CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2010 12:02 PM | Show all posts
Reply 20# fazss

eh. mana leh bg tau lagi. huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 01:27 PM | Show all posts
sambung lagi cta.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply  fazss

eh. mana leh bg tau lagi. huhu.
ctA Post at 29-10-2010 12:02



    ala....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:02 PM | Show all posts
check in!!!
2 laki, 1 pempuan...
iffan, idzhan, wilda...
next...next...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:42 PM | Show all posts
next3........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 24# mijot

mijot. 3 laki 1 pompuan.
akan datang. huhu



weh. ko izzati hamizah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2010 11:51 AM | Show all posts
Haih. Idzhan terus menganggalkan kemeja T yang dipakainya apabila dirasakan bahang sudah sampai ke kepala. Setiap malam, sebelum tidur memang wajib sesi mengimbas sejarah. Tak dipaksa, semua babak-babak manis tu yang datang sendiri. Tak perlu dia memerah otak mengingat semula apa yang manis antara dia dan Wilda.
Selepas sahaja peristiwa di perhentias bas itu, hubungan dia dan Wilda memang agak rapat. Meskipun kedua-dua mereka selalu bertekak, namun, masing-msing seperti mengetahui apa yang tersirat di sebalik hati masing-masing. Apa yang paling disukainya tentang Wilda, setiap kali dia menyakat, pipi gadis itu akan mula memerah. Jelas. Kiranya,  kalau Wilda menafikannya, maka boleh dikatakan Wilda melakukan penipuan yang maha besar.
        Semasa hubungannya dengan Wilda berkembang, hubungan Iffan dan Syida juga menjalani fasa yang lebih kurang sama. Cuma Iffan dan Syida kononnya dah ‘declare’. Bahasa budak-budak. Sedangkan dia dan Wilda lebih rapat sebagai kawan tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
        Disebabkan dua jenis hubungan yang berbeza ini, dia dan Iffan menjadi sedikit renggang. Setiap masa yang ada Iffan dan Syida lebih gemar ke perpustakaan, belajar bersama. Kononnya lebih bersemangat. Bagi dia, kelentonglah. Kalau hendak kata sepuluh peratus, mungkin dia percayalah.
        Maka, apabila teman rapat Wilda dah menjadi pasangan belangkas Iffan, dia ambil peluang rapatkan diri dengan Wilda. Wilda makan di kantin dia kacau, Wilda ulangkaji di wakaf, dia kacau. Wilda tunggu bas di perhentian bas pun, muka dia juga yang menghadap Wilda. Siap kawan-kawan Wilda, kalau nampak kelibat Idzhan menghampiri, semua bagi peluang dan mereka menjauhkan diri. Begitu hubungannya dan Wilda berkembang.
        Bila keadaan begitu selalu berulang, kekok Wilda pada Idzhan lama-kelamaan mula hilang. Ada satu tabiat yang dipelajari tentang Wilda, dia gemar luku kepala orang lain. Berani betul. Anak teruna orang tu!
        Dan pada suatu petang Khamis yang hening bertempat di wakaf berdekatan Galeri Sejarah, dan sejarah tercipta apabila dia menerima lukuan Wilda yang pertama. Pergh... Suka-suka hati betul budak ni luku kepala aku!
        “You touched me!” suaranya tinggi walaupun niatnya sekadar mengusik Wilda, seperti selalu.
        “So” Wilda berwajah selamba. Siapa suruh ringan sangat mulut kata aku lembap!
        “You should marry me then. Anak teruna orang ni tau tak” muka Idzhan serius.
        Sumpah, itu kali pertama pipi Wilda blushing tahap kronik. Tahap tiga terus!
        Sampai sekarang dia tak akan lupa pipi yang memerah tahap tak ingat tu. Kaki luku kepala orang pun, rupa-rupanya kat dalam, tahap malu tu memang macam perempuan melayu terakhir.  Kiranya, kalau bab-bab simpan rahsia peribadi ke, keluarga ke, memang susah sangat dia hendak korek daripada Wilda. Tapi, kalau bab kena usik, kena sakat macam ni, memang jangan mimpilah Wilda nak sorok lagi. Sudahnya, sampai petang, merah dia tak hilang. Pendek kata, selagi Idzhan tak balik waktu itu, sampai ke petang jugalah dia tanggung malu.
        Suka-suka hati aku sentuh Idzhan!
        Idzhan segera menutup lampu. Bilik bujang yang tadinya terang-benderang terus diganti gelap. Dia berjalan menuju ke katil. Penghawa dingin dihidupkan dan suhunya disetkan kepada 22oC. Jam di telefon  bimbit sudah menunjukkan angka dua. Mata yang semakin berat cuba dikawalnya. Dia perlu memikirkan aktiviti untuk hari esok.
        Fikirannya yang tadi dimonopoli oleh wajah Wilda, bertukar imej kepada wajah Nisa. Gila, dalam masa seminggu, disebabkan tak ada outstation, memang dia tak jumpa nisa langsung. Betul-betul Nisa mahu jauhkan diri. Adoi...  Kelopak matanya semakin jatuh.  Terlelap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 11:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 30-10-2010 12:13

