CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

"Keluar Duit KWSP, Sekejap Lagi Pencen Nak Jadi Apa?"-Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 10-2-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa 1st keluar epf dulu, anwar kutuk knp govn bagi keluar... Now dah jadi kerajaan camner


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 08:57 AM | Show all posts
lantajk dorang lah nak makan pasir pun bila dah pencen nanti. kang dikata duit dorang kenapa nak disekat, so bagi je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:57 AM | Show all posts
asik kwsp jek...ce bg kua graduiti lak..baru meriah hidup
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:04 AM | Show all posts
Setuju apa yg dia cakap...

Tapi sbb dulu waktu kau jadi pembangang, kau cakap lain, maka mmg jelas apa jer yg kau cakap, semua tak boleh percaya...
Hari ni boleh kata A, esok lusa boleh kata B, as long as it suits kau punya impian
Pooooorahhhhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:07 AM | Show all posts
makan mana harini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 10-2-2023 07:23 AM
kasi keluar kwsp utk pencarum yg ada beratus ribu duit dlm tu oklah jugak.

tak pun, duit Perkeso tu ...

Duit perkeso tu utk insurans, bukan simpanan..
Berbillion rasanya perkeso dah belanja bagi elaun sara hidup utk depa yang diberhentikan kerja sejak eis dimulakan...
Selain elaun selama 6 hingga 9 bulan, perkeso ada juga offer latihan berkaitan kerja utk orang2 berinsurans ni....

Eh, kenapa i tulis mcm org kerja perkeso pulak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 10-2-2023 09:08 AM
Duit perkeso tu utk insurans, bukan simpanan..
Berbillion rasanya perkeso dah belanja bagi elaun s ...

Power sis.
Harap boleh ulas fungsi kwsp pulak lepas ni. Ramai yang lupa tujuan asal penubuhan kwsp ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:28 AM | Show all posts
melayu bodoh hadap duit epf..dah tua sok merempat bwh jambatan pastu blame kjaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 10-2-2023 09:39 AM
adm7 replied at 10-2-2023 09:14 AM
Power sis.
Harap boleh ulas fungsi kwsp pulak lepas ni. Ramai yang lupa tujuan asal penubuhan kwsp ...


I tau sbb ada kawan dah dapat faedah insurans eis under perkeso...walk in interview pun kerap perkeso buat skrg ni... Cuma tgk la sesuai ke tak dgn pengalaman kita...

Tambah - Kalau kemalangan pun boleh claim perkeso, pencen ilat pun ada...

KWSP? Ala google je mesti ada sejarah penubuhannya... .
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:29 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 9-2-2023 04:09 PM
so apa inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat?

Jap tanya Penasihat....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:40 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 10-2-2023 09:08 AM
Duit perkeso tu utk insurans, bukan simpanan..
Berbillion rasanya perkeso dah belanja bagi elaun s ...

thanks for enlighten me.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit banyak nak keluar kan takpa lah. Ni dah lah dulu kerja sapu sampah. Berapa jer duit epf tu yang ada. Nanti nak beli karipap pun takda duit kang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib senyap aje mentang2 geng dia yg memerintah
Masa zaman yidin dulu dia yg terpaling bising pasal pengeluaran kwsp ni
hipocrite much
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:29 AM | Show all posts
Pada aku, tak pasti lah actual quantum.. tapi kalau yang ada bawah maybe 20K tu kasi je lah keluar habis.. bukan apa, kalau lepas pencen ada 20K pun sekali santak je habis dah 20K tu.  Tak sampai seminggu joli dan kena pau dah habis.. nak support persaraan apanya.. cuma delayed joli je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So, takde harapan la ni..kamon la
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 10-2-2023 10:23 AM
Najib senyap aje mentang2 geng dia yg memerintah
Masa zaman yidin dulu dia yg terpaling bising pasal ...

