CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] PT3 dimansuhkan mulai tahun ini.Ibu bapa berbelah bagi?Bincangkan(10 markah)

[Copy link]
Post time 2-6-2022 04:19 PM | Show all posts
asudau replied at 2-6-2022 04:15 PM
apa kata...tambah skill kemahiran hidup untuk budak-budak ni...belajar menjahit ke, menukang ke..apa ...

iols sokong yang ni
more kpd skills
subjek kemahiran hidup tu sebenarnye paling best tp subjek tu la paling sendu dan lemau
alasan cikgu: takckup kakitangan, takcukup kelengkapan, peralatan segala
vokay pn selalu dianggap 2nd class padahal kalo kite pandai tgk peluang, rumah mane skrg xde ekon
berapa ramai org bole serbis ekon? subjek ni mane ade dkt aliran sekolah biasa.

budak2 lelaki skrg ni mane ade dh yang bole buat kerja2 tangan ni - baiki kete, bertukang, baiki paip smua. tak hbes2 dok posing dpn hp, tiktok. lemahhhh
mungkin kpm bole wajibkan setiap sorg murid kene amek 1 class kemahiran. xkisahla ape pn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyaa ...mansuh jugak ka.. i is tatau nk sedey ka nk teruja, xdak exam besaq
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I takda isu samada ada atau tak exam2 ni. Sebabkan i hari2 mengajau balik anak depan mata even cikgi dah ajar di skewl. Supaya dia faham betul2 subjek2 yg dah diajar. Moral akhlak pun i ajar sekali berjam2. Gituh
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-6-2022 03:59 PM
Masuk mrsm sbp tetap ada ujian saringan, kan? Ke takde?

Ada ja lg pksk utk sbp & ukkm, interview utk mrsm kaka tinot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:39 PM | Show all posts
meah_kelabu replied at 2-6-2022 04:19 PM
iols sokong yang ni
more kpd skills
subjek kemahiran hidup tu sebenarnye paling best tp subjek tu  ...

aku setuju ni.. skrg bebudak kena amik bahasa ketiga.. bebudak melayu biasa default amik bahasa arab la.. pastu ada mandarin.. tamil, ikut sekolah.. ada yg offer japanese pon kot.

pekata bagi pilihan depa utk amik 1 subjek kemahiran. Zaman kita dulu ada kemahiran hidup. Saaaaangat membantu ye subjek tu untuk kehidupan seharian kita. Walaupon aku bukan tukang jahit.. tapi Subjek tu la yg bantu aku takat nk jahit seluar koyak ke hape.. same goes to pertukangan.. electrical, electronic tak dilupai memasak. Idokla bertukang sampai buat perabot. Tapi at least basic knowledge tu ada. Lampu terbakar tau apa nk cek. Takat tukar fius.. tukar kepala paip.. smua tu blaja dah dalam subjek tu. Basic kot. Kental sikitla memasing.. jangan bertiktok je pandai.


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 2-6-2022 08:41 AM
meah_kelabu replied at 2-6-2022 08:19 AM
iols sokong yang ni
more kpd skills
subjek kemahiran hidup tu sebenarnye paling best tp subjek tu  ...


1. Kekurangan tenaga pengajar tu betul.
2. KPM dah ke arah mewajibkan aliran STEM di semua sekolah menengah terutama yang tak offer aliran sains tulen. Aliran2 berkaitan teknik vokasional ada dalam STEM. Tapi di sekolah perdana (SMK), aliran STEM ini still very theoretical and technical at the same time. Kalau malas belajar pun tak guna juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 2-6-2022 04:34 PM
Ada ja lg pksk utk sbp & ukkm, interview utk mrsm kaka tinot.

