Post time 22-7-2022 08:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum ambil tindakan gini, mesti ustaz ustazah dah maklumkan. Pelajar bawa jugak. Sama la macam di mesia ni ha. Budak form 1 form 2 datang sekolah bibir merah2. Kadang tengok budak ni balik dah petang petang tu, bibir merah2, muka macam baru pakai bedak. Banding dengan anak I yang lelaki, pergi sekolah elok lagi, balik pun masih elok cuma muka dah berminyak, tali leher dah melorot sikit, rambut awal awal kemas tapi ke hujung tu, pesennya dah ala ala dipukul ribut.
Apa pun, I rasa betul je tindakan guru bertegas macam ni. Nak melawa, bukan di sekolah. Mesti dah diberi amaran benda benda terlarang nak bawa, tapi bawa jugak.
kalau tak boleh bawa dalam sekolah sebab dah peraturan tak apalah...
tp aku kurang setuju siap hancurkan begitu, paling teruk pun boleh buang sahaja dalam tong sampah, atau bagi sahaja balik dengan pendidikan yang sepatutnya sebab barang itu adalah kepunyaan seseorang... kecualilah kesalahan yang sama berkali-kali maka mungkin boleh ambik tindakan yang perlahan-lahan ke arah lebih keras.
Takut nanti hukuman seperti itu akan memberikan kefahaman umum terutamanya kepada pelajar-pelajar disitu, bahawa tak ikut peraturan boleh menerima hukuman yang membolehkan hak-hak seseorang dilanggar.
Disini sebenarnya secara tak sedar, dah diajar dan diturunkan ilmu kepada budak-budak secara tidak langsung bagaimana mereka perlu bersifat bila otak mereka mentafsirkan adanya perlanggaran peraturan
Barangnya dirampas, lepas itu dihancurkan didepan mereka, mereka hanya boleh tengok hopelessly... cumanya kalau itu dah dipersetujui oleh semua, maka masyarakat kena adaptlah dengan anggotanya yang akan bersifat begitu juga kepada sesiapa yang telah melanggar peraturan pada padangananya sebab dari kecil dah dinormalisasikan.
Jika pelajar ini jadi guru pulak, pemikiran ini akan muncul pada masa-masa tertekan kerana kefahaman ini telah berada dialam bawah sedar bertahun-tahun dan ada kemungkinan menggunakan pendekatan yang lebih lagi berbanding dengan apa yang mereka dididik dahulu. Tak hairanlah guru-guru kita sering sahaja keluar berita pasal menghukum pelajar secara tidak sepatutnya..
Kita masih ada pilihan untuk mengambil pendekatan bertahap yang menggunakan reasoning terlebih dulu, ingatan tentang adanya peraturan, seterusnya amaran adanya perlanggaran, usaha dan kerjasama dengan ibubapa, diambil tindakan pelaksanaan peraturan hilang hak milik tapi tak perlulah bagi mesej yang agak ekstrem seperti menggunakan tukul..
Post time 22-7-2022 05:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cuma nak kata banyak nauuuu mekap budak2 sekolah agama niiii
Weols buat spot check pun dapat takat ntah berapa mekap ja (perfume, deodorant, lip balm weols benarkan). Boleh bilang dengan jari. Itu la kot beda sekolah gomen Malaysia dan sekolah agama caprut swasta Ndonesia.
Post time 22-7-2022 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalo barang2 untuk basuc hygiene... munasabah je bawak.. biasa laa skolah kan sampai petang.. mau ketibas busuk kepam.. so boleh je kot considerate bawak deo, perfume, bedak, lipbalm, sunblock
Barang mekap, lipgloss bagai ni tujuan utk membirah je..
Post time 22-7-2022 07:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aritu ada sedara dtg rumah.. anak perempuannya sekolah rendah, tengok comel je pipi merah mcm epal. Flawless.
Bila nak balik tu kita puji lah kat mak dia.. rupa2nya tu makeup. Aiyyooo.. anak tu mmg minat makeup. Huhu pandai pulak tu sampai kita pun terpedaya. Cuma perangai je tak seiring, duk mengamuk dgn mak dia sibuk nak balik.
Parents sebolehnya klau anak tu gila duniawi make sure yg akhirat pun jln sekali. Solat, mengaji, bab tauhid, akidah, fekah anak2 kna tau dari kecil sebab dunia yg mnunggu mereka sgt mencabar.
tu je perpum mampu milik utk budak2 asrama. lelaki pempuan pun pakai
haha 7.50posen sesuai poket
masa tu romano baru nak masuk malaysia
dashing rm 22 - telan liur
haa ni budak2 pempuan tudung labuh kat sekolah i suka lah
ala ala suwtss bau bau baby cologne
*hazelins snow* jgan dilupakan. muka putih pucat semacam tangan hitam