Post Last Edit by aerolit_gurlz at 28-11-2010 20:15
- 2-
JAM DIDINDING DIPANDANG.Sepuluh setengah malam.Hana memandang gelisah pintu bilikyang akan terbuka bila-bila masa sahaja.Dia tahu,Zakif pasti akan naik sebentar lagi.Apa dia nak buat?Mana dia nak lari?
Hana terus mundar-mandir didalam biliknya.Ya Allah!Dia sedang cuba untuk berlagak cool sedaya upaya yang mungkin,namun entah kenapa hatinya tidak berhenti bergendang daripada tadi.
Hana menarik nafas,dan cuba duduk di birai katil.Namun belum sampai sesaat,dia sudah mundar-mandir kembali.Duduknya serba tak kena.Punggungnya rasa berasap aje.Hana gigit bibir bawah.Teringat kembali peristiwa yang berlaku petang tadi.
“Elok-eloklah…”Zakif bersuara,perlahan di telinga Hana.
Bulu roma Hana terus tegak berdiri.Mak aihh..suara dia!Walaupun bukan dikategorikan sebagai suara yang mampu membuatkan jantung terus jatuh ke lantai tanpa sempat disambut,namun suara itu betul-betul membuatkan darah terus menyerbu naik ke kepala.
“Yang keras sangat ni kenapa?”Zakif bersuara lagi.
Hana mengigit bibir bawah.Aku sedang dilanda keseksaan yang melampau ni.Duduk dalam penjara pun tak adalah seseksa sekarang.Dahlah kena pura-pura senyum macam orang short wayar,lepas tu kena tahan sakit pun sebab stiletto 4 inci ini.Dahlah tu…ada pula makhluk Allah ni yang tangan tak lepas-lepas daripada pinggang.
“Okay Kif!Cuba kau pandang tepat ke dalam mata Hana pula.”
Ahh sudah!Pandang tepat ke dalam mata?Aku nak angkat muka pun dah tak boleh,nak berpandang pandangan mata pula.Hana dah berpeluh tangan.Memang jurugambar merangkap kawan baik Zakif ni nak kena sambar dengan “hujan air liur” agaknya.
Hana terasa yang bahunya digerakkan supaya menghadap Zakif.
“Keras macam boneka..”Zakif sempat menyindir perlahan.
“Hana.Berdiri dekat sikit dengan Zakif.Letak tangan atas bahu dia.”
Letaktangan atas bahu aje?Kenapa tak bagi chance cekik dia terus?Tanpa banyak soal,Hana terus meletakkan tangannya di bahu Zakif.
“Jangan pandang kamera ni,pandang mata Zakif..”
Eh?Bukan selalu orang tangkap gambar pandang kamera ke?Ini apahal pula nak kena pandang mata mamat tu?
“Iskk..tak..tak jadi..”Jurugambar itu mengomel.Hana kerut dahi.Dia mengalihkan pandangan pada jurugambar tersebut.
BERSAMBUNG...
|