CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3331|Reply: 55

'Tukang Kira' Anggar Untung Rugi Khairulaming Selepas Belanja Pekerja, Total Loss RM154,000

[Copy link]
Post time 11-4-2023 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Khairulaming menjadi perbualan ramai selepas dia menutup operasi kilang sambal miliknya di Kelantan, baru-baru ini.


Usahawan dan pempengaruh media sosial itu bukan sahaja membawa 60 pekerjanya keluar membeli baju raya, berbuka puasa di hotel, malah turut menghadiahkan bonus wang tunai buat mereka.


Terbaharu, seorang individu di Facebook, dikenali sebagai Faridzul Asyraf Mat Arifin membuat anggaran kos yang dibelanjakan Kahirulaming.


Foto: IG




"Berapa Khairulaming loss (habis) belanja pekerja? Dia bawa staf 60 orang pergi belanja baju raya, lepas tu bagi bonus raya, kemudian makan bufet kat hotel.


"Baju raya 300 kali (darab) 60 orang, jumlah RM18,000. Bonus raya RM1,000 kali 60, jumlah RM60,000. Bufet raya, RM100 kali 60, jumlah RM6,000. Total RM84,000.


"Dia tutup dua hari operasi. Ini lagi loss besar. Sehari 5,000 botol RM70,000. Dua hari RM140,000. Let say la Cost of goods sold (COGS) lima peratus, so RM70,000 kerugian. Total loss RM154,000," ujar individu itu.




  



Menurutnya lagi, kerugian itu bagaimanapun boleh diubah menjadi satu hal yang positif sekiranya ia dilihat dari sudut pandang orang berilmu.


"Benda ini loss kalau kita fikir ia loss. Tapi kalau ada ilmu, ia boleh jadi advantage (kelebihan). Boleh kurang cukai dari company bayar. Itu pun kalau Khairulaming issue voucher dan claim la.


"Let say la revenue RM20 juta (saya tak jumpa apa nama company jadi tak boleh nak validate anggar-anggar je la) dan ada untung.


"Food & Beverage (F&B) ni 10 peratus net profit dah dikira tinggi jadi RM2 juta kena bayar which is RM480,000 dah ada extra expenses macam ni bolehlah tolak so net profit kurang, cukai pun kurang dibayar. Pengiraan lengkap kena rujuk accountant ya," ujarnya lagi.


Menurut Faridzul Asyraf lagi, apa yang dilakukan Khairulaming juga boleh memberi kegembiraan buat pekerja, sekali gus meningkatkan produktiviti mereka.


"Staf diraikan macam ni siapa yang nak keluar ya tak? F&B ni turn over tinggi, itu loss yang orang tak nampak. Bila hargai staf macam ni, staf kekal dan happy maka produktiviti meningkat berganda.


"Saya pun macam nak kerja dengan Khairulaming jugalah. Yes company bagi macam macam benefit ni dia boleh tarik good talents, talents ni akan kembangkan lagi company," ujarnya lagi.


Pada penghujung perkongsiannya, Faridzul Asyraf memberi pesanan kepada individu di luar sana agar tidak berputus asa, sebagaimana Khairulaming yang cekal meneruskan impian meskipun berdepan kegagalan bisnes terdahulu.


"As majikan, kita doalah supaya company kita pun macam ni. Khairulaming tak adalah ini first bisnes dia, dah buat few sebelum ni yang tak jadi. So jangan rasa tertekan, kita main ikut apa kekuatan kita


"As staff, doalah supaya company korang kerja tu maju macam ni. Company nak grow, staff ni aset paling penting nak kena grow juga. So kalau company tak grow sebab staff yang tak grow juga.


"Tapi kalau rasa dah give the best but still takuk lama, pindahlah bukan tak boleh pindah. Good luck," ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrni murah dh rezeki dia balik sold out dlm 2 minit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.instagram.com/reel/Cq5Dx6Kg738/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit dia bg staff tu rm1000 eh? Sbb aku ada terbaca sorang bdk cina anggarkan dr keyebalan duit tu mungkin dlm 3k
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke 1k bonus tu.. aku tgk kemain tebal.. note 50 tu anggaran 3k to 4k
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan smoga khairul aming terus maju jaya....jaga staff nih besar pahalanya...smoga tuhan melipat gandakan keuntungan nya lagi...aminnn..

