Sumber: Google Image
Seorang pelakon popular Indonesia telah ditahan di sebuah hotel mewah di Jakarta berikutan dipercayai terlibat dalam kes pelacuran. Berita tersebut secara tidak langsung menggemparkan dunia industri hiburan di Nusantara awal pagi semalam.
Bagaimanapun, pihak media tidak dapat memastikan siapakah individu tersebut berikutan pihak polis sama sekali tidak mendedahkan identiti sebenarnya untuk mengelakkan masalah yang tak diingini terjadi.
Sumber: Instagram Kapoldametrojaya
Menerusi laporan oleh Tribun News, tangkapan tersebut dibuat berikutan laporan yang diterima oleh pihak polis daripada orang awam di salah sebuah hotel mewah di Jakarta.
“Pada hujung tahun ini (2021), berdasarkan laporan komuniti, kami telah berjaya menahan seorang artis sinetron yang terlibat dalam kes pelacuran.”
Mengulas lebih lanjut, penangkapan yang dibuat itu telah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Untuk prosedur keselamatan, ia mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi maklumat lanjut, kami akan segera sampaikan melalui sidang media dalam masa terdekat ini.-CARI
|