |
|
|
|
|
|
|
|
APCO's Statement – March 18, 2010
In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.
In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.
APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.
However, contrary to statements made in Malaysia's Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato' Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO's engagement.
It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia's Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a "One-Israel" concept. The statement in Malaysia's Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.
APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world's leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.
###
About APCO Worldwide
Founded in 1984, APCO Worldwide is an award-winning, independently owned global communication consultancy with offices in major cities throughout Asia, the Americas, Europe, the Middle East and Africa. Its employees include people from more than 40 nationalities representing people of all of the world's major regions and faiths. Headquartered in Washington, D.C., APCO clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organisations; and seven of the top 10 companies on Fortune's Global 500. APCO offers services related to business and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. For more information, please visit www.apcoworldwide.com or contact [email protected] or B. Jay Cooper at APCO in Washington, D.C., at +1.202.778.1000. |
|
|
|
|
|
|
|
APCO's Statement – March 18, 2010
In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.
In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.
APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.
However, contrary to statements made in Malaysia's Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato' Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO's engagement.
It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia's Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a "One-Israel" concept. The statement in Malaysia's Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.
APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world's leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.
###
About APCO Worldwide
Founded in 1984, APCO Worldwide is an award-winning, independently owned global communication consultancy with offices in major cities throughout Asia, the Americas, Europe, the Middle East and Africa. Its employees include people from more than 40 nationalities representing people of all of the world's major regions and faiths. Headquartered in Washington, D.C., APCO clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organisations; and seven of the top 10 companies on Fortune's Global 500. APCO offers services related to business and finance; media, public opinion and society; and government and public policy. For more information, please visit www.apcoworldwide.com or contact [email protected] or B. Jay Cooper at APCO in Washington, D.C., at +1.202.778.1000. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau totokreturn hidup zaman Nabi Musa dulu, mesti dia pengikut setia nombor 1 Dajjal Firaun kan..............jangan mare...gurau je..... |
|
|
|
|
|
|
|
AN pun sama jugak...apa yg diperkarakan oleh zul nordin itu memang benar tak lain hanya benar be ...
Anak_Nogori Post at 17-12-2010 08:51
kah...kah...kah.... sejak bila lak tetiba swing 100% ankle nih caya cakap zul kulim nih.. sebelum nih apa ajerk yg kuar dari mulut zul nordin, semua pitnah..pitnah..pitnah.... |
|
|
|
|
|
|
|
adus....dh terang di depan mata pn nk swing lagi...mmg la ak xfaham org melayu skrg ni...makin membodohkan diri sendiri...xtau nk cakap ape dh...kalau zul nordin ni menang jugak pilihanraya akan dtg...mmg kena cabut dari malaysia la jawabnye...ddk di negara yg competative sikit...baru rasa otak ni pandai....i feel so stupid living in malaysia right now...coz malaysian politician are sooooo stupid....damnnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu Malaysia mamat ni dah pemuhong ... ha ha ha ha ha...
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga zul dilindungi allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
KUDA-MENGUDA DAP-ANWAR!
(Mungkinkah Kuan Yew telah memaklumkan kepada Tok Guru tentang "bukti teknikal" yang Bahagian Risikan Singapura perolehi mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar?)
Salam 2 all.
Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Teman berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" diguna didunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain! Na'uzubillah!
Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik!! Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.
Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian teman. Ini adalah kerana sebaik tamat pilihanraya ke 12 pada 08 Mac 2008 lepas, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Kit Siang, anak lakinya dan beberapa pemimpin DAP.
Kita semua tahu hubungan rapat Kitsiang, anak lakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Kitsiang sanggup memecat seorang tokong pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Kuan Yew PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu (Fan Yew Teng telah pun mati baru-baru ini di Bangkok).
Persoalan besar yang timbul sekarang ialah takkan macam tu punya kamcin dema, Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Kitsiang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada. Teman cukup pasti dengan politiking licik bak belut Kuan Yew, sudah pasti dia akan maklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk mempergunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka!
Teman cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.
Begitu juga di tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. YB Wee Choo Keong semasa berbahas didalam Parlimen sebentar tadi (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan YB Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar (YB Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).
