View: 1760|Reply: 19
|
Doktor Gempal Main Gim Kini Sado Sampai Masuk Pertandingan
[Copy link]
|
|
Umum maklum tidak mudah bagi seorang pelajar bidang perubatan menempuh perjalanan untuk bergelar doktor.
Namun, pelajar bidang perubatan ini, Umar Farhan Mazlan, 23, tetap bijak membahagikan masa demi mengejar dua minatnya serentak walaupun pernah berdepan masalah berat badan sebelum melibatkan diri dalam sukan bina badan, sekitar enam tahun lalu.
Berat Farhan pernah mencecah 75 kg sebelum dia aktif menyertai bidang kecergasan.
"Saya mula menceburi bidang kecergasan pada tahun pertama bergelar pelajar perubatan. Ia bermula secara spontan. Pada satu hari, saya tak dapat nak keluar main bola kerana hujan. Jadi saya cuba pergi ke gim.
"Masa mula-mula masuk gim dulu, badan saya memang gempal. Pada waktu itu berat badan mencecah 75 kilogram (kg). Dalam sebulan, saya mula lihat hasilnya. Saya berusaha untuk turunkan sehingga jadi 60kg. Selepas itu baru saya mula bina otot," ujarnya kepada mStar.
Farhan pernah meminjam wang untuk menyertai pertandingan bina badan.
Bercerita lanjut tentang transformasi diri, dia yang mesra disapa Farhan mengakui bermula tanpa sebarang ilmu dan menjadikan platform YouTube sebagai 'guru' untuk mendalami ilmu berkaitan bidang kecergasan.
Tambah Farhan, minatnya itu diteruskan lagi dengan menyertai beberapa pertandingan bina badan meskipun hasratnya mendapat tentangan keluarga pada peringkat awal.
"Ketika mula-mula masuk gim, saya hanya bersendirian, banyak belajar melalui YouTube. Lepas tu baru saya tanya orang di gim. Walaupun mereka nampak garang, sebenarnya mudah nak minta tolong. Lama-kelamaan saya rasa nak teruskan lagi dalam bidang ini.
"Selepas main gim, saya mula masuk pertandingan bina badan. Awalnya susah sikit nak dapat sokongan mak ayah. Mereka takut saya tak dapat fokus belajar, takut kena repeat.
"Dari segi masa memang padat. Kelas bermula 8 pagi sehingga 5 petang. Selepas kelas baru saya cari masa untuk pergi gim. Kena pandai bahagikan masa," ujarnya.
Farhan melihat perubahan pada diri selepas aktif bersenam di gim.
Dedah Farhan, dia juga pernah berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa berhutang dengan ibu bapanya untuk menyertai pertandingan bina badan.
Namun, dia bersyukur apabila mereka mula memberikan sokongan kerana mampu menyeimbangkan antara minat dan pelajaran dengan baik sehingga ke hari ini.
"Masuk pertandingan juga memerlukan kos tinggi. Saya kena jaga pemakanan, bayar kos masuk gim lagi. Sampai satu tahap saya terpaksa pinjam duit mak ayah.
"Masa pinjam tu saya tak beritahu nak masuk bertanding. Mereka tanya pinjam untuk apa? Saya kata untuk beli makanan harian. Selepas menang, baru saya bayar sikit-sikit.
"Dalam pertandingan sebelum ini, saya pernah dapat top 5. Sekarang saya tengah prepare lagi untuk pertandingan seterusnya bulan Julai nanti. Alhamdulillah, sekarang mak ayah dah bagi sokongan sikit," ujarnya yang berasal dari Pahang.
Farhan bakal menyertai pertandingan seterusnya pada Julai.
Bakal menamatkan pengajiannya pada tahun ini, Farhan juga berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi buat pelajar lain untuk terus cekal dalam mengejar apa jua cita-cita mereka.
"Sebenarnya setiap orang ada hobi atau minat yang mendalam terhadap bidang-bidang tertentu selain daripada bidang yang mereka ceburi. Pada masa sama, mereka juga mungkin tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
"Kalau rasa susah atau tak ada duit, 'langgar' je janji kita teruskan apa yang kita minat. Selagi minat tu tak membawa padah, rasanya tiada masalah untuk kita kejar sampai dapat.
"Orang selalu cakap bidang perubatan ni macam suaah nak masuk pertandingan bina badan, nak pergi gim tak ada masa. Jadi, saya nak tunjuk contoh kepada pelajar lain bahawa kita boleh capai minat dan hobi kita," ujarnya yang menjadikan Dr Say Shazril dan Sazali Samad sebagai idola.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
75kg takde la gempal untuk lelaki melainkan lelaki tu ketot la
|
|
|
|
|
|
|
|
eh awat muka dia macam wak doyok?
|
|
|
|
|
|
|
|
euwww so geli yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2023 08:08 PM
tasty sesangat body beliyau, habis merembes cair akak dibuatnya, merecik hawau, berdenyut-denyut mut ...
Bukan ke kak kaki duk gila kat sedsadik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau keje warehouae angkat guni beras beribu gaji sebulan boleh beli protein. akak baca kat twitter kalau yg muscle2 ni takda duit ambik gambar pakai spender ada photographer bayo. huntongla. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena ke simpan misai tu? Dah mcm gayboy lak iols tengok. Dgn rambut camtu plak. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2023 08:13 PM
Akak memang tasty dengan lelaki berdahi licin
Nonoque.
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrr Ni sebelum ke selepas dia jadi doktor?
Aiols lagi tertarik dengan gambaran uols. Siap ada pearl harbour bagai muahahahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru sardoh
Bukan mcm artis apa nama tadi
Takat ada sixpack tapi bahu xkembang lengan xkembangdada xkembang nak kata sado prfffftttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau da bermisai gitu paham paham jela |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu: tasty sesangat body beliyau, h ...
Ayo yoooo
Geli |
|
|
|
|
|
|
|
harap jangan gayah..btw kalu tinggi lawa la buat bdan..ni pendek lagi nampak katek |
|
|
|
|
|
|
| |
|