CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] 'Raja bomoh' muncul lagi, kali ini buat upacara tolak banjir. #29, Raja Bomoh ancam saman RM300 juta

[Copy link]
Post time 6-1-2022 08:50 AM | Show all posts
bukan ke mangkuk hayun ni dah kena tarbiah dgn majlis agama? ni pergi buat balik perangai lama. tangkap dan penjarakan lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Purpkehag replied at 5-1-2022 11:09 PM
Mat salleh pun percaya Satan n devil... Ko tk percaya pulekkk

mat saleh plak nak dijadikan sandaran
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:02 AM | Show all posts
sekurang kurangnya dia pandai menghibur...bukan mcm keyboard worrier pandai komen shj..sebar berita palsu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:19 AM | Show all posts
Lucu juga ya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:25 AM | Show all posts
dah lama tak dengar cerita dia ni..ingatkan dah mereput dalam tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kejadahnya semua ni. Khurafat gila.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
stingeritters replied at 5-1-2022 09:02 PM
Bukan setakat kelapa....siap sampan....

Ko nampak tak sampan?

Yang lagi bodoh pengikut2nya dan yang melayan dia ramai2 tuh siap liputan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 6-1-2022 11:08 AM
Yang lagi bodoh pengikut2nya dan yang melayan dia ramai2 tuh siap liputan

Pengikut2 dapat RM50 serta kain chop gajah sujud dua helai setiap sorang....jadi la....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2022 04:02 PM | Show all posts
Raja Bomoh ancam saman RM300 juta

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... m-saman-rm300-juta/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
6 Januari 2022, 3:47 pm


Raja bomoh telah membuat laporan polis dan ingin menyaman RM300 juta terhadap pihak yang tidak sokong usaha tolak banjir yang dilakukannya.

PETALING JAYA- Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin mahu menyaman jabatan yang mendakwa beliau melakukan perbuatan syirik dan khurafat di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Beliau mendakwa, apa yang dilakukannya di Teluk Intan itu semata-mata kerana Allah S.W.T untuk mengelakkan banjir di daerah tersebut dengan menggunakan cara tradisional iaitu petua orang zaman dahulu.

“Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai).

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman Facebook Datok Ibrahim Md Zin hari ini.

Ibrahim seterusnya berkata, Malaysia sebuah negara demokrasi, maka sepatutnya jabatan terbabit memanggilnya untuk berbincang terlebih dahulu dan menegur jika perbuatannya itu salah.

Menurutnya, jabatan berkenaan tiba-tiba menjatuhkan hukum syirik dan khurafat sedangkan perlu ada budi bicara dalam soal itu kerana jika ada perkara yang salah boleh diperbetulkan.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan menerima laporan daripada Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai Raja Bomoh berhubung dakwaan mengadakan upacara yang bertentangan ajaran Islam di Dataran JPS dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan polis berhubung kes itu diterima pihaknya pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Semalam Kosmo! melaporkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim yang dikenali sebagai Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan.

Upacara itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.- K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:05 PM | Show all posts
nasib baik tiada adegan doggystyle antara ibrahim dan zaleha sewaktu upacara menolak banjir tu
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.263189 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list