BAB 4
     “Will u be my charming princess?” Mungkin itu frasa paling indah yang pernah dia dengar. Bila impian yang selama ini dipendam, kini benar-benar di hadapan mata. Tak perlu dengar kata orang lain. Tak perlu tanya orang lain untuk buat keputusan. Hanya dengar kata hati.
     “I will...” akhirnya. Hati di dalam semakin bergendang kuat. Hanya dia yang tahu betapa dadanya hampir meletup dengan degupan yang sebegitu. Tuhan...
     Orang kata dunia bercinta juga ada fasa-fasa tertentu. Bermula dengan bahagia, makin bahagia, konflik, bahagia, konflik besar dan akhirnya merudum. Kalau ditukarkan dalam bentuk graf, mungkin boleh dilihat kecerunannya yang semakin naik sehingga mencapai kecerunan maksimum dan akhirnya menunjukkan kecerunan negatif sehingga tahap sifar. Kalau dah masuk tahap sifar, mungkin sudah masuk fasa putus hubungan.
     Tapi, siapa peduli. Kalau hati dah bahagia berbunga-bunga, memang I rasa you ni hidup dan mati untuk I lah.
     “Lets live our lives sama-sama. Susah senang sama-sama. Sakit you, derita you, happy you, I nak jadi orang yang sentiasa berdiri sebelah you... walaupun er... tak sama tinggi...” hanya tawa kecil yang terhambur. Bahu gagah sang teruna ditepuknya perlahan. Mungkin ayat paling menggelikan untuk didengari oleh orang-orang ketiga dan keempat yang mendengar tapi.. hei siapa peduli.  Its just the matter of us. Tak kiralah siapa, ayat macam tu wajib rasanya. Sekurang-kurangnya-kurangnya untuk tunjukkan betapa sayangnya sang teruna pada gadis        nya? Kan?
     ‘I sanggup mati untuk you’ ayat itu tidak tergamak untuk diperdengarkan kepada sang teruna. ‘...sebab I tak sanggup nak tengok you hidup tanpa I’. Bukan! Jawapan tu zaman Laila Majnun bolehlah. Untuk zaman yang ceritanyanya dah boleh mencecah cinta octagon sekarang ni, jawapan yang lebih sesuai mungkin adalah... ‘...sebab I tak sanggup tengok you dengan orang lain kalau I tak ada’. Maklumah, banyak sangat seginya.
     “You okey tak? You ada masalah? Dalam lecture hall tadi, I tengok you termenung tak ingat. Mati-matilah I ingat you hafal formula struktur  triptofan. Rupanya, mana asid amino penting, mana asid amino tak penting pun you tergagau-gagau lagi nak jawab” Masa itu, prihatinnya tak dapat nak dikata. Ada masalah atau tidak, senang je nak scan. Sedih atau happy, lagi senang nak trace.
     Sebab?
     “Sebab... Mungkin Tuhan itu dah ada janji untuk kita.  Naluri I kat you kuat. Apa yang you rasa, itulah yang I rasa” Ya Tuhan... manisnya bahasa. Hebatnya macam pendita. Siap boleh tahu lagi Tuhan dah janji apa. Tapi...
     “Entahlah, mungkin I pun rasa yang sama. Mungkin we’re meant to be together... I hope” Manis sungguh bahasa masing-masing. Fitrah manusia berkasih sayang agaknya. Tak payah susah payah belajar bahasa-bahasa warkah biru berlagu macam tu. Semuanya terkeluar secara semula jadi.
     Bukannya macam  nak buat karangan PMR SPM dulu. Nak buat ayat pun dah makan masa berminit-minit. Paling susah nak cari perbendaharaan kata semata-mata nak tunjuk pada cikgu yang dia ada ilmu yang luas selain dari apa yang dipelajari dalam kelas. Kalau tak, cikgu akan cakap, ‘Awak ni tak baca surat khabar di rumah ke?’. Kalau ditakdirkan buat rumusan lagilah payahnya. Bilangan patah perkataan yang terhad tapi isinya padat dan mantap. Dari ayat yang tersusun panjang dalam kepala, nak diterjemahkan kepada 7 perkataan dalam satu ayat memanglah tergaru kepala. Walau bagaimanapun bagaimanapun kepada namun... itu pun tak terfikir kadang-kadang.
     Tapi kalau dalam subjek hati dan perasaan ini...
     I love you dah cukup untuk merangkumi...
     ‘Saya cinta kat awak sampai mati’
     ‘Selama mana laut tak kering, selagi itulah cinta saya bertakung untuk awak’
     ‘Semasin air laut, setepu itulah rasa cinta saya untuk awak’
     ‘Saya tak mampu nak hidup tanpa awak’
     Atau... ‘Will you be mine forever?’
Cuma kalau nak panjangkan sedikit ayat I love you tu... bolehlah ditambah satu perkataan lagi which is...
     “I really love you”
     “Me too” dengan muka ikhlas.
     “As much as I love you?”
     “May be more” mata sang teruna di tatap dalam namun kalah juga lalu dialihkan pandangan.
     “Apa ni... kalau macam tu, dah tak sama banyak dah. Tak bolehlah guna ‘me too’ tu” Pipi si gadis dicubit perlahan. Cubit comel... kononnya.
       Kalau dah kata cinta sayang tu  setepu air lautan, rasanya memang tiada apa yang boleh menggangu-gugat suatu perhubungan. Kalau wujud orang ketiga dipihak sang teruna mahupun si gadis, boleh main tolak-tolak je orang ketiga tu rasanya. Sebab lautan tu, kalau hujan berkurun pun, sama saja masinnya. Tiada apa yang mampu mengubah kalau bukan dengan izin Allah. Sama jugalah situasinya dengan bercinta. Datanglah orang ketiga ke, keempat ke, empat setengah ke, kalau I dah kata I cinta kat you tu, sampai mati I pegang kata hati I. Tak ada sesiapa yang mampu mengubah rasa hati I untuk you.
     Kalau macam ni sekali, memang kalahlah hikayat-hikayat cinta zaman dulu-dulu. Laila Majnun ke, Uda dan Dara ke... Hei, I pun apa kurangnya, I sanggup sama-sama tempuh bala dengan you tau!
Kalau hati dah suka, wangi busuk, cacat cela semua tu tolak sebelah je lah. Dah nama pun manusia, mana ada yang sempurna. I terima you seadanya... (setakat inilah)
     “Wid, I really love you. No doubt”... senyum.

