kalau sebelum dibadai tu, sempat start enjin kereta dan cabut lari, ok jugak
tapi ada risiko tak sempat melarikan diri. takut angin tu lagi laju di belakang, menerbangkan serpihan-serpihan yang laju, menghentam kereta, cermin kereta. atau pokok tumbang menutup jalan ke. macam salah satu gambar tu, tiang letrik pun tumbang, wayar melintang di tengah jalan.
tapi sekiranya jadi macam kejadian ni, tak disangka-sangka, pertama kali, dan terperangkap didalam rumah,
seeloknya stay di tempat yang selamat. tertutup. terlindung.
- lindungi kepala terutamanya. takut syiling roboh. berlindung di bawah meja. ada yang kata masuk dalam almari pakaian, itu tak pasti berkesan ke tak. kena tanya yang pakar.
- kalau takut meja pun tak tahan, atau kawasan tak selamat, serkup kepala dengan kain tebal. takut angin kuat tu bawa serpihan kaca/ habuk/ pasir kena muka. takut buta pulak nanti. kita bawak motor terlanggar serangga kecik masuk mata pun pedih, ni pulak dalam ribut.
- jalan rendahkan badan, iye la, angin kuat kan. kalau tegak badan, kuat rintangan angin. rendahkan badan, kurang rintangan angin, dan lebih stabil. aerodynamic & centre of gravity. lagi satu takut benda melayang kena kepala.
yang ni secara amnya lah setahu aku. still, kena rujuk kepada pakar dan pihak berkuat kuasa.
atau google, atau youtube nak info cepat.
kalau waktu kejadian, sempat capai helmet motor, ok jugak. ada visor helmet dapat protect muka/ mata.
safety helmet dapat protect atas kepala. tapi takda visor. takde face shield. jadi kemungkinan bendasing terbang masuk kena mata tu ada. boleh digunakan, tapi kena tutup muka depan jugak lah.
tapi zaman sekarang ramai orang main basikal, so that's a plus. ramai orang ada helmet basikal. pakai je la daripada takde langsung kan.
p/s: tambahan. jaga-jaga juga bahagian tengkuk, atau leher sewaktu kejadian. protect muka dan kepala, tapi jangan lupa leher dan tengkuk belakang. kalau ada benda jatuh, naya.
contoh latihan kecemasan (gempa bumi) kat sekolah Jepun
pakai safety hood, protect muka, kepala, dan duduk bawah meja
selain daripada jaga habuk/ bendasing masuk mata,
saluran pernafasan pun kena jaga juga. tak tau habuk apa kita tersedut nanti.
kalau helmet orang dewasa ada jenis boleh lipat-lipat, jimat ruang dan efficient
contoh dinosaur dalam dewan parlimen mereka
tapi kalau dah tak sempat, apa pun takbleh, panik, serkup beg sekolah anak ke, letak beg tangan atas kepala pun jadi la