Semasa teman menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai TPM menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan Surat Akuan palsu daripada Azizan & Umi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Umi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal sebagai saksi.
Malahan setelah tragedi pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".
Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Kitsiang dan anak lakinya, Karpal dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks & liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan didalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat.
Persoalan pokok yang teman tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada teman Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang teman khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage!!
Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ianya ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Kata orang Perak, "selagi dema dapat pegang teloq Anwar, selagi tu lah Anwar akan berjoget ikut rentak mereka!!" Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama ALLAH untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai Ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kitsiang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak laki Kitsiang?
Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hiudp?! Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrim!, walaupun pemimpin itu disiytihar dan ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan dan ransom! Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara Malaysia ini?
Pada teman, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP & Anwar saling guna-mengguna, kuda-menguda, demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang teman nampak, akibat daripada kerakusan segelintir pak jangoat dan golongan penyembah Anwar didalam PAS, mereka telah mengheret PAS ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Kaum Anwarinas ni berkiblatkan pemimpin anugerah tuhan ini. Bagi kaum Anwarinas ini, kepimpinan PAS dibawah YB Tuan Guru Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan PAS. Hanya semata-mata kerana kaum Anwarinas ini sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.
Pada teman, pak-pak jangoat ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan PAS diperkudakan oleh kepimpinan DAP & Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli PAS untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS berbahas dan berbincang untuk samada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS tidak tahu pun keujudan Perjanjian Syaitan itu!
Teman berdoa dan berharap agar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak jangoat yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus kedalam lubang dubur biawak. Nasihat ikhlas teman, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, nescaya ALLAH akan membantu kamu.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada teman dan kesemua umat Islam insyallah.
Wassalam & Wallahua'lam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Muharram 1432
16 Disember 2010
*Nota: artikel ini tidak bermaksud dan tidak bertujuan sama sekali untuk menggambarkan teman mempunyai bukti Anwar adalah golongan homoseks atau peliwat, atau mempercayai maklumat daripada WikiLeaks mahupun Bhg. Risikan Singapura, Lee Kuan Yew, atau Karpal Singh. Sebaliknya teman berpendirian bahawa maklumat WikiLeaks, Bhg. Risikan Singapura , Lee Kuan Yew dan Karpal Singh itu perlulah ditapis dan dipastikan kesahihannya, walahhua'lam. Malahan lebih afdhal bagi Anwar untuk bersumpah muhabbalah sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# creep_bite
Sebelum kena gantung 6 bulan kat Parlimen Anwar dia orang dah beri Anwar peluang utk tunjukkan Bukti UPCO ni tapi mcm biasa la anwar asyik berdalih2 je dia dah bagi peluang 2 hari tapi sampai hari terakhir satu bukti pun Anwar tak bagi, sama macam Kes 40 kotak bukti anwar tu yg dari tahun 1998 sampai skrg 2010 masih tak nampak..., Anwar ni bosan la.. kat ceramah cakap bukan main lagi.. bila depan mahkamah senyap je.. sama mcm wife dia dlm ceramah mengaku ade dgn Anwar masa Liwat
bila dalam mahkamah hakim tnye dia ckp lain pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung Parlimen – Grand Strategy Anwar?
Susah kita nak percaya, seorang ‘pejuang’ seperti Anwar TIDAK BERANI berdepan dengan Jawatankuasa Hak Parlimen – dan hanya mahukan Ambiga mewakili dirinya. Anwar dengan sendirinya sudah menjadikan Parlimen sebagai MAHKAMAH yang boleh dia persendakan dengan acara penangguhan, bangkangan, kritikan, cubaan menurunkan Pandikar – saling tak tumpah sepertimana yang dibuatnya di mahkamah.
Isu asas – KEGAGALAN Anwar menjawab tuduhan yang dikemukakan di dalam mahkamah. Kalau Anwar dengan lidah yang cukup licik mengatakan 1Malaysia adalah juga idea 1Israel dan APCO menjadi dalang kepada semuanya. Apabila diminta memberikan bukti; sudah tentulah dalam bentuk proposal APCO kepada Kerajaan. Anwar GAGAL. Mula Anwar keluarkan cerita mengenai Polis dalam PDRM; dan beberapa kali CUBAAN nak mengheret YDP Agong ke dalam kemelut peribadinya sendiri.
