Edited by Normabaru at 17-6-2022 12:47 PM
Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khitan antaranya;
- Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
- Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
- Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Terdapat juga hadith yang menceritakan khitan yang dilakukan oleh para sahabat ketika si anak mencapai usia mumaiyiz (5 – 7 tahun).
Hadith ini menjadi sandaran kepada mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berpendapat khitan dilakukan ketika usia baligh kerana khitan bertujuan untuk menyempurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah dan ketika ini mereka mula ditaklifkan seperti solat dan kefardhuan yang lain.
Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Pendapat-pendapat di atas turut disokong oleh pengamal perubatan moden yang berpendapat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Lebih sesuai pada hari kedua selepas bayi dilahirkan kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi. Mereka berpendapat;
i. “Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, manakala kesakitan yang dirasai juga tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’
ii. Kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.
iii. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam atau tujuh tahun.
(Dr. Mohd. Tasron Surat- Sunathrone Bio-Medical)
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Nota kaki: bilie terpaling kesian sume kena hold sebab pak mak risau org tgk bilie xhensem mcm yang digambarkan
Nota sepak: acik2 kepam jgn pepandai buat dakyah kata sunat cepat nnt baligh n merenyam cepat jgk...otak mana otakkkk??? SPM failed ke
|