Najib dlm penjara lah. Celah mana dia nk bising.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 10:47 AM | Show all posts
Kerajaan jangan dah bagi kebenaran pengeluaran kwsp lagi. Cukuplah sekali hari itu...

Satu tujuan penubuhan kwsp ialah untuk jaga rakyat selepas bersara, kalau dikeluar sekarang dan ada masalah kemudian, kerajaan tetap akan tanggung masalah tersebut.

Orang yang desak pengeluaran kwsp tetap akan salahkan kerajaan diatas penderitaan hidup mereka. Maka adalah kesilapan memberikan kebenaran berkali-kali, kerana masalah nanti kerajaan kena tanggung juga.

Ianya tetap tanggungjawab kerajaan, sebab mereka tetap kena laksanakan tanggungjawab sosial, kena take rakyat sendiri sepanjang kehidupan mereka, kerana mereka tetap rakyat yang adalah subjek kepada kerajaan.

Kerajaan nanti tak boleh kata, kau dah ambik kwsp kau maka hadaplah tak ada duit selepas bersara.. kerajaan jangan buat kesilapan begini..

Dah sistem dan tujuan penubuhannya begitu, maka kena jagalah sistem tu, kena laksanakanlah, bukan runtuhkan seperti scammer runtuhkan sistem dan peraturan masyarakat, tak boleh senang-senang nak ubah, ianya dibuat sepatutnya untuk faedah bersama....

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:47 AM | Show all posts
Selalu alasan yang dipakai untuk minta pengeluaran kwsp ialah itu duit kami sendiri.

Jika benar itu duit sendiri kenapa tidak ada dalam dompet sendiri. Kenapa tak boleh guna. Kenapa orang boleh halang untuk guna duit sendiri? Kenapa perlu minta kebenaran pulak sebab dah duit sendirikan..?

Hakikatnya itu bukan duit sendiri sepenuhnya, kerana peggunaannya terikat dengan syarat. Selepas pencen baru boleh digunakan.

Kelebihannya dah ada persetujuan majikan dengan kerajaan, iaitu, majikan terpaksa menyumbang juga dalam simpanan kwsp pekerja mereka Bersama-sama dengan sebahagian gaji pekerja untuk simpanan disana. Jika menyimpan sendiri, jangan haraplah ada orang nak top up duit simpanan kita. Jangan harap seorang pekerja boleh bincang dengan majikan suruh majikan top up spt dalam simpanan dia..

Kedua kerajaan juga bagi dividen setiap tahun kepada simpanan pekerja disitu. Simpan sendiri jangan haraplah ada orang nak bagi dividen.. Jadi, basically ini sebenarnya win-win situation utk semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:48 AM | Show all posts
Satu lagi alasan yang selalu dipakai ialah nanti tak dapat rasa kalau dah mati.

Jadi, adakah kita dah jangka kita akan mati sebaik sahaja kita akan pencen? Kita mau persepsi masyarakat selepas pencen kita dilayan spt orang dah mati..?

Sebab kita tak tahu bila matilah kena ada persediaan. Kwsp itu memang untuk persediaan selepas pencen sebab masa tu dah tak boleh kerja, sebab ada masalah kesihatan, sebab nak rehat ker…. Jadi, tujuannya tetap kena jaga kerana kita tak mahu orang-orang tua ini merempat dan ganggu kehidupan generasi seterusnya.. biarlah generasi demi generasi mati secara gracefully..bukan mati merempat kerana duit simpanan tak ada langsung.

Walaupun mati sebelum pencen duit tu akan dapat kepada keluarga dan anak-anak. Ianya sepatutnya dah cukup bagus kerana dapat meninggalkan sedikit duit kepada keluarga yang masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada aje yang dalam epf tu ada banyak gila duit. Takyah la sapu rata semua orang kalau keluar duit EPF terus miskin bila tua. Yang duit sikit dalam tu entah2 taknak keluarkan pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.605672 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list