Prosedur:
1. Anda diminta membuat satu entry di Blog anda mengenai Forum Cari.
2. Anda boleh menceritakan apa-apa yang menarik mengenai forum cari sama ada kelebihan, pengalaman anda ataupun apa-apa yang berkaitan dengan forum cari.
3. Post negatif, provokasi atau menyerang peribadi orang lain adalah tidak dibenarkan. Mana-mana penyertaan yang seumpama itu dan difikirkan oleh moderator bahawa tidak sesuai akan dibatalkan penyertaan.
4.Segala entry berbentuk iklan adalah tidak dibenarkan
5.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Disember 2010
Cara Penyertaan
1. Publish entry anda di blog.
2. Nyatakan penyertaan anda disini dengan meletakkan PERMALINK di thread ini.
3. Penyertaan dibuka selama 2 minggu dan semua forumer Cari adalah dijemput menyertai pertandingan.
4. Poll akan dibuka selepas tempoh penyertaan tamat. Forumer Cari berserta juri akan mengadili pertandingan tersebut.
5. Buat masa ini hanya satu pernyertaan dari setiap forumer dibenarkan.
6. Entri boleh diedit sehingga tarikh penyertaan ditutup sahaja. Selepas itu entri tidak lagi dibenarkan diedit.
saya budak baw bajar kalo salah tolong jolokkan tunjokkan.....
kat cara penyertaan tew mintak eksplen sket yg nomot 1 ngan nomot 2. almaklom la... i nih buta IT.
saya budak baw bajar kalo salah tolong jolokkan tunjokkan.....
kat cara penyertaan tew m ...
bangcak Post at 30-11-2010 07:56 PM
Salam Bangcak...
Maksudnya buat dulu entri tu di blog Bangcak.. Lepas tu ambik link entri tu pergi tepek kat thread di Board Blog tu utk beritau Bangcak nak join pertandingan tu & itulah entrinya....
Salam Bangcak...
Maksudnya buat dulu entri tu di blog Bangcak.. Lepas tu ambik linkentri tu pergi tepek kat thread di Board Blog tu utk beritau Bangcaknak join pertandingan tu & itulah entrinya....
sourplum Post at 30-11-2010 20:04
adakah maksodnya gini kah??....
tepek "entry" iaitu gambaw nih
dan tepek kat blog...
lepas citer punya citer penoh dlm blog... kendian tepek link kat bilik peraduan sambil teriak "I NAK JOIN BLEHH??"
Tak payah tepek gambar tu, tak ada kena mengena dgn gambar tu...
Tulis lah apa2 kat blog Bangcak asal berkenaan forum CARI.... Lepas tu publishlah apa yg Bangcak tulis tu... Tu lah nama dia entri ....Dah siap publish ambik link entri tu pergi tepek kat bod Hunt link tu, cakap kat dia Bangcak nak join pertandingan tu.....