Semuanya bermula dengan ucapan Anwar pada 30hb Mac 2010; bagaimana APCO adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam menentukan 1Malaysia akan menjadi MODEL KERAJAAN pimpinan Najib. APCO menyediakan tugasan mengenai komunikasi itu betul. Tapi 1Malaysia = 1Israel ini; apa ASAS tuduhannya? Serkap jarang?
22 Mac 2010
· BBCBN beri Anwar kata dua, minta maaf atau diambil tindakan
· Anwar given a week to explain ‘One Israel’ jibe (Datuk Seri Anwar Ibrahim has been given a week to explain to the Dewan Rakyat his “One Israel” remark that triggered an outrage among Barisan Nasional (BN) lawmakers who described the claim as baseless and libellous).
· The motion to haul up the PKR de facto leader was made by a BN backbencher, Kota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan.
· It was moved under Parliamentary Standing Order number 37 1 (A).
· Pandemonium in the house over ‘One Israel’
Pada masa yang sama, kes liwat sudah masuk ke ‘sesi panas’. Saksi-saksi utama sudah mula dipanggil. Anwar makin tertekan – dan memerlukan GRAND DESIGN bagi memastikan dia dapat memastikan kerajaan akan lebih tertekan. Imej ‘MANGSA KONSPIRASI’ mesti didokong oleh satu lagi IMEJ yang lebih nampak terkait dengan RAKYAT. Kisah sodomi tidak melibatkan rakyat. Ini soal personal. Sudah beberapa bulan – kes liwat TIDAK DAPAT dan GAGAL menarik jumlah sokongan yang baik. Justeru, perlu ada IMEJ lain yang boleh mengajak rakyat kembali ke jalanan atas nama DEMOKRASI 2.0.
Semua ini sudah dirancang. Malahan, penambahan JUMLAH YANG DIGANTUNG juga dirancang melalui PROVOKASI. Anwar mahu jadikan ini sebagai tekanan kepada pembangkang.
Kita mesti selalu membuka mata; bahawa dengan Anwar TIDAK ADA yang berlaku dengan sendiri. Semuanya dirancang rapi. Semuanya disusun dalam kerangka ‘tindakan strategik’ yang boleh meletakkan Kerajaan di bawah keadaan defensif.
Liwat – kes peribadi. Kalau kes gantung Parlimen; Anwar dengan sendirinya BERJAYA mewujudkan ‘asas baru’ untuk menentang kerajaan.
Maka, kita akan terus melihat JELAJAH DEMOKRASI, MEMPERTAHAN MARUAH di seluruh Negara. Inilah taktik. Inilah grand design. Amacam? Handal tak Pak Sheikh? |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung Parlimen – Grand Strategy Anwar?
Susah kita nak percaya, seorang ‘pejuang’ seperti Anw ...
creep_bite Post at 20-12-2010 16:51
Masih ramai lagi rakyat yang terperdaya dengan pidato Pak Sheikh
Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.
"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".
"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya.
Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.
"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti," katanya.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
jika bekas2 pm malaysia pernah diberikan gelaran
yg baik sebagai bapa kemerdekaan, pemodenan dan sebagainya,
salah seorang bekas timbalan pm yg kecewa
pula wajar menerima gelaran 'bapa pembohongan'..
senarai kelentong dan bohongnya boleh cecah angka 100 dengan mudahnya
dan tak mustahil akan dibukukan kelak..
i.kononnya dapat ugutan bunuh dan lari ke kedutaan turki
ii.kelentong diracun arsenik
iii.umum ke putarjaya pada 16 september tahun lembu
iv.dakwa upco cipta slogan satu malaysia
v.tuduh KD TAR tak mampu laksanakan fungsi sebenar
vi.fitnah pm bunuh model monggolia
vii.menipu ada 40 kotak ajaib
vii.dakwa dapat perkenan YDP Agong
viii.kononnya ATM dibelakang punggungnya
ix.kelentong kononnya tuduhan liwat hanya satu drama murahan
libatkan ratusan orang dengan skrip, tapi takde pulak seorang pun yg bocorkan skrip
x.mengauta bahawasanya ulama tak benarkan dia bersumpah..
xi.buat cerita kononnya polis peranchis buat siasatan kes kematian seorang model
....
