|
Hujan, Sejuk Melampau- Punca Harga Sayur Naik Mendadak
[Copy link]
|
|
tanam kangkung le chuols2 oii
beli seikat tu, batang semai.. then cepat naik ujan2 ni
naik pucuk, harvest, esok naik lain
bayam brazil pun sama.. tak perlu tanah pun , pasu gantung pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg.mahai pung
Sawi bunga yang kecik2 tu 5 jambak dah rm2
Haruuuuu
Tp.beli sikit2.je.lah mcm2 jenis..
Yamg niaga la.terasa sgt kenaikan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Errm tak cukup hewan darat dan lautan mahal, sayur plak naik rega.
Tak jadi nak jadi vegetarian gini, dah tu makan menda jelaaa yg boleh.
Nasi gaul garam? Gaul planta?
Bukan semua org bleh berkebun nanam sayur bagai terutama yg duk umah kecil tinggi sayup di langit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian punya jawapan senang je.
So apa solusinya utk elakkan kenaikan harga sayur?? |
|
|
|
|
|
|
|
bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk melampau
betul la. neighbour bangla aku baru hantar WA kat Canada dah start snowing. Patutlah sayur naik harga.
|
|
|
|
|
|
|
|
KPDNHEP kan bodoh. Peniaga bagi alasan apa pun okay je. Reason justified. Takpelah harga barangan naik. Yang kaya orang tengah kaut untung kaw kaw. Petani dengan penjual to end user berapa kerat je untung. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.sekurang2 nya kenaikan harga berserta dengan alasan munasabah.rakyat terima dengan hati terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tanam ko makan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
aku seram je tengok kobis ni...
banyak kejadian x diingini...
paling recent dlm burger kat kolej lama anak aku...
ewwwww.
kalau aku beli burger..NO SAYUR sos sikit...
|
|
|
|
|
|
|
|
i beli burger tepi jalan and no wonder tak ade bubuh banyak sayur... |
|
|
|
|
|
|
|
Time peniaga melayu laju jer siasat....kalau puak tu mcm mcm alasan kasi naik harga...time hujan ko naik...time panas ko naik...time raya ko naik..kes ayam naik dah gabung 3 kementerian pon lastnye bg jawapan harga naik sebab permintaan tinggi. Minyak paket sorok...sape la hadap sayur cameron racun berkilo tuh..tanam je tepi rumah..kalu duduk flat buat hidroponik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayo mahal gi tanam sendiri.
Yg.bener,
(apak Dafi penyanyi bertaraf menteri) |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni tak hujan, tak sejuk ke?
Musim kemarau pulak alasan tanaman tak menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedeyh tol dok M'sia ni..
musim ape2 je pun tetap harga barang naik..
KPDNHEP boleh kasi tutup..takde function bayar gaji korang end up pandai bagi reasoning je, solutions tarak! |
|
|
|
|
|
|
|
export aja la ke negara jiran kita the premium gred...tinggalkheun utk local consumption yg dah benyek lunyainya sayur....harga runtuh....janji mssih ada warna kehijsuan sayur
kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira siapa aje yang memerintah, isu kenaikan harga barangan makanan tak pernah yang dapat betul2 membantu rakyat
Sekarang ni masih ramai yang tengah struggle untuk kelangsungan hidup lagi bertambah terhimpit dengan kenaikan harga makanan
Bagi sesiapa yang tiap2 bulan ada amount yang di kredit dalam account so tak perlu lah nak perlekehkan orang lain yang merayu memohon bantuan terutama dari GOMEN
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 24-11-2021 05:10 PM
i beli burger tepi jalan and no wonder tak ade bubuh banyak sayur...
Adakah ketiadaan sayur dlm burger tu petandatiadanya keberkatan dlm pemerintahan kerajaan hari ini akibat Islam tidak menjadi teras dlm pentadbiran kerajaan?