     Wilda lantas mengubah posisi tidur. Apa mimpi yang bukan-bukan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2010 12:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 30-10-2010 12:18

Letak duduk hijabnya segera diperbetulkan. Datang pagi tadi, memang kemas lipatannya. Bila dah menghadap kerja-kerja menulis mengedit, selari dengan pusingan kepala otak dia mencari idea, segala macam kesempurnaan fizikal memang hilang. Baju berkedut seribu, Hijab pun dah senget sebelah.
     Jam di dinding belakang Syahrul, si penjaga akaun sudah menunjukkan angka 12 tengah hari. Waktu makan tengah hari lagi sejam. Jemarinya lantas bermain dengan mouse. Mahu berehat sebentar. Lantas dia membuka laman web TV3. Sebelum ini, waktu kerja-kerja menulis  dan mengedit tak banyak, dia memang rajin menonton online. Cuma sejak akhir-akhir ni, banyak pula drama bersiri yang dia terlepas. Habis kerja biasanya jam lima, tapi ditambah satu jam lagi. Undang-undang sendiri juga. Dia lebih suka merangka idea awal untuk penulisan hari berikutnya pada setiap petang sebelumnya.
     La... email mana yang aku guna dulu... Dia garu kepala. Email bukan main banyak lagi. Gmail, yahoo... Password pun dia dah lupa.
     Akaun Gmail mungkin. Password, 786589... agaknya...
     ‘Incorrect email and password’ Apalah...
     Trett...... tret....... terasa meja sama bergetar apabila telefon bimbitnya berbunyi, beserta vibrating effect. Kacau...
     “Hai sayang...” Sejak bila pulak tukar nama panggilan ni...
     “Ha... Tiba-tiba call ni kenapa. Tak sibuk ke?” Malas melayang mood gatal Iffan yang datang tiba-tiba. Nak tergelak dia dibuatnya.
     “Nak ajak you lunch. I datang ambil you kat office nanti. Okey tak?”
Ala... Tak kena masa lah cik abang oi.
     “I dah janji dengan my colleuge nak lunch sama-sama. Next time ok. Esok ke... atau lusa mungkin” Wilda masih cuba memasukkan kata laluan lain yang biasa dia gunakan. Masih gagal. Mungkin tak kena email dan kata laluannya. Serabutlah...
     “Susahnya nak ajak you  lunch. Kata syarikat sendiri, rules sendiri...” suara di hujug talian merungut.
     “Rules sendiri tu memanglah. Tapi janji tetap janji. I dah janji dengan diorang. Lusalah ok, I janji dengan you. Lusa, memang I tak benarkan diorang kacau janji I dengan you. Promise” automatik sebelah tangannya naik menunjukkan isyarat janji. Seketika kemudian, diturunkan semula... hehe, tak perlu kut.
     “Whatever you say Wilda. You tengah buat apa tu. Writing something? Dari tadi I dengar you menaip” Pak cik ni...
     “I tengah nak log in TV3 ni, tapi tak dapatlah. I tak ingat which email and password yang I guna dulu. Dah lama tak buka”
     “You boleh lagi bersantai-santak masa kerja... You tak sibuk ke. You nak tengok apa ni...”
     “Apa-apalah yang I dah missed. I baru lepas buat draf untuk my new article, tak tulis pun lagi. Penatlah, ingatkan nak rehat kejap”
     “You guna my email and passwordlah. I pun dah lama tak buka. But I guess I ingat lagi” perli aku pulak...
Beberapa minit kemudian, talian diputuskan. Kesimpulan daripada perbualan dengan bakal tunang, puas hati! Tak ada yang merajuk sebab tak dapat lunch sama-sama. Iffan mana suka buat gaya merajuk. Relaks je dia terima alasan apa pun. Asalkan munasabah dan ada toleransi antara dua-dua pihak, maka dia pun tak banyak hal.
     Serentak dengan itu juga, dia berjaya log in. Email dan password Iffan Khairuddin. Melihat-lihat senarai-senarai siri baru, drama terbaru, menarik. Tapi, nama nak tengok sekarang, tak mungkinlah. Mimi nampak nanti, sah-sah kena tegur. Enak aja nonton masa kerja. Tak beretika langsunglah suka-suka hati curi tulang melebih-lebih walaupun syarikat sendiri. Itu pun dah diberi kelonggaran dari apa yang sepatutnya. Disiplin dan prinsip kena patuh beb.
     Bosan dengan apa yang tertera, dia terus menekan symbol x pada hujung atas tetingkap. Sambung kerja lagi baik. Sekejap je lagi nak sampai  lunch hour Wilda. Kerja. Kerja. Suara-suara positif sudah mula menjalankan peranan. Wilda akur. Terus dia menaip sesuatu pada enjin carian google.
    ‘Trans fatty-acid’   Klik!
     