(hanya sebahagian kecil)
jika dibukukan, boleh la dicadangkan pink sebagai warna kulit buku |
|
|
|
|
|
|
|
Apco:Anwar terkangkang…Nazri tunjuk bukti baru
Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Tunggu dan lihat. Apa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kelentong lagi fasal isu Apco yang menyebabkan beliau digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis lalu.
Kalau mengambil kira bukti terbaharu mengenainya yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dedah dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu, Ketua Pembangkang itu tentu sudah knockout .
Sudah enam hari berlalu sejak Dewan Rakyat lulus usul gantung Anwar dan tiga ahli pembangkang lain – Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa namun perang mengenainya masih panas.
Anwar menggunakan ceramah roadshow nya dan twitter untuk mendakwa kononnya beliau di pihak yang benar sekalipun tanpa bukti kukuh.
Nazri selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan bertanggungjawab membawa usul itu kerana mendapati Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa 1 Malaysia tiru One Israel nampaknya sudah set tidak akan membiarkan Ketua Umum PKR itu terus bermaharajalela.
Selasa malam beliau tampil dalam rancangan khas di TV1 untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan gantung terpaksa diambil.
Bagi Nazri, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuba ‘ putar-putar’ isu Apco ini seperti juga kes liwatnya vs Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Beliau juga menyifatkan usaha Anwar bagi ceramah tidak ubah seperti menjual ubat di pasar malam untuk menipu rakyat.
Nazri membidas sikap Anwar yang dakwanya sengaja lari dan 'penakut' untuk berbahas dalam dewan padahal tarikh 16 Disember itu merupakan ruang yang cukup luas untuknya membela diri dan penyokongnya membahas bagi menyokong ketua mereka.
"Saya berikan lima orang pembahas dari pembangkang termasuk Anwar dan saya sendiri bersama empat pembahas dari Barisan Nasional (BN), tapi dia lari...penakut," katanya.
Dalam sidang medianya, Nazri tunjuk surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar.
Katanya dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.
"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya .
Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
Menurutnya dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".
"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya.
Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.
"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti.
"Sebenarnya sampai hari ini pun dia tidak ada bukti sebab itu saya mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa APCO tidak langsung ada kena mengena dengan 'One Israel'.
Tambahnya, "dia tidak mahu perbahasan (dalam Dewan Rakyat) berlaku tapi sekarang pergi ke pasar malam bagitahu pada orangramai, dia tidak diberi kesempatan untuk bela diri, dia memang takut dengan saya pun, setiap kali berbahas soalan dalam dewan dia akan kena balik...saya memang tunggu, ini memang kerja saya."
Ketika ditanya gesaannya pada rakyat mengenai hal berkenaan, Nazri dengan sinis berkata, "gesaan saya pada rakyat, kalau rasa macam susah hati dan memerlukan hiburan pergilah dengar Anwar berucap kerana seronok dan menghiburkan, tapi jangan percaya apa yang dia ucapkan sebab dia memang menipu."
Ditanya pula samada perlu diadakan perbahasan khas di pentas, beliau berkata, "tak perlu berbahas kat pasar malam kerana kita sudah sediakan tempat yang paling baik, tertinggi sekali (Dewan Rakyat) dan kita tidak boleh menipu dalam dewan"
"Agaknya dia tak mahu berbahas dalam dewan kerana dia tahu dia akan menipu...saya bersedia bila-bila masa, kalau dia ada motto 'lawan tetap lawan', saya juga ada motto 'kawan tetap kawan'," ujarnya.
Menjawab satu soalan lain Nazri berkata, "eloklah saya bagi enam bulan berehat, dia boleh tumpu pada kesnya di mahkamah tak payah fikir parlimen, kes dia nak ON, kita bagi dia free enam bulan tak payah datang parlimen, betullah tu... go to the trial ."– 22/12/2010 |
|
|
|
|
|
|
| |
|