View: 9425|Reply: 79
|
Cemar Nama Artis, DS Vida Minta Ashira Berhenti Jadi Tukang Cuci Pinggan
[Copy link]
|
|
Menyifatkan hanya mencemarkan kerjaya sebagai artis, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida meminta penyanyi Ashira berhenti daripada mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan.
Kata Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, walaupun tidak berniat untuk menghina kerjaya berkenaan namun menurutnya Ashira tidak sepatutnya merendahkan imej sendiri dengan melakukan kerja-kerja berkenaan.
Foto: IG
"Saya cakap pada Ashira, dia cantik... you cannot downgrade yourself dengan kerja mencuci pinggan.
"Tak elok la kerana dia artis dan ada banyak lagi kerja yang dia boleh buat selain daripada itu. Tapi Ashira kata tak apa, dia nak tolong kawan katanya.
"Kerja mencuci pinggan itu tak salah. Cuma dengan kebolehan, kemahiran dan wajah yang jelita itu ada lagi kerja lain yang lebih sesuai dengannya," katanya kepada mStar pada Rabu.
Sebelum itu mStar menyiarkan kenyataan Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan tentang kerja sambilan yang dilakukannya secara suka-suka.
Ujar Ashira dia bukan bekerja secara tetap sebaliknya hanya diberikan 'token' selepas menolong rakannya yang mengusahakan kedai makan pada setiap hujung minggu.
Foto: mStar Online
Bagaimanapun penjelasan Ashira itu tidak disenangi Vida apabila dia meninggalkan komen di Instagram mStar mengatakan sudah memberi amaran kepada Ashira agar berhenti daripada bekerja mencuci pinggan.
"Saya dah bagi amaran kat isteri Bad Indigo ni, tak payah la kerja tu. Awak tu cantik, lembut dan sopan.
"Kesian tau, level artis kena kerja cuci pinggan," tulisnya.
Komen tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap kenyataan Vida itu menghina pekerjaan pencuci pinggan.
Bagaimanapun, Vida berkata dia hanya mahu yang terbaik buat Ashira.
"Jangan bersikap skeptikal dengan kenyataan saya memberi amaran itu. Bukan nak menghina orang yang kerja mencuci pinggan.
"Tetapi saya sendiri melihat Ashira mempunyai banyak potensi untuk melakukan kerja lain," katanya.
Dalam pada itu, Vida yang juga penaja program realiti Gegar Vaganva musim ketiga (GV3) berkata, dia merancang untuk melakukan sesuatu bagi membantu meringankan beban Ashira dan suami.
Namun, dia belum sedia mendedahkan rancangannya buat masa ini bagi mengelakkan pandangan serong masyarakat.
"Saya ada plan untuk lakukan sesuatu bersama Ashira. Tetapi kalau saya cakap nanti orang kata nak ambil kesempatan untuk berniaga, jadi kita tunggu dan lihat sahaja.
"Kerana saya kesian dengan dia, Ashira seorang yang ikhlas dan baik... lalui dugaan seperti ini dalam rumah tangga.
"Bad pula mungkin ada kebaikan yang dia buat kerana dikurniakan seorang isteri yang baik seperti Ashira yang sentiasa memberi sokongan moral pada saat-saat ini," ujarnya.
Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.
Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan 'walker' bagi membantu pergerakan. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok, maafkan aku sbb nak carut.
P***mak ape ko nk cakap artis x layak basuh pinggan.
Die cukup bagus nk usaha untuk bantu diri sendiri dan suami.
Tinggi sgt ke darjat retis sampai xleh basuh pinggan?
Die basih pinggan lagi mulia dari kau, badak air.
Die nk jaga laki die.
Kau sibuk tukar2 laki sbb xde sape nk kat muka buruk kau.
Lg pun, ko bukan artis. xyah nk cakap bagi pihak diorang.
Kau ni bukan je x layak basuh pinggan, kau mmg x layak hidup pun.
Aku malu nk cakap ko bekas guru sbb otak kau mmg bodoh sebodoh-bodohnya.
Kalau jumpe ko pitam tgn jalan pun, aku kuis-kuis je dgn kaki.