Orait.. tengkiu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:42 PM | Show all posts
aku personally tak setuju langsung dimansuhkan peperiksaan pt3. entah kenapa takut sangat dengan peperiksaan.

dengan peperiksaan itulah sebenarnya boleh uji kualiti otak, uji kesabaran, uji ketahanan mental dalam berjuang, kebolehan untuk boleh buat kerja, uji fokus untuk buat sesuatu, uji kemahiran.. pelajar yang gagal simply tak kualifai kerana kurang usaha..

penilaian berasaskan sekolah ini atas kertas sahaja boleh pakai, disebabkan tidak boleh gagal maka guru2 dengan senang akan bagi markah, bersedialah menghadapi keputusan yang fake, lagi satu bila masa spm nanti ramai pelajar yang tiada pengalaman menghadapi peperiksaan akan sambil lewa kerana cabaran belajar yang sangat2 berbeza...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 04:42 PM | Show all posts
Edited by meah_kelabu at 2-6-2022 04:44 PM
dua_chzy replied at 2-6-2022 04:39 PM
1. Kekurangan tenaga pengajar tu betul.
2. KPM dah ke arah mewajibkan aliran STEM di semua sekolah ...

good to know psl STEM ni
so diorg akan mulakan aliran ni smua dari skolah rendah or menengah?



Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 2-6-2022 04:41 PM
Orait.. tengkiu..

Rasa bodo lak i p jwp scroll scroll bwh ramai da reply.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 2-6-2022 08:42 AM
good to know psl STEM ni
so diorg akan mulakan aliran ni smua dari skolah rendah or menengah?


Dari Form 4. Tapi kat sekolah rendah dah mula blajar subjek STEM. ASK @ Asas Sains Komputer (salah satu subjek STEM) tu ditawarkan seawal darjah 3 jika tak silap. Subjek ni offered sampai Form 5/SPM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:48 PM | Show all posts
plywood replied at 2-6-2022 04:42 PM
aku personally tak setuju langsung dimansuhkan peperiksaan pt3. entah kenapa takut sangat dengan pep ...

nak kate tak bagus sngt pn tak boleh jugak

ni my pov sebab i terlibat dengan sekolah bukan kerajaan, so i tgk mcm mane student2 ni belajar

utk igcse - dari year 7-9 mmg xde major exam. year 7 tu ibarat kite sekolah menengah tingkatan 1. so budak2 ni pnye major exam diorg masa year 10 & 11. means diorg ade 2 tahun nk completekan igcse diorg.
nampak result so far mmg semua ok. yg b tu tetap la b mungkin dh takdir kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:52 PM | Show all posts
meah_kelabu replied at 2-6-2022 04:48 PM
nak kate tak bagus sngt pn tak boleh jugak

ni my pov sebab i terlibat dengan sekolah bukan keraja ...

teorinya memang bagus. .. peperiksaan pun teori bagus. .. tanpa peperiksaan ni ikut finland tetapi masyarakat kita mendidik anak dirumah tak sama dengan finland. ini mereka semua tak fikir. .. kalau nak mansuh mansuh terus semua termasuk di universiti supaya budak tak perlulah pening kepala tiba2 nak hadap pulak peperiksaan. untuk sekolah rendah ok lah.. tapi sekolah menengah sepatutnya mereka diajar untuk berjuang bukan kena push oleh orang lain buat kerja seperti model penilaian berasaskan sekolah yang tak telus itu

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:54 PM | Show all posts
kawan aku sorg ni ngajar pt3 mmg bangkang sungguh mansuh pt3 ni. sebab heols ada side business bukak kelas tuisyen.  hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 2-6-2022 04:15 PM
apa kata...tambah skill kemahiran hidup untuk budak-budak ni...belajar menjahit ke, menukang ke..apa ...

Menjahit, bertukang, berkebun, memasak, repair lampu, baiki paip etc bukan setakat utk sara diri tapi juga keperluan utk hidup kalau berlaku apa² pada masa depan hingga terpaksa hidup sendiri. Bencana alam , darurat atau peperangan contohnya.

Masa pkp dulu bila tiba² mak bapak kena covid masuk hospital, ada kes anak² tinggal sendiri kat rumah harap belas ikhsan jiran tetangga bg mknn. Memanglah bahaya tapi dlm keadaan terdesak kalau kecik² dah pandai sediakan mknn sendiri, taklah kebulur jadiknya.