Sekian dr bukan staff khairul aming di mana i selalu berharap company aku skang nih sebaik mcm tuh. Nk beli loyalty staff bukan senang. Kalo dh dpt hargailah sebaiknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
over pulak faridzul asyraf mat arifin duk kira duit org
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 11-4-2023 08:56 PM
Ye ke 1k bonus tu.. aku tgk kemain tebal.. note 50 tu anggaran 3k to 4k

Wow 3-4k duit raya...byk tuuu...bj raya pun bos siap beli...tinggal diri je nak kena produktif...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
arini saje 13k sold out dlm ms 2mins....smpai shopee tu xhabis sebut la dgr "shop shop shop shop shop shopee". leloh shopee

keuntungan bersedekah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sibuk kira duit orang dah kenapa? Dasar bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 11-4-2023 09:00 PM
over pulak faridzul asyraf mat arifin duk kira duit org

khueen..ms mula2 baca pun aku mcm?? eh eh overnya kau dikkkk...pi la cari duit sendiri..sibuk kira duit org
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:23 PM | Show all posts
sapa la pi kira "total loss" RM154k nihh

untung rugi tahunan, RM154k untuk raya secebis biskut ajaaa untuk bisnes bukan?
tak tersungkur pun bisnesnya. staff lagi lekat dan setia dengan company, dengan bos adala

ni ada company, staff gaji minima pun, lagi diorang potong macam2
lepas tu pelik kenapa high turnover rate
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal hari2 sold out, untung juta2. Apa salahnya membahagiakan staff2... jual sambal je, tak yh pening2 jual benda lain. Tapi aku pernah beli sekali je sebab viral tapi x kena ngan tekak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila nak samakan sedekah dengan total lost. Dia tu buat investment la tuh. Benda tak nampak yang nampak keluar duit je. Tapi skang nahhhh Allah ganti berlipat kali ganda. Bos2 sekalian sila lah jadikan contoh. Takkan lingkup bisnes korang kalau happykan bkerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 09:34 PM | Show all posts
At the end claim kat LHDN sebagai CSR. Rugi apa nya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 rasa sambal dia sedap x? Nth la meols rasa skli.mcm xsedap. Xda power. Lg sedap sambal kita tumis bodo2 sndiri kt rumah. Yg sold out berjuts balang tu agaknya org lain kena dgn selera la ya kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 11-4-2023 08:53 PM
Duit dia bg staff tu rm1000 eh? Sbb aku ada terbaca sorang bdk cina anggarkan dr keyebalan duit tu m ...

Rasa more than 1k..sbb i bg my staf bonus Ramadhan raya 1k mmg nipis aje pun...x mampu nak bg ber K K mcm KA....tu pun makan2 nan hado...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa lagi satu faktor sbb kilang die kt kelate. Bkn nk kutuk la tp kalau kt kelate tu mane lg nk dpt keje yg gaji tetap, dpt bonus. Kalau dpt majikan yg tak tipu epf socso pun kire untung dahle. So mmg bodoh la kalau pekerja die nk lari. Banding kalau bukak kilang kt Penang ka belah lembah kelang,turnover rate mesti tinggi sbb belah sini byk peluang pekerjaan. Buat foodpanda pun dah mewah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 10:32 PM | Show all posts
annehuda replied at 11-4-2023 10:15 PM
Aku rasa lagi satu faktor sbb kilang die kt kelate. Bkn nk kutuk la tp kalau kt kelate tu mane lg nk ...

Buat foodpandan pun dah mewah?

Habis tu yg ada sorang adik tu merentan meroyan cakap gaji dapat kena potong rm300 kat TikTok tu amenda?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by _kelly at 11-4-2023 11:17 PM
cmf_premierleag replied at 11-4-2023 09:20 PM
khueen..ms mula2 baca pun aku mcm?? eh eh overnya kau dikkkk...pi la cari duit sendiri..sibuk kira ...


sebagai org yang pernah buat financial report, bukan semudah itu nak kira untung rugi company

sales pon taktau berapa tiber assume revenue 20juta apoo



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.042189 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list