Nape la orang support lgi produk bodoh kau.
Tolong la bagi die ni jatuh miskin, pastu suh die keje basuh kaki orang.
Bodohla, sesungguhnya badak air terlebih makan ni mmg sangat bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata ko bagi dia kerja dgn ko? |
|
|
|
|
|
|
|
give me a Hell Yeeeahhh!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurang kurangnya ashira buat kerja halal, bukan macam ada orang tu overclaim product terpaling, menipu nilai barang, suka tukar laki etc |
|
|
|
|
|
|
|
eh noreen. ko sapa nak bagi2 amaran bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
makin menyampah tengok si vadi |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 6-1-2022 08:50 AM
Ok, maafkan aku sbb nak carut.
P***mak ape ko nk cakap artis x layak basuh pinggan.
thanks bersuarakan utk ummah poremm.. mmg mintak maki vida troye ni |
|
|
|
|
|
|
|
heyyy jutawe nate beruk tersia... kurang2 kerja dia halal... duit pun duit halal...
bukan macam kau duit semua hasil menipu orang.. hasil menipu pelaburan la vida coin...
menipu jualan produk penggalak diabetis... lepastu ambil agen ramai2 suruh bayar itu ini masuk fee last2 lebuh dan tinggal macamtu je... dasar kaki penipu ada hati nak suruh orang berhenti buat kerja...
apa kata kau je bagi dia kerja? takkan tu pun tak mampu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Haish. Sejak2 kewujudan acik gundu vida ni kt astro. Duniaku malap dan hati aku sakit je tengok. Bila dia nak ilang ni. Aku bayar internet bill bukan utk tgk muka dia ni. Sakit mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau ayat DV mengundang, tapi ada maksud sebenarnya dalam pesanan dia tu. Kekadang opportunist ni, dia nampak potensi seseorang tu dalam tempat yang lagi umph. |
|
|
|
|
|
|
|
utk vida klu xde benda baik ko nak ckp lbh baik ko diam ajelah syaiton
org tu buat kerja part time utk dia dan juga utk bantu suami, walau dia diuji lps berkahwin xde plk dia merentan dan buat drama cam ko ni
ikut hati ni aje kaka carut2kan minah gundu cam badak, sibuk jual qu puteh tp anak ko tu puteh ke natang |
|
|
|
|
|
|
|
puas hati dapat baca makian ko... hahahaha
memang dasar tak sedar diri si badak air ni.
at least asyira cuci pinggan dengan halal rezeki berkat tak scam orang.
Badak air tu hadiah orang pun nak di scam.
lagi musibatuuuu.
|
|
|
|
|
|
|
|
esbok replied at 6-1-2022 09:46 AM
Walau ayat DV mengundang, tapi ada maksud sebenarnya dalam pesanan dia tu. Kekadang opportunist ni, ...
somehow i setuju dgn u. i rasa bukanlah maksud dia keje cuci pinggan tu hina, tapi dgn potensi & look ashira, lagi2 tiket gelaran artis, dia boleh buat keje yg lebih baik yg maybe boleh dapatkan income yg lebih tinggi. gitu lah kot maksud dia. ok done bekap bidah |
|
|
|
|
|
|
|
cilaka ko la nak merendah2 kan martabat si shira tu..... dia bukan melacur diri, dia buat kerja halal.....
muka ngan perangai sama gampang ko tu yg menjatuhkan martabat org meniaga, meniaga style scammer mmg x berkat la moga 1 hari ko terlungkup...... |
|
|
|
|
|
|
|
Vida ni kalau pakai simple2 mcm orang biasa,cantik je n nampak muda |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi bidah noreen. Baik ko je la ganti ashira jadi bini bad tu. Biar ashira plk amik alih bisnes ko tu natang. |
|
|
|
|
|
|
|
dah klu dia tak buat kerja tu, takde duit nak mkn byr rumah etc, tokvida nak bagi duit ke? dari ko memekak2 gitu baik lah tlg bagi kerja yg ko rasa sesuai ke dia
pelik lah sibuk nak memekak tapi takde tindakan, takkan dia nak riba tangan tunggu duit turun dari langit |
|
|
|
|
|
|
| |
|