Trobek ----
Pilih PAS masalah kos sara hidup boleh selesai
Diterbitkan: Mar 9, 2018 12:32 PM
⋅
Dikemaskini: 1:44 PM
PAS percaya parti itu dapat menyelesaikan isu kos sara hidup yang menekan rakyat ketika ini jika parti itu diberi kepercayaan menjadi kerajaan nanti.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memperkenalkan beberapa aspek Islam dalam manifesto mereka untuk ditawarkan kepada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya PAS sudah membuktikan kemampuan mereka membawa penyelesaian masalah seperti sedang ditunjukkan di Kelantan serta "pernah" di Terenganu dan Kedah.
"(Ia) dapat dilihat oleh rakyat dengan insaf dan sedar supaya memberi peluang kepada Islam untuk memerintah dan mentadbir, termasuk untuk mengendalikan urusan kehidupan rakyat yang berkait dengan sara hidup mereka," katanya semasa sesi siaran langsung di Facebook semalam.
PAS memasuki PRU ke-14 dengan percaturan Gagasan Sejahtera dan menyasarkan untuk meletakkan calon di sekurang-kurangnya 130 kerusi parlimen.
Abdul Hadi sendiri mengesahkan parti itu yakin mampu membentuk kerajaan melalui penguasaan majoriti mudah di Dewan Rakyat, atau menyertai parti lain bagi menubuhkan kerajaan baru selepas PRU ke-14.
Untuk rekod ketika ini parti yang terbesar menguasai Dewan Rakyat ialah Umno yang memenangi 88 daripada 121 kerusi yang ditandingi.
Kesan kesilapan manusia
PAS mengetuai kerajaan negeri di Kelantan sejak PRU kelapan yang diadakan pada 1990. Bagaimanapun ketika itu mereka bekerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.
PAS juga diberi kepercayaan oleh pengundi Terengganu mentadbir negeri berkenaan pada PRU ke-10 dan Abdul Hadi dilantik menjadi menteri besar.
Namun PAS kalah teruk pada PRU berikutnya apabila hanya memenangi empat daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Kos sara hidup antara isu paling kerap dikeluhkan oleh orang ramai sejak akhir-akhir ini dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) didakwa menjadi antara puncanya.
Bagaimanapun kerajaan bertegas memberitahu keadaan ekonomi adalah baik.
Kata Abdul Hadi dalam sistem ekonomi Islam ada satu faktor yang kadang-kadang tidak diyakini manusia, iaitu keberkatan.
Katanya aspek itu tiada dalam teori ciptaan manusia.
Masalah kos sara hidup berlaku apabila wujud keadaan tidak seimbang di antara pendapatan dan perbelanjaan.
Baca 'Sheila keliru antara kos sara hidup dan gaya hidup'
"Sebenarnya Allah SWT menyediakan rezeki yang cukup kepada manusia, bermula daripada rezeki roh dan jasad mereka (kemudian) diberi kepada mereka akal fikiran yang wajib diisi dengan panduan agama supaya berakhlak dengan akhlak yang mulia.
"(Selain itu) bertimbang rasa antara satu sama lain, diisi dengan ilmu dan akhlak. Termasuk rezeki (ialah) kehidupan yang berkait dengan makanan, kediaman, kemudahan untuk bergerak ke sana ke mari dengan sumber-sumber rezeki yang cukup di atas muka bumi.
"Sekiranya manusia dapat menyempurnakan petunjuk Allah dengan cara yang sebaik-baiknya, rezeki yang cukup itu tidak menjadi masalah kepada mereka.
"Apa yang berlaku (jika timbul) masalah, menandakan kesilapan manusia sendiri yang perlu dibetulkan," katanya.
Lihat Komen
|
|
|
|
|
|
|
|
kementerian ni sembang mcm la negara kita ni tiba2 tukar cuaca mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 25-11-2021 09:14 AM
Adakah ketiadaan sayur dlm burger tu petandatiadanya keberkatan dlm pemerintahan kerajaan hari ini ...
Hmm...........
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayur naik harga bukan sbb sejuk,tp sebab gomen mail x ikut ajaran isle bak kata lobai penunggang tersohor hj.hadi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|