   

     Selesai sahaja makan tengah hari di pantry bersama rakan-rakan yang lain, Wilda kembali ke mejanya manakala rakan-rakan sepejabat yang lain terus ke bilik solat. Wilda bersandar dan memejamkan matanya. Keuzurannya tiga hari yang lepas membuatkan dia cepat letih dan mengantuk. Masanya yang ada lebih gemar diisi dengan melelapkan mata. Dapat sepuluh minit pun, jadilah.
Bermacam-macam masalah kecil yang terbayang dibenaknya. Tunang, kahwin, parents Iffan, fatty acid, poly, monounsaturated fatty acid... apa ni...
    Mata dicelikkan. Satu idea nakal muncul dibenaknya. Wilda, jangan buat yang bukan-bukanlah. Ada satu suara di kepalanya yang melarang. Sekali-sekala... Dia tersengih sendiri.
    Facebook.

[url=mailto[email protected]][email protected][/url]
Kata laluan : NCH****
Enter!
     Bapak senang. Wilda sengih nakal. Sorry sayang, kadang-kadang penguatkuasa kena buat pemeriksaan tambahan. Tehehe...
Inbox:  2 new messages. Klik.
Sender: Syida Zainul Ariffin.
Satu: Abang, takkan nak bermastautin terus kat rumah Papa and mama. I miss you.
Dua: Why did you beat him? Dia tak salah ok.

    Tiga... sumpah rasa nak pengsan. Air muka berubah terus. Apa semua ni? Iffan? Syida? Zainul Ariffin? Betullah itu nama Uncle Ipin, jiran lama dia semasa di sekolah menengah. Apa hubungan Syida dan Iffan. Diamatinya pula tarikh mesej itu dikirim. Minggu lepas! Ya Allah. Jadi, Iffan pun dah lama tak buka akaunnya. Cepat-cepat kedua-dua mesej itu dibuangnya.  Tangannya mula menggigil. Sejuknya rasa penghawa dingin serasa sudah membekukan seluruh tubuh. Apa yang ditekan, apa yang dicapai, terasa dah tak kena.
    Cepat-cepat dia klik pada log out dan di log in pula akaunnya sendiri.
Syida Zainul Ariffin. Search!
    Jumpa! Degupan jantungnya sudah melaju tiga kali ganda. Air mata sengaja ditahan-tahan. Janganlah tumpah sekarang... Ya         
    Allah, kuatkanlah...
Syida. Teman lama semasa di sekolah. Gadis yang dirasakan bertuah kerana mendampingi Iffan mendahului gadis-gadis lain. Gadis-gadis lain yang Iffan tak pandang langsung. Termasuk dia. Iffan tak nampak langsung pun. Cinta budak-budak hingusan. Cinta monyet. Tak ada kesan pun, kata Iffan dulu. Tapi, ini apa?
     Dia cuba klik pada bahagian foto. Namun, tiada foto yang available buat strangers seperti dia. Terus dia klik pada bahagian mesej. Menghantar mesej pada Syida untuk bertanya, dia sendiri tidak tahu menilai apa patut atau tidak.
Syida. Aku, teman lama. You and Iffan, explanation please.
     Tangan sudah memangku kepala. Berat rasanya untuk dibiarkan tegak menghadap skrin komputernya. Hatinya mengesyaki yang bukan-bukan. Tak akanlah mereka masih berhubungan. Kata Iffan, mereka sudah saling putus hubungan sejak meninggalkan sekolah dulu. Banyak yang perlu dikejar. Mungkin Syida yang masih mengharap, dia cuba menyedapkan hati.
Lama dia menunggu walaupun dia sedar Syida tidak mungkin membalasnya sekarang. Terduduk diam, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Tidak mungkin untuk bertanya sendiri pada Iffan, juga tida skrip yang betul tentang apa yang mahu ditanyakan pada Iffan.      
     Hatinya terlalu takut untuk menelah. Bimbang tersalah.
     
