|
|
dia punya kedai emas ape citer? mohon lelong emas kat kedai dia tu sekali. boleh gak tumpang sekaki  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Itu Semua Helah Mereka," Sajat Tak Kisah Barang Dilelong
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.
Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.
 Foto: IG
“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.
Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan itu disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu kat ig bff dia kata dah jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
die dh dpt back up lgbt ngo kat sana baik punya. mmg syurga lgbt la dpt duk sana. takpala sajat, kesian sungguh rasanya. knapa nk menidakkan fitrah kejadian? berbaloikah? dunia ni sekadar persinggahan sahaja. destinasi lain byk lagi kita nk pikir ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Deposit RM5,000 untuk sertai lelongan barang Sajat

Antara barangan dalam rumah Sajat yang dilelong selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.
PETALING JAYA: Individu yang ingin menyertai proses lelongan barang dikehendaki meletakkan deposit wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah.
Proses pendaftaran barang lelongan berkenaan yang disita dua minggu lalu, ditutup pada jam 10.45 pagi tadi selepas pendaftaran dibuka bermula pada jam 9.30 pagi.
Difahamkan setiap pembida perlu membeli semua barangan bernilai hampir RM70,000 dan pembelian satu unit barangan tidak dibenarkan.
Setakat ini mereka yang menyertai proses lelongan dibawa masuk meninjau kediaman dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini.

Sajat di rumahnya pada Februari 2017. - Foto fail NSTP
Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu, mahkamah memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.
Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors dalam kenyataannya berkata, selaku peguam kepada plaintif OWA Resources Sdn Bhd, pihak defendan didapati tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.
Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.
Lelongan aset berkenaan adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Antara barangan dalam rumah Sajat yang dilelong selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... longan-barang-sajat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kepada pentaksub produk bang jat ni...sila ambil pengajaran..tayah support pon apa2 produk dia. Dia pun tak kisah rumah dia kena lelong, apa lagi nak tengok korang kurus ke tak dgn bengkung dia nih...
ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kat dunia lagi da da dapat ganjaran bam jat.. pulangla kepangkal jalan selagi ada masa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beg beg Mahal, jam tangan, etc etc lagi kot
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kaki dia tak jejak tanah lg ke tuuuuu
kita tgk berapa lama dia nak yak yak yay sgt duk luar negara
takat ni boleh la ko berlagak hujan emas di negara org
sikit lg kan haaa.. mendapat la tuuu
mohon jgn meroyan nk balik Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selua dalam channel sz XL
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebahagian aset Nur Sajat dilelong RM132,000

Sebahagian pembida yang datang melihat dan menyertai lelongan aset Nur Sajat yang disita dua minggu lalu di Selangor Polo Residency, Kota Damansara. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
PETALING JAYA: Seorang pembida lelaki berjaya dalam proses lelongan sebahagian barang-barang di kediaman usahawan kosmetik, Nur Sajat pada harga RM132,000.
Secara keseluruhan pembida berkenaan bakal mendapat set barang-barang di ruangan dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat berkenaan.
Wartawan yang menyaksikan bidaan itu mendapati proses lelongan yang pada asalnya disertai lapan pembida berakhir dengan tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali sebelum harga barangan diputuskan pada harga RM132,000.
Pada masa ini pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.
Sementara itu seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang dilelong, pulang kehampaan berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur, tiba agak lewat cuba merayu untuk menyertai bidaan namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Individu yang ingin menyertai proses lelongan barang dikehendaki meletakkan deposit wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke rumah. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Sebahagian pembida yang datang melihat dan menyertai lelongan aset Nur Sajat yang disita dua minggu lalu di Selangor Polo Residency, Kota Damansara. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ketika ditemui pemberita di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.
"Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak melalui videonya yang tular.
"Bagaimanapun tiada rezeki saya untuk masuk walaupun dah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... t-dilelong-rm132000
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa bape tahun lagi mesti keluar berita 'sajad rayu nak masuk malaysia' 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
haha nk tau jugak yg support bengkung dia tu dh kurus slim ke belumm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak mustahil.. org takde 'kemaluan' gitula.. haihh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RM132,000 je?
x cukup masih tu nk bayar pampasan rm200k
ada lagi lah tu nak kena lelong
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 13-12-2021 11:01 PM
Aset yang mana satu ni kena lelong?
Yang kena potong tu ke
Ya allah..lawak nye!
Zzzz |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silap gaye jadoss pun bakalan ninggalin loehhh bamjad!
btw, sian mokkay kena tanggung beban hutang sajad..njirrr punya sahabat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|