Selain kemahiran hidup tu, sgt² setuju kalau pelbagaikan subjek bahasa di sekolah. Kita ni dah berpuluh tahun merdeka dan hidup dgn pelbagai bangsa, jgn kata majoriti org melayu masih tak reti² bahasa mandarin dan bahasa tamil tapi bangsa2 lain pun masih tak fasih bm dan bi. Kan bagus kalau semua rakyat Malaysia pelbagai bangsa boleh berkomunikasi dlm pelbagai bahasa seperti bahasa arab, mandarin dan tamil? Bm dan bi semestinya subjek wajiblah. Tak perlu dipertikaikan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 04:56 PM | Show all posts
annehuda replied at 2-6-2022 04:54 PM
kawan aku sorg ni ngajar pt3 mmg bangkang sungguh mansuh pt3 ni. sebab heols ada side business bukak ...

kalau pasal side bisnes,  penilaian berasaskan sekolah lagi direct, siap boleh ugut lagi sebab guru2 yang akan bagi markah nanti, lagi banyak kemungkinan.... at least pt3 tuition tu betul mengajar, kalau yang mampu tak perlu pun sebenarnya datang tuition...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols agak pening dengan penilaian sumatif.
Kata tu bukan high stake exam tapi kalau dimansuhkan pt3 camna kita nak tahu aliran budak2 ni.

Dah la batch anak iols dibatalkan upsr, next year mansuhkan pt3..
Tup2 kena prepare spm.
Alang2 tu batalkan sekali spm.
Buat penilaian sumatif juga.
Kang senang
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ya, soalan jujur. Kalau penilaian oleh cikgu saja tanpa perlu menduduki peperiksaan macam upsr, murid² dan ibu bapa kena baik dgn cikgu² ke utk dptkan penilaian yg baik? Ada anak kenalan ni sentiasa dpt A utk semua subjek tiap kali peperiksaan tapi bila tak ada lagi exam baru2 ni, bapa dia cerita anak dia dpt T4 je utk semua subjek. Anak dia memang bijak tapi jenis ada perangai kasar dan ikut kepala dia je. Kurang adablah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 05:08 PM | Show all posts
wolfheart replied at 2-6-2022 05:01 PM
Oh ya, soalan jujur. Kalau penilaian oleh cikgu saja tanpa perlu menduduki peperiksaan macam upsr, m ...

pandangan aku kedua-dua sistem ini ada dua jalan berbeza. kalau kita nak generasi kita supaya ada kemahiran teknologi, kemahiran berfikir, bersemangat juang dan kuat berusaha, sistemnya memang perlu peperiksaan.. nak kata akhlak kurang untuk budak2 yang pandai dalam sistem ini aku rasa tak adalah sangat sebab akhlak ini berkait rapat dengan pendidikan dirumah


..manakala sistem tanpa peperiksaan kemungkinan besar menyebabkan generasi depan fokus kepada kemahiran memujuk, berpolitik, mahir dalam hubungan kemanusiaan tetapi agak kureng dalam penguasaan ilmu.. bayangkan pelajar2 yang selalu bawa buah tangan kepada guru, takkan guru tu bagi markah rendah...

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2022 05:16 PM | Show all posts
plywood replied at 2-6-2022 05:08 PM
pandangan aku kedua-dua sistem ini ada dua jalan berbeza. kalau kita nak generasi kita supaya ada  ...

Tak, bukan ckp sistem tanpa exam tu buat pelajar tak berakhlak tapi ada kaitan ke akhlak (hubungan pelajar dgn guru) tu dlm menentukan 'markah' pelajar tu. Mcm pelajar kesayangan cikgu boleh dpt markah penuh contohnya? Sbb kalau ada exam mcm soalan objektif, mcm mana cikgu suka pun seseorg pelajar tu tapi kalau markah exam (kertas objektif) cuma 78 markah, cikgu tetap tak boleh jadikan 100 markah kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.093586 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list