     1 new message. Notification itu sudah cukup untuk membuatkan hatinya bergendang kuat.
Call me. 012-4877***
    Pendek dan ringkas tetapi cukup menyentap-nyentap jantungnya. Apakah...
Telefon bimbitnya dicapai laju. Nombor telefon yang tertera di tetingkap didailnya tanpa sabar. Seketika, talian disambungkan. Dengar sahaja bunyi seseorang menjawab di hujung talian, dia terus meluru. Lebih pantas daripada lajunya Gee membuka pintu.
    “Syida. Please. Explain”
    “Apa yang kau nak tahu?”
    “Takkan kau masih berhubung dengan Iffan. Kami dah ambil a step ahead. Nak kahwin dah tak lama lagi. Aku nak tahu semuanya. Apa..apa...”
    “Betul ke? Kalau itu yang kau dan dia rancang... Urm...” suara itu terhenti di situ... “Teruskanlah. Mungkin dah jodoh kau dan dia” Suara itu menampung sesuatu. Nadanya sudah berubah saat selepas dia terhenti dan menyambung tadi.
    “Kau masih mengharap pada dia ke? Sorry, aku tak tahu. Aku tak bermaksud...” dia pula yang kehilangan kata. Teman baik dirasakan jauh.
    “Aku sudi terima kau...”
    “Pardon me...” Tak faham. Maksudnya apa? Dia terasa semakin ingin mendesak. Kalaulah Syida di hadapannya sekarang...
    “We’ve been married. And I’m  pregnant” seperti batu yang menghempap kepala. Dia tersandar pada kerusi. Air mata yang ditahan tadi mengalir laju. Takkan lagi sekali... Apa salah aku...
    “Sorry???” suaranya meninggi. Tegang.
    “You heard me”
    “I didn’t” Menafikan sebegini mungkin tidak baik untuk dia. Wilda mengesat air mata. Mencari kekuatan untuk terus bertanya.
    “You want me to say it twice?” Tiada nada sinis pada suara Syida.
    “Please don’t” akhirnya ketegangan tadi dikendurkan. Dia tak rasa Syida menipu.
    “Dah berapa lama?”
    “Setahun setengah...” Sekali lagi batu tadi seperti jatuh di kepalanya. Ya Tuhan...
Pap! Telefon bimbit flip ditangannya ditutup terus. Sungguh dia tiada respon untuk jawapan pendek Syida. Terasa hendak tercabut jantung dari jasadnnya. Baru rasanya dia bagaikan pulih dari mimpi ngeri ditinggalkan tanpa sebab. Baru rasanya seperti Iffan itu dihantar Tuhan untuk kembalikan semangatnya yang dah lama hilang. Rupa-rupanya, ujian kali ini lebih teruk.
     Tangannya diraup ke muka dan nafas ditarik kuat. Cuba mencari semangat disebalik udara pemberian Tuhan. Mencari jawapan untuk soalan mengapa dia diperlakukan sebegini. Bahu yang sebelum ini dipinjam untuk tumpang menangis rupanya ada tuannya yang lain. Yang lebih berhak. Bukan aku... bisiknya.
Pandangan ditebarkan ke sekeliling. Pejabat masih kosong. Dia cuba mencari mana-mana bahu yang ada untuk mengadu cerita.
Saat itu, pintu pejabat laju terbuka.
    “Kenapa ni?” Tepat pada masanya Gee masuk. Seorang.
    “Kak Gee...” Terus dia meluru pada teman sepejabatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:29 PM | Show all posts
cerita yg menyentuh perasaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 12:43 PM | Show all posts
Reply 30# shahrinas


    TEHEHE... panjang lagi ni. saya pun tak habis lagi menulis. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 12:47 PM | Show all posts
Reply  shahrinas


    TEHEHE... panjang lagi ni. saya pun tak habis lagi menulis. huhu
ctA Post at 30-10-2010 12:43


x pe...take your time...
yg penting sentiasa ada n3 k...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 05:06 PM | Show all posts
ni sbb izdhan nak halang perkahwinan diorg...
rupa-rupanya iffan dan syida dah kawen...
napa iffan nak kawen dgn wilda...
tak sabar nak tggu next n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 05:39 PM | Show all posts
mijot. aku masukkan bab iffan dah kawen tapi menggatal nak kawen lagi satu tu, based on kawan aku punya story.

sian kawan aku mijot. tak tau pun laki yg nak pinang dia tu dah kawen. aku ambil part tu bulat2. tehehe.

saat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2010 05:43 PM | Show all posts
Reply 33# mijot


    next will be imbas semula ye kwn2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 10:30 PM | Show all posts
jahatnya iffan...bini tengah peknen dia sibuk nak kawen lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2010 01:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 1-11-2010 13:59

BAB 5
Beberapa tahun yang lalu...
Idzhan dan Wilda 2004
UKM vs UiTM

Bangi dan Shah Alam. Kalau dikatakan jauh, namanya memang tipu. Antara UKM dan UiTM. Dekat. Tapi, nak jumpa bersua muka, payahnya. Sejak tamatnya peperiksaan SPM, Matrikulasi, sela masanya sudah setahun setengah. Namun dalam tempoh itu juga, Wilda tak pernah bersua dengan Idzhan lagi. Lepas sahaja tamat SPM, Idzhan terus sahaja ke Darwin bercuti, ke rumah keluarga abangnya yang bermastautin disana. Antara mereka, hanya email yang menjadi penghubung sementara. Itupun tidak selalu. Maka, hubungannya dengan Idzhan tidak bertanda apa-apa. Tidak naik ke satu tahap mahupun turun ke tahap bawah. Masih lagi baik sebagai teman.

Untuk mengharap sesuatu yang lebih, Wilda memang tidak berani. Rasanya dia bertepuk sebelah tangan. Idzhan tak pernah kata apa-apa. Tak pernah juga memberi hint atau tanda-tanda yang dia suka. Mungkin juga usikan Idzhan dulu-dulu hanya sekadar usikan nakal yang pernah buat dia berbunga-bunga. Dan dia tidak meluahkan apa-apa, maknanya, tiadalah. Huh...
Semasa mengambil keputusan SPM pun tak sempat nak jumpa. Idzhan balik ke Malaysia tiga hari selepas dia mengambil keputusan SPM. Masa itu, abang Am dah einagtkan dia awal-awal. Bila-bila pun dia mahu ke sekolah, abang Am tetap nak ikut sama, nak jadi orang pertama yang raikan kejayaan dia, ataupun orang yang pertma luku kepala dia kalau keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Tapi, syukur, bolehlah untuk dia melepaskan diri ke Matrikulasi.

Idzhan nasibnya lebih baik. Keputusannya lebih membanggakan. Err, bukan nasib. Memang dia lebih pandai. Wilda ketuk kepala. Dia ke KMJ Idzhan ke KMPP. Jauhnya usah dikata. Seorang ke utara seorang ke selatan. Berhubung dengan email agak sukar sebab masa tu, masing-masing agak sibuk, computer riba tidak dibenarkan untuk dibawa. Betullah kata orang, jauh di mata jauh di hati. Idzhan seakan semakin jauh. Bukan tak ada telefon bimbit, tapi nama nak mesej atau telefon antara satu sama lain, macam berdosa sangat gayanya. Payah betul.

Teringat semasa dia berkongsi cerita tentang rakan sepraktikum yang ‘cuba-cuba’ ke atas dia. Minggu ni hantar email bercerita, minggu hadapannya baru berbalas. Masa tu, nak sambung cerita pun, rasa dah basi. Ingatkan nak kongsi suka duka ke apa, tapi kalau dah sampai seminggu tunggu, dari suka-suka, berduka sorang-soranglah jawabnya.
Idzhan balas...

“Jangan mudah menerima seseorang kerana dia mahu diterima, tapi terimalah seandainya kita bersedia menerima dia” Serius ya amat... Dah la pendek tu je. Salam tak ada, hi tak ada, bye lagilah. Kalau dah macam tu ayat dia, nak anggap macam mana tu?
Suka ke tak? Reply email macam minat tak minat je.

Sampailah masing-masing menjejakkan kaki ke univerisiti masing-masing.  Rasanya dah dekat dah tu Bangi dan Shah Alam. Nak ajak minum-minum dia takut. Takut dikatakan terhegeh-hegeh. Padahal boleh je ajak keluar atas prinsip berkawan kan?
Kalau dia anggap kau perasan, kau anggaplah dia perasan balik. Kau ajak dia sebab nak eratkan sillatulrahim sebagai kawan kan?
Urm... soalan apa tu? Tak retilah nak jawab...

“Sudah-sudahlah tu Wid...” Umaiy, roomate dia yang pertama di UKM menyapa. “Dari tadi aku tengok kau termenunglah, mengeluhlah. Kau fikir apa?”
Wilda bingkas bangun. Direbahkannya tubuh ke katil Umaiy. Katil yang membangkitkan selera untuk tidur. Comforter tebal, teddy bear empuk, bantal-bantal comel yang colourful mengalahkan pelangi. Heaven sungguhlah kamar peraduan kau ni Umairah.

“Bear yang ni baru dapat ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni” Teddy bear coklat muda berbulu lebat dipeluknya erat. Syurga dunia...

“Hadiah birthday. Baru dapat semalam” Umaiy baring di sebelahnya. “Bila korang nak up jadi boyfriend girlfriend?” Bear di tangan Wilda dirampasnya. Dia tahu siapa di fikiran roomatenya.

“Oi, kedekut. Tak boleh tumpang peluk ke?” dirampasnya kembali bear dari tangan Umaiy. Ketawa umaiy dibuatnya.
“Kau mintaklah dengan Idzhan tu.” Gila, nak  minta-minta pula. Nama pun kawan je.
“Kawan je lah roomate...” suaranya mengendur.
“Hum...” terdiam. “Ke, kau patut bukak hati dekat orang lain?” tiba-tiba pulak perbincangan jadi serius.
“Siapa? Tak ada orang nak lah...” Wilda memejamkan mata, membayangkan seorang demi seorang rakan pengajiannya. Tak mungkin... tak mungkin...
“Siapa-siapalah... Mungkin belum lagi lah tu. Tapi aku tak naklah kau terus berharap. Aku takut kalau hati kau asyik kat dia, nanti orang lain pun kau tak nampak”

Logik...logik... Roomate aku ni dah pandai dah sejak bercinta ni...

“Kawan-kawan sekolah kau yang lain tak ada ke?” Umaiy menyambung.
“Mana contact dah dengan diorang...” Tiba-tiba matanya dicelikkan.
“Oi, kau ni kenapa? Concern sangat aku tak ada boyfriend ni... Nampak macam aku desperate sangat ke nak boyfriend...” Bear tadi dicampak ke muka Umaiy.
“Oi!!!”
“Tidurla. Aku nak sambung kerja jap” Wilda bingkas bangun.
“Roomate, teman gosok gigi jom”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2010 02:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 1-11-2010 14:03

Ruang kafe FST penuh. Hampir kesemua meja kelihatannya telah diisi para pelajar FST dan FPP. Wilda hanya mengekori langkah beberapa orang rakan sepengajiannya. Terjenguk-jenguk kepala masing-masing mencari tempat duduk. Waktu tegngah hari begini memang waktu kemuncak untuk  memenuhi tuntutan selera masing-masing. Bukan hanya pelajar, malah kakitangan jabatan, makmal hatta pensyarah sendiri turut turun padang mencemar duli makan bersama pelajar.

Puas mencari tempat, Wilda dan beberapa rakannya yang lain bertapak di satu meja yang kebetulan baru dikosongkan oleh beberapa orang pelajar sebelumnya. Nasib baik betul. Beg galas diletakkan di satu kerusi kosong di sebelahnya kanannya manakala Fara mengambil tempat disebelah kirinya.

“Aku nak order goreng-goreng. Mau?” Fara sudah berdiri. Menawarkan khidmat untuk Wilda memang sudah menjadi kebisaannya.
“Mee goreng basah please” Senang betul ada kawan yang tak reti duduk macam Fara ni.
“Ok” Fara memetik  jari sambil terus berlalu.  
“Aku pergi ambil nasi dulu. Kau nak minum apa?”Add pula bersuara.
“Coffee tarik. Dua. Untuk Fara sekali” Tiga, untuk aku sekali.
“Done” Add berlalu bersama Ijad. Menu biasa Add dan Ijad semestinya nasi campur. Lebih sesuai untuk lelaki, boleh sukat sendiri berapa banyak nasi yang ingin ditelan. Tidak seperti Wilda dan Fara. Mee goreng sepinggan yang tidak berapa banyak itu pun kadangkala tak mampu dihabiskan.

Wilda menopang kepala. Dipicit lembut kepalanya yang mula rasa berdenyut. Tidak tahu apa puncanya sejak tadi rasa tidak enak itu menyerang. Sejak dari pagi tadi sebelum ke kelas sehingga di dalam Makmal Mikrobiologi tadi, makin teruk pula. Mungkin juga disebabkan bau palbagai jenis kulat dan bacteria yang dikerjakan sejak semalam, dengan sampel-sampel makanan basah yang dihomogenkan. Semua bau bercampur-baur. Kalau tak pakai mask, silap-silap sesiapa yang tak tahan tak mustahil akan muntah.

Ya Tuhan... Wilda menepuk dahi. Yang aku pergi order coffee tu kenapa. Dah lah alah pada kaffein. Dia cuba mencari  kelibat Add di kalangan mahasiswa yang semakin membanjiri. Ingin menukar pesanan kalau boleh. Tak sempat! Add sudah pun berdiri di  hadapan brother yang jaga bahagian air. Redha.

Seketika kemudian, Fara kembali ke meja. Pesanan biasanya akan dihantar oleh pekerja kafe yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Tidak seperti di kafe-kafe kolej yang dipenuhi dengan pekerja berbangsa Indonesia.  Laju Fara menuju ke arahnya. Fara memang hiper, tak boleh duduk diam langsung. Energy dia memang superb. Kalau berjalan ke kelas, dia biasanya yang paling laju. Jangan ada sesiapa yang kalau berjalan sekali dengan dia tapi buat lenggang ratu kebaya. Memang kena bebel. Mulutnya sama energy dengan pergerakannya. Orang Sains kalau buat style lambat, memang negara kena bom... Prinsip Cikgu Fiziknya...
Kalau bab-bab makan macam ni, belum sempat duduk, dia dah bangun semula untuk buat pesanan. Kalau makan di luar, orang lain sibuk lagi membelek-belek kad menu nak cari makanan apa yang best, dia dah decide terus. Agaknya, dari dalam kereta dia dah set dalam kepala hendak makan apa.

Kalau makan di cafe FST macam ni, kalau tak makan nasi campur, Wilda memang tak payah bangun. Fara memang automatik tahu tugas dia untuk order makanan pada bro tukang masak tu. Kalau bab air pula, memang dah ada orang lain jadi sukarelawan untuk belikan air untuk dia. Termasuk untuk Fara dan kawan-kawan lain sekalilah, bukan dia saja. Cewah, istimewa sangat ke dia sentiasa nak dapat layanan first class Add. Tugas Wilda, duduk. Jaga meja, jaga beg. Tehehe...

Add menatang dulang makanan berhati-hati mengimbangi diri. Baru beberapa langkah dia meninggalkan kaunter pembayaran, hampir sahaja dia terlanggar seorang siswi. Mujur juga dia sempat mengelak.

“Eh, sorry, sorry!” gadis itu lebih dahulu menyatakan maaf. “It’s ok. Small matter. Tak terbalik pun dulang ni”Add sengih. Macam biasa, sengihan cool dari seorang lelaki seperti dia.
“Coursemate Wid kan?”
“Haah, Maiy.”Add sengih lagi. Memang dia cukup mengenali Umairah, teman sebilik Wilda yang selalu sangat Wilda ceritakan.

Bertembung di dewan kuliah pun sudah lebih sepuluh kali. Lempar-lempar senyum, angguk-angguk je yang biasanya masing-masing berkesempatan. Nama nak borak ke, tegur-tegur ke... macam tiba-tiba lah pulak kan.
“Banyaknya air” Umaiy cuba beramah mesra.
“Untuk roomate awak tu. Payah betul dia nak bangun. Bab air-air ni, memang kerja saya ni...” Saya... janggalnya. Ni dah mula ni, terpaksalah guna. Untuk sementara... Jawapan Add membuatkan Umaiy angkat kening.
“Coffee?”

Add pula mengangkat kening. Anything wrong? Wilda memang suka coffee selama ni... selama yang dia tahu.
“Isk. Dia yang order ke? Pagi tadi dia kata macam nak demam, macam pening. Dah baik ke agaknya. Dah la dia alah pada kafein.
Takut makin pening pulak nanti” Tanggungjawab seorang roomate. Fakta-fakta asas macam tu memang kena ambil tahu.
Oooo.....  Sedikitpun dia tak perasan yang Wilda sebenarnya tak berapa sihat.
“Hum.. Dia tak cakap pulak yang dia demam ke pening ke apa...” Add sudah ke tepi memberi laluan kepada palajar yang lalu-lalang.
“Tak apalah. Tangok-tengokkan dia je lah. Tadi saya dah cakap kat Wid, kalau dia still tak sedap badan, malam nanti saya minta kawan saya tolong hantar ke PK or mana-mana klinik ke...”
“BF Umaiy ke maksudnya” eh, apalah punya soalan tak jaga adab dengan kawan baru...

Aik suka-suka hati shoot aku dengan soalan macam tu. Memang tak beragak betul Add ni. Umaiy sengih.

“Ok, saya pergi dulu lah. Lapar dah ni.” Janggal betul guna saya-awak ni. Lepas ni, kalau jumpa, jangan harap dah nak guna bahasa sopan macam ni. First meet je dah lah.
“Err.. Maiy, mintak no. phone boleh? Emergency nanti senang...”
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 03:35 PM | Show all posts
heheheh3.... next!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2010 05:09 PM | Show all posts
sambung..... jgn